FoLLoweRs

Friday, July 11, 2008

Rambo.. skang musim buah.. dan musim jiwengs..

Bila renung-renung, imbas-imbas, kenang-kenang.. aku selalu jatuh cinta pada orang yang salah.

Jatuh cinta pada orang yang takde wawasan.

Jatuh cinta pada orang yang tak teguh pendirian.

Jatuh cinta pada orang yang taknak ada komitmen.

Jatuh cinta pada orang yang tak banyak duit. (errrk.....!)

Jatuh cinta pada orang yang tak percaya pada perkahwinan.

Tu semua perkara buruk dalam dirinya dari kaca penilaian aku. Perkara baik.... ada juga, sebab tu aku terjatuh tangga.

Ops.. perlu diingatkan, setakat ni aku pernah jatuh cinta sebanyak 2 kali. Jatuh minat err.. banyak kali.

Jatuh cinta pada abang alid which is my first love dan jugak first sight tak termasuk. Sebab, aku tak pasti samada aku minat giler sampai mati atau itu jugak dikatakan jatuh cinta. Kami tak sempat nak mengukir apa2 impian, cewaah!

Aku rasa macam luv first sight.. sebab aku rasa berdebar yang amat ketika terpandang wajahnya. Aiseh.. tu dah nak masuk citer lain. Stop.


Salah aku ker atau salah orang tu? Atau salah cinta? Atau salah masa?

Kadang2 aku rasa bodoh je dan gelakkan diri sendiri. Dengan orang camtu pon kau jatuh cinta..??

Dah la duit tak lebat, tak komited, bukan reti nak romantik2 ni, ambik hati pon ala kadar je.. pendek kata takde la yang special yang boleh buat seseorang wanita tu rasa terpikat (walaupon saingan aku adalah seorang gro pada ketika tu).

Tapi.... still cinta! Camno aku tak kata aku ni bodoh? Dan tak reti nak berfikir. Dan tak serik2 dengan pengalaman lepas.

Dengan orang yang paling baik dan berbudi pernah kau jumpa tak pulak kau rasa cinta? Atau nak kasi sedikit ruang dan peluang pada dia dalam hati kau? Tapi dengan si dia yang kau gelar cinta tu, bukan main besar ruangan menunggu dan ruang khas utk dia disediakan.

Soal hati ni macam takde jawapan yang logik.

Err.. aku baru lepas call seseorang selepas membaca satu komen. Dan aku rasa aku patut berterima kasih pada deaf_angel sebab dia cakap kadang2 keterhegehan kite tu buat orang hargai.

Yup.. kalau aku tak call dia, aku takkan tahu yang dia masih lagi single, lone ranger, masih di tempat lama, masih mengingati aku, masih segar segala2nya!

Inilah yang dikatakan jodoh. Suka, cinta, sayang... tapi tak boleh bersama. Bukan taknak tapi... arh entahlah. Aku tak pernah ada jawapan untuk itu.

Sedikit demi sedikit aku terima hakikat dan akui bahawa aku tidak ditakdirkan bersamanya. Well, what to do.

Sessi menangis dan berduka lara serta meratapi dan bertanya mengapa dan mengapa dah tamat. Cuma.. sesekali bila angin monsun emosi melanda aku tak boleh nak elak.

Kalau elak, pon ia tetap melanda. Jadi, layankan ajer. Eh, best jugak sesekali melayan jiwengs. Selingan rock 80an.. desire, bloodshed, search, teja, crk, crossfire, projek, kafilah.. uhhh layannn jangan tak layan.

Hermm.. kenapa aku masih mengingati walaupon kami tak jadi? Berharap... sudah tidak. Cuma ingatan tu je tetap ada. Bukan senang nak buang.

Apa yang boleh aku katakan, musim dan kenangan di taman cinta dengan x-husband dulu aku dah lupa selupa2nya. Aku dah cuci bersih. Hati dah neutral. Sungguh. Sesuatu yang tak pernah aku sangka aku boleh lakukan sewaktu masih bersama dia dulu. Heh! Adat la tu kan.

Tapi, yang ini... adoi. Betul2 buat aku terkunci dalam sengsara. Nak tinggal sayang, nak teruskan takde maknanya.

Apa yang boleh aku buat? Itulah.. dulu diri sendiri jugak yang janji takkan ada apa2 kaitan dengan alam perkahwinan. Skang? Karma la eh.

Terlebih emosi pulak hari ni.

Rilek.. aku ada uyi. Ada orang cakap, single is the best... ye kot.

7 comments:

deaf_angel said...

( rosak ke? tadi aku type ingat dah post tapi takde pun, takpe sebelum colleagues aku smua masuk 1st shift kejap lagi ni, aku type lagi sekali hehehe )

firstly, kadang2, its the lady who have to wear the trousers in a relationship. Kalo ko dah fikir puas2, ada sesuatu perlu kena buat untuk hubungan, then ko lead the way.

sekenly, naturally, apa ko buat dalam hidup, uyi will be priority. so ko doa ler kalo ko ada jodoh, he must be equal in taking care of uyi cammana dia take care of ko. Ni tersangat ler penting. Maybe part makan2 kfc, mekdi or beli mainan, dia lebih pentingkan uyi dari ko hehe. And trust me, that moment in time, ko akan jadi the happiest person in the whole world.

cinta tu buta, cinta tu jugak cam main tikam2. tak tahu apa kesudahannye. so paling best ko ingat Allah selalu, so bila ko happy ke sedih ke, ko tak yah worry pasal ko tahu Allah sama2 ngan ko.

pada aku duit bleh carik, bila perlu kena ikat perut sama2.
wawasan tu bleh kena brainwash, kalo ko pandai psycho dan motivate orang, its possible.
tak teguh pendirian? no prob, tadi aku cakap, orang pompuan kadang2 kena pakai trousers, dan orang lelaki kena pakai kain. Bukan kurang ajar, tapi memang perlu untuk get things done.
Tapi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan, ni susah sikit nak selam.

broken_nigina said...

kejam,kan?
tapi it's not game over yet..
dont give up so soon..
bukan senang nak jumpa orang yang berjaya 'mencuri' cinta kita..
melainkan kalo kita jatuh cinta senang macam makan nasik la.

cLinaku said...

deaf,
aku senang banget baca apa ko tulis.Tapi tiba2 aku tringat seperkara... kasih sayang tu rupanya satu kurnian dan nikmat dari yang maha Esa.Kalau tiba2 Dia tarik perasaan sayang dan rasa kasih dari diri aku, bermakna aku takde lagi perasaan itu?So lonely...Mungkin perasaan itu dah takde dalam diri aku esp utk lelaki kot?Agaknya....?Sebab aku rasa susah la nak create..Ramai yang berminat nak jadi telangkai atau match maker.. tapi ada je yg tak kena. Arhh!

gina,
tak give up tapi kadang rasa letih.Bile letih, rasa nak tertido.Bila dah tido,tido mati lak tuh.Erk!

eddie dewanaga said...

helo sis...

hehehe..
teringat kisah lama gua jugak ni bila baca 'musim jiwengs' tu...
slalu minat & jatuh hati pada org yg salah..
selalunya yg didepan mata ni tak penah dihiraukan, bila dia dah takde,
baru tercari2..

adoi...

Rambo said...

adoi...terang2 nama jadi tajuk entri. heheh

deaf_angel said...

kejap eh, semalam aku baru tahu Soleha kena Multiple Sclerosis. Bukan main lama aku miss ceta ni. Kesiannye..tapi kadang2 aku cam nyampah lak ngan dekni. Ada awek baru eh...boss Rendra nye anak eh... huhuhu. Anyway Rendra nye bapak kelakar ah, tak pose.
\
wei, even kalo sekarang ko takde sapa2 dalam hati ke, takde minat nak involve in relationship ke, its normal ler. Sapa tahu besok lusa..or some time in the future.
So benda2 gini tak bleh paksa.
kalo ada tu ada lah, kalo takde tu takpe...ala...baaannnyyyaaakkk benda dalam dunia ni ko bleh buat.
kursus buat kuih, kursus jahit langsir, takpun adventure sikit, skydiving ke.

cLinaku said...

rambo,
yeahh..hehe

deaf,
hehe...aku lama gak terlepas soleha nikh.Lagipon panjang2 sangat citer tak sempat nak catch up.

Yea yea aku tau.. banyak lagi benda penting dalam hidup,benda2 cenggini takleh paksa.Hati.. sabar ek?