FoLLoweRs

Thursday, March 28, 2013

Bila rindu..




Hari tu aku ada update status kat fesbuk lebih kurang camni bunyi dia... 'kadang2 kita cuma rindu pada kenangan atau perasaan yang lalu dan bukannya pada orang'.

Betul kan?

Kadang2 aku rasa nak menangis tiba-tiba. Rasa sunyi. Rasa keseorangan. Rasa takde mood. Rasa lost. Sekali rupanya nak period. Opss... huhu. Bukan bukan. Itu cerita lain.

Yang ni cerita pasal rindu pada kenangan.

Tapi betul lah, kadang2 kite bukan rindu sangat pun pada orang tu, contohnya ex-boifren. Nak rindu takde la... perasaan tu semua dah terkubur. Mungkin sesetengah orang tu dah jadi benci. Tapi kenangan, atau lebih tepat lagi kalau aku la kan, perasaan indah dibuai cinta yang asyik masyuk memang feel habis lah. Degup jantung masih aku terasalah kata Gersang!

Kalau di flashback satu persatu, mau angau dibuatnya. Nakk ajer ulang balik saat2 tu. Tapi kali ni nak betul2 jadi heroin. Haha.

Nak nak pulak ada background muzik rok kapak. Huhh... lagi betul2 menggamit memori. Seronok dan indah rasanya zaman muda remaja.

Perasaan tu... entah. Tak boleh nak diceritakan. Terlalu cantik. Berbunga2 dan sangat bahagia. Setiap detik tiap masa. Pelik. Camaner ntah boleh dapat rasa yang sangat damai tu dalam hati.

Padahal, bukan tengah bercinta pon. Seingat aku, time2 aku dulu secret admirer sangat memainkan peranan. Itulah pemangkin untuk ke kelas! Teruja. Syok. Happy.

Sebab tu, mungkin aku kena cube faham kenapa kadang2 uyi tergelak sorang2 mengadap fesbuk dan sibuk cakap rindu kat kawan-kawan. Hehh.. ntah apa yang seronok dan rindu sangat! Tapi itulah perasaan orang muda kot. Orang tua2 ni perasaan dia lain. Dah slow sikit. Huhu.

Tapi seriously, jiwa dan perasaan ni tak boleh dibuat2. Kalau jiwa kosong, camaner nak rasa excited. Camaner nak senyum kalau perasaan pon serabut. Perasaan itu, apa yang kita rasa, hanya kita yang rasa. Tak boleh dapat atau beli kat mana2.

Thats why kadang2 seronoknya menganyam perasaan kenangan silam. Boleh buat aku tersenyum dan tergedik sikit. Uhukkksss....






8 comments:

deaf said...

Ko nye kenangan semua manis2 je eh?

Takde yang nak karate leher sapa2 ke, nak pijak2 sapa2 ke haha.

cLinaku said...

ni kenangan yg manis2, sbb tu rindu.
yg tak manis tu nanges sorang2 lah.haha.buat apa nk ingat

deaf said...

Lagi tak mau ingat lagilah benda tu datang.

Tu hari aku ada baca, cammana kita nak hilangkan bunyi bingit atau bising atau apa2 gangguan, contoh jiran atas buat renovation, atau bertukang.

Kita jangan marah2 atau tunjuk fedup, tapi kita fokus kat bunyi tu, lama2 fokus, terus bunyi bising tu dah jadi sebahagian environmemt kita, dan terus kita tak perasan lagi bunyi cekik darah tu.

cLinaku said...

kirenya buat2 tak taulah yea..

deaf said...

Ada benda tak suka pun, kita tetap kena ambik tahu, cam anai2 serang, kita buat bodoh, abis segala almari, gerobok. Kalo rumah kayu, boleh roboh.
Tu baru binatang, kalo manusia lagi susuah nak handle.
Tapi Thats life.

cLinaku said...

hurm..

Anonymous said...

hye

assalam,

"Nak rindu takde la... perasaan tu semua dah terkubur. Mungkin sesetengah orang tu dah jadi benci."

nampaknya awak benci betul kat orang tu, kan?

sabar aje lah, kadang-kadang bila kita fikir kita sentiasa betul, kita tutup abis pintu idea org lain sebab kita rasa kita kena pegang pada prinsip kita, jadi sama juga lah dengan orang lain.

pandanglah dengan mata hari yang lapang.


--@

cLinaku said...

ntah.
susah dah nak dapat kelapangan hati sekarang ni.