FoLLoweRs

Friday, March 29, 2013

Rindu Bertamu di Abu Dhabi






Sedih bila Ain meninggal waktu bersalin. Terasa taw... sebab aku follow cerita ni. Sebab ada Fahrin Ahmad. Dia kalau berlakon memang selalunya best.

Aku tak follow cerita ni dari mula pun. Ye la.. timing tu macam tak berapa best. Baru balik keje, tengah letih. Nak mandi, kadang2 nak masak, mana nak maghrib lagi. Pulak tu cerita sebelum Rindu Bertamu di Abu Dhabi aku tak layan. Jadi tak perasan bile cerita tu last dan bila cerita Abu Dhabi ni start.

Aku malas nak follow sebenarnya, sebab kalau dah follow memang melekat. Lepas tu kelam kabut berebut bilik air. Hehhhh. Tapi tak boleh tahan jugak, tengok sikit, nak tengok lagi. Memang cerita dia best. Lain dari kebanyakan cerita yang asyik konflik cinta tak pernah habis, macam dalam dunia ni takde benda lain nak fikir selain masalah cinta. Cerita ni ada cerita dia. Lagipun ada Fahrin Ahmad. Dan Shah Jaszle yang aku tak minat pon best tengok dia berlakon. Jahat tapi gelihati tengok dia dengan karektor yang berlagak terer nak rebut harta Haji Ilham, bapak dia. Hihi.

Dan aku suka tengok Fatin. Cantik. Ain pon cantik. Dan jangan tak tau, soundtrack cerita ni dinyanyikan oleh Fahrin Ahmad sendiri. Ala.. semua orang pon tau kan kalu tengok cerita ni.

Tak sabar nak tengok final episod Isnin depan.

:)





9 comments:

deaf said...

Oh my god!

Aku dah tua ke? Aku tengok mamat lelaki hero pakai topi arab tu ok la, familiar face,
Tapi lain aku tak familiar,
Dan paling seram,

Aku cuma tahu raim razali je...si pakcik marah2 tu je

Haahahahahah.
Tidak!!!!

cLinaku said...

hahaha...kelakar la ko ni deaf.
rahim razali?ko ni memang betul2 otai lah.hehe...

deaf said...

Masa aku kecik2 dulu, rahim razali ni big name la, drama rtm, pengulas sukan..
Semua dia. Versatle gitu.
Tapi aku tengok dia kat cerita arab ni masih sehat, masih healthy. Bagus dia.

Eh, ko boleh tak jangank cakap word- memang betul2 otai? Tekanan jiwa tau aku baca.

cLinaku said...

setuju.
aku kenal rahim razali ni pon sejak dari kecik lagi.
kau dan aku memang betul2 otai! kehkehkehh....

deaf-angel said...

Ye la dulu dapat tengok tv pun dah kira untung.
Cenel kat tv pun berapa je.
Cumi dan ciki, hah..ni legend, aku dah paham tengok tv la zaman cumi ciki ni, tv hitam putih

cLinaku said...

dulu cenel 1&2 je ada.tv3 muncul pada tahun 1984 tak silap aku.
time tu video tape femes gak.
sekarang takyah cakap la,ntahapahapa cenel berlambak2.

deaf-angel said...

Oo tv3 dulu best ada muzik muzik, style pesen lama gitu, satu bulan safu juara, final 12 lagu. Simple.
Skarang nonsense crap.

Aku takde tv takpe, jangan takde internet, menggelabah

cLinaku said...

dulu muzik2 mmg best.sejak dah tuka jadi juara lagu aku tak berapa layan.

deaf said...

yap, ntahapahapa..