Cinta atau perasaan sayang adalah satu nikmat anugerah dari Ilahi yang tak ternilai.
Bukan hari2 kita jatuh cinta.
Bukan hari2 kita rasa sayang.
Bukan pada semua orang kita rasa kasih kecuali pada keluarga terdekat darah daging sendiri.
Justeru, tak keterlaluan jika jatuh cinta adalah satu perasaan yang amat indah yang tak semua orang lalui. Yang tak semua orang merasa.
Bukan semua orang mendapat nikmat ini.
Alangkah seronok dan bahagianya hidup disayangi dan menyayangi. Complete.
Seorang kawan pernah berkata kepada aku, kita harus menikmati dan menghargai apa yang dirasa. Apa yang telah Tuhan beri. Iaitu perasaan kasih sayang.
Betul ker?
Tapi seandainya cinta atau kasih sayang itu jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, adakah kita harus menghargainya juga?
Bagaimana??
*Ekhemm... testing menaip pc baru. Ahakss... bestnya. Semangat nak buat keje ni. Acer flat screen 18.5".