FoLLoweRs

Friday, April 25, 2008

Semalam yang hangit.

2 minggu sebelum aku tukar kerja, akauntan opis aku kena rompak.

Kerugian dianggarkan rm13 ribu.

Seminggu kemudian abang aku pulak kena rompak. Heh, banyak pulak rompakan yang berlaku sekeliling aku.

Jumaat lepas seorang sarjan dari balai polis Kajang telefon meminta aku ke sana untuk beri keterangan. Ok.

Entah macamaner aku terasa nak pergi dengan Rosli. Bekas teman-istimewa-tak-jadi. Lagipon, sarjan tu mengenyam lain macam je dalam telefon.

Dipendekkan cerita, niat aku disokong kuat olah bala tentera kat rumah.

Semua nak ikut sama.

'Lepas tu kite pergi minum2 nak? Dah lama tak lepak ngan Rosli.'

'Haa.. kite pergi kopitiam. Bangi kopitiam. Dah lama tak pergi sana. Roti bakar dia best.'

'Ha'ahh.. jom jom weh.. cepat siap.'

Rosli. Mengikut kisah dan pengalaman lepas, seorang manusia yang best. Best yang aku maksudkan adalah dari segi karektor. Berkawan dengan dia memang best. Seronok.

Sementara bersiap, kisah2 dan pengalaman silam yang penuh enjoyable dengan Rosli jadi selingan.

Setelah siap, maka, bertolaklah kami menuju ke IPD Kajang.

Heh.. lawak sungguh sesi ambik statement ngan sarjan tu. Alah, diorang ikut prosedur. Apakejadahnya aku nak jadi suspek utama walaupon lepas kes tu memang ngam2 aku benti kerja.

Setengah jam bersoal jawab dan bercerita.

Lepas selesai, kitorang balik. Dalam perjalanan balik, berborak cam biasa. Diam. Bercakap. Diam. Sambung cakap.

Dah nak sampai rumah. Takde siapa bersuara nak minum ke.. jalan2 ker...

Rosli pon takde pelawa nak minum dulu ke.. apa ke. Dekat nak sampai rumah baru dia tanya ada nak beli apa2 tak?

Akhirnya, sampai rumah.

Keluar dari kereta, masing2 tengok muka masing2 dan tersengih.

'O, Kopitiam yer?'

'Meh le kita beli kopok, buat air, tengok citer P. Ramlee. Best jugak'


Rosli tak macam dulu. Yer, aku dah lama notice sebenarnya.

Ye la, buat apa dia nak layan kitorang macam dulu kan. Semuanya dah lain. Semuanya dah berubah.

Kalau dulu, baru lepas melantak pon dah ditanya nak minum lagi tak? Sampai naik kembung perut.

Very concern.

Sekarang, usahkan ajak. Sekadar bertanya sahaja. Itupon ngam2 sampai rumah baru nak tanyer. Hehe.

Manusia berubah. Biasalah.

Tak selalunya sama.

Well, aku pon berubah jugak apa. Dari 38 dah jadi 40.

Ker.... 41?

2 comments:

deaf_angel said...

rosli.. tapi bukan rosli mohalim eh?
Apsal tiket show Sweet Charity mahal giler. Stupid idiot betul la. Dah la duduk meja bulat. Baca review kat sokkabar je la.

p.s - untung ko ada member cam Rosli, bleh bantu bila ada hal.

broken_nigina said...

berubah dan perubahan.
lumrah tapi kadang-kadang hampeh.