FoLLoweRs

Thursday, July 24, 2008

Memang bukan cerita baru.

Takde cerita baru.

Tapi dalam 3-4 hari ni aku sibuk dan asyik bermain sms dengan seseorang.

Heh. Entah kenapa. Bile eh ia bermula? Kenapa pulak aku bermain sms ngan dia? Camaner ia bleh terjadi?

Tapi memang syok! Sejibik macam orang yang sedang dilamun! Bayangkan, pepagi dapat sms. Sayang sayang tu memang dah biasa lah. (ops..tapi memang dia selalu usik aku dengan perkataan tu, so aku dah lali dan tak kisah)

Malam pun gitu gak. Heh yang aku pon melayan sama apa hal??

Sepanjang hari ada je sms yang datang dari dia. Sepanjang hari tu! Eh eh.. yang aku pon rajin membalas dan bagi respon kat sms dia apsal?

Owh.. aku bosan agaknya. Lately memang memboringkan. Kerja pon tak banyak kat ofis ni. Banyak masa boleh khayal2 dan goyang kaki dan badan.

Masuk hari ke-empat (semalam) dia tanya aku 'apa perasaan aku kat dia sejak 2-3 hari ni?'

Alamak! Ni soalan perangkap ni. Sebab dia ni, dari dulu memang suka main2 ngan aku. Bukan baru kenal dia sehari dua, dah hampir 7 tahun. Dan hampir 5 tahun tak pernah jumpa. Nak diikutkan, semua kawan2 yang seangkatan dengan dia dah ramai yang lesap. Cuma dia aje yang masih aktif menghubungi aku.. melalui sms atau call.

Takkan la dia betul2 suka kat aku ye tak? Walaupon dia selalu cakap dia sayang kat aku. ('saya dari dulu sampai skang tetap sayangkan awak'<- wah syahdu dan terharu aku baca sms dia!)

Sebab dia suka main2. Kadang sampai aku naik muak dan bengang dengan usikan dan lawak dia. Menyampah.

Aku rasa hari ni stop lah kot permainan sms kitorang. Dah lama dah. Masuk hari ke-4 ni. Nak citer apa lagi? Apa orang cakap.. cinta lokasi? Hah ini cinta sms sekejapan.

Takkan lah aku pon suka kat dia ye tak? Heh lawak. Takde lah. Aku cuma rasa seronok dan kelakar. Aku tak pernah suka kat dia lebih2. Suka sebagai kawan je lah.

Dah. Sambung kerja.

4 comments:

deaf_angel said...

sms jek? takde belanja makan2 ke?

broken_nigina said...

senyum je la baca..
heh..

cLinaku said...

deaf,
lom lagik!

gina,
lepas senyum, terkekeh2 ketawa.huhu

eddie dewanaga said...

layan kan aje la,
buat layan bosan...
nanti kecik ati, putus member, susah.

hehehe...