FoLLoweRs

Tuesday, February 02, 2010

petikan 'cinta di permaisuri'




"kalau awak rasa tak dapat lupakan masa silam, saya rela lepaskan awak pergi." luahku perlahan.

"kenapa cakap macam tu?" dia bertanya.

"entah. saya taknak awak bawa benda tu sepanjang hayat awak. saya taknak awak terbeban dan menipu perasaan sendiri."

diam.

"kalau awak rasa perasaan awak berat ke arah itu, baik awak follow ke arah itu. dapatkan balik apa yang telah awak kehilangan sikit masa dulu.awak harus tau apa yang awak nak dalam hidup awak." pandainya aku berkata-kata.

dia mengeluh perlahan. "tak mungkin kami bersama kembali. kami ada keluarga yang harus dijaga hati dan perasaan. tak semudah itu. walau masing2 nak kembali, ianya tak mungkin sebab terlalu banyak halangan terutama famili dia. dan keadaaan takkan sama seperti dulu." sebutir sebutir patah perkataan dari bibirnya.

"awak yang nak kahwin kan? bukan famili dia. bukan orang lain. ini life awak. kebahagiaan awak." tegasku.

"awak sanggup lepaskan saya?" soalnya kembali.

diam.

"kalau itu takdirnya, kalau itu yang awak inginkan, kalau itu yang boleh buat awak ceria dan bahagia, saya bukan siapa2 untuk menghalang. nak taknak saya terpaksa relakan awak." aduhh.. baiknya aku!

"awak boleh terima semua tu?" tekannya lagi.

angguk.

"habis.. kalau saya kembali semula dengan dia, awak macamana?"

aku renung dia. tanpa kata. "biarlah.. biar aku pergi jauh2 membawa hati yang luka." jeritku tanpa suara. hanya berkata2 dalam hati sendiri. "takpe... saya ok." akhirnya aku berjaya meluahkan juga apa yang sepatutnya untuk seseorang yang amat aku sayang.




tiba2 laju je tangan aku menaip selepas berjaya menggemukkan diri tadi. nanges nanges... hoho.

nasi tambah: tergerak nak tulis camni bile terbaca salah satu blog kawan tu. cam best je. huhu.

16 comments:

eddie dewanaga said...

kenapa jiwang sangat cik siti semenjak 2 menjak ni...???

adakah berjangkit dgn si cantik manis gina tu...???



Oopss!!!

*gua suka lagu Permaisuri oleh band Data tu dulu...

cLinaku said...

entah lah eddie.perubahan hormon kot.huhu.

lagu permaisuri? jiwang tuh..!

broken_nigina said...

gua tabik sis untuk itu.
merdekakan orang yang kita sayang.
lagipun,tak ada makna dapat hati yang bukan milik kita.
haih..gua just berharap kalaulah semua orang dapat buat macam tu.kenapa nak berkeras halang seseorang dari tinggalkan kita sedangkan sendiri sedar hati dia milik orang lain.let him go lah.biar dia balik pada orang yang dia cinta.dua orang yang sama-sama sayang dan memerlukan should be together.kenapa nak jadi penghalang.just buat benda yang sepatutnya lah,lepaskan dia biar dia dapatkan kebahagiaan sejati.hakikatnya bukan semua orang tergamak nak tinggalkan seseorang walaupun dia cintakan orang lain so pertimbangkan sendiri la.atas keinsanan,rasa kasih,mengalah saja dan biar dia pergi.kenapa nak seksa dia.sebab manusia-manusia degil dan pentingkan diri sendiri macam ni lah yang buat insan yang cintakan satu sama lain terpaksa merana tak dapat nak hidup bersama.

komen terpanjang sikit.hehe..terbawa-bawa emo.;p

cLinaku said...

gina,
well well well.. utk kali ke berapa ntah aku mmg suka betul dgn komen2 gina! mmg dekat seyhh dgn hati gua!pastu tembak pasti mengena kebabowww! n im ecpecting komen yg macam tuh.tak sia2 join LRO dulu kan.huhu.
dan gua nak tanyer,adakah lu org
yg rela melepaskan dia atau lu org yg menunggu dia dilepaskan...? erk!

broken_nigina said...

dua-dua.

yang rela melepaskan dia kalau itu yang terbaik,dan menunggu dia dilepaskan kalau hati dia masih milik gua.

broken_nigina said...

sis,nak bagitau satu rahsia.gua malas gila la nak gi kerja hari ni.el je la.lol.hampeh.

cLinaku said...

gina,
kdg2 tak tau apa yg terbaik, taktau apa nak buat.bimbang tersalah langkah.last2... let it be....
baru aku tau bukan senang kan nak berkorban..?sigh.

mls gi keje..? huhu. besttt giler jadi lu!

broken_nigina said...

terbaik dalam konteks gua=bahagia.
dan bila cakap pasal bahagia dalam bab cintan cintun ni gua merujuk kepada dua orang manusia yang cintakan satu sama lain akhirnya dapat bersatu.bagi gua cinta tak semestinya bersatu tu mengarut.kalau cinta,memang patut bersatu.kalau tak bersatu,tak patut cinta.kenapa gua cakap macam tu,sebab kalau cinta tak bersatu maka akan ada yang bersatu tanpa cinta.cuma masalah mentaliti sesetengah manusia ni,dia fikir rela bersama orang yang dia tak cinta tu sebagai satu pengorbanan.pengorbanan kepala hotak.itu namanya menipu.tipu diri sendiri,tipu orang lain.

cLinaku said...

yupe.dulu gua pon berfikir macam gina.tak boleh terima kalau cinta tapi takleh bersatu.terkesan sungguh cerita 'suara kekasih' lakonan azmil mustapha dan ogy.waktu kecik2 tgk citer tu terasa sangat sedih!marah sungguh gua sbb diorang cinta tapi takleh bersama.susah sangat ke nak bersama?kalau dah cinta,petahankanlah.
tapi... dalam kes tu diorg mebi tak berdaya atau mebi trpaksa mengambil kira hal2 lain.masalah famili contohnya.dan oleh itu terpaksa mengorbankan cinta mereka yg suci.. suci la kot.
dan bila tak dapat bersatu..adakah masih bersisa cinta di hati mereka? ada..!sbb citer tu tajuk dia 'suara kekasih'.sampai bile2 pon tetap akan ada.
jadi..tu la kot maksudnya cinta tak semestinya bersatu..?
atau bile dah tak bersatu..tak patut ada rasa cinta lagi?masalahnya bolehkah perasaan cinta tu dibuang..?
org cakap what's in ur mind may escape but what's in ur heart will remain forever.
bila fikir2 balik..namanya ketentuan!takde jodoh.
sedih kan...cinta tapi tak dapat bersama..
maksudnya bila dah tak dapat bersama patut buang dan bunuh,cincang lumat2 perasaan cinta tu sbb dia bukan milik kita...?entah!
bolehkah..?

broken_nigina said...

bukan apa sebenarnya.cinta mesti bersatu sebab tak patut bersatu kalau tak cinta.bagi gua it's wrong kalau kita bersama dengan orang lain tapi dalam hati cintakan orang lain.cukup ke setakat serah jasad tapi bukan jiwa?yang menerima,puas ke macam tu?entah la.gua masih tak dapat nak terima benda tu.mungkin esok lusa tapi setakat hari ni belum.mungkin bukan pasal cinta mesti bersatu sangat kot,tapi lebih kepada tak patut bersatu dengan orang lain kalau hati ada pada orang lain.yang itu yang salah.memang betul cinta boleh dipupuk,disemai,tapi dalam banyak kes selalunya gagal.kita yang nak memupuk ni memanglah tapi yang menunggu terpupuk?orang dah berharap bagai nak rak last minit barulah nak cakap,'saya dah cuba cintakan awak tapi tak mampu'.kalau jadi sebelum kawin boleh tahan lagi.kalau lepas kawin?tu yang selalu jadi penat-penat orang tu ubat luka jadi peneman jadi pemberi semangat last-last ditinggalkan untuk balik pada kekasih lama.sebelum jadi semua tu,kan baik dari awal jujur sepenuhnya pada diri.

cLinaku said...

yupe...u r absolutely right!
gua sangat2 setuju.tak cinta, tak payah paksa.jgn kata cinta andai hati tak rela.jgn bermain dgn perasaan sendiri dan jugak perasaan org lain.yg penting be honest.
tapi berapa banyak yg sanggup berlaku jujur?selalunya bile dah jauh baru tersedar yg cinta dan perasaannya bukan di sini tapi di situ.haru.

broken_nigina said...

kasi lepuk kepala.soal cinta memang tak boleh dipaksa dan takde orang boleh nak marah kalau orang yang kita cinta tu cintakan orang lain.tapi itu soal perasaan.soal perbuatan,salah tetap salah.bagi harapan palsu,impian kosong,tipu perasaan orang lain,bercinta separuh hati,buat orang jadi syok sendiri macam terhegeh-hegeh tanpa disedari,mata pandang sini tapi hati terbayang situ.yang paling menyampah orang suka anggap macam tu berkorban.menyeksa diri demi membahagiakan seseorang konon.tapi tak boleh salahkan orang yang fikir macam tu jugak sebab memang ada manusia yang rasa puas walaupun setakat dapat simpati.tak kisah tak ada cinta janji dapat hidup bersama.'aku dan kamu-flop poppy'.yang jadi mangsa,"kamu" jugak.

cLinaku said...

arghh..gua tanak simpati.ia lebih menyakitkan...
lu tau,kdg gua rasa kalau tak jumpa org yg sayangkan kita kerna kita,yg nak hidup bersama dgn kita,yg mana setiap nafasnya cuma ada kita (gempak jerk!).. gua lebih rela membujang..dgn harapan di akhirat sok Tuhan akan bagi seseorang yang sayangkan gua...sejujurnya.
heh.kdg pikir.. lawak lak aku nikh!
emo giler!! huhu.

broken_nigina said...

gua sokong!
all or nothing kan?
dont wanna love u if u dont love me too.

Anonymous said...

salam sumerrr...

wah..dah panjang lebar lu all sumer diskas pasal post cik lina yg satu nih.

Well...sumer org betul beb. Tapi gua rasa bila kita terlalu emo dalam diskas sesatu menda tu, kadang kadang kita miss look something yang berkait dgn sesuatu menda atau orang tu.

cinta memang takleh dipaksa beb. betul sangat. dan, simpati tu bukan cinta, simpati tu kesian je, sekejap je perasaan tu. once dah tak kesian, hilang la dia.

cuma pada gua, kepada orang yang bercinta tu; lu kena tengok lebih daripada apa yang lu nampak depan mata lu. something yang kita tak nampak secara telus sebab kita cuma nampak menda yang kita borakkan ni aje. something yang tersirat kat belakang-belakang atau kat celah-celah pelipat kisah tu.

then, don't let your emo control yourself. if tak, hancurrr!

setiap orang ada kisah dia sendiri beb, cuma mungkin kita je tak nak ambil tahu, atau kita terlalu mendesak nak tahu.

apapun, pada gua setiap orang ada hak untuk berfikir tentang apa yang dia nak buat, cuma betul atau tak, itu je yang belum pasti.

yang pasti memang terdapat banyak perubahan dalam hidup manusia.


- ESEN

cLinaku said...

anonymous,
eee...nyampah betul cakap ngan org yg takde nama ni kan?huhu.
well..betul.emo.terlalu ikut perasaan.aku terlupa seketika pesan big bro a.k.a en.angel.katanya jgn bia emo kontrol fikiran.bila da emo kontrol sumenya...uwaa nanges le!
u know what... kadang2 aku benci dgn apa yg aku rasa ni.
terlalu memikirkan perasaan org.argghhh aku benci.benciiii.lol.