FoLLoweRs

Monday, April 14, 2008

Perompak itu memang setan!

Petang semalam dapat call yang memeranjatkan dari kampung.

Abang accident. Ada kat hospital Kuala Krai.

Sebabnya.. kereta abang dilanggar sebuah jip... perompak!

Memula jip tu langgar sikit je, taktik biasa. Abang dah rasa tak sedap hati sebab ari tu abang collect duit. Collection Amanah Ikhtiar.

Abang lajukan kereta. Kancil... boleh lari jauh mana sangat?

Mungkin perompak tu bengang sebab abang cuba nak lari, diorang langgar Kancil abang. Kuat.

Kancil masuk cerun.

Alang2 nak merompak... perompak tu sama turun cerun. Acukan pistol.

"Mu buwi duit tu, kalu tok aku bedil!!"

No choice. Abang terpaksa bagi. Collection semalam lebih kurang 10ribu.

Kesian abang. Lahanat punya perompak. Sial babi.

Kesian kat abang.

Semalam semua sedih. Kitorang kat sini hanya mampu berdoa. Semoga abang tak teruk.


Memula adik aku telefon, aku ingatkan abang kena belasah dengan perompak. Celaka punya manusia perompak. Nak rompak, amik je la duit, yang ko belasah orang apsal?

Tapi abang cedera sebab accident. Memang teruk. Kedua kaki abang patah. Kena pakai stoking besar.

Telinga abang kena jahit.

Tulang tumit abang retak.

Luka lebam bengkak sana sini.

Kesian abang.

Aku doakan perompak2 tu mati tengah jalan kena pijak gajah liar.

Diorang ni sampai tahap membunuh. Siap ada pistol lagi! Tak taulah, mungkin bukan pistol betul, mungkin pistol mainan je. Tapi yang pasti mereka memang semakin berani dan sanggup buat apa saja untuk wang.

Kesian abang.

Sebab abang baik. Aku sayang dia. Dia tak pernah berkasar ngan aku. Dia hensem.

Sahabat2 suka kat dia. Dia cikgu feveret. Dulu, ramai makcik2 nak jadikan dia menantu. Dia pandai ambil hati orang tua.

Semalam aje, lepas abang dihantar hospital Kuala Krai, dekat 100 orang datang melawat dia. Aku agak mesti orang kampung dan sahabat2 dan jugak opismate dia. Sampai kena halau ngan nurse sebab ramai sangat nak datang melawat.

Paham2 aje la semangat orang kampung camaner kan!


Sepatutnya, bukan abang yang buat collection semalam. Sepatutnya kawan dia. Abang dah tak bertugas di daerah sana.

Itulah, benda dah nak jadi.

Kereta abang memang rosak teruk. Terpaksa guna kren untuk naikkan.

Abah cakap, cerun tu agak dalam.

"Abang kau tu kira bernasib baik.. selamat." Ya Allah... nasib baik abang selamat.



Jahanam punyer perompak.

Aku tak dapat balik kampung tengok abang atas urusan kerja. Mungkin Liza, Zura, Alin dan Uyo akan balik Rabu ni.

Sayang abang.

Cilanat punya perompak.


7 comments:

Nadia said...

my sympathy. semoga abg ko cepat sembuh.

pjoe said...

Ya Allah, apa jenis orang la.
Moga2 abang cepat sembuh dan moga si lahanat tu ditangkjap segera.

rambo said...

Owh! Tumpang simpati.

Apa nak jadi dengan orang sekarang. Macam dah kat NY, Miami dan Las Vegas pulak.

Haih...

deaf_angel said...

could be much worse kan? so bersyukur la.

Wishing ko nye abang a speedy recovery. Amin.

Wishing perompak2 tu mampos ni malam, sebelum lagi ramai lagi orang jadi mangsa. Amin.

Anyway, duit tu kira burn la? takpelah, duit bleh carik lain. Yang penting abang ko dan lain2 innocent people selamat.

.darL. said...

oh kesiannya.
semoga cpt2 sembuh ya.
doakan yang terbaik :D

cLinaku said...

terima kasih semua..!

aina farzana said...

Perompak tu bangang !