FoLLoweRs

Monday, November 05, 2007

Oh mama, aku mau kawen..

Starbucks Jusco Cheras Selatan:


'Hermm, kenapa tak kawin lagi?'

'Tak nak ah, malas.'

'Malas apsal pulak. Kawin je la. Kawin pun malas ke?'

'Malas nak pikir pasal laki. Single lagi senang.'

'Tak teringin ke?'

'Kadang2 teringin jugak. Tapi tak jumpa lagi. Lagipun tak terbuka pintu hati.'

'Nak tunggu terbukak sampai biler? Umur bukan makin muda.'

Diam.

'Tak rindu ke? Tak rasa nak ker?'

Diam.

'Ker dah tak de nafsu ni? Hahhh...?? Entah2 dah tak minat lelaki? Eh normal ke tak ni?'

'Weiii, cakap baik2 eh. Orang ok la. Abis, dah tak jumpa lagi takkan nak paksa2 pulak?'

'Ye la, mana la tau... frust punyer pasal.'

'Ampeh!'

.
.
.

Tak minat lelaki? Serius jugak. Ehhh.. tak. Tidak. Minat. Normal lagi. Ada keinginan lagi.

Keh keh keh. Lawak.

6 comments:

ares bahar said...

heheh...

broken_nigina said...

macam nak terikat tapi tak nak terikat..
nak diikat tapi tak ada yang cukup kuat mampu nak mengikat..
tak benci cinta tapi tak ada rasa cinta..
hati tak tertutup cuma tak terbuka..
sunyi tapi tak rela..
heh..

cLinaku said...

gina,
sungguh aku tak reti menzahirkan perasaan ini dgn kata2.Tapi aku suka dgn apa ko tulis tuh, yess..!

broken_nigina said...

itu la..
hati beku..

Nadia said...

tapi kan..akan sampai satu ketika, anak dah besar panjang..dan time tu mungkin kita perlukan seseorang utk temankan kita meniti hari tua..

cLinaku said...

aku tak nafikan tu nadia, sadis wehh idup sensorang tua nanti! Itu pasal aku terfikir nak kena kawin ni..huhu..