FoLLoweRs

Thursday, November 22, 2007

semangat uyi selepas demam


Pagi tadi telefon uyi.

'uyi demam lagi tak?'

'tak.. uyi tak demam doh. Uyi rase bersemangat.'

'waaa.. bagus la anak ibu.'

'ibu ibu, meh uyi nak cito satu bendo nikh.'

'apa dia?'

'semalam uyi dok umah uncle Tariq dih.. pastu kak nini suruh uyi cari gewe untuk uncle Nomad. Dia suruh cari hok come2 kat kampung. Uuoooo.. ibu aaar ibu.. ibu kawinlah ngan uncle Nomad, uyi nak adik nikh... deh?'

Waaahhh, ni saper dah ajar uyi suruh aku kawin ngan Nomad nikh. Sure mak teh dia ni. Eeeeyy...!

****

'weiii, uyi citer dah kat ko?' aku tanyer liza.

'dahhh... dia dah citer kat aku. Aku la yang cakap kat uyi suruh ibu la kawin .. hi hi hi...'

'cehhh...'

'tapi ko tak tengok muka dia tadi, suke betul dia bile cakap nak adik. Ceria betul. Muka dia kan berseri2 tau! Tersengihhh jer.. huhu.'

'hi hi....'

Abis, apa citer amy search uyi? Dulu beriya2 suruh ibu kawin ngan amy search je, ngan orang lain tak bagi.

Kelam kabut masa tu aku carik pakwe yang ada iras2 amy. Hehe. Adik2 aku cadangkan ........ alaaahhh... apa nama si vokalis pemenang Rentak Juara time tuh. Group Fenomena tu. Keh keh keh. India. Peminat amy search jugak. Muka pon ada seakan2. Pulak tu kebetulan time tu mamat ni baru convert muslim. Ha ha ha... ampeh betul budak2 nikh!

Wednesday, November 21, 2007

uyi demam


Tadi sebelum pergi kerja aku dah cek badan uyi. Dah tak panas dah. Semalam uyi dah makan cortal dan minum air cap badak. Sebelum tidur pon badan dia dah ok.

Tapi tadi adik aku cakap suhu badan uyi naik pulak. Aduhh, kesian uyi. Dia ni kalau demam memang camni. Suhu badan dia suka main2. Kejap naik, kejap turun. Pendek kata lambat nak baik.

Tapi demam dia ni tak seteruk dulu. Ada sekali tu badan dia panas sangat. So, aku bentang toto dan tidur kat bawah je ngan dia. Sambil letak towel basah kat dahi, badan. Pukul 3 pagi dia mengigau. Pastu meracau2. Tangan dia tunjuk ke arah tingkap dan cakap ada hantu. Mak aihh, masa tu bulu roma aku kat tengkuk pon naik. Huhu.. seram!

Tapi, walaupon uyi cakap ada hantu kat tingkap, dia suruh aku bawak dia kat benda tu. Nak pegang. Ulpp..

Aku peluk uyi. Pujuk dia cakap tu bukan hantu, tapi sepasang baju yang aku sangkut. Sebab gelap, nampak yang bukan2 lah.

Hermmm.. kalau demam tak baik jugak nak kena bawak pegi klinik la karang.

Monday, November 19, 2007

Jangan jadi hamba duit.

Ramai orang berpesan begitu. Jangan letakkan duit itu di tangga teratas. Duit bukan segala-galanya.

Pun begitu, ada orang menangis sebab duit. Secara langsung ataupun tidak.

Mahu atau tak, dalam kehidupan yang serba mencabar dan mahal ni, duit diletakkan di tangga nombor satu. Yang boleh bikin macam2 hal.

Aku..? Aku tak gile duit. Opss.. sikit2 adalah. Aku belum layak berada dikalangan manusia yang berlumba2 mengumpul kekayaan berlipat2 ganda dan hidup mewah. Asalkan hidup aku selesa dan senang itu sudah cukup. Tak payah la kereta besar2, rumah besar. Bak kata orang cukup makan pakai sudah. Sederhana. Moderation.

Tapi... aku baru menangis sebab duit...

Bukan tak cukup duit, tapi terpaksa dihabiskan atas kecuaian aku sendiri. Sesuatu yang boleh dielakkan sebenarnya.. sesuatu yang tak sepatutnya berlaku... sesuatu yang.. arhhhh... entah macam mana!

Dan aku yang baru berjinak2 dengan dunia penyimpanan ni terpaksa pejam sebelah mata kat savings aku yang dah susut tu. Buat2 tak nampak!

Ya Tuhan, jangan la jadikan aku lemah hati lemah semangat disebabkan hal duit. Walaupon hari2 aku kerja point aku adalah duit, sehingga selalu terlupa menjadikan pekerjaan itu satu ibadah tapi aku bukan ingin menjadi hamba kepada harta dunia yang satu tu.

Takpe lah.. orang pon selalu cakap duit boleh dicari. Hermm.. ye la.. boleh dicari. Huk!

Abah pon selalu nasihat apa2 benda yang kita punyai dalam dunia ni sebenarnya bukan milik kita hatta anggota badan kita sekalipon. Tu semua pinjaman dariNya. So kalau Dia nak tarik penglihatan kita ke, kita tak boleh nak merintih sebab benda tu semua bukan kepunyaan kita. Kita pinjam sekejap ajer. Sama la macam duit. Hermmm... ye eh..?

Pesan seorang ustaz pulak, mungkin itu bukan rezeki kepunyaan kita. Mungkin kita ada curi tulang waktu kerja, jadi rezeki tu bukan hak milik kita. Kenaaa tarik balik. Hermm.... izit?

Ye lah, nak tenangkan fikiran kena banyak renungkan kata2 hikmat dan berfikiran positif. Tarik napas panjang2.

Memang duit bolah carik, tapi semangat yang hilang..? Mana nak gapai?

Monday, November 12, 2007

Isnin yang membosankan...hah biasalah!

Hari Sabtu, lepas keje around 2pm terus pegi Jengka amik Uyo kat Uitm.

Jalan jem. Maklumlah, orang tengah sibuk dgn perhimpunan bersih tu. Jalan ke KL ditutup. Road blok untuk kenderaan dari luar yg nak masuk ke KL. Dah la hujan.

'Huu..tengok..bagus polis.. Hujan2 pon standby. Tengok tu.. Laa takde khemah tempat duduk tu..iskk...hujan..kesian.' Luah abang Helmi. (Masa tu kalau tak salah kat tol Gombak. Err Gombak ader tol kan? Ala.. before ke Karak tu. Hehe.)

'Laa.. dah memang keje dia, apadaa..' Aku cakap.

'Diorang ni laa, pembangkang ni. Ntah apa nak ntah, buat susah orang je. Tengok.. dah menyusahkan rakyat dah.' Ceeyyhh patriotik la plak dia.

'Lantak diorang la nak buat apa, abis pembangkang tak diberi peluang langsung. Balik2 parti sama je berkempen kat tv, mana aci. Kasi la sama rata.' Cehhh entah apa aku cakap aku pon tak tau. Hehe.

'Tu laa, masa dulu2 taknak, skang baru terhegeh2 nak buat itu la ini la. Ina tau tak, ini ciner ngan india punya ni tau, diorang nak buat kacau. Abang pon kena standby ni ha tapi dah kena pegi Jengka nak buat camner.'

'Abis kalau diorang call abang camner?'

'Takpe, dah hantar orang dah standby..'

Diam.

'Oooo.. ni mesti orang Nik Aziz la ni.. he he.'

'Apa kena mengena pulak?'

'Abis tadi beriya2 sokong pembangkang.' Sengih.

'Takde nyerr.. takde sokong saper2, malas. Baik undi parti Cap Uyi. Ngeh ngeh.'


Bosan tul. Abang Helmi kuat gak politik ni. Nampak gaya cam penyokong kuat Pak Lah.

Tak tau la atas dasar apa sebenarnya. Betul2 berpolitik ke atau memang dah tugas dia camtu.

Ahhh, malas campur. Politik ni sesuatu yang asing bagi aku. Nak bercakap pon tak reti. Benda2 ni semua bikin sakit kepala jer. Tak amik port ah. Yang aku tau, aku nak hidup dalam keadaan aman damai.

Pagi2 boleh pergi kerja. Anak nak ke sekolah takde masalah. Nak ke mana2 beli barang ke, jalan2 ker takde sekatan apa2. Tentang politik atau yang sewaktu dengannya aku serah je pada yang berkaliber. Cukup. Sebab aku tak pandai. Dan jugak aku tak berani nak menyertai apa2 perhimpunan yang melibatkan FRU atau gas pemedih mata!

Ok, stop.

Aku arrive Jengka dalam pukul 5 ptg. Hajat di hati nak singgah pasar malam yang dah lama ku tinggalkan tapi apakan daya, hujan. So, kitorang makan kat salah satu restoran kat Bandar Pusat tu.

Hmm memang dah banyak kedai makan kat situ. Tapi yang pasti, satu bangunan yang aku ingat. The one and only pasaraya yang mula2 wujud masa aku study kat situ dulu, Pasaraya Sapak. Hehe. Dah buruk dah. Lagi pulak dah banyak deretan kedai baru yang muncul so Sapak agak tenggelam.

Lepas makan, terus gerak balik KL. Aku drive sekejap kat highway tuh.

Time nak masuk ke salah satu destinasi rehat & rawat, ada road blok! Alamakkk, gilos! Mampuihh...

Tapi nasib baik polis tu takde suruh berhenti ke, tunjuk lesen ke. Kalau yer, abis la.. baper mata demerit aku kena kerana tidak mempamerkan P? Huh...

Oh yer, masa makan kat Jengka tadi ader sorang akak tu pukul2 peha anak dia. Cubit. Apa laa.. elok2 anak dia tengah main, dah menangis budak tu. Pastu dia cubit lagi anak dia sebab melalak. Cubit suruh diam. Budak tu bukan buat apa pun, dah nama pun budak tentulah main ajer kejenya. Umur baru 2-3 tahun. Biasalah, aktif. Bukan dia kacau orang. Geram pulak aku tengok akak tu.

Biar je la anak dia nak main. Apadaa. Uyi dulu masa aku tengah pilih baju, dia siap swimming atas lantai kat carrefour lagi. Konon2 tgh swimming kat pool. Hehe. Aku biar je. Tapi pastu larang la dia. Abis kotor baju. Ops, apa kater iklan sabun tu, biar terkena kotoran demi pengalaman? Keh keh keh. Poyo jerk.

Tiang seri rumah kat kampung pun uyi dah panjat sampai atas. Sekali tengok macam monyet daa! Tiang seri tu bulat, bukan kayu empat segi, tu yang senang je dia panjat. Macam Belalang naik pokok kelapa dalam citer Nujum Pak Belalang.

Tengahari tadi uyi mesej aku:

'Bu, adik x gi sek ari ni.'

Aku tepon dia. Dia kata malas nak pegi sebab tak belajar dan buat penat je. Maunyer tidak, asyik bermain, berlari memang la semput.

'Ok, tapi esok gi sekolah yer?'

'Ok.'

'Ok uyi, ibu ader keje ni. Nanti ibu tepon lagi ek. Letak tepon ok. Babaaiii... satuu...'

'Dua....'

'Tiggerr...!' Serentak letak tepon.


Dah. Sambung kerja.

Friday, November 09, 2007

Aku tunggu Jumaat depan...!

Yeeeaaaasssssssss!

Tak sabar menunggu hari Jumaat depan. 16 haribulan.

Uyi sampai kl pagi tuh!

Sungguh tak sabar! Rutin akan berubah seketika.

Tak sabar nak balik kerja petang2. Nak cepat sampai rumah.

Nak peluk dia erat2 lepas penat balik keje. Cium dia. Cium dahi, pipi, hidung, dagu, kening, mata, telinger, bibir.

Nak mandikan dia. Balut badan dia ngan towel, pastu dukung bawak masuk bilik dan lap dia kering2. Pilihkan baju untk dia.

Ceritakan dia macam2 cerita sebelum tidur. Dah banyak kali dengar pun nak dengar lagi.

Wrestling ngan dia.

Main teka teki ngan dia.

Masakkan lauk feveret dia. Sardin! Hehe, atuk dia selalu cakap aku tak reti masak lauk lain, walhal bagi uyi sardin tu sedap banget setaraf ngan ayam percik dan KFC.

Malam bawak dia makan2, jalan2.

Sabtu Ahad bawak dia jalan2, sama ada pegi Times Square (tak penah masuk), Mines Wonderland (dah 3 kali masuk), Planetarium Negara (pon tak pernah bawak dia), Aquaria KLCC (dah masuk sekali), mandi2 (agenda utama), zoo (harga tiket dah naik since last visit last year, so tak payah la, tak worth it), Genting (tak penah bawak dia main, insyaAllah ader rezeki nak bawak), Muzium (tempat lawatan masa aku kecik2), Tugu Negara (pon tempat lawatan masa kecik2, so buleh pegi sebab free), Putrajaya (dah selalu lepak tapi takpe, buleh tangkap gambar banyak2 lagi), PD (ader rezeki nak lepak 1 hari 2 mlm), etc etc....

Wah wahhhhh.... bukan main bernafsu lagi ekk. Ekekekeke... Dalam banyak2 tu tak tau la baper je yang sempat aku buat. Ikutkan hati, memang nak buat semua, tapi tak mampu dari segi masa, kewangan(yg ni memang takleh lari!).

Herm.. sah2 kena arrange mc bulan ni.

Arhhh... pedulik.. Dah lama berkelakuan baik inilah time nak curik masa bergumbira.

Uyiiii.... cepatlah sampai...!!!

Tuesday, November 06, 2007

fourthly..

Lunch hour, dapat mesej dari adik aku.

'uyi dapat nombor 4.'

Hehh.. aku senyum ajer. Naik satu anak tangga. Akhirnya bergerak jugak nombor uyi setelah 2 penggal berturut2 kat angka 5.

Alah, bukan nak paksa dia dapat nombor satu. Nombor 5 ker, 10 ker aku tetap anggap dia anak yang paling cerdik. Ye la, anak aku kan. Hehe.

*
*
*

'kalau taik tinger uyi bucuk?'

'ibu sayang jugak kat uyi.'

'walaupon taik tinger uyi bucuk?'

'horrr.'

'WALAUPON TAIK TINGER UYI BUCUK..????'

'YERRRRRR...!'


Dia ingat aku takkan sayang dah kat dia kalau taik telinga dia busuk.

Apa sangatlah bau telinga dia tuh, lagi elok dari bau colok!

aku dan ABB

Kebelakangan ini aku perasan yang hubungan aku dgn si abang badan besar agak rapat. Aku katakan rapat sebab kami selalu keluar bersama. Tak kira lah, nak ke mana. Shopping, live band, makan bihun sup atau bank in duit. Paling tidak pon akan keluar untuk minum2 atau lepak2 kat kedai kopi.

Kalau dulu, dalam sebulan tu adalah sekali. Kadang2 tak. Kadang2 3-4 bulan baru ngedate.

Herm, tak pasti pulak bila aku rapat ngan dia. Rasanya 3-4 bulan kebelakangan ni kot.

Aku punya pesen pulak bile dah berkawan rapat ngan seseorang tu tak reti dah nak kuwar ngan orang lain. Asyik kuwar ngan yang sama je lah. Haiii... bukan taknak hang out ngan kawan2 lain tapi selalunya biler kawan2 call ajak, aku dah pun ada plan atau sedang minum ngan abang badan besar ni. Biasanya temujanji ngan abang badan besar memang awal2 dah diset!

Lagipon aku tak reti nak tolak pelawaan ABB ni. Entah! Agaknya aku pon bosan dan takde nak buat apa kat rumah melainkan tengok tv, makan, makan, tengok tv. Uyi pon takde. Boifren pon takde.

Cuma.. walaupon aku hilangkan keboringan dengan merayap menikmati cahaya kl pada waktu malam aku tetap rasa suram. Kelam. Malap kadang-kadang.

Huarghhh.. adakah aku hanya mengambil kesempatan di atas kebaikan, keprihatinan dan perasaan orang lain? Tidak tahu. Aku rasa tak.

Dan aku pon tak mahu dilabel begitu. So far, aku masih di atas landasan keretapi yang nak balik ke Tanah Merah... sebab aku memang nak ke sana. Bukan ke Tumpat atau ke Hat Yai.

Monday, November 05, 2007

Oh mama, aku mau kawen..

Starbucks Jusco Cheras Selatan:


'Hermm, kenapa tak kawin lagi?'

'Tak nak ah, malas.'

'Malas apsal pulak. Kawin je la. Kawin pun malas ke?'

'Malas nak pikir pasal laki. Single lagi senang.'

'Tak teringin ke?'

'Kadang2 teringin jugak. Tapi tak jumpa lagi. Lagipun tak terbuka pintu hati.'

'Nak tunggu terbukak sampai biler? Umur bukan makin muda.'

Diam.

'Tak rindu ke? Tak rasa nak ker?'

Diam.

'Ker dah tak de nafsu ni? Hahhh...?? Entah2 dah tak minat lelaki? Eh normal ke tak ni?'

'Weiii, cakap baik2 eh. Orang ok la. Abis, dah tak jumpa lagi takkan nak paksa2 pulak?'

'Ye la, mana la tau... frust punyer pasal.'

'Ampeh!'

.
.
.

Tak minat lelaki? Serius jugak. Ehhh.. tak. Tidak. Minat. Normal lagi. Ada keinginan lagi.

Keh keh keh. Lawak.

Saturday, November 03, 2007

Memori Luka

secara tiba-tiba
aku mengingatimu
di kamar sepi di malam syahdu..

inikah katanya rindu
sengsara tiada terhingga
setelah perpisahan pun berlalu...



Kena penyakit rindu seksa kan? Pulak tu perasaan tu tak boleh diluahkan. Membuku je kat dalam hati. Menebal. Membengkak.

Bila rindu pada seseorang yang mustahil, aku akan alihkan perasaan, ingatan, khayalan dan memori pada uyi. Aku akan tukar channel.

Atau bile aku bosan yang amat dan sepi aku akan mencari wajah uyi dan bayangkan semua tentang uyi.

Nasib baik ada uyi.

Friday, November 02, 2007

Plan uyi biler aku dah takde..

1-2 tahun yang lepas....


'Uyi nanti dah besar nak jadi apa? Jadi doktor eh..?'

'Ermm..' Angguk.

'Tapi uyi kena blajar rajin2 tau, nanti buleh pegi oversea. Buleh ibu ikut uyi pegi saner skali. Ee bestnyer. Best tau dapat pegi sana uyi. Uyi nak pegi saner tak?'

'Nak. Nanti biler ibu dah mati nanti uyi nak pindah saner teruslah.' Jawapan yang lancar dan spontan dan suci.


Erkkk.......

Oo... dia kecewa dan kesedihan yang amat sehingga memaksa dia berpindah ke oversea untuk mengubat hati setelah kehilangan orang tersayang. Apa lagi yang tinggal kat Malaysia ni kan?

Hermm bagus budak uyi nikh. Dia nak tunggu aku mati dulu baru pindah saner. Herrrrrrrrmmmmm............

Thursday, November 01, 2007

sampai biler asyik nak nombor 5 je cayangg...?



First time sambut hari lahir uyi masa dia 2 tahun. Pakai gown mak cu dia, Pajeen. Hehe.

Sweater aku masa darjah 1 (atau darjah 2, aku lupa!) abah beli kat Sungai Besi pon masih ada lagi. Warna hijau. Skang uyi plak pakai. Seronok dan bahagia tengok sweater tu tersarung kat badan dia. Rasa seperti melihat aku masa kecik.

Huhu.. aku ade satu track top warna merah jenama Antioni yang aku beli waktu sale kat Jusco kalau tak silap 2-3 tahun lepas. Berkenan betul aku kat kaler dia. Memang cantik. Masih aku pakai sampai skang dan uyi pon pernah pinjam track top tu masa kat Fraser Hill.

Yang best tu track top tu takde la besar sangat. So bile uyi pakai takde la nampak menggeleber. Iyer, memang ler nampak baju tu besar tapi baju gitu kan cun jugak kalau pakai longgar2. Aku beli kat children department, age 5-6 kalau tak silap. Kehkehkeh.

Apala diorang ni buat baju. Baju kanak2 pon besar gedabak. Ingat saiz anak gajah ke apa. Aku pon bleh bedal skali. Huhu.

Tapi kalau time raya aku memang kalah la. Diorang ni jahit baju seolah2 kaum hawa kat Malaysia ni besar2 sangat. American size ke apa.

Result peksa uyi dah kuwar. Tadi dia cakap BM dua2 paper dia dapat seratus. Waaa.. bagus bagus! Pastu aku tanyer Matematik dapat baper? Dapt 86. Aisehhh, jauh sangat terlompat.

'Apsal dapat 86 jerk..?'

'Hemmm.. tak tau...' Slow je sore. Mintak kesian la tuh.

'Dia buat 5 sen campur 1 sen = 51 sen. Ekeh keh keh..' Si Pajeen menyampuk menyatakan salah satu kesalahan kertas matematik uyi.

'Laaaa.. uyi tak tengok betul2 ke? Hermm.. takpe lah, lain kali buat betul2 ye cuba lagi..?' Sentiasa bagi nasihat yang samalah. What else.

'Sains dah dapat?'

'Dok agi.'

Tak tau lah dapat nombor baper pulak uyi kali ni. Nombor 5 lagi ker? Mintak2 la ader peningkatan.



Saayang uyi...!