FoLLoweRs

Wednesday, July 09, 2008

Jemput jangan tak jemput

Uyi telah menjemput sendiri cikgu sekolah dia untuk datang masa kenduri kawin dik jarr nanti. Abah bagitau aku semalam.

7 orang cikgu pulak tu. Siap kasi kad jemputan yang sebenarnya ditempah khas untuk saudara mara terdekat dan kawan baik. Pendek kata, kad untuk para vip lah.

Haii.. pandai pulak si uyi ni jemput sendiri cikgu sekolah dia. 7 pulak tu. Agaknya, asal cikgu masuk kelas dia je, dia bagi.

Entah apa yang dia cakap kat cikgu2 tu. Macam mana ayat yang dia guna aku pon tak tau. Atuk dia dah risau dan segan sebab ada antara cikgu tu sedara jauh belah ma. Bila dapat kad tu, terus diorang contact abah dan tanya.

Aisehh.. kang tak pasal2 diorang ingat apa punya bz atuk dia sampai jemputan pon kena suruh cucu buat?

Dah.. abah nak kena explain kat diorang.

Lagipon, takkan la nak jemput semua cikgu sekolah tu. Guru besar dan cikgu2 yang kenal tu invited lah.

Bila pikir2 balik... segan pon ada, kelakar dan nak tergelak pon ada. Yang si uyi ni, ambik kad jemputan tu tak bagitau pulak kat atuk nenek dia. Main pandai sendiri je jemput cikgu2 tu ke majlis kawin mak teh dia.

Aku ingatkan dia cuma ajak ustazah ngan sir dia ajer. Rupanya sampai 7 orang.. hehe.

Dah. Nak tepon uyi jap lagi. Skang dia tengah ngaji.

2 comments:

deaf_angel said...

nasib baik 7 cikgu.
kalo dijemput satu kelas ke, semua pengawas ke, makcik kantin sekolah semua..last2 kad tak cukup..

cLinaku said...

ehehe.. tu ler pasal.
Actually dia excited sbb tgk kad jemputan tu cantik.Pastu, ada bunga telur yang dah sampai,nampak meriah.