FoLLoweRs

Wednesday, February 15, 2012

Beribu bintang di langit kini menghilang




Pernah tak kita tak tahu apa yang kita sendiri nak?

Cis.

Selalu.

Kadang2 nak lunch pon tak tahu nak pilih lauk apa. Padahal depan mata bermacam2 pilihan yang ada.

Belum masuk bab keinginan dalam hidup. Mungkin sebab terlampau banyak yang kita nak sampaikan tak reti pulak mana satu keinginan sebenarnya. Atau terlalu tamak nak grab semua, akhirnya satu pon tak tahu nak pilih. Dan tak terpilih.

Last2, takde apa. Statik di situ.

Hidup macam biasa seolah2 takde target, ikut saja flow. List yang kita nak tu dah tak terlarat nak tengok. Tepu.

Dalam satu2 perhubungan, of course lah nak end up dengan kawen. Untuk yang bercinta lah. Kalau hubungan kawan apa kejadahnya nak kawen pulak kan. Unless kalau dah jodoh. Itu cerita lain.

Tapi dulu, aku pernah berkawan dan tak ingin nak berkahwin. Sebab aku rasa selesa dalam hubungan yang tak menuntut komitmen yang tinggi macamtu. Rileks dan bebas. Takde ikatan tapi terikat dalam satu hubungan yang ikhlas, selamat.

Serta yang paling penting, yakin dengan masing2. Maksudnya lebih kurang gini, andai dunia ni kita dah takde siapa2, kita masih ada dia. Dia tetap ada. Always. Kiranya, kita boleh pegang dia lah.

Memang ok. Sangat ok. Tak menyesakkan kepala otak. Nak kata bercinta, tak. Nak kata tidak, macam yea. Macam belangkas.

Tapi sudahnya, tak ke mana jugak. Sebab lama2 tak sefahaman. Aku ke kiri kau ke kanan. Masing2 ada pendapat dan pandangan yang berbeza tentang hidup dan halatuju.

Itu dulu.

Arh, apa beza dengan sekarang? Kadang2 satu2 ikatan tu buat aku konfius. Betulkah ini terbaik? Betulkah ini ending yang aku nak? Tak takut ke? Tak menyesal ke?

Last2, again i will follow the flow lah.

Mungkin letih. Mungkn malas. Atau lebih tepat takut menyesal dengan pilihan yang kita sendiri buat.

Pilihan banyak. Jalan pon banyak. Tinggal kita sendiri yang tekan butang mana dan ikut panduan.

Moga2 Allah beri jalan dan petunjuk. Ameen...


Monday, February 13, 2012

Kemurungan terlampau




Murung.

Kemurungan di rumah.

Sebabnya, asal aku balik rumah je aku jadi senyap. Aku diam. Aku malas nak cakap kecuali dengan adik yang tengah baru nak explore dunia cari duit. Selainnya, aku malas nak masuk.

Entah kenapa.

Hal2 rumah pon aku malas nak uruskan. Contohnya, gas habis tapi aku buat derk. Barang dapur habis pon aku buat tak reti. Bil2 semua aku suruh adik aku bayar. Sampaikan sampah pon aku tengok je, malas nak ikat dan buang. Dapur aku yang comel tu pon aku tak ghairah nak sembur kiwi kleen floor. Lap2 bodoh je.

Tapi walaupon aku tak ambik kesah, duit kena hulur beb. Huhu. Cuma adik2 aku buat semua. Kebiasaannya kalau gas habis dan aku ada kat rumah, aku lah yang call kedai kat bawah rumah tu. Aku jugak yang tukar dan pasang kepala gas tu. Barang dapur memang aku suka shopping. Aku pon agak rajin buang sampah dan tak berkira. Nak kuar deting pon aku sempat bungkus dan buang sampah kalau aku mahu. Apalagi lap meja dan kemas dapur. Mmm i love it.

Aku suka dapur aku yang bersih dan kemas dan berkilat2. Puas. Bleh lepak2. Err sebab tu aku tak berapa gemar masak. Kehkehkeh. Kesian bakal laki aku :p

Arhh. Diorang dah besar. Pandai2lah. Aku je yang giler kuasa nak buat semua kot. Tak cayer kat diorang. Hehe.

Tapi aku tetap murung. Aku suka menyendiri dalam bilik. Bukan ada ekon pon. Bukan online fesbuk pon. Baring2, kemas buku2 lama, tengok almari solek, termenung. Haih.

Hopefully it will be over soon. And it will be ok.



Thursday, February 09, 2012

#1 uyi




Lately aku rasa kosong.

Hidup malas. Macam takde makna dan arah tuju lagi.

Aku rindukan uyi. Tapi semakin uyi besar, semakin dia jauh.

Takde lagi mesej2 rindu dari dia. Takde lagi gelak ketawa dan cerita2 dari dia. Dia sibuk bercerita dan bermesej dengan kawan2 dia je.

Aku dilupakan.

Cuti hari tu, takde dah gurau senda geletek2. Nak peluk pon susah. Rimas. Dia nak bebas.

Aku jadi sedih.

Aku nak nangis.

Aku rindu uyi dulu. Yang manja. Yang merengek2.

Dia lebih sayang kawan2 dia.

Dia lebih care kawan2 dia.

Dia tak sayang aku dah. Aku jadi kecik hati. Dia benci aku? Dia tak sayang aku? Dia tak rindu aku?

Mana hilang uyi aku?



Thursday, February 02, 2012

Breakfast show




Memang dah jadi rutin aku akan buka blog hari2. Kire macam starter lah. Sebelum main menu yang lain, bukak blog dulu. Ada cerita atau takde itu lain hal.

Kadang2 sambil mekap aku login. Kadang2 aku termenung a few second, tak tau nak tulis apa tapi nak tulis.

Aku tak minat baca paper. Kosmo ke, Utusan ke. Malas lah. Lebih2 lagi sekarang ni banyak cerita politik. Buka tv pon sama. Politik beriya2.

Baik aku baca blog. Hehe.

Weekend ni akan jadi cuti yang panjang. Macamaner lah aku boleh terlepas pandang. Next Monday cuti Maulidur Rasul, esok tu pulak cuti Thaipusam. Kalau balik kampung best ni. Haiii.. teringin nak balik tapi status duit pulak tak mengizinkan.

Takpelah. Chinese New Year hari tu kan dah beraya. Kan.

Kite plan untuk cuti yang lain pulak lah.


Friday, January 27, 2012

Cukup sudah 12 tahun.

































































Tahun ni takde game macam tahun lepas. Expecting hujan sebenarnya. Budak2 pon nampak macam bosan, so diorang main2 sesama diorang je. Bergelak ketawa, bercerita.

Tahun depan masing2 dah masuk sekolah menengah, agak2 nak buat lagi tak besday party camni?

Herm kalau perhati betul2, tarikh yang tertera kat gambar tu.. 20hb.. tarikh lahir aku tuh! Heh.

Ibu. Always mengalah dan dahulukan anak2... :p



Friday, January 20, 2012

Semoga diberi kesihatan yang baik.






Aku di kampung.

Hari ni ada buat makan2 cket. Untuk uyi. Biasalah, setiap kali cuti CNY aku akan buat sempena hari lahir uyi. Itu je cuti yang panjang pon.

Kebetulan hari ini adalah ulangtahun kelahiran aku yang ker... err.. Hehe. Well, i was born in 1976. Yeahhh.

Tapi kek ada 2. Uyi tanak kongsi. Biasa last2 year ada satu je. Lepastu kongsi tulis nama atas kek. Huhu.

Semoga aku sehat2 aje. Hidup lama sangat sampai ke tua kerepot pon aku tak mahu. Ntah. Hanya Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Semoga aku mendapat rahmat dan redhanya. Ameen....


Wednesday, January 18, 2012

Sejati




Setahun.

Hampir setahun.

Aku ingat. Sebab ia adalah tarikh hari lahir aku.

Setahun yang lepas waktu aku sedih2, waktu aku rasa agak lost.. down, waktu aku rasa kecewa, waktu aku rasa tak menentu. Waktu inilah.

Waktu hari lahir aku. Yang tak lama lagi. Heh.

Kadang2 buat aku sedih. Adakah aku tak reti menilai cinta? Tak tahu mana satu intan permata?

Berdosakah aku melukakan hati orang lain? Memang la berdosa tapi aku tak terdaya jugak. Soal hati dan perasaan ni bukan boleh diambil mudah sebenarnya.

Selfishkah aku ini sebab hanya memikirkan perasaan dan cinta hati aku sendiri sedangkn orang yang terlalu mengharapkan aku telah aku sia2kan begitu sahaja? Tanpa aku pertimbangkan walau sedikitpun peluang yang sepatutnya ada.

Haih. Again, soal hati dan perasaan ini bukan sesuatu yang boleh diambil mudah.

Memang aku ingat. Dan aku masih ingat. Aku datang kepadanya saat aku duka. Datang sebagai kawan, sebagai teman pengisi masa lapang.

Aku bosan giler. Kosong.

Tak sangka pulak lama2 jadi teman tapi mesra. Langsung aku tak expect. Haih.

Lepastu, perasaan berkecamuk. Bercampur baur. Cinta atau apakah ini? Bukan? Yea? Bukan? Tak pasti? Entah? Susahnyerrr..!

Aku sedar aku tersilap. Aku terleka sekejap. Perasaan ini satu mainan yang sangat2 bahaya. Terleka boleh tergelincir. Kalau jatuh dalam air takpelah. Tak sakit. Kalau tergelincir jatuh atas batu? Gila kau, lebam! Silap2 boleh patah.

Salah aku. Silap aku. Walaupon seribu clarification, tapi hati manusia ni susah nak dibaik pulih.

Macam jadi orang yang bersalah pulak. Bersalah sebab tak boleh nak tunaikan hajat orang. Heh. Hajat untuk menyinta dan dicintai. Aduh.

Tapi, sebab hanya kita yang tahu diri kita macamana, hati kita macamana jadi kita sendirilah yang kena tentukan jalan yang macamana kita kena buat.

Walaupon sakit, walaupon bersalah, walaupon jahil tapi tetap kena jalan.

Haih. Mintak2 hidup aku bahagia sampai akhirat.

Ameen...



Monday, January 16, 2012

selamat hari lahir uyi :)






Uyi dah 12 tahun. Wahh.. cepat sangat masa berlalu. Uyi dah masuk fasa kanak2 remaja dah ni.

Aku kadang2 takleh terima yang uyi dah besar. Aku masih anggap dia anak2 kecil yang masih perlu disuap makan, dimandi, cakap pelat2. Hehe.

Apapun, uyi dah genap 12 tahun pada 16 Januari ini.

Selamat hari lahir anak ibu yang tercomel dan termanis di dunia ini :)









err... comel ke saya..?



Wednesday, January 11, 2012

Good morning bebeh!




Assalamualaikum.

Dan salam sejahtera.

Eh.. macam nak baca berita la pulak.

Tapi bagus juga. Permulaan yang baik. Semoga kita pon akan dapat balasan yang baik.

Untuk itu, aku juga cuba berbuat baik. Tak kiralah, dengan manusia, apalagi dengan Tuhan.

Dah. Back to work :)


Monday, January 09, 2012

Kha-layan. Bukan khayalan.




Januari.

Tahun ni ulangtahun kelahiran aku jatuh pada hari Jumaat. Kebetulan, waktu tu aku da balik kampung. Cuti.

Aisehh... tak merasa la nak dapat sejambak bunga waktu tu. Huhu.


Friday, January 06, 2012

Jalan yang lurus.




Aku ni jenis tak ingat jalan. Susah sangat nak ingat. Kalau aku tau satu jalan tu, jalan tu lah yang akan aku guna. Tak reti nak pusing2 jalan lain.

Kalau lane tu yang aku biasa guna, maka lane itulah yang aku lenjan sampai ke destinasi. Kebiasaannya aku suka amek lane tengah. Bukan kiri sekali yea walaupon aku drive taklah laju mana. Sebabnya, kalau lane kiri tu terus membelok ke kiri masaklah aku kalau aku ekceli nak terus ke depan, ye dop?

Dari rumah aku nak ke ofis, aku dah biasa lalu satu lane ni. Memang straight lah dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya don't belok2. Sampaikan setiap lubang, setiap turapan, setiap lekuk aku dah hafal. Awal2 lagi aku akan elakkan lubang yang ada. Awal2 lagi aku hempet ke kanan sket sebab aku tau depan tu ada satu lubang kecik yang boleh membuatkan tayar kereta aku bergedegang. Hehe. Best punya ayat!

Pagi semalam, macam biasa aku elakkan satu lekukan kat area Kampung Abu Bakar Baginda. Sekali bila nak dekat, mak aihhh... seekor kucing yang masih segar terbaring kaku. Cepat2 aku elak. Kalau tak, mesti perut kucing tu terburai.... Subhanallah.

Kesian kucing tu. Selalunya, lepas jumpa 'mayat' sebegitu cepat2 aku istighfar atau baca ayat kursi. Takut. Sedih. Dan gabra.

Adik aku cakap ada ayat2 yang boleh dibaca kalau jumpa insiden macam tu tapi tak ingat pulak dia.

Paling menggerunkan masa terpaksa 'jalan' atas seekor anjing kot. Kat area Serdang. Hm anjing tu pon dan hancur kena gelek berapa kali ntah. Memang dari jauh aku tak perasan. Tapi bila dah dekat dah takbleh nak elak sebab kereta kiri kanan pon laju dan terpaksa terus. Terasa la jugak. Itu lagilah, aku rasa nak nangis. Takut ke hapa ntah. Tapi memang rasa gementar sangat. Meremang bulu kaki.

Geli!



Thursday, January 05, 2012

Obsesiku




Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu




Bukanlah sedap sangat lagu ni. Tapi sebab Aqasha yang nyanyi, pulak tu sambil memetik gitar dengan gaya santai dan manja2 yang sangat comel dan sedikit nakal, memang terus jadi obsesiku lah!

Lagu dia pulak macam malas2 nyanyi nak pergi tido.

Lepas tu ada ayat 'gigit gigit cuping telinga' tu yang buat aku terkekeh kekeh. Ada jugak lirik camtu!

Lama2 layan obses pulak aku dengar lagu ni.


Tuesday, January 03, 2012

Uyi








Tahun ni jugak uyi UPSR. Owhhh... sudah besar anak aku yang seorang itu. 12 tahun beb! Terasa makin tua pon ada. Tapi takpe, kawan2 uyi cakap 'ibu awok comeyy..' Kihkihkih.

Mana taknya, berdiri sama tinggi. Berlari sama jauh. Berjalan sama rentak. Baju aku dia pakai. Kasut aku dia sarung. Adehhhh.

Apapan, ibu sayang uyi!


Salam sket...




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa nak kata, 2012 dah datang, welkam lah!

Sebenarnya benci nak wish2 tahun baru ni. Tak seronok manapon bila datangnya tahun baru. Ye lah umur dah meningkat, pipi kurang anjal, kulit muka punya pori2 makin nampak, badan makin gemuk, otot dah kurang pejal. Huhu. Macam2.

Yang paling tak best sebab tarikh lahir aku bulan Januari. Kejap je dah masuk umur baru. Dah tua. Dah bertambah digit.

Semangat tahun baru? Resolusi tahun baru? Takde. Bagi aku, sama je macam hari2 yang biasa. Takde beza pon. Yang membezakan cuma perubahan angka. Pertambahan tahun. Jadi aku tak kalut sibuk2 nak ada azam baru yang macam2. Azam lama pon banyak yang tak menjadi.

Cukuplah sekadar peringatan untuk diri sendiri. Dan yang pasti, satu perkara yang tak pernah aku lupe ialah keazaman untuk menyimpan duit. Errr itu azam sejak 10 tahun yang lepas sebenarnya. Hehe.

Tahun 2009 - azam untuk mencari cinta. Cinta dapat. Tapi lepas tu terkandas di tengah jalan pulak. Terus bersambung ke tahun 2010. Tahun 2011 takde apa2 perkembangan. Azam untuk simpan duit pon tak pernah jemu. Tapi simpannya tidak. Huhu.

2011 jugak menyaksikan bahawa fenomena cinta tak pernah nak kenal jenis manusia. Tak kira masa, umur, tempat, jarak dan keadaan. Datang dan pergi.

Pon begitu, bak kata Metallian 'Tetap Di Sini'. Aku tetap kat situ. Ada la 2-3 kali cuba beralih arah tapi tak berhasil. Itulah kata orang, perkara yang dilakukan tanpa kerelaan sendiri atau tanpa keikhlasan takkan menjadik. Cis.

Untuk 2012 aku takkan jemu untuk cuba kumpul duit lagi.

Tahun tahun depan nak kawen.

Ngehhh ngehhh ngehhhhhh.


Saturday, December 31, 2011

Sebagai penutup 2011, wajah2 kesayangan saya.






























































Gambar campur2. Sorilah. Kalau dah dasar pemalas tu takboleh nak kata apa. Huhu. Tapi basically lokasinya kat i-ct shah alam (yang banyak2 lampu tu). Kat Desa Waterpark, kat Taman Botani Putrajaya.

Selamat tahun baru 2012.

Da tua da aku. Hukhuk...



Thursday, December 15, 2011

Untuk diri sendiri.




Abah suka pesan kat anak2. Nasihat. Cerita. Aku enjoy dengar waktu kecik2 dulu.

Dah besar ni, banyak nasihat yang berunsur pasal kehidupan, keagamaan.

Aku nak jadi macam abah. Pandai bercerita. Berjenaka. Nasihat atau kisah teladan yang abah bagi melekat. Sampai kat hati. Cuma kadang2 tak praktik je. Haih. Anak2. Degil.

Aku pulak, tak reti. Apalagi berdiplomasi dengan uyi. Tak pandai. Lemah.

Salah satu pesan abah, sayangilah diri kamu. Walaupon abah tak elaborate, tapi aku tahu dalam maksudnya tu.

Cuma kadang2 aku tak tahu mana letaknya sayang dari aku kepada aku tu. Tak jumpa. Lost.

Tapi yang aku nampak sekarang ni bershoppinglah untuk kepuasan diri sendiri sebab aku berhak dapat setelah berpenat2 bekerja bertahun2. Hehe. Sayang dan manjakan diri dengan memiliki apa yang kita nak.

Sekurang2nya kita nampak hasil depan mata.

Arh.. rindu kat abah!


Tuesday, December 13, 2011

cLina




Rasa terharu tak bila nama kita atau tarikh lahir kita atau apa2 yang berkaitan dengan kita orang jadikan sebagai password. Tak kesahlah password apa pon. ATM kad ker, email ker ... whatever.

Agak tersentuh la kan?

Kalau orang tu suami atau isteri kita atau kapel kita atau orang terdekat kesayangan kita, itu mebi perkara biasa. Tapi kalau orang yang agak jauh yang kite konfius dengan isi hati dia....?

Selalu sangat aku perhatikan orang akan jadikan nombor yang berkaitan dengan pasangan masing2 sebagai pin number atau apa2 yang memerlukan kata laluan. Tarikh lahir biasanya. Err ada jugak yang letak nombor tentera suami dia. *Wink kat suzana!

Aku? Ehh.. itu rahsia :)



Monday, December 12, 2011

Kan?




Selalu pesan dengan diri sendiri, jangan berangan-angan terlalu jauh. Jangan bermimpi terlalu tinggi.

Kalau tak dapat kau akan jadi sangat frust nanti.

Tahu?


Pergi jauh jauh




Kadang-kadang aku rasa saaaaangat bosan dok dalam ofis ni.

Huh.



Thursday, December 08, 2011

Cinta itu satu anugerah




Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



Dulu, selalu merintih sedih sebab takde jumpa cinta yang sejati. Kononnya lah. Atau takde orang yang cinta. Senang cakap, takde orang nak.

Lepas tu, datang 2-3 cinta bersusun2. Merayu bermadah nakkan cinta kita pulak. Macam istimewa sangat cinta yang ada dalam hati kita ni sampaikan orang nak suruh bagi.

Bukan cinta budak2. Apalagi cinta fesbuk. Nampak macam real. Cinta sejati. Genuine. Betul ke? Betul ke dia dihantar Tuhan untuk kita? Untuk kita? Untuk bahagiakan kita? Jodoh kita? Dia ke? Agaknya dia kot, kita tak tau.

Tu lah, sedih2 takde cinta, sekali Tuhan datangkan 2-3 cinta sampai diri sendiri tak reti nak buat camaner. Lemas dan tak selesa.

Apakah ini? Mana satu cinta? Ikut hati, perasaan, akal atau nafsu semata? Untuk diri sendiri atau kepuasan orang lain?

Tapi pelik. Kadang2 hati rasa hambar. Cinta tu sedap sangatkah? Perlu sangatkah?

Kalau ye, kenapa hati tak segirang dulu. Layu.