FoLLoweRs

Wednesday, July 16, 2008

Terlepas satu peluang

Semalam aku call uyi.

uyi : ibu, uyi ada satu berita gembira untuk ibu.

ibu : ye ker? apa dia...?

uyi : ibu tau dok?

ibu : dok.

uyi : esok uyi terima hadiah. cikgu suruh datang pagi untuk latihan pastu petang nanti naik pentas amik hadiah.

Aduhaiii... ralat rasanya. Hari sukan, hari penyampaian hadiah hari itu ini aku tak dapat attend. Rugi.

Rasanya, uyi dapat hadiah untuk terbaik BM. Sebab peksa ari tu dia dapat nombor 5.

Pagi tadi, aku call ma. Ma cakap, malam tadi sebelum tidur uyi pesan suruh kejutkan dia pukul 6.30 pagi.

Pagi tadi, belum 6.30 lagi dan ma tak gerakkan dia lagi dia dah tersedar dan bangun terus mencangkung kat depan bilik air. Tunggu Pajeen yang belum siap mandi.

Excited sungguh dia!

Sat2 tadi aku call uyi. Dia citer betapa seronoknya dia dan sibuk2 suruh pak lang record waktu dia ambik hadiah nanti atas pentas.

'uyi rasa berdebar.' Hehe.. comelnya anak ibu!

Uyi... rindunya kat anak ibu. Sayang kat uyi. Seronok dapat dengar suara uyi. Bahagia. Sakit kepala rasa lega.

Tak sabar nak peluk uyi. Erat2. Kemas2. Dalam2.


6 comments:

broken_nigina said...

haih.
mahalnya harga jarak dan masa.

deaf_angel said...

aku ketawa kuat siak kat keja ni bila baca part 'rasa berdebar' tu.

cLinaku said...

gina,
gitulah.dah lepas tak boleh beli lagi.

deaf,
hehe..anak aku memang gitu.kalau kete turun bukit dgn laju dia akan cakap 'uyi rasa nak putus jantung uyi'.Waktu sukan,org sorak2 nama dia sebelum turn dia pon dia rasa berdebar2.Hehe.
Teruja ler tuh!

deaf_angel said...

very the dramatic.. ikut perangai ko eh? haha.

cLinaku said...

errrr...
ada kot?ye ker..huhu.
eniwei,keterujaan uyi mmg over sket.biasalah..budak.elee deaf,ko kecik2 tak gitu ker?ehehehehe

pjoe said...

tahniah uyi!
:)