FoLLoweRs

Sunday, January 27, 2013

Semua orang pun ada masalah




Aku berasa sangat sedih...


Banyak yang boleh dihuraikan dengan ayat di atas.

Kenapa sedih? Pasaipa? Bergaduh dengan boifren? Ada masalah kewangan? Baru dapat tahu ada penyakit kronik? Kena paksa kahwin dengan pilihan ibubapa? Ditimpa musibah?

Dulu, aku fikir bloging boleh buat macam diari. Semua boleh cerita. Semua boleh tulis. Masalah itu, cerita ini, peristiwa suka duka.

Niat mula2 memang cuma nak cerita. Ala.. macam kite cerita kat diari kita. Tapi diari kita tu kita sorang je yang baca, unless kena curi.

Tapi dalam pada kita bercerita tu, sedar tak sedar kita dah berkongsi masalah kita tu dengan orang lain. Sedar tak sedar kita dah buka sedikit sebanyak aib (mungkin) diri kita, atau orang lain.

Kecuali, kalau blog kita tu memang betul2 private. Atau kita pakai topeng. Takde siapa pun tahu itu adalah kita. Takde gambar, bukan nama sebenar. Bolehlah nak mengarut banyak2.

Jadi, blog bukan tempatnya untuk cerita semua masalah yang menghimpit. Lebih baik share dan mengadu pada Allah (pesanan untuk diri sendiri)






3 comments:

deaf said...

boleh nak mengarut banyak2?
excuse me....!!???


sapa dalam dunia ni takde masalah? mesti nye ada dari Sultan Brunei sampai yang merempat.

Best ko selawat dan ngadu je kat Allah. Selawat tu nanti Nabi dengar, dia tolong2 sampaikan la pasal kita bukan terror nak terus kat Allah everytime.

cLinaku said...

deaf;
ye la, mengarut lah.
hehe... mengarut maksud aku, bukan hal bukan2 yg karut marut.mengarut maksudnya boleh bercerita macam2 hal tanpa limit.
err...

tu la, kdg2 kite lupa Tuhan sentiasa perhatikan kita..

deaf said...

Bukak la blog baru - evil nenek kebayan ke. Takde orang kenal dah.