FoLLoweRs

Tuesday, April 08, 2008

#uyi

Uyi suka bisnes. Dia cakap best jual2 dalam kelas.

Dia cakap lagi kalau dia jual mesti laku.

Dia suka bila semua budak kelas dia pergi kat dia dan beli apa yang dia jual. Walaupon sehelai tisu.

Dia cakap dia suka bila ramai2 datang kat dia.

Dia suka jadi perhatian.

Dia suka bila dapat duit. Dia suka duit. “Uyi suka jual2 ni, sebab boleh dapat banyak duit,” katanya sambil tersengih.

Dia siap pesan ngan aku, belikan keropok atau gula2 atau asam banyak2, nanti dia nak jual dalam kelas.

Siap suruh belikan plastik yang kecik2, dia nak packing.


Satu hari, aku telefon dia.


Uyi : Bu, pahala tu apa bu?

Aku : Pahala tu macam .....ermm... kalau kita buat baik malaikat akan kasi markah A kat kita, nanti kat akhirat besok, bila kita dah mati, Tuhan pon tengok la dalam buku rekod kita yang malaikat tulis tadi.. Eh eh banyaknya A uyi. Haa nanti Tuhan kasi la macam2 yang sedap2...buah anggur, strawberry.. rumah besar, payung emas (tetiba aku teringat pahala untuk isteri yang rela bermadu aww). Kalau uyi selalu buat baik, banyak la dapat pahala.

Uyi : Payung mas? Ada payung emas?

Aku : Yer.. payung emas.

Uyi : Pahala tu ada duit tak?


Mata duitan sungguh!

2 comments:

broken_nigina said...

hehe..
oghe kelate ke kuak nego..
:P

cLinaku said...

hihihi...jiwo kelate campur jawo campur bugis.