FoLLoweRs

Tuesday, January 15, 2013

I'm gonna miss him





Bagi sesiapa yang follow cerita Merlin mesti terasa kan tengok finale semalam kat tv3. Rugilah kalau tak tengok.

Akhirnya Arthur mati jugak... setelah ditikam oleh Mordred dengan menggunakan pedang yang dibuat dengan nafas naga.





Arthur pengsan dan bertahan selama beberapa hari sebelum sempat Merlin bawa ke satu tasik apa-nama-ntah-tak ingat. Arthur semakin lemah dan lemah tapi Merlin nak bawa jugak ke tempat tersebut.

Dalam perjalanan, Merlin last2 berterus terang dengan Arthur dengan mengatakan dia sebenarnya adalah ahli sihir dan ada magik. Haaa... akhirnya cakap jugak dia. Memang paling ditunggu2 oleh peminat dia ni.




At first Arthur tak percaya. Dia cerita kat Gaius. Hehe. Dia ingat Gaius taktau.

Macam2 insiden yang yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut. Ala.. taulah perangai Arthur dengan Merlin camaner kan. Kelakar je tengok Arthur yang tak percaya tengok Merlin ada magik. Faham2 lah peel si Arthur tu camaner layan Merlin. Dan baru Arthur sedar, banyak insiden yang berlaku selama ni disebabkan magik Merlin, yang jugak telah banyak kali menyelamatkan dia dan kesatria Camelot.

Tapi kelakar kelakar pon, ada sedih jugak. Dia rasa macam tertipu etc.

Ikut kata Gaius, Arthur boleh bertahan dua hari je. Aduhh.. dalam hati dok neves, Arthur ni mati ke tak ni?? Tapi lama2 Arthur tak berdaya dah.

Tacing sangat masa Arthur minta Merlin peluk dia erat2... saat2 dia nak mati dah. Huwaa... rasa nak nanges tengok. Macam2 Merlin buat untuk selamatkan Arthur walau dia tahu semua tu tak berguna dah. Semua tu dah tertulis. Semua tu his destiny. Tacing sangat bile naga tu tegur Merlin suruh terima takdir dia dan Arthur.

Haihhh... sedih giler tengok cerita ni semalam. First sebab Arthur mati, second sebab ni final season dan lepas ni tak boleh tengok cerita ni da. Mungkin ada sambungannya nanti tapi mebi dalam versi yang berbeza. Mungkin Arthur akan kembali tapi dalam dunia moden which is Merlin dan tua kot.

Alaa... aku prefer cerita epik gitu.

Takde da series yang nak follow lagi. Drama cina No Regrets kat TV8 pon dah tamat. Merlin pon dah tutup buku.





Mesti aku rindu nak tengok kecomelan ini. Hihi....


* p/s - lauk tambah : aku frust jugak sebab sir gwaine mati.hukhukkkk






3 comments:

M said...

Cerita ni memang best, tapi lebih best kalau ditutup dengan kemas, dia punya finale macam tergesa-gesa je. Ingat betullah epic fight, aleh2 cuma petir keluar dari tongkat je, morgana pon tak fight back, kata high priestess. Tengok cara morgana mati lagi sedih, penat2 je morgana takut kat emrys, aleh2 kena tikam cam tu je. Takkan takde epic fight, ni dua kuasa magic terhandal ni, bukan ahli sihir bodo2. Yang merlin pon satu, kalau dah tau arthur tinggal lagi dua hari nak mati, gunalah great dragon gi avalon tu, ni tak nak jugak pakai kuda.
Tu lah nak kata kalau dah kata ajal Arthur nak mati cara gitu, buat camana pon tetap jadik jugak.
Lasnya Albion ntah ke mana The great king ke mana, magic diterima di camelot pon takde. Yang ada cuma merlin dok tunggu arthur balik sampai beribu tahun. sedihnya hidup merlin kalau camtu. Dahlah ayah yang baru jumpa mati, girlfriend dia freya mati, kawan baik mati, lancelot mati, sekarang arthur mati, pendeknya sapa tau dia ada magic semua akan mati, gaius je tak mati.
Apa2 pon cerita ni dah abis dan kemungkinan besar tak akan disambung sebab pelakon2 dia dah tak nak sambung lagi dah cerita ni.
Buruk mana ending dia, Merlin tetap cerita paling best.

deaf said...

Ko ni caya nah ngan cerita2 tahyol ni.
Nanti ada sambunganla...
Arthur returns, tapi as a girl kot. Haha.

cLinaku said...

M;
tu la pasal.aku pon geram apasal la lembap sangat takmo naik naga dah tau arthur dah nazak.hehhh.kalau aku la, awal2 aku dah panggil naga tu.tapi tu la, dia mmg nk matikan watak arthur.itulah salah satu caranya.
morgana mati memang aku rasa hepi tapi tak puas sbb senang sangat.aku terpaksa puaskan ht sndri bila pedang tu tertusuk tepat kat perut dia.hehe

deaf;
haha..camaner arthur returns pon, tak sebest yang ini.