FoLLoweRs

Thursday, July 10, 2008

Pokok vs Lalang.

Hati ni kadang-kadang macam biskut. Sekejap ada sekejap takde.

Sekejap ada perasaan, sekejap lagi hilang.

Sekejap ada feeling, lepas tu macam takde apa-apa berlaku.

Sekejap rasa teruja, tak lama lepas tu rasa biasa.

Sekejap rasa suka sangat, berbalas msg sampai sakit-sakit ibu jari ni. Sekejap rasa bosan, menyampah.

Sekejap minat giler, kemudian rasa bodoh pulak melayan perasaan tu. Buang karen. Malu sendiri.

Hadoiii... hati, kenapalah macam lalang? Tak boleh ke stick macam sebatang pohon yang besar, yang rendang dan rimbun, penuh dedaun.. atau penuh buah-buahan yang masak ranum?

Yang bila ribut datang melanda, guruh dan petir berdentun dentam berirama thrash macam rasa nak putus urat jantung, kilat sabung menyabung tak ingat, dia akan tetap berdiri kat situ. Tak beralih tempat atau berubah arah kecuali tumbang. Yang tu takleh nak buat apa lah.

Atau kena tebang.

Kenapa takleh nak jadi macam pokok? Suka sangat jadi lalang eh?

Tak... tak suka. Benci.

Tapi tak boleh nak buat apa.. terutama bila ia berkisar sola perasaan. Feeling.

Ye ker??

Entah.

Layan blues la pulak...


5 comments:

deaf_angel said...

wei jangan cakap malu sendiri.
Memang ko akan rasa kadang2 tu macam ko tu terhegeh2 kan haha, tapi kalo terasa malu sendiri, lekas2 ignore.
Ko kan rasa malu sendiri, tapi ko tahu tak orang sebenarnye hargai keterhegeh-hegahan ko tu.

broken_nigina said...

sangat mengerti perasaan tu.
macam nak tapi macam tak nak.
macam tak nak tapi macam nak.
haih..
dah elok ada pokok besar rendang teguh kebal,datang pulak penebang durjana pergi tebang bagi patah pokok tu.
pokok takkan tumbuh dua kali kat tanah yang sama selagi akarnya masih berumbi di dalam.

cLinaku said...

deaf,
nasihat ko mmg memberangsangkan!
terus aku capai enpon msg sesuatu.ngehngehngeh..!

gina,
yup...akar tu kukuh kat dalam tanah..berselirat lagi..payah nak buang..payah nak kasi cabut.btg dah takde tapi akar tu teguh subur.camno ek?

arh..berhenti berharap......

Rambo said...

musim emosi sekarang ni...aih

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus