FoLLoweRs

Thursday, July 30, 2009

Kempunan

demi cintaku padamu..
ke mana pun kau kan ku bawa

bulan madu di awan biru
tiada yang mengganggu...
bulan madu di atas pelangi
hanya kita berdua...


Adeeehhhh... rasa ader arus elektrik yang mengalir kat jantung ni.

Arhh.. rasa nak terbang nyanyi sama-sama ngan Amy.

Friday, July 10, 2009

Uyi punya pasal

Abang call Ahad lepas.

'Ko balik kampung tak nanti?'

'Tak. Tak cukup duit ar..'

'Huhu.. berkirenyer.'

Arh. Bukan berkira. Tapi kira-kira. Kalau balik kampung 2-3 ratus mesti abis punyer. Aku plan nak balik awal puasa nanti.

Selasa malam call uyi. Terus dia merajuk bile aku cakap aku tak balik weekend ni.

'Ala uyi jangan la marah ibu.. nanti ibu balik la.'

'Tak yah balik sampai bile-bile pon....'
Amboi!

'Eh uyi ni.. naper cakap camtu. Tak baik tau. Ibu tak suka. Kang ibu tak balik betul2 sampai bile2 camner? Kalau ibu mati nanti mesti uyi nyesal cakap camtu tau. Jangan cakap camtu lagi. Nanti ibu balik lah bukan ibu taknak balik.' Terus aku emo.

Diam.

Diam.

'Uyi... jangan la marah ibu, nanti ibu balik yea.'

Diam.

Sudahnyer aku cakap sorang2.

'Hm. Penat la ibu cakap sorang2. Nanti ibu tepon uyi esok la bila uyi tak marah dah. Biar marah uyi reda dulu. Biar majuk uyi tu hilang dulu yea.'

'Tak ilang sampai biler2...'
Slow mendatar suara dia.

Terus aku senyap.

Esok tu aku apply cuti. Terus beli tiket ketapi.

Tak pe lah, duit aku bleh cari.
Malam ni aku balik kampung. Yeahhhaa!

Monday, July 06, 2009

Musim buah

Sebulan ni hari2 aku tepon uyi. Kadang2 2-3 kali sehari. Rindu sangat nak dengar suara dan cerita dia.

Dan selalunyer aku akan buat loudspeaker bila borak ngan dia.

Petang Sabtu lepas;

'Ibu bilo nak balik?'

'Nanti hujung bulan yea.. ibu balik ngan mak teh.'

'Ibu balik cepat ar...'

'Ye laa sayang.. nanti ibu balik yea.'

'Uyi.. jangan cakap kelantan.. cakap KL,' jerit Zana, adik comel sebelah aku.

'Wehh.. uyi tak cakap kl je, dia cakap omputeh terus,' aku balas.

'Ibu ibu....'

'Yea cayang.'

'Err.. fruit rambutan cooking ranum.'

Terus kitorang terbahak2 ketawa.

Cooking ranum tu yang tak tahan tuh! Uyi punyer English special sungguh. Sebijik2 dia translate. Hihi.

Anak aku ni.. kalau belajar betul2 bijak budak nikh. Grammer dia memang berterabur tapi tak dinafikan dia suka mencuba dan cepat paham sesuatu benda.

Dan cannot be denied.. dia kelakar. So adorable.

Tiada lagi...

Nariko dah tiada.

Nariko dah meninggal.

Nariko dah mati.

Kena langgar dengan proton kaler putih.

Celaka punyer driver.

Kalau anak ayam ke, tikus ke aku leh terima. Ini kucing. Bukan anak kucing. Dah bergelar anak dara sunti. Buta ke mata tak nampak?

Siamang punyer driver proton. Kalau aku tau rumah dia, nak ajer aku pergi menyumpah2 depan muka dia. 'Mate ko letak kat bontot ker?' Takde hati perut langsung.

Uyi nangis teresak2. Terdengar soksek2 bunyi hingus dihujung telefon. Aduhai... kesian anak ibu.

Aku pujuk dia. Tuhan sayangkan Nariko. Nariko kucing yang baik. Dia pasti akan masuk syurga. Kat syurga dia akan dapat ramai kawan, makanan. Sume best2.

Uyi tak respon apa2. Ye la. Tengah sedih. Takmo cakap apa2.

Agak lama aku cakap sorang2. Pujuk uyi.

Kesian uyi...

Nak tau bile Nariko kena langgar kereta? Sejam lepas aku upload gambar Nariko ke dalam blog. Waktu aku reply komen deaf, Nariko dah arwah pon masa tu.

2-3 hari kemudian Uyi dah ok. Selepas aku janji nak belikan kucing. Erk..

'Uyi dah ok? Sedih lagi tak?'

'Hermm..'

'Jangan sedih2 tau, nanti kite cari kucing baru yea.'

'Erm... Ibu, ibu kato ari tu Nariko masuk syurgo?'

'Ye la.. Nariko kan kucing yang baik. Nabi pon sayang kucing tau. Mesti nanti dia masuk syurga.'

'Tapi.. dia playgirl ibu.'

'Erk...'

'Sungguh ibu.. kejap denge kucing jate ni, pahtu nge kucing lain pulok. Buleh ko dio masuk syurgo'

'Erk.. uyi, dia kan binatang. Binatang takde akal. Dia takbleh pikir. Sebab tu binatang macam kucing tu ader ekskius. Bla bla bla...'


Hadoi... nak tergelak pulak aku lepas tu. Macam2 soklan budak nikh.

Tuesday, June 23, 2009

Ni gambar kucing uyi.








Puas uyi mengejar kucing ni utk dapatkan shot yang terbaik.. Hehe


Nama pon demam..takde tenaga nak tulis, letak gambo je la ;p










Gambar ni sumer bukan gambar baru.. 4-5 bulan lepas kot.
Hm. Lengan kat sebelah tu lengan Encik Angel a.k.a Rosli. Heh. Lengan je cukup la. Dia pablik figure. Takleh expose lebih ;p. Bahayos!

Selepas seminggu

Baru baik demam.

Jarang aku demam teruk camni. Sakit kepala yang amat sampaikan takbleh bangun. Macam ader sebijik batu yang amat besar lepak dalam kepala ni.

Aku demam hari Isnin lepas. Hari Selasa pergi klinik. Amik darah.. maner tau kot2 denggi! Clean. Kena masuk air lagi sebab doktor kater badan aku lemah sangat. Adehhh.. ampeh. Sakit ar kena cucuk jarum. Benci betul.

Mc 2 hari. Jumaat demam stil tak baik lagi. Malam ajer badan aku menggigil sejuk giler. Pastu seram sejuk. Eeyy.. memang tak best langsung.

Last2, aku tak tahan. Sabtu aku pegi klinik lagi. Kali ni memang betul2 aku nak jumpa doktor dan memang disiplin abis makan ubat.

Alhamdulillah. Dah beransur baik.

Tapi sampai skang aku stil takde selera nak makan. Sumer makanan yang aku telan tersangatlah tak sedapnya. Kadang2 rasa mual. Macam nak muntah pon ader. Adoii.. rindunya nak makan banyak2!

Kawan aku cakap aku demam rindu.

Hm. Ye lah gamaknyer.

satu pagi di bukit jalil..lagi










cuti sekolah ari tu.



satu pagi di bukit jalil










uyi .. in latest pic.



Monday, June 08, 2009

sigh...

Pagi ini aku rasa sungguh miserable.

Last weekend tak sempat bawak uyi ke maner2. Malam Sabtu baru balik dari Beaufort, penat. Tak larat nak bawak uyi jalan2.

Dan malam tadi uyi dah majuk ngan aku. Dia tido umah mak teh dia sebab bosan dok kat umah. Dia komplen aku tak bawak dia jalan2 dan asik kerja jer.. Haih.

Macam kena panah petir.

Aku baru plan nak cuti Khamis n Jumaat ni.... sigh.

Tak sempat nak shopping apa2 kat Sabah saner. Perjalanan dari hotel di KK ke SMT Beaufort pon dah makan masa sejam lebih.

Aku cume sempat pergi pasar malam, tu pon sebab berdekatan dengan hotel. Beli apa lagi, mutiara la sama kristal. Tu pon main rembat je. Takde nak pilih2 sangat.

Hahh.. back to work.

Miserable.

Miserable.

Sigh.

Thursday, May 21, 2009

Entry yang tidak bertajuk.

Ader seseorang di kampung merisik.. Heh Adik2 aku pakat gelak.

Ampeh!

Tak sabar nak tunggu uyi datang. Uyi dah countdown semalam 'lagi 9 hari uyi datang'.

Dia list downkan tempat percutian dan perkelahan yang mesti aku bawak dia sepanjang cuti sekolah 2 minggu ni. Sungguh padat!

Erk. Mati aku. Budak itu sungguh demand semenjak akal dia dah mencapai angka 9 ni. Tak reti aku tolak mendengarkan jawapan dia yang sungguh licik dan rengekan dia yang lemak2 manja. Alahai anak ibu! Kite tak sempat nak pegi semua tempat tu sayang.

Aku remind dia jangan lupe bawak buku matematik. Nak buat bahagi. Oh ya. Peksa kali ni dia dapat nombor 5. Ok la tu, ader peningkatan. Nombor paling cemerlang uyi penah dapat ialah 4.

Dia selalau tanyer aku sayang dia tak walaupon dia tak dapat nombor satu. Hehe. Uyi uyi. Aku selalu cakap, uyi kentut bucuk pon ibu sayang tau!

Uyi, i luv u bebeh!

Friday, May 15, 2009

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Ibu Uyi.

Lewat petang Ahad.. sambil2 rehat sebab penat giler baru lepas balik dari Langkawi... Kring kring!

'Helo'

'Selamat hari ibu.. selamat hari ibu.. selamat hari ibu uyi.. selamat hari ibu...' dalam nada lagu hepi besday.

'Heyy.. time kasih uyi. Maner uyi tau ari ni hari ibu?'

'Nenek oyak (kasitau). Uyi tak tau hari ni hari ibu. Kalu uyi tau, ppagi lagi uyi tepon ibu.. hmm'

'Hehe.. tak pe.. So... uyi beli hadiah apa kat ibu? Hehe.'

'Uyi tak beli lagi. Mano leh oyak, seprais.'

'Ooo... surprise ek.'

'Ho.. tapi uyi tak beli, uyi wat sendiri. Uyi nak kasi hasil tangan uyi kat ibu. Kalu beli, oghe tu hok buat, buke uyi buat.'

Alahai.. so sweet talker lah. Sejuk hati aku.

Eniwei, happy mother's day utk semua ibu, bakal ibu dan aku.

Guess what.. orang pertama yang wish aku.. Dia pesan suh take care of uyi sebaik mungkin. Heh.

Aku tak la sesombong mane. Rasa nak reply ucap ok and thanx sebagai balasan mesej itu. Tapi buat apa bohong diri sendiri. Buat apa susah2 nak jaga hati dan perasaan orang lain sedangkan hati sendiri sakit?

Dan aku tak balas mesej itu.

Aku perlu menjaga diri dan hati sendiri. Sudah2 lah menjaga hati dan perasaan orang lain. Sudah2lah risau memikirkan apa tanggapan dia pada aku sebab aku tak balas mesej dia. Dah lah. Penat.

Dan sebab aku taknak balas mesej itu, jadi aku tak balas.

Dan aku rasa sangat suka.

Tuesday, April 28, 2009

Next time we kick itu road.

Lepas maghrib tadi call uyi. 2-3 kali call petang tadi tapi tak dapat cakap ngan dia.

Rindunya!

Dia tengah nak buat susu untuk seekor anak kucing yang kesejukan akibat hujan lebat petang tadi. Terdengar anak kucing tu mengiau-ngiau waktu uyi cakap ngan aku.

'uyi dah mandi?'

'dok lagi'

'uyi ni... lepas ni mandi tau. Anak kucing pandai pulak jaga, tuan dia tak mandi'

'takpe la.. uyi lebih rela tak mandi asalkan haiwan uyi ni tak sejuk'

Eceh cehh.. pandainyer dia menjawab.

Hm hari ni dia peksa Matematik dan Agama kalau tak silap. Sempat la dia bertanya beberapa soklan math.

'ibu, kalu dia oyak (tanya) nearly ten 1986 , dio jadi 1990 dih (kan)?'

'ha ah. uyi jawab 1990 ye? betul la tuh'

'ho.. uyi teringat yang cikgu ajar masa darjah dua'

'pandai anak ibu' cam biasa la kena puji sket.

Pastu ada lagi dia tanye tapi aku tak dapat nak jawab sebab tak berapa faham apa soklan tu. Ye la, paper takde depan mata payah la sket. Buatnya tersalah paham dan tersalah jawab, lagi naya. Nak tak nak terpaksa aku janji nanti ibu balik kite wat sama2 eh.

Haih. Saat itu aku lah ibu yang paling teruk sekali dalam dunia.

Dia mengadu lagi ada beberapa soalan math yang panjang2 yang dia tak dapat jawab sebab susah. Aduhai... kesian anak aku... Maafkan ibu sayang. Ibu tak layak untuk anak cerdik dan bijak macam uyi. Ibu tak dapat tolong uyi disaat uyi perlukan ibu.

Aku kompem tak pergi off road. Sebab dik jarr cakap abah nak datang khamis nanti dengan uyi. Hehe. Dia terlepas cakap.

Yeahaaaaa.... sonoknya. Memang abah ada cakap nak datang dalam masa terdekat ni. Ohoo.. patutlah berkali2 abah kate takyah risau la pasal uyi tu... tak yah risau. Rupenya nak wat surprise utk aku. Ehehehe.

Dan aku dah start tersengih-sengih. Ahaksss.
Dapat text mesej dari Joe.

'1hb ader plan? Jom off road.Kt air terjun.Pegi jumaat pagi balik sabtu petang'

Hah. Aku nak pergi! Dah lama aku tunggu. Tapi... aiseh.. kerja tengah banyak ni. Dah le minggu ni tak masuk ofis. Minggu depan 4 hari kena gi Langkawi.

Kerja kat ofis berlambak. Pending jerk. Camno??

Tapi bile lagi kan? Nak tunggu next punyer off road tak tau biler pulak.

Ala... kerja sampai mati pon tak abis kan?

Buat apa kat miting ni??

Langsung dari Citrus Hotel KL.

Sementara menunggu bahan untuk dimasukkan dalam buku info bahagian tempat aku kerja ni, apalagi layan tenet lah.

Sempat cek email, layan blog. Yang best tu sempat sedut sebanyak mungkin macam2 jenis lagu dari Suhairun. Haha baru aku tau mamat ni layan gig sejak dari kecik lagi. Huhu.

Banyak lagu2 dari band indie dalam koleksi dia termasuk lagu Butterfingers yang latest yang aku tak sempat2 nak beli. Hehe. Paling rare lagu Loque.

Tak sabar nak layan kat bilik nanti.

Sementara tu... huarghh...bosan giler nak menghabiskan meeting ni. Sampai Khamis nanti pulak tu. Bercenta sunggunh!

Well, i guess im ok now. Malas nak pikir benda2 yang menyesakkan napas.

Rindu sangat2 kat uyi. Tak sabar nak balik kampung lepas abis kursus kat Langkawi next week. Nak beli coklat banyak2 untuk dia.

Uyi... miss u bebeh!!!

Wednesday, April 22, 2009

Ronggeng frustasi

Skang minggu blues yea.

Karma

Karma.

Percaya pada karma? Yeap.. agaknya. Mungkin.

Itulah.

Pernah mengecewakan.

Sekarang dikecewakan.

Pernah menyakitkan dengan luka yang paling dalam.

Sekarang rasalah luka yang pernah diberi dengan parut2 yang tak hilang.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Sekarang dah tau macamner beratnya beban itu dan sakitnya bahu menanggung.

Aduhhh... sakitnya hati ini...

Hati.. jangan bersedih

Semalam lepas balik kerja layan karaoke kat Alamanda kejap. Shoping ala kadar.

Nyanyi lagu2 sedih. Nyanyi lagu jatuh cinta. Huk ala..

Makan food peberet kat foodcourt. Sizzling yee mee. Sama air tembikai.

Kul 10 balik. Mandi. Syampu rambut. Masa mandi rasa cam nak nangis. Tapi air mata tak keluar.

Pastu solat Isyak. Maghrib tadi dah terbabas. Pon tak nangis masa mintak doa ngan Tuhan. Tapi mata rasa cam panas. Aduhai... kenapa susah sangat air mata nak keluar? Kenapa susah nak nangis?

Aku nak menangis puas2. Aku nak keluarkan air mata ni. Ia sungguh menyeksakan. Ia sungguh membebankan. Menyakitkan. Memilukan. Menyedihkan.

Alas... nak menangis pon tak mampu. Macam sedih sangat. Ye.. bukan soal sedih yang keterlaluan tapi rasa lemah. Tak bermaya. Malas. Ibarat menunggu ajer apa yang tiba. Isk apa ni...

Lepas tu terus tido. Malas nak pikir apa2. Malas nak mesej sesiapa. Dan buat pertama kali kekasih gelap tak mesej langsung. Arh.. Malas nak fikir.

Aku nak tamatkan semua ni. Aku nak keluar dari belenggu ini. Sungguh skang rasa lost. Down. Rasa nak terjun ke dalam air yang sejuk. Selam. Menyelam ke dasar dan tanak timbul untuk seketika.

Huk ala... sebenarnya sakit ini tidak teruk. Aku yang terlalu melayan perasaan. Mengikut emosi. Sebenarnya takde apa. Heh.

Mungkin... sebab aku dah lama bersendiri tanpa teman yang betul2 boleh digelar teman, sebab tu aku terlebih sensitif. Sebenarnya takde apa.. takde apa.

Peliknya... semalam aku seolah tersedar. Terkenang kesilapan lalu. Menyesal seusia pon tak guna. Tapi... apa lagi yang mampu aku buat untuk betulkn keadaan. Benda dah berlaku dan berlalu. Kalau boleh ingin dilahirkan semula untuk betulkan keadaan. Boleh kah?

Dan untuk kesekian kalinya, aku semakin benci dengan ex-husband. Kemaafan dah lama aku beri tapi kebencian makin menebal. Aku bukan menyalahkan dia sepenuhnya tapi berjumpa dia telah mengheret aku ke dunia yang penuh duri dan duka. Untuk kali yang keberapa ntah, alangkah baiknya jika aku tak berjumpa dia. Alangkah...

Tuhan... jika diizinkan.. aku ingin dilahirkan semula...