FoLLoweRs

Wednesday, December 26, 2007

without you

Arrive kl sekitar 4am.

Letih. Mata tak ngantuk dah tapi badan penat giler. Mana taknya, cuti di kampung selama 3 hari tak ada rehat.

Hari2 diisi dengan kerja2 mengemas, mengecat, ke pekan beli barang, ke pasir mas jenguk atuk dan nenek, itu ini. Memang limited masa nak santai2, lepak2 kat anjung rumah.

Kalau la dapat sambung cuti 2-3 ari lagi kan best. Hemm.

Hari ni aku kerja. Bosan. Ngantuk. Badan rasa sakit2. Lenguh2.

Itu hari kat kampung angkat almari baju. Berat giler. Angkat dengan kuasa 4 orang tenaga Hawa dan 1 tenaga Adam pon cam nak terputus segala urat. Eh, kayu apa dia pakai daa..?

Ini hari aku akan balik kerja dangan perasaan yang tiada.

Tak rasa nak balik cepat2. Kalau bas atau komuter lalu pon aku tak heran. Andaikata sarat ngan penumpang, biarlah aku kasi laluan kat orang lain naik dulu. Aku naik next train.

Ini hari aku tak kerap jeling jam tunggu pukul 5. Kalau dah sampai masa, aku balik lah. Aku tak mengharap jam cepat bergerak. Biarlah dia jalankan tugas dia dengan adil dan tenang.

Ini hari kepulangan aku ke rumah takde saper2 sambut. Takde lagi jeritan comel uyi. Suara bising Pajeen.

Takde aktiviti swimming.

Tak perlu kelam kabut masak. Sardin ataupon daging masak merah.

Takde nak jengah ke playgraound.

Segalanya back to normal. Yang bosan.

Sebab uyi dah takde kat sini. Uyi dah balik kampung. Sekolah bakal dibuka minggu depan dan aku nak uyi rest cukup2 dan get ready to skul. Dia dah masuk darjah 2. 8 tahun.

Alahai... sunyi lah rumah. Takde bising2 lagi. Takde suara2 nyanyian duet kami. Takde sepah2. Takde nak masak2 sangat. Tak banyak kain2 baju yang dibasuh. Kosong.

Eee sunyinya. Sepi.

Terbayang... duduk depan tv sambil hirup sup.. atau nescafe.. atau oat.. atau megi. Duduk sopan. Takde wrestling atau main kejar2. Huhhhh... statik.

Arhhh, pendek kata memang very dull.

Semalam masa nak gerak balik kl uyi nangis. Dah lama dia tak nangis camtu.

Sebelum ni, kalau aku nak balik kl dia akan tidur. Kalau dia tidur sebelum aku gerak, aku lega sikit. Aku tak perlu tengok dia nangis. Dan dia memang tak nangis sebelum tu walaupon dia tau aku akan tinggalkan dia. Dia just peluk aku kuat2...
deep2.. then aku akan dodoikan dia.. dia terlelap.

Mungkin dia nangis dalam tidur. Sape tau.. Mungkin dia sedih tapi dia tanak show sedih dia tu, atau dia taknak menangis. Ya Tuhan, ampunkan dosaku for not being a good mother for her...

I miss uyi..

Rindunya kat senyum dia... suara dia, ketawa dia, busuk dia, bau lemak badan dia, lawak jenaka dia....uhhhh...!

Bulan depan aku akan balik kampung lagi!

6 comments:

Jorji said...

aku mungkin sawan kalau anak aku duduk kampung dengan Uwan dia..

hilang akal!

sabarlah ok.

Siberkop said...

Nak anak...

cLina BeLedZa said...

jorji,
mmg sedih,jiwa kosong,cam takde semangat, tapi.. aku dah terbiasa dan terpaksa.
yeahh, i've got a lot of patience.

siberkop,
nak anak yea..?!

the artist and i said...

macam tu la kot kan bila ada anak..

deaf-angel said...

aku paham sangat ler perasaan ko.
Sabar ler, ko carik rezeki.

tapi kan macam lagu Journey "Faithfully" cakap " I get the joy of rediscovering you ".. ni joy yang tak banyak orang bleh rasa kecuali orang yang kena berjauhan je bleh rasa hohohoho

cLina BeLedZa said...

heartbeat,
ko akan sayang anak lebih dari segalanya.

deaf,
yupp..tak sumer org berasa camtuh.