FoLLoweRs

Tuesday, April 24, 2007

Teh Tanpa Gula

Aku call ma petang smalam. Ma baru balik dari surau, tak bukak lagi telekung sebab nak cepat balik, nak goreng nugget utk uyi. Uyi nak makan tapi dia sendiri entah dah lesap ke mana.

Ma citer, smalam uyi makan nasi ngan kicap dia tu la cam biasa. Tapi at the same time dia makan pucuk ubi cicah ngan budu. Hehe..reti budak ni makan pucuk ubi. Aku usahkan daun2 tu, sayur pon aku nak muntah masa kecik dulu. Pasal tu la agaknya badan ni tak besor2 kot! Huhu..

Kelmarin petang ma pegi kebun awal sket sebab sayur dah makin banyak. Takut tak sempat nak hantar malam nanti. Ma pegi kebun ngan abah around 3pm. Uyi pegi ngaji time tu while Pajeen lom balik skolah lagi. Cam biasa la grandparents aku ada kat umah. Diam tak diam dah dekat 2 tahun ma jaga diorang. Grandparents aku tu dah terlalu tua dan uzur. Kadang2 nyanyuk sket. Tak boleh nak buat keje sendiri. Mata pon tak berapa nak nampak. Pendengaran pon kurang, so diorang tak stay sendiri, pindah stay ngan ma.

Lepas Asar tu baru ma balik. Bile ma masuk kat dapur, kat atas meja tu atas 2 bijik cawan yang grandparents aku guna utk makan minum diorang ngan seketul roti. Ma tanya la Pajeen yang kebetulan baru balik dari kelas tambahan tu dia ke yang buat air untuk mok ngan cek. Pajeen cakap la bukan. Heran la saper plak yang buat, takkan la mok pulak yang buat air teh tu. Mata dah la tak nampak. Gula pon dah tak cam camner nak buat air teh. Pastu ma sajer2 tanyer uyi.. Hehe..uyi sengih2 je, cakap dia la yang buat. Hihihih...Tergelak ma.
'Uyi buat air teh sungguh?'
Pastu ma tak puas ati, pi tanyer grandparents aku betui ka dah minum air teh tadi. Datuk aku tu cakap la dah minum dah tadi...uyi la yang buat tapi airnya tawarrr... Biasa la orang tua cepat ngomplen. Grandparents aku tu cerewet sket bab makan ni. Kalo bagi sup ayam pon kadang2 dia cakap kasi makan ayam rebus. Hehe.. pasal dia dah tak nampak, deria rasa pon dah kurang, kitorang pon dah tak amik kisah pasal tu. Tau dah peel dia camner. Sebab tu kalu kasi nasik kat dia kena cakap 'cek, ni lauk ayam masak kari ni' ataupon 'ni sup ayam ni cek'. Haa baru la dia tau. Kalu tak sumer dia cakap tak best ajer, lauk main rebus ajer. Hermm jaga orang tua lagi susah tau dari jaga baby, lagi manja. Hehe.

Ok, lepas grandparents aku cakap uyi yang buat air tu terus ma ketawa. 'Uyi tak bubuh gula ker?' 'Dokkk.. uyi tak jumpa gula. Ermm tak pe aar nek, minum teh tanpa gula.' Hihi.. si uyi ni gelak ajer. Ader ke patut buat teh kat orang tua yang sememangnya takleh minum tawar sket tak boh gula. Lagiii ler bertambah2 tawar ngan kelat. Patut le datuk aku nampak bengang jer, kehkehkeh.
Tapi can't imagine camner uyi masak air..pastu buat air teh, bile time nak boh gula tapi tak jumpa, aaarhh belasah je la tak boh gula pon takpe. Pastu camner dia pegi kedai pok nik kat depan tu beli roti 2 ketul untuk moyang dia. Pulak tu pandai dia atur cawan yang memang moyang dia pakai atas dulang yang memang dulang tu pon dikhaskan untuk diorang. Hiii..how sweet......dah besar rupenya anak gua nikh. Huhu.. Dah boleh diharap. Prihatin. Agaknya dia kesian kat moyang dia lom minum air lagi kot. Ye la, grandparents aku tu kuat makan woo. Makan mesti ikut time. Breakfast, pastu kol 11 minum teh lagi. Lunch. Tea time. Pastu makan malam. Sib baik takde supper. Tapi yang sonok tu, diorang cukup suke makan cekedis. Hehe..ataupon apa2 jenis kopok la, bagi ler kat mok mesti dia ketawa. Hihii...seronok gak tengok diorang, kesian pon ader. Insaf pon ada. Beginilah keadaan menghabiskan sisa2 usia yang masih ada. Errmmmm.......

Tapi risau aku! Kalau uyi masak air tu. Dah le dapur kat kampung tu tinggi sket. Pastu ngan air panas lagi..iskk. Kalau dapur kat sini takpe la, sedang elok je rendahnya. Uyi pon memang dah biasa masak air kat sini, tapi tuang air panas aku tak penah kasi la. Bahaya.

Ma cakap smalam sampai ke malam ma asik nak tergelak ajer kalao tengok uyi. Abah pon sama. Air teh tanpa gule.... hehehe...

Wednesday, April 18, 2007

Terkenang Semasa Dulu

Semalam aku tido dekat kol 4am. Ni Syairul la punyer pasal. Abis terdelay waktu tido aku dalam sibuk tengah nak rearrange jadual tido. Tak pelah, Syairul punyer citer tu tutup dulu. Tadi aku terlelap jap, ngantukss. Dalam terlelap tu aku leh pergi ke waktu mula2 aku masuk form 1. Waktu aku bergelar freshie kat Sekolah Sains Machang tuh.

Dan selepas tu aku terkenang saat2 yang aku lalui masa minggu orientasi atau minggu silaturrahim. Terngiang2 lagi lagu2 BPR, Wings masa kitorang kat dalam dewan besar, tengah sebok nak dapatkan signature senior esp. dari abang2 dan kakak2 prefect. Teringat lagi naik turun tangga nak ke dewan makan. Masa naik tangga yang last skali kasut aku tercabut, dengan 'senang hati'nyer aku turun terhenjut2 cepat2 pakai balik. Dah terlepas line aku..

Masa zaman aku tu, abang2 senior hensem2! Rasa cam diorang tu matured sangat, besar dah dan terasa kitorang ni memang budak2 hingusanlah. Memang nampak perbezaan yang ketara, antara senior dan junior. Hormat dan respek dan minat memang tersemat kat dalam jiwa nikh. Pulak tu ada antara diorang ni dalam golongan rok2, aduii lagi la aku suka. Kalau dengar lagu 1000 Tahun Takkan Mungkin ker Taman Rashidah Utama ker, tu memang lagu official minggu orientasi tuh. Melekat sampai skang. Tak tau la apa perasaan aku, tapi memang ia membawa aku ke zaman yang penuh nostalgia yang tak mungkin dapat pegi balik. Kan best kalo ada mesin masa.. akan ku terbang ke sana menjadi sang pencinta dan bercinta. Hehe. Pasal tu ler aku sukaaaa sangat dengar lagu2 zaman tu walaupon asikk la kena kutuk ngan adik aku. Sebab walaupon tu zaman kegemilangan rok kat Tanah Melayu ni, tapi ader gak lagu2 yang jiwang karat... tapi best!! Huhu... ade sesetengah lagu memang lentok abis tapi stil dalam genre rok kapak.. tu yang mahal tuh. Satu lagi part sore. Hehe. Sore diorang ni nyaring lain sket. Tapi bile dengar bikin jatuh cinta daa. Sore budak2 cam nak meneran pon ader. Hehe, klakar.. tapi sore tu ler aku nak dengar skang ni. Sedap.

Dan aku terkenang kawan2 waktu sekolah dulu. Hermm rindu sangat. Rindu kat kemesraan dan kemeriahan itu. Terbayang wajah diorang satu persatu bersama karektor masing2 dan memori2 masing2. Batul la orang cakap, alam persekolahan adalah alam yang paling seronok. Tapi masa tu aku tak cayer. Alam keje la lagi seronok.. dapat pegang duit, tak yang datang kelas, tak yang susah2 sengkang mata studi, tak perlu berkejar pegi kelas prep, beratur panjang2 kat dewan makan (tapi makanan kat skolah aku antara yang terbest di skolah asrama jangan tak cayer), takyah tengok muke cikgu disiplin, boleh mc.... eee..macam2 lagilah. Tapi skang... andai dapat ku undur masa, ada 3 perkara penting aku nak buat. Aku nak belajar sungguh2 dan pegi oversea, aku nak bercinta ngan orang yang aku suke dan aku nak bergayut masa riadah supaya tinggi.

Haii.. apsal laa pegi mimpi kenangan lalu, kan dah terkenang. Bikin gua sentimental sekejap. Tapi yang pastinya.... dah lama tak mimpi hantu! Takmo aa, takut.. masa kecik dulu je selalu mimpi dah besar ni takde dah. Tidur skang ni takde apa. Cam skrin putih. Kosong. Tido mati la katakan. Huhu..

Monday, April 16, 2007

Kenangan Bersamamu

Semalam tengah syok2 tengok Supernatural, abang tepon aku dalam kol 11. Hemm..guess what, epull call abang, dia mintak contact number aku. What..??! 2-3 kali aku tanyer abang, epull mana satu? Alaa..epull budak kampung kite tu lah. Ulpp...Epull budak jughuh Lawang tuh?? Errkk..nak apa lak dia mintak nombor aku? Abang cakap tak tau ler..ader keje katanya. Maksudnya ada hal sket la tuh. Aku agree je, sebab memikirkan kitorang pernah berkawan dan dah dekat 10 tahun tak jumpa.

Lepas tu, kepala otak aku ligak pikir pasai apa laa si epull ni tetiba nak contact aku? Buang tebiat apa. Dalam hampir sepuluh tahun aku selalu balik kampung ni, tak pernah sekali pon terserempak ngan dia. Nampak pon tak pernah. Apa lagi bertegur sapa. Time raya pon tak pernah bertembung. Dia pon tak pernah datang umah lagi semenjak kitorang dah clash. Err.. maksud aku dah tak kawan. Istilah clash tu berat sket sebab kitorang tak pernah berada dalam alam percintaan yang realiti.

Dan aku hampir2 nak terjerit bile dalam kol 12 enpon aku ringing dan satu nombor yang tak pernah aku set dalam enpon appear. Dan naluri aku kuat menyatakan tu mesti nombor epull. Alamakk....
Tapi kitorang professional, cewahh...! Masing2 tanya khabar. Ye la, lama tak jumpa. Dan paling aku rasa cam pisau blade menghiris kulit pipi bile dia cakap 'dah takde kawan kat kl tu, kita nak tapi orang tak nak... saya ingat lagi tuh'. Glupp.. err... adehh... aku gelak je, takmo take serius lah. Lagipon citer lama.

Dan sebelum tidur smalam, otak dan fikiran aku merentas sedikit masa lalu. Epull, budak kampung aku yang pertama aku minat. Sebab dialah satu2nya budak kat kampung tu yang baik, sopan dan tau hormat orang tua while kawan2 dia masa tu sumernya menjengkelkan mata kasar aku ni. Sesekali aku balik kampung (sbb masa tu aku skolah kat asrama penuh) selalu terserempak ngan dia sebab umah nenek dia kat seberang sungai sana, blakang umah aku. So memang dia kena lalu jalan umah aku la. Berbekalkan motor buruk dia tu.. hihi.. asal dengar deruman enjin moto dia je aku dah cepat2 dok tepi tingkap nak jenguk dia. Hehe.. dia lak memang terkenal ngan sifat malu2 tikus tu apa lagi.. gabra abis member! Aku lak mentang2 kaum ramai, makin suke kitorang nyakat. Huhu.. seronok masa muda2 dulu. Tau nak hepi ajer.

Tapi kitorang tak pernah bercinta secara serius. Kitorang tak pernah declare. Cuma masing2 simpan dalam hati je. Aku rasa aku suka kat dia dan aku dapat rasa gak dia pon suka kat aku. Tapi tu sumer dari pandangan jauh je. Tak pernah terluah soal perasaan ni. Berborak panjang pon tak pernah, cume bertegur sapa dan berciter sikit2 jer tak banyak yang boleh diperkatakan. Ye la, aku malu dia pon segan. So aku anggap hal tu setakat tu jer. Lagipon lepas tu aku masuk Uitm while dia aku dengar masuk Pusat Giat MARA. Jumpa lepas tu pon aku ingat dalam sekali je kot. Lepas tu masing2 buat hal masing2. Aku dengan praktikal kat KL dan dia ngan kerjanya. Dia jadik mekanik. Aku respek kat dia pasal walaupon dia tak blajar tinggi, sampai SRP kot dan dia ni tak sesempurna orang lain (sebab ibu jari salah satu tangan dia takde) tapi dia rajin keje dan ader inisiatif nak majukan diri. Skang aku dengar dia dah bukak bengkel sendiri kat pekan.

Hermm.. apa lagi nak citer pasal dia. Dia memang baik. Lurus. Aku tak perasan, aku ke yang tinggalkan dia atau dia yang tinggalkan aku dulu? Arhh.. sumer tu dah takdir. Aku dengar citer mak dia ada calon untuk dia. Aku jadik bengang dalam diam. Aku tersinggung sebab dia tak cakap apa2 pon. Tak pasti pulak kebenaran citer tu tapi aku amik keputusan nak lupakan dia. Kebetulan pulak masa tu aku berkenalan ngan xhusband aku. Hermmm....

Sesekali.... terasa seperti terkilan.. seperti menyesal terburu2 camtu... sebab dia baik.. dia memang baik. Tapi aku boleh lepaskan tu sumer. Tak kisah lah, ni sumer soal jodoh. Lagipon aku bukan betul2 tangkap cintan. Aku bukan ralat takde jodoh ngan dia, tapi aku lupakan dia sebab berkawan ngan orang yang tak sepatutnya aku jumpa. Cehh...cam tanak ngaku salah sendiri laks.. huhu. Dan skang ni tak tau apsal aku asyik berdoa semoga Tuhan pertemukan aku dengan lelaki yang baik. Hikss.. yang pasti bukan suami orang ;-)

Saturday, April 14, 2007

Jawapan Yang Pasti

Smalam aku jumpa kak ina, wife abang helmi kat IOI Mall. Tanyer serba sikit pasal nursery yang dia nak lego tuh. Herm.. seronok! Semangat betul aku dengar. Macam2 plan aku nak buat nanti. Tapi yang pasti, by next year aku dah takmo makan gaji dah. Letih. Dan kompem nursery tu kak ina nak jual kat aku. Alhamdulillah.. at least mudah urusan aku yang satu ni. Cuma aku nak kena pegi amik kursus je. Lokasi, customer, barang2 mainan, staf sumer dah ada. Tak payah aku nak pegi survey tempat baru ke apa ke, cume nak mesra2kan diri ngan nursery tu je ler. Ermm banyak yang nak kena aku belajar ni.

Yang buat hati aku tambah berbunga2 sebab uyi akan skolah kat sini, dan dok ngan aku. Indahnya tak terkata. Tak sabar aku..

Hermm.. pasal tanah abah tu stil dalam perbincangan lagi. Smalam aku tepon abah. Abah cakap memang la antara tender tu tanah abah yang paling berpotensi, tapi biasa lah.. bile dah masuk bab duit.. macam2 orang ada. Pulak tu ada orang2 besar, orang2 pak lah la.. orang2 najib la.. Ermm.. sah2 ada campur tangan politik, ni yang aku nyampah. Bile dah masuk bab politik.. apa la yang ada pada orang biasa cam kitorang ni, takde kabel kuat apa2, jadik cam mentimun jerk. Kalau dah org2 luar campur tangan, hermm nampaknya persaingan ni tak adil. Dah tentu orang2 politik ni akan gunakan segala kuasa secara full throttle, macam2... So abah cakap abah malas nak berharap sangat, kalau dapat maknanya tu rezeki abah. Alhamdulillah. Kalau tak dapat, terima ajelah mungkin rezeki abah bukan di sini, tapi insyaAllah di sana. Aku doakan semoga abah berjaya. Aku kesian tengok abah. Terlalu banyak dugaan yang abah tempuh dan paling perit sebab aku pernah menjadi salah satu ujian yang maha berat untuk abah terima. Sebab tu setiap kali aku peluk abah aku akan menangis, tapi bile peluk ma aku boleh kontrol. Errh.. alamak..emo..emo..isk..takmo ingat kisah silam.

Nampaknya kalau jadik nursery tuh (insyaAllah), sunyi ler atuk ngan nenek uyi kat kampung. Uyi lak mesti rindu2an gaks. Tapi nak wat camner. Kalau tak, biler lagi. Teringat uyi masa baru pandai cakap dulu, dia manja ngan nenek dia.... selalu dia panggil nenek dia..'nenetttt...!'
Uyiii..miss u bebehh...!

Wednesday, April 11, 2007

Masyukkk..!

Uyi buat lagii...! Smalam Pajeen call aku, cakap uyi bisnes lagi. Dengan sore gelak2 ketawa dia cakap uyi dapat untung 7 hengget ari ni. What...?? Amende yang dia jual..? Pajeen cakap dia jual resit teksi pulak..!! Aduhh.. aku tau resit yang mana satu sebab aku yang belikan untuk Liza dari John. Liza kan slalu kuwar pegi Putrajaya la Damansara la, so senang le kalo dia nak claim teksi, untung sket. Resit tu manual punyer bukan print dr teksi. Ala resit biasa cume teksi punyer, siap ader kaler ijau, pink, biru ngan kuning. Huhu..patut la laku, budak2 memang suka ler berkaler2 nikh.

Tapi yang diorang pon pegi beli nak buat apa laa... eran aku. Bukan boleh makan ker, lukis2 ker.. alahai resit cinonet kecikk jer. Yang si uyi pon satu hal, bende tu pon dia nak jual ker. Heii risau aku kang lepas ni ntah apa lak dia nak jual. Dia suke sebab dapat duit, pastu kawan2 dia lak berebut2 nak beli. Hmm kalau dapat untung 7 hengget, maknanya 70 keping resit la dia dah jual. Fehhh... macam goreng pisang panas..! Siap panggil kawan2 dari kelas sebelah lagi.

Hiii.. aku leh bayangkan uyi time jual resit tuh. Huhu..kelakar plak. Nak tergelak pon ada. Ade plak resit tu dia leh jual. Iskk... macam macam. Aku bukan apa, kang tak pasal parents budak2 tu marah2 ke, bengang ker.. ye la anak diorang beli kertas kecik ntahaphapantah. Kot seposen tu dah boleh beli aiskrim batang tu. Lagi satu kot dia datang skolah leka dok menjual ajer, iskk... apa aku nak cakap ngan dia nikh..

Kot jual kerepek ker, kaler ker, pensel ker ok la, bende berfaedah ada gunanya. Ini jual resit huh..!
Teringat aku kecik2 dulu, aku pon suke buku2 atau kertas yang warna warni kecik2 ni. Kalau ader satu stack tu lagi best.. tapi untuk collection jer la.. simpan.
Eee uyi nikh.. bikin aku risau jerkk.. tapi rasa nak ketawa pon ade. Hihihih...

Monday, April 09, 2007

Bisnes Tisu

Smalam kena tinggal ngan Epi, so takde gi maner2 lepak kat umah jerk. Dalam kol 1 lebih Pajeen msg aku.

Pajeen : Uyi pandai beniaga, penipu besar.
Aku : Weii..apasall..???
Pajeen : Kalo nak tau, call umah..har har har...

Aku pon tepon la Pajeen. Rupa-rupanya Uyi ni buat bisnes kat skolah. Hahh..buat bisness..?? Terkejut aku.. Pajeen cakap uyi jual tisu kat skolah. Ala tisu dalam peket tu yang biasa mamak jual 20sen tu lah. Heran aku, apsal sampai nak jual tisu kat skolah plak, tak cukup duit blanjer ker? Dia nak kumpul duit beli apa?

Pajeen citer, smalam uyi mintak tisu 20sen tu ngan Pajeen satu peket (pajeen memang slalu ader stok). Uyi cakap kat koperasi skolah dia ader jual gak tisu dalam peket tu tapi mahal, 50sen. Ok.. tisu yang tebal sket tu, ermm. Tak sangka lak uyi pegi bukak kedai kat skolah, jual tisu yang dia mintak ngan Pajeen tuh. Pulak tu, dia jual tisu tu sehelai sehelai gitu! Sehelai tisu dia jual seposen, memang untung le dia.

Pastu lak, bukan takat tisu je dia jual, buku nota yang kawan dia bagi pon dia buleh jual gak. Sehelai sehelai gak! Buku nota kan ader gam sket je, senang nak koyakkan dia. Abis dia jual satu buku tu sampai 3 helai je yang tinggal! Makk aii..memang buleh buat duit le gitu, memang otak bisnes betul nikh. Yang budak2 kelas dia pulak, sumer pakat2 serbu le beli. Yer la, budak darjah 1, biler jual bende2 pelik sket comel2 sket terus le beli, seposen lak tu.. konsider murah ler.

Iskk...aku cakap ngan uyi, naper nak jual benda2 tu sumer? Uyi nak beli apa2 ker? Nak kumpul duit watper? Beli apa? Tapi uyi cakap, dia bukan nak beli apa2 pon, takde nak kumpul duit ker apa ker tapi duit tu nanti dia simpan jer dalam bekas kat dalam bilik. Lerrr budak ni.... aku suruh dia stop bisnes, nanti cikgu marah kang lagipon pegi skolah nak blajar bukan nak meniaga. Kalo uyi nak beli apa2 nanti ibu belikan. Tapi dia cakap dia suke... kawan2 dia pon suke, dia nak meniaga gak. Aduhhh... camner nikh... budak ni bukan reti nak stop benda yang dia dah suke unless dapat benda lain yang leh diganti.

Teringat 2 tahun lepas kalau tak silap, uyi 'paksa' nenek dia buat aiskrim malaysia sbb dia nak jual kat tempat ngaji. Semangat abis member. Yang kelakarnya, bile customer kasi duit singgit tapi dia takde duit kecik, dia mintak ngan atuk dia duit balance tu tapi yang singgit tu dia simpan. Memang le untung banget... huhu..

Arhh..tak sabar nak balik kampung lagi.... insyaAllah..

Friday, April 06, 2007

Omongan Kosong

Letih rasa tak ilang lagi. Entah sebab salah tido ker, tak cukup tido ker atau perjalanan balik kampung yg jauh buatkan badan aku rase lemah jerk. Dah ler smalam tido dekat kol 2, nak tunggu rewind Desperate Housewife nyer pasal..hehe..

Skang ni kepala otak aku asik ingat Sunan, Ratu Sulaman, Haryani, Senggara bla bla entah apa2 lagi. Actually nak abiskan novel Cinta Sang Ratu ni, baca sikit sedap pulak. Terus pinjam bawak mai KL. Ain punyer. Dah lama tak baca novel2 ni, dulu time skolah2 rajin gaks..tapi biasa la citer cintan cintun remaja. Sonok nyer kalau hidup ni betul2 dalam novel tu, penuh kisah cinta umpama Cinderella.. Beauty & The Beast..

Citer Ramlee Awang Murshid ni nak kena baca slow2 dan penuh penghayatan baru ader feel. Nak kena concentrate, baru paham. Start ngan Tombiruo, aku mula minat ngan novel2 dia yg thriller tuh. Kalo dulu...aku banyak baca novel Ahadiat Akashah ..hikhiksss.... suka sangat ;-)

Friday, March 30, 2007

Cuti Lagi

Malam ni aku, Liza, Tariq ngan Alin balik kampung, cam biasa la Zura jadik penunggu tetap umah tu. Ader ajak Syairul balik sama tapi dia takmo. Entah bile dia nak balik kampung aku pon tak tau. Haii..apa la yang dia pikirkan, risaukan, takutkan aku pon tak tau.

Tepon uyi pagi tadi. Hmm..dia tak ikut pak long dia ke Langkawi sebab nak suruh aku balik. Hah..yes as her wish..dan aku pon kena la tunaikan janji kan..budak2 kalau kita mungkir, diorang lagi terasa dan teringat2. Aku takmo nanti dia cakap aku ni suka dan asyik janji jer tapi tunaikan payah.

Oo..lupe, smalam aku, Liza dan Tariq lepak kat Bangi Kopitiam..ala tempat Kid tuh. Carik punya carik sampai jugak ke sana. Ok, tempat dia menarik. Aku tak makan sangat pon, just roti bakar jer, 3 kali order. Lepas abis satu set, rasa tak cukup plak..order lagi..pastu order lagi..Oitt...bukan aku sorang bedal..Liza ngan Tariq pon sama laa. Diorang makan asam laksa. Hmm sedap gaks tapi sbb aku full already so maleh nak order.

Lepas balik keja karang nak packing..basuh baju sket..kemas umah sket..dlm kol 10 gerak la kot. Baju baru uyi dah siap beli, pastu dia pesan suruh beli kek. Hmm..org lain punyer besday tapi dia pulak sebok nak kek. Actually smalam ari jadi Ica..tapi dia takde kat kampung, pagi tadi abang satu famili dah gerak ke Langkawi.

Esok cuti..Isnin aku mc..hehe..

Monday, March 26, 2007

Rindu Uyi

arrmm..nyumm..uyi ngan nisa masa tgh tunggu aku ngan abang


Smalam tepon uyi, tanyer dia nak ikut pak long bercuti kat Langkawi tak ujung minggu ni sempena cuti besday sultan Klantan..hermm dia takmo pegi sbb nak suruh aku balik. 'Uyi tokce gi Langkawi, baik uyi tunggu ibu balik.' Hmm...alahaii...sejuk rase ati aku, sebak.. Smalam mase tengok cd Sesejuk Air Mata Ibu rase nak nangis plak. Agaknye camtu la rasa rindu uyi kat aku..? Sigh.

Saturday, March 24, 2007

BeRaKHiRNYA SaTu PeRCiNTaaN


Smalam Dot tepon aku ajak kuwar makan, kebetulan aku pon tak de apa2 program so orait je la (ehh..tetiba lak aku dengan senang dan rela hati terima pelawaan dia tanpa banyak soal). Dia datang ngan Lan. Kitorang makan kat Bangi, kat area maner aku pon lupe (sbb aku mmg selalu tak ingat jalan..hehe).

Dipendekkan citer, Liza mintak tolong aku bawak 'barang' yang dia nak pulangkan kat si dia..pas kat Lan suruh Lan pas kat si dia tu sbb diorang housemate. Ermm..memula aku keberatan gak sbb nnti apa plak Lan cakap, aku takmo bende ni jadi kecoh tapi at last aku bawak gak barang yang Liza dah siap packing dlm kotak tuh.

Perbualan antara aku, Dot ngan Lan smalam banyak gak berkisar tentang masalah Liza ngan si dia ni. Oleh sbb kitorang sumer dah berkumpul dan masing2 adalah org yg terdekat ngan tuan empunya cerite, so apa lagi masing2 korek citer aa. Hehe..kelakar gak sebab diorang ni dah tau awal2 lagi rupanyer tentang masalah Liza ngan si dia ni, aku jerk yg malu2 rimau nak start.

Betul la apa yg Liza citer kat aku, apa yang dia rasa dan apa persepsi aku tentang si dia Liza tuh. Memula lepas dengar citer Dot ngan Lan aku kesian ngan xLiza (meh aku ringkaskan utk panggilan si dia). Maksudnya memang dia sayangkan Liza, betul2 nak dan serius. Tapi masalahnya dia tak cukup kuat and tough as a man. Kalau dia betul2 nak Liza, go and fight for her. Jangan mudah tunduk dan mengalah. Ini baru permulaan tapi dah takleh nak handle, camner dia nak protect Liza nanti? Aku bukan suruh dia jadi anak yang derhaka, tapi firm lah dengan keputusan dan bersungguh2 dalam segala hal. Dia lelaki. Dia yang patut usaha lebih. Takkan nak harapkan Liza je yang usaha while his effort gantung je kat dinding? Dah tu kalau rase tak boleh nak teruskan, jangan la bagi harapan kosong kat Liza, jangan gantung tak bertali, jangan tinggalkan terkapai2 tanpa jawapan jangan bagi orang dalam teka teki. Nak tak nak kena terus terang and tell the truth. Kena berani dan kalau tak berani pon kena gak buat2 berani untuk menghadapinya sbb benda ini adalah kenyataan yang mesti ditempuh walau suka tak suka dan bukan main2. Ini tidak, asyik nak mengelak dan bagi jawapan yang tak pasti. Siapa2 pon dalam dunia ni tak suka keputusan yang tergantung. Kalau betul nak, usaha la ke arah itu tapi kalau taknak dan tak boleh terus teranglah. Jangan takut ngan bayang2 sendiri. Memang la pahit utk diterima tapi lagi bagus daripada langsung takde jawapan.

Haii..entahlah! Aku nak citer panjang pon buat apa ek? Tapi aku rasa terkilan gak sbb punca perpisahan itu adalah sebab orang ketiga. Orang ketiganya pulak bukan betul2 dari parents xLiza ni tapi aunty2 dia yang provoke lebih. Yang jadi mangsa adalah pasangan yang bercinta ni lah. Bukan tak sayang, bukan tak mahu tapi terpaksa mungkin sebab mengikut kehendak orang tua. Arrh..lelaki..buatlah apa yang terbaik. Bukan suruh memberontak tapi sayangilah hidup anda, kebahagiaan itu bukan terletak pada mata yang memandang dan mulut yang pot pet tapi dalam genggaman sendiri. Tapi tu lah, macam memula aku cakap tadi, dia terlalu lemah. Mungkin didikan dari kecik buat dia camtu. Ye lah, dia ni manja sket, anak bongsu..memang tak pernah berenggang ngan org tua, sebab itulah. Dia tak pandai nak memberontak. Abis2 pon tarik muka masam, tak balik umah seminggu, tak bertegur sapa. Takkan reti buat sesuatu yang menyakitkan hati org tua. Dan sebab itulah apa pilihan ibu bapa dia tak reti nak menolak. Tak pe lah tu. Tapi itulah yang buat Liza bengang..belum apa2 dah takmo protect Liza..hehe..

Apapon, aku doakan yang terbaik untuk Liza. Ye lah umur pon bukan muda lagi. Lagipon i know how deep is her love to si dia tuh. Sejatii gitu..huhu.. Tapi nak buat camner kan, ni la org cakap jodoh. Mungkin si dia bukan untuk Liza. Tapi kisah ni buat aku mengenal satu lagi spesis lelaki dan satu lagi watak manusia dalam dunia ni. Dengan pemulangan barang2 tu smalam mungkin dia dah betul2 lepaskan sumer tu. Atau hanya sekadar memuaskan hati. Entahlah..

"tiada ku duga permulaan yang jernih
menjadi keruh dengan tiba-tiba
bisa rintangan antara ku dan dia
cinta terhalang oleh orang tua...."
-fauziah latiff (DIA)

Friday, March 23, 2007

Fraser's Hill

Huh..frust giler, nyesal sbb tak snap pic pakai enpon Liza. Banyak pakai kamera Uyo yang dah bertahun dalam muzium tuh. Last2 sumer gambar tak jadik, ader le dlm 3-4 pcs je yang lain ampeh. Frust sgt esp masa naik kuda tuh, siap ngan topi koboi skali...aisehhh...sayang! Sib baik ler ader a few pic yg snap pakai enpon Liza, leh gak wat kenang-kenangan.

After check in kat Jelai Resort, apalagi terus la posing..hehe


Malam kat town, ngan adik Pa tengah tunggu burger daging, satu RM2.50..ermm...paling tak suke makan burger kalo daging dia tak garing.


Ngan adik Pa lagik, actually masa ni uyi tgh ngajuk sbb aku takmo belikan dia selipar transparent tuh. Bukan takmo beli, tapi dah le mahal tak padan ngan huduh, pastu tak muat kaki dia lak tuh nampak tak cantik kalo dia pakai. Apalagi amik kesempatan ngajuk la dia..hmm semenjak dah besar ni suke pulak dia merajuk..


After breakfast esoknyer, tak ngajuk dah. Ye la smalam tido pon menggelisah, asik nak nangis jer..maklumlah tido dlm kesedihan mesti tak aman punyer..hehe. Last2 nak kena peluk gak. Muahh..cup cup..cayang uyi.. Pagi yg tak happening kat Tasik Allan tu.. aku, uyi ngan alin je yang ngayuh beskal air budak2 lain sebok mencekik.

My BeBeH

a few days before her buffday..


yeahh.. tunjuk skil sket..tp ala2 man kidol la..hehe


posing la kengkunun


mekacih bu..!!


Wednesday, March 21, 2007

Rasenyer...

Lately entah naper aku malas sangat nak keje..bukan setakat nak bekerja..nak pegi opis ni pon tak 'selera'.
Sib baik skang ni project baru takde, so tak bz sangatlah..ah tu le yang buat aku tambah malas..dah lama company ni tak dpt job yg masyuk, so automatically aku pon banyak rileks aa...sampai dah terbiasa pulak.
Dan skang ni aku rase kemalasan aku sampai tahap kritikal. Aku langsung tak bersemangat nak keje kat sini, rasa cam nak resign pon ader, rase nak balik kg, rase nak tukar job dan environment baru, rase nak rileks,rase nak itu nak ini..Huh banyak la ko punyer rasa..hehe..

Actually aku rasa (rasa lagi..!) ni sumer mainan psikologi. Sebab aku bosan keje sini, sebab tu la aku malas. Cuba kalau keje tu aku suke..hm mesti takde masalah. Dan cube kalau uyi lak ader di sisi aku, mesti sumernye ok. Takde rasa tension, takde rase stress, takde di belenggu rindu yg maha hebat, takde rase resah menghitung hari bile uyi nak balik kampung.

Hmm..banyak benar benda yang perlu aku fikirkan. Banyak benar perkara yang menghimpit dada dan menyesakkan nafas. Kadang rasa tak tertahan dan tak tertanggung..sampai bila..? Sampai bile baru aku nak berubah..? Jalannya nampak mudah dan lurus tapi nak mengharunginye seakan aku tak mampu...Tapi bak kater si semut merah..sumer manusia yg dilahirkan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing...hmm..and i wonder what and where's my strength...

kU Di HaLaMaN RiNDu


i hide my tears when i say your name
for the pain in my heart is still the same
although i smile and seem carefree
thre's no one who missing you more than me..!

Wednesday, March 14, 2007

tak seindah dulu

Lepas balik keje ari Sabtu ari tu, kemas lagi sket barang, kemas umah sket, lebih kurang kol 3pm kitorang gerak to Fraser's Hill. Benti makan kat Kuala Kubu Baru. Perut memasing dah main lagu rock ni. Ok la jugak kedai makan kat situ walaupon tak le sedap sangat tapi harga kire berbaloi la. Pastu sambung balik the journey. Jalan dia cam ular kena palu, bengkang bengkok, sampai Pajeen termuntah. Sib baik dia sorang jer yang tak tahan buatnyer uyi pon muntah..mak aiii lagi le seksa..lambatnyerr nak sampai...

Kitorang check in dalam kol 6pm kat Jelai Resort. Hmm pelik sket...apsal tempat ni dah tak cam dulu? Sunyi sepi..suram..takde orang..tak ramai org cam dulu walhal skang kan cuti skolah? ah tak kisahlah...esok2 ramai la orang kot. Lepas rileks jap, malam tu kitorang kuwar town.. apalagi posing sakan la kat clock tower tu..beli barang2 sket..makan..pastu balik! Aikkk..apsal bosan naw pi bukit fraser kali ni..? Really..tak hapenning cam dulu lah...Kalo dulu malam kat town ni ok la ngan org ramai..tempat2 makan nampak meriah...tapi malam tu..lengang...cam bukan tempat pelancongan pulak. Iskk...

Malam tu tido awal..dalam kol 12 kot. Hmm dah tengah2 malam kat tengah2 hutan tu apa lagi yang nak dicari, tidur lah..dah la cuaca pon sejuk. Lagipon masa on the way balik dari town tadi ntah tersalah masuk ke jalan maner plak..seramm jerk jalan dia. Hutan kiri kanan. Gelap. Bunyi cengkerik. Jalan makin menaik. Pastu banglo lama kiri kanan usang dan terbiar. Errrkkkk....takmo amik risiko...u-turn...cari jalan balik slow2....huhhhh tak sanggup nak meneruskan perjalanan yang ntah ke maner nak pegi tu. Seram plak rase. Buatnyer tetiba ader pompuan bertudung putih mintak tumpang ker..makkk...!!! Tetiba ader org asli lompat ngan parang kat tangan ader darah ker...egegegegege...!! Liza dah start baca doa dalam hati dah..uyi cakap jantung dia dah berdebar2 dah...huhu..aku pon saspen gak...tapi lom sampai rase seram lagik, leh kontrol lagi la..ehehehhee...

Ntah camner kol 3am aku leh terjaga. Tetiba rase hangat. Lagipon kitorang tido berhimpit2..rapat..tingkap lak tak bukak sangat..pulak si uyi ni asyik dok merengek. Ntah apa yang tak kena. Resah gelisah. Aku pujuk dia...dodoi..siap nyanyi lagu ulik mayang....ekekekekeke...lagu ulik mayang di tengah2 hutan..? Sampai si Liza sound aku..ehehe..dah le bilik kitorang ujung dunia....buatnyer tetiba ader puteri bertenggek kat beranda tuh...huhhuhh....Budak2 ni Alin, Pajeen ngan Ain siap cakap...ntah2 uyi ternampak something kot..? Dia kan keturunan puteri2 nikh...Issshhh....ni yang tak sedap ni..apadaaa...

Ahad 11 March 2007

Lepas bekfast aku, uyi ngan alin jalan2 amik udara pagi..snap gambar kat taman flora tuh, pastu naik beskal air..jalan2..pusing2...alahaii..mana lagi nak poie nieee...Apa yg best...cume sedut udara yang segar dan sejuk kat situ.....seduttttttt....!!!
Balik bilik diskas ngan budak2 ni...maleh aa nak stay..baik gi tempat lain..kat situ pon cam tak best dah...tak sonok. So dalam kol 1pm, check out..pusing kat town beli souvenir..dalam kol 4 lebih kot kitorang gerak turun. Ops..sebelum balik sempat la menunggang kuda...acara yang aku dan uyi tunggu2..hehehe...tu ler yang paling best...
Tapi on the way turun..mak aiii....punyer la mual, loya...arrkkk...tak sedapnye perut aku....nak muntah takleh pulak tapi mual...eeeee...seksa..lemah longlai badan..lambatnye nak sampai kl..!!!

Dlm kol 6pm sampai sungai besi singgah makan kedai pok nik dulu, baru balik umah. Lega dah sampai kl. Tobat dah aku takmo naik kawasan yg bukit2 dalam masa terdekat ni. Mual giler.
Walaupon tak best pi bukit fraser kali ni tapi aku sukee sangat sbb bleh naik kuda.. ahaksss....

Saturday, March 10, 2007

yuhuuu...

pagi tadi amik uyi, pajeen ngan ain kat kl sentral. Ermm..sonoknye jumpa uyi....cium dia puas2..comelnyer, cutenyer, lawanyer..
Hm lepas balik keje karang terus gerak ke Fraser's Hill...yuhuuu..akhirnya dapat gak aku bawak uyi ke sana. Semoga everything will be ok, insyaAllah..;-)

Thursday, March 08, 2007

toilet punyer citer

Tetiba aku tringat satu citer ni..entah camner bleh ter'start' conversation antara aku dan uyi pasal toilet ni. Rumah yg aku duduk skang ni ader toilet duduk jer, yg lepas nyer ader duduk dan gak ader cangkung (erkk..tahan napas jap..). Nak jadi citer, lepas tengok satu citer ni (ntah citer apa aku lupe) uyi cakap gini;

uyi : huhh...sib baik toilet umah kite buke toilet duduk dih ibu..
aku : isk..apa laknya..umah kite tu toilet duduk la uyi...hihi..apa la uyi ni.
uyi : hah..? (tergezut giler..!) umah kite ni toilet duduk? abih ibu duduk aaa..? pastu ibu baca paper la cam cito korea tuh..???
aku : (sengih jer..) ibu takde la baca paper, isk uyi tak tau ker tu toilet duduk? kan ader mangkuk gitu tu..(ee..!)
uyi : hihi...(sengih jerk..)

Hehehe..begitu kuatnyer pengaruh tv, sampai uyi ingatkan asal masuk toilet je mesti baca paper. Asal nak baca paper je masuk toilet. Hikss...Tapi memang le uyi ingatkan toilet umah aku tu toilet cangkung, pasal dia maner la leh duduk kat atas tu...tak muat...punggung comel..hihi...

Wednesday, March 07, 2007

cuti cuti mesia

ngan adik Pajeen



Hermm..akhirnya setelah dibelek2 diteliti2 dicompare2 dicampur darab tolak bahagi didiskas lebey kurang, akhirnya aku booking resort jer kat Fraser's Hill tu. Memula nak amik apartment konon nak masak2 la cehh...! Tapi bile pikir pegi sana bukan nak masuk rancangan mari memasak, so aku batalkan ajerlah, kalau pegi Cameron Highlands tu masuk akal la jugak..ini kat rumah pon masak lebih kurang jer ader hati nak masak masa pegi bercuti..hehe..lawak jugak.
Tak sabar rasanya nak pegi. Uyo pon sebok2 nak ikut, tapi takleh pasal tak muat kete. Aku ada ajak sorang kawan lama tu, tapi cam tak berminat jer. Respon pon dingin. Mungkin dia memang tanak pegi tapi tak tau nak explain camner. Hem takpelah. Aku pon dah agak. Bukannya apa, kalau ramai2 pegi lagi sonok. Lagipon dia ngan kitorang pon dah lama kenal dan pernah melalui pengalaman yang membahagiakan bersama. Nampak gaya kena tunggu aku beli kete dululah..ahakss..
Tak sabar nak bawak uyi menunggang kuda. Hehe..sebenarnya tu ler main point aku nak ke sana di samping seduttt udara yg fresh. Aku ader tengok rancangan 3 Hari 2 Malam kat channel 9, leh riding horse, kebetulan masa tu memang ade plan nak pegi bercuti, so we decided pegi fraser's hill jer le. Kalo tak aku nak ke Cameron Highlands sbb aku tak pernah ke sana. Fraser's Hill ni dah masuk kali ke3 la aku pegi.

Uyiii..miss u bebehh..!

Friday, March 02, 2007

uyi

kanak2 riang 3 tahun.. aktif dia ni





uyi cakap 'pagar' kat tengah tu dah roboh kena tsunami....ekekekekek
ni mase dia 5 tahun..

citer masuk tv

Smalam dalam 999 masa last ader tunjuk persandingan salah sorang anggota forensik Bukit Aman. Hmm kawan si Tareq la tuh, Liza siap tepon aku suruh tengok kot2 muke Tareq masuk tv. Emm aku pon nengok le sekali sekala sbb aku nak tgk Cinta Medik kat tv9 (aww..hehe...) Ha'ah dia tunjuk masa last, Buyau nyer wedding..mmg cantik wife dia tuh maklumlah...pramugari gitu.
Tak lama pastu uyi call...hikksss..klakarnya dia...dia cakap dia pon baru nengok 999 dan...mak aiii...excitednyer dia...terujanya dia sbb uncle Tareq masuk tv..!! Huhu...sebenarnya bukan orangnyer yg masuk, ketenya ajer yang masuk dalam tv..
tapi si uyi ni punyerlah terkejut..surprise..cam tak cayer...

'eee..uyi tak cangka uncle tareq masuk tv...'
'bukan uncle tareq masuk tv uyi, kete dia jer kan...?'
'hoo lahh..kete dia lah..uyi tak cangka masuk tv..iskk..'

Kehkehkeh..nak tergelak aku budak ni...betul2 dia rasa.....entah..!! aku pon tak tau apa dia rase...hihikk...tapi mungkin org yg dia sayang masuk dalam tv, so dia teruja sangat lah..."Alahh uyi dulu pon ader masuk radio gak kan..?" " Hmm satu dunia ke dengar bu..?" " Hik hik...haa yer la...satu mesia..satu dunia tau..sumer dengar sore uyi..dengar nama uyi..kan moknik kat belakang umah pon dengar nama uyi kan..?" " Emmmmmm........."

A'ahh..masa uyi 3 tahun aku ader hantar pertandingan ERA Junior anjuran Dutch Lady..contestant mesti under 5 tahun, kena buat gaya cam any dj ERA, pastu kena baca serangkap pantun karangan sendiri..hah pastu pos ler....Masa tu lak aku tengah tanam anggur, so takde keje pegi ler beli tape kosong kat kedai..berbekalkan radio buruk yg skang ni still ada kat bilik Liza lagi, kitorang pon memulakan la proses rakaman..hehehe.

Ingat lagi masa tu bulan poser..sib baik la si uyi ni tak pose..tapi rupenyer nak wat rakaman ni bukan senang ek...kalau candid mmg ler menjadi tapi kalau nak buat betul2..hmmm ader jer halangan..kejap lupe dialog la, kejap tergagap2 la...tapi yg paling kelakar biler sumer senyap dan uyi pon dah ready nak baca skrip jer...tetiba bunyi motor lalu lakkk...ahlahmakkkk...spoil jerk ...potong stim betul!! Dah ler main record pause jer..radio pon dah ler buruk, kualiti bunyi pon hancur tapi semangat gak nak record ni..huhu...
Aku pon tak tau baper kali uyi kena record..banyak kali kot sampai dia dah naik bosan dah letih..yer la kalau salah sikit jer dahhh nak kena record dari mule..huhhh...radio biasa maner leh nak main delete camtu jerk. Bayangkan betapa tension dan pressurenyer uyi, tapi masa tu kitorang pon takde ler kejam giler, kalao nampak dia takde mood..layan dia main..makan..minum. Seingat aku ader 2-3 ari kot baru siap. Lagi sehari nak close competition tu baru aku pos tape tuh..pakai pos laju hehe...Hmm sayang la tak simpan tape tuh sbb seingat aku ader 2 tape aku pakai..entah kat mane dah ilang...

Tapi yang best tu dalam ribuan yang hantar, uyi termasuk dalam top 3..ahakss..Memula tu cuak gak sbb Linda Onn cakap sambutan mmg menggalakkan..ramai yg cuba nasib. Tapi alhamdulillah...rezeki ekk...walaupon tak menang RM4,500 as a first prize dan interview bersama Linda kat konti tapi aku proud gak ngan uyi..yer ler yg menang tu budak umo 5 tahun while uyi masa tu baru 3 tahun...kire bangga laa..hi...bleh gak dengar sore dia dan announcement nama kitorang dalam radio tuh.

Hmm uyi ikut gaya dj Krill nyanyi 'kamilah ERA lentak mujik terkini bercama anda 24jam ce aghii..'
Hihi..pastu aku ader selit sket dialog citer Nujum Pak Belalang, masa pak belalang suruh si belalang buat kopi...kebetulan uyi hafal dialog tu...alahaiiii...cute sangat..!! 'Belalangg..engkau buatkan bapak kopi...' ' Kopi...? kopi mana ada pak..dah cepetang kita tak minum kopi' 'Hmmm engkau tumbuklah arang2 kat dapur tu belalang kemudian kau bancuh dengan air cejuk, asal hitam macam kopi, jaaadiii lahh..' Pastu pantun 2 kerat 'lebih nilai khasiat terbukti, pilihan bijak ibu bapa bestariii...'

Seronok gak masa tuh...sbb masa umumkan pemenang top3 tu parents aku kat kg pon tgh dgr radio....bapak aku 'ehhh macam nama anak aku jer..ngan cucu aku...' Heheheheeee.....;))