FoLLoweRs

Tuesday, November 06, 2007

fourthly..

Lunch hour, dapat mesej dari adik aku.

'uyi dapat nombor 4.'

Hehh.. aku senyum ajer. Naik satu anak tangga. Akhirnya bergerak jugak nombor uyi setelah 2 penggal berturut2 kat angka 5.

Alah, bukan nak paksa dia dapat nombor satu. Nombor 5 ker, 10 ker aku tetap anggap dia anak yang paling cerdik. Ye la, anak aku kan. Hehe.

*
*
*

'kalau taik tinger uyi bucuk?'

'ibu sayang jugak kat uyi.'

'walaupon taik tinger uyi bucuk?'

'horrr.'

'WALAUPON TAIK TINGER UYI BUCUK..????'

'YERRRRRR...!'


Dia ingat aku takkan sayang dah kat dia kalau taik telinga dia busuk.

Apa sangatlah bau telinga dia tuh, lagi elok dari bau colok!

2 comments:

j or ji said...

dah namanya anak...hehehe...

anak i,buat apa pun i tak marah...sampai naik risau kalau2 dia jadi 'spoil'...nanti dah besar tak boleh ajar!
hmmm...takpa..dia kecik lagi.

cLinaku said...

Betul tu,aku pon risau takut jadi cam anakku sazali!Sayang punya pasal,tak reti nak marah dan tanak ader org lain hadir di antara mereka.Arhh..mmg realistik.