Assalamualaikum... hai kawan2, nama saya dot dot dot...........
Heyy.. selamat berjumpa 2013. Selamat kembali ke sekolah. Selamat dan semoga selamat semuanya.
Hari
pertama hantar uyi ke sekolah. Mak ai... aku pulak yang berdebar,
seolahnya aku yang masuk tingkatan 1. Yang haru tu, masa dengar pengetua
dia berucap aku pulak yang rasa nak nanges. Bukan tacing atau terlalu
patriotik, tapi sebab teringat masa mula2 aku naik tingkatan 1, terus
masuk asrama pulak tu. Lagilah nak nanges. Homesick giler.
Terbayang2
badan aku yang kecik masa tu terkocoh2 berlari, sampai kasut pon
tercabut lah. Naik tangga turun tangga, bangun awal2 pagi berebut
toilet, mandi kena cepat, badan toksah cakap lah, seminggu orientasi
memang masam2 sedap. Huhu.
Tu belum kire kena jerit
dengan kakak2 prefect. Setiap senior yang jumpa kena bagi salam.
'Salameleikum kak, salameleikum kak...' sambil terhangguk2. Macam jepun.
Hehe. Itu aku dulu.
Uyi
orientasi takde camtu kot. Ye la, dia bukan dok asrama. Cuma kesian kat
dia lah kat sini. Mebi agak letih. Kalu kat kampung 6.30 dia baru nak
bangun pagi, kat sini 6.30pagi aku dah nak kena panaskan enjin kete.
6.45pagi wajib gerak, kalu tak mesti jem.
Masuk sekolah
jam 7.30pagi tapi 7.20 nak kena ada dah. Rasanya hari2 ada assembly kot.
Balik kul 2.30ptg kecuali Jumaat 12.30tghari dan Rabu 4.30ptg sebab ada
ko-kurikulum.
Hah. aku pulak kejap2 tengok jam, kejap2
tengok jam. Takut terbabas atau terlupa nak ambil uyi nanti! Maklumlah,
hari pertama. Buatnya aku leka, naya je.
So automatik
rutin aku kat ofis pon slightly berubah. Nak tidur tengahari aku tak
beranilah. Kul 2 lebih aku nak kena keluar sekejap jemput uyi. Untuk
hari ni, kebetulan adik aku, dik ja pergi imegresen. Bolehlah aku
tumpangkan uyi balik.
Untuk esok2 dan seterusnya, aku kena
ambil dia dan transit kat ofis sekejap. Kesian uyi, mesti dia penat
sikit, tapi aku takde pilihan.
Arhh.. hopefully mula2 ni
je. Nanti lama2 bila dia dah biasa, dah ada kawan nanti, dia boleh stay
kat library ke... atau mana tau nanti ada kawan rapat yang dok area
situ, bolehlah lepas sekolah aku tumpangkan dia kat rumah pengasuh.
Pengasuh? Macam budak kecik pulak bunyinya.
In sha Allah.... everything will ok. everything will be ok..