FoLLoweRs

Monday, January 14, 2013

Ketik waktu




Masuk minggu ketiga persekolahan. Cakap pasal persekolahan, automatik pasal uyi. Bulan ni dah 3 kali punch kad aku merah. Tak termasuk bantuan ehsan kawan2 yang sudi mengetuk ada la dalam 2-3 kali.

Masih tak dapat stabilkan kedudukan masa. Masalah utama adalah kat kawasan sekolah uyi tu. Tak dapat dijangka. Kejap ok, kejap jem sangat.

Kebiasaan kalau tayar Kelisa tu bergolek jam 6.53pagi, pon aku masih sempat lagi mengejar 7.30pagi.

Dulu, jam 7.15 dah berada dalam kawasan Putrajaya itu dikira awal jugak bagi aku. Tapi sekarang, kalau 7.15 dah masuk area Putrajaya, ikut nasiblah. Kadang2 sempat kadang2 tidak.

Takkan aku nak tukar jadual pejabat aku 8-5. Tak bestlah. Lagipulak, aku cuma perlukan around 5 minit extra. Sebab punch kad aku merah disebabkan hanya 2-3 minit. Haihhh. Sayang sayang. Orang kalau alang-alang nak lewat biarlah 2-3 jam. Huhu.

Solution dia adalah kena keluar awal. Tapi macamaner nak keluar awal kalau tak siaplah lagi.

Uyi!

Dia selalu lambat siap. Bangun pagi dengan nak beraklah, sakit perutlah. Aduyaii. Bangun sebelum azan subuh lagi. Kadang2 tu rasa macam dah bangun awal. Bajet mesti cepat sampai ni, tapi ampeh jugak. Lambat jugak. Aduyaiiii...

Tapi macamaner pon, penyelesaiannya adalah kena gerak awal. Kalau tak, nampak gaya memang aku kena tukar waktu keje 8-5.

Arghh.. tak bestnya tak bestnya.




2 comments:

deaf-angel said...

hope the problem can be solved soonest.

tapi kan, sekali sekala lambat adatlah. hujan ribut ke, apa je la sebab.

cLinaku said...

lambat sebb overslept.hehehe