FoLLoweRs

Friday, April 04, 2008

Hujan.. dan aku takde kerja

Lunch hour tadi call uyi.

Nak diikutkan, hari2 aku telefon tapi bukan selalu dapat cakap dengan dia. Sibuk mengalahkan perdana menteri!

Sebab dia bersekolah sesi petang, pagi dia akan pergi mengaji. Kalau cuti, dia akan ke kelas Fardu Ain dari pagi sampai tengahari.

Waktu2 lain dia akan kayuh basikal, pergi kolam ikan pak lang, bermain, bermain dan bermain. Tak lekat kat rumah. Rumah yang dia lekat selain rumah atuk dan nenek adalah rumah pak long.

Waktu yang pasti dia ada kat rumah adalah waktu malam. Tu pon kalau dia tak pekena roti canai ngan atuk dia! Ataupon dia ikut pak long ke Tanah Merah atau ronda2 Bukit Bunga. Kalau terlalu letih pulak dia akan tidur awal.

Aku seronok ada uyi. Aku bahagia ada uyi. Aku sayang sangat2 kat uyi.

Walaupon berjauhan dengan dia, tak bermakna aku tak peduli atau tak kisah ketiadaan dia. Aku sangat2 kisah!

Orang mana tau tiap2 malam sebelum tidur aku repeat video klip uyi pastu tersenyum, tersengih dan ketawa. (Yang kadang2 lepas ketawa aku nangis)

Orang tak tau dalam hati aku setiap saat ada nama uyi.

Orang tak tau malam gelap pekat aku nangis teresak2 sorang2 rindukan uyi.

Aku tidur dengan selimut uyi.

Aku sayang nak basuh bantal ada airliur basi uyi.

Aku tanak pergi jalan2 walau untuk rehatkan minda aku sendiri kalau takde uyi.

Aku tak seronok ke carrefour kalau takde uyi.

Aku malas amik angin petang kat Tasik Permaisuri kalau takde uyi.

Aku jeles tengok orang lain bawak anak diorang jalan2... main2.. shoping.

Aku jeles tengok blog ibu2 yang menceritakan betapa sayangnya mereka pada anak. Macam2 luahan rasa/ kisah/ pengalaman yang menggambarkan kecintaan mereka pada anak. Tak de anak tu tak tau nak idup camner! Tak boleh berpisah walau sesaat. Anak tu lah segala2nya. Pendek kata, macam2!

Aku? Aku pon sayang anak aku. Kalau apa2 jadi pada anak aku, aku pon tak tau nak buat apa sebab anak itulah matlamat aku, nyawa aku. Anak itulah sebab aku terus kuat dan terus bekerja.

Tapi.. dia tak selalu di sisi aku. Tak macam orang lain. Aku pon tak selalu di sisi uyi tak macam ibu2 lain.

Aku kesalkan itu sebenarnya.

Selalu aku rasa bersalah, berdosa dan tak adil. Jahat.


Apa ni... aku taknak membebel pasal benda tu kat sini. Aku tak reti nak mencurahkan isi hati perut aku ni. Nanti, lain yang aku maksudkan, lain pulak tafsiran yang timbul. Macam aku cakap, aku tak reti menzahirkan apa yang terbuku.

Aku percaya. Nasib manusia ni lain2. Rezeki pon masing2.

Agaknya dah tertulis ini adalah laluan jalan hidup aku. Aku tak pernah mintak. Dan aku pon tak pernah tau.

Apa yang aku harapkan, uyi akan terus sayang aku sampai aku tua nanti.

Aku sayang sangat2 kat uyi.

Masa dia lahir dulu, aku takde fikir benda lain selain dari uyi. Suami masa tu jatuh nombor dua.

Sekarang? Huhu.. agaknya takde nombor kot. Ada, ada lah. Takde, pon tak kisah.

Just uyi dan ibu. Ibu dan uyi.

Seronok sebab dah boleh dibuat kawan. Kadang2 dia pilihkan baju aku. Kadang2 kitorang argue baju mana yang sesuai dia pakai.

Kalau tengok pompuan sexy atau lelaki hensem sket dia akan bulatkan mata ke arah aku. Signal.

Tapi tu lah.. waktu dia ada bersama. Kalau takde, aku bosan.

Uyi buah hati ibu.

Apa2 yang aku buat, mesti ada nama uyi. Kadang2 aku tak sure nak masukkan baper sudu gula dalam minuman, aku masukkan 8 sudu. Sebab uyi suka nombor 8. Contoh lah.

Kalau tak reti nak pilih warna apa, aku akan pilih warna purple atau pink. Ikut warna feveret uyi.

Aku jugak akan beli snek kegemaran uyi untuk kunyah2 waktu malam.

Aku selalu rindu kat dia. Aku selalu teringatkan dia.

Walaupon jauh, tapi dia selalu dekat kat hati aku. Aku selalu cakap kat uyi, "ibu taknak anak lain dah. Ibu nak uyi sorang je."

Dah. Petang ni memang tak de kerja. Hujan yang maha lebat dah berhenti.

Aku pon nak berhenti. Nak lap muka yang berminyak ni.

9 comments:

Anonymous said...

COMEYNYA UYI...
anak kan permata hati kita, wpun sy xde anak lg, tp sy fhm prsn kak skrg ni.. anak kucg pun sy syg sgh2 mcm a.sdri..

broken_nigina said...

cemburu tengok sis ngan uyi..
rasa nak ada anak sendiri jugak..
gua pulak yang terlebih emo.
tak pasal-pasal rasa macam nak menangis baca entri nih..
kemuncak hidup seorang wanita bila menjadi ibu..
anak menyempurnakan naluri wanita..
satu perasaan yang indah dan bahagia..
bila sakit,sepi,anak jadi penawar..
huhu..
gua takde anak..
takde boipren..
jauh lagi laki..
takde mak ayah.
takde kawan rapat kat sisi..
uwaaaa..
mesti seksa sebagai ibu bila anak takde kat sisi..
tempat ibu adalah di sisi anak-anak..
huhu..
gua mengomen dalam keadaan yang sungguh feeling dan emo.
hampeh betol..

cLinaku said...

seksa!sebab orang ingat kite tabah padahal...uhh!

heartbeat said...

lamanya tak masuk sini..

sehat ka ibu uyi dan uyi?

deaf_angel said...

"Walaupon berjauhan dengan dia, tak bermakna aku tak peduli atau tak kisah ketiadaan dia. Aku sangat2 kisah!"

hehehe.. how true.
Jauh2 ni asyik nervous memanjang. Dah makan ke? semua ok ke? baju semua dah basuh dah siap ke?
hehehe.
So tepon tepon tepon. Bila off days dapat balik, betapa penat pun, mesti basuhkan baju, jemurkan baju, baju pinggan mangkuk semua.. Kalo boleh tak mau tido, nak buat keja rumah semua 24jam, nak happy2 24jam, nak buat macam2 24jam... pasal setiap saat physically sama2 ngan love ones tu, kena betul2 hargai.

cLinaku said...

heartbeat,
sehat cikgu!

deaf_,
u r absolutely correct!
kalau bole takmo lelapkan mata..rugi!
hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang mengerti.Nervous?Kadang sampai terbawak dlm mimpi!

deaf_angel said...

nengok ceta Armageddon tak?
lagu Aerosmith " I dont want to miss a thing ". Ah macam gitu la lirik dia. Rugi kalo tido.


aku harap love ones aku paham yang -
I want to lay you down in a bed of roses, cause tonite I sleep on a bed of nails.

cLinaku said...

i don wanna close my eyes, i don wanna fall asleep coz i miss u babe and i don wanna miss a thing..oyeahh!
setiap saat tu mmg precious

cLinaku said...
This comment has been removed by the author.