FoLLoweRs

Tuesday, August 18, 2009

Pelangi.

Sesekali ku rasa teringin
melewati hatimu yang dingin
mendegar keluh resah
semenjak kau kehilanganku..


Ulp... bait2 lagu tu mengingatkan aku pada seseorang. Tak perlu hint saper dia tapi andai dia terbaca blog ni (dia baca ker?) mungkin dia terasa kot.

Haih. Entahlah.

Dah lama aku nak mintak maaf ngan dia tapi zahir tak terucap.

Bermula dengan 'gara-gara budak comel', slowly perasaan yang bersemarak waktu mula2 dulu hilang sikit2.

Aku langsung tak berniat nak membuat saper2 terluka tapi sampai ke saat ini aku tak nampak mana tujuan dan penghujung hubungan itu.

Aku sedih sebenarnya. Aku takut juga. Tuhan pasti marahkan aku. Manusia itu juga sudah pasti marahkan aku. Menyakitkan hati insan lain itu satu dosa yang macamaner yer..?

Tapi dari satu sudut lain aku berasa lega. Aku rasa terselamat. Biarlah. Tak semua wanita boleh menahan dugaan untuk mendapatkan payung emas di syurga kelak. Dan aku di antaranya. Aku tak cukup kuat untuk itu. Maafkan saya...

Aku tak mampu untuk teruskan. Dan aku tak mau berpura2 lagi. Aku memang tak boleh.

Sebenarnya takde gara2 siapa pon. Budak comel pon dah lenyap. Seperti pelangi itu jugak. Tapi apapaon aku tetap besyukur, sebab diberi peluang menikmati keindahan yang sebentar itu. Memang la sedih dan pedih bila ia lenyap tapi yang paling penting kesedaran dalam meneruskan kehidupan aku yang belum tentu ni.

Dan saat itu aku berkeputusan untuk tidak berkahwen lagi. Titik.

Tak tau kenapa. Mungkin patah hati. Mungkin terasa takde lagi cinta suci untuk aku dalam dunia ni. Huk ala.

Dahh.. bukan mudah untuk lupakan. Tapi hidup mesti terus.

7 comments:

eddie dewanaga said...

kita perlu jujur pada diri sendiri... orang lain akan bilang itu selfish, mementingkan diri sendiri.

tapi lu takkan mampu untuk terus menipu demi menjaga hati orang lain, nanti pisang akan berbuah 3-4 kali dan lu akan terus kembali menyalahkan diri.

deaf_angel said...

besok lusa kita tak tahu apa jadi kat hidup kita..
mungkin tambah gembira, mungkin sedih, mungkin kehilangan sapa2..
cerita lama, cerita baru..

semakin aku tua ni, aku cuba la tiap2 kali ingatkan diri aku fikir positif, bersangka baik..

semakin tua ni, semakin otak berfikir benda2 ni semua..

take care fren

Portdy said...

aduhai,

benda- benda parut kat hati ni tuan punya badan yang menanggungnya....pedeh tak terkata huhuhu...

Ini pun Ramadhan dan hampir, sama-sama kita berdoa banyak2 mintak yang terbaik dan apa yang dihajati tercapai..
moga Allah menggerakkan alam semesta agar seiring dengan matlamat kita...
InsyaAllah gua akan berdoa untuk diri sendiri dan teman2 belog semuanya...

yeah macam deap cakap jugak,

take care will ya sis!
kim salam kat uyi, puasa kasi penuh eh?

MIMI ZUZU @ M1N4M1 said...

yg tak kawen ni pun lom tau bila nk kawen..haish sedey jgk

Day Dreamer said...

it's never as good as you think it is, and it is never bad as you think it is.

that's life kan? if life ni plain je, tak best jugak pon.

jatuh cinta?

jatuh cinta dan kecewa , bagaikan satu kemestian dalam hidup kita. ianya perasaan yang semua org alami yg mula meniti ketika usia kita remaja.

ada yang mengasyikkan dan ada pula yang menyakitkan. tapi CINTA tu lah antara elemen yang buat life ni interestink, hangat.

betul cakap mimi tu, yang lom kawen pon lom tau bila nak kawen!

org cakap; cinta itu buta, cinta penyatu dua jiwa. manusia sanggup buat apa aje demi cinta.

apapon, saya harap awak patut hargai apa yang awak rasa walau sapa pon dia. setiap sesuatu yan berlaku ada hikmahnya, cuma kita saja yg taktau.

A memory of true love is like a favourite song; no matter how many times it plays again, you never get tired of it.

:)

DD

broken_nigina said...

salah ke kalau kita pilih apa yang kita nak asalkan kita selesa?
kadang-kadang jadi nak ada pasangan lebih sebab nak memenuhi expectation orang sekeliling yang 'nak tengok kita bahagia' daripada nak memenuhi keinginan hati sendiri.
hakikatnya kalau memang kita betul-betul nak,dengan sendirinya kita akan nak betul-betul.
cinta,namanya cinta,tak payah susah-susah nak dipaksa atau dinafi,kalau dah ditakdirkan cinta,tetap cinta.when it happens,it happens.macam tu je.

cLinaku said...

aku tak tau la naper.. tapi aku suke betul dgn kata2 gina tu.dekat terus dalam hati aku.