FoLLoweRs

Friday, June 11, 2010

biarlah budak2 ni layan budak setan kat alamanda...



masa yang terluang aku baca kembali coretan aku yang lama2.

bagaimana aku bleh terjebak dalam dunia blog ni, apa yang aku nak luahkan, citer2 pasal uyi, citer2 pasal 'kekasih' gelap, kawan2 jadi tak jadi etc.

herm... dulu aku banyak citer pasal uyi. sebab dia dalam proses membesar dan terlalu banyak persoalan dalam kepala dia. tu pon tak semua sempat aku tuliskan. terasa rugi pulak! sebab soklan dia cute2 sebenarnya. sangat comel!

terbaca tentang abang badan besar. ala abg helmi lah! rindu pulak kat dia. kenapa ek aku bleh lost contact ngan dia? owhh.. sebab org ketiga.. org yang melaga2kan kami, sebab duit.. dan sebab... dia mengadu kat org lain aku tolak dia. erkk.. tolak dalam ertikata soal hati dan perasaan. kot tolak badan dia, sampai ke sudah pon tak tertolak!

bengang jugak sebab dia bleh citer kat org lain macamtu. citer la betul2 buat apa nak cilok2. herm.. apapon dia mmg best. sporting dan.. err seronoklah kawan ngan dia.

nak contact dia balik? mungkin tidak. entah.


uyi. dah 10 tahun. da pandai berperfume. berlosyen. kecik2 dulu dia cukup tak suke pakai losyen. melekit katanyer. tapi baru2 ni dia suruh bank in rm300 sebab nak beli losyen dan perfume. dah abis. nak pakai untuk majlis khatam al-quran. bercakap pasal majlis tu, ia akan berlangsung esok. 12 jun. entah sekolah dia atau geng2 surau kat kampung yang anjurkan aku pon tak pasti.

mula2 mmg aku plan nak balik kampung, tapi abang nasihatkan tak payah lah. sebab malam nanti uyi sendiri da nak datang kl. so kalau aku balik, nanti penat ajer.

herm... alhamdulillah.. ekceli uyi dah tamat al-quran tahun lepas lagi, masa dia darjah 3. eee.. same ngan ibu la... cayalah uyi.


kawan yang aku 'rebutkan' dengan GRO tu pon da bakal jadi ayah. wife dia dah 4 bulan peknen.

kawan yang main tarik2 tali dan selalu usik2 khabarnye dah bukak cawangan baru. hermm... cawangan nombor 2. itu pon kawan2 yang kasitau. tak sangka penipu jugak mamat ni. dalam bergelak ketawa, berciter macam2 masalah dan berkawan dalam erti kata betul2 kawan, buleh pulak dia tipu ek. huh. macam2 jenis perangai. entah kenapa dia nak tipu aku pon tak tau. apadaa.

dan kawan yang adik2 aku suke dan berkenan satu masa dulu.. ekhemm... hahaha. eh beraper banyak kawan daa.. huhu. tapi memang betul semuanya kawan. kawan tapi mesra. kawan dan sekadarnya kawan, sebab aku tau takkan boleh pergi jauh. dan jugak sebab rasanya tak boleh nak lebih dari seorang kawan. lebih selesa berkawan.

er.. takde citer apa sebenarnya tentang dia ni. cume baru2 ni dia ada text kenape aku tak kawin lagi? dia mendoakan aku bahagia tapi dia takkan mendoakan hati aku ini dimiliki oleh sesiapa sebab dia jeles. hahaha. aku suka. sebab dia prefer cakap sesuatu tu dengan terang dan straight forward. dan dia jugak seorang yang kelakar dan kreatif. org seni mmg gitu kot. huhu.


hermmm... rindunya pada kehidupaan yang lalu. senang sebenarnya. selepas divorce, kehidupan lebih selesa dan tenang. tanpa ikatan. tanpa komitmen pada pasangan. cume satulah... kadang2 terasa sunyi... sepi tanpa cinta. tapi bercinta... tak semestinya bahagia jugak kan..?

entah.

am i declare myself that i'm being single?

4 comments:

Portdy said...

nak cakap satu benda je

lawalah cat rumah baru hehehehe!

cLina BeLedZa said...

heheheee.....
lawa meh..?
ceria!

deaf-angel said...

ngaji ni kena prektis..lama tak buat, konpem banyak sangkut

lepas ni ko panggil ustaz ke ustazah ke polish anak ko tu, perhalusi bacaan..

cLina BeLedZa said...

deaf,
betul tu.
tapi anak aku ni malas cket, nak kena tegur slalu.