FoLLoweRs

Thursday, September 27, 2007

Entry ni takde tajuk

Pagi tadi tiba2 terlintas kat kepala otak aku rasa nak jadi lelaki.

Macam best jadi lelaki.

Boleh ngorat awek. Takde rasa segan2. Boleh kenyit mata kat perempuan lawa.

Kalau aku lelaki, aku nak jadi driver. Driver kepada seorang datuk yang kaya. Dan tak kedekut.

Bagi aku elaun itu ini. Pegi travel sana sini. Bawak kete besar dan mewah.

Punyalah pemurah datuk tu, setiapkali dia shoping dia belikan sama untuk aku. Tak kira baju ke, seluar ke, minyak rambut ke hatta spender pon dia belikan. Duit gaji, aku simpan tak usik sikit pon. Huh..

Kaya la aku camtuu....

Dan tetiba.... opss teksi aku dah sampai. Terus hilang perasaan nak jadi lelaki. Si driver apek tua tersengih, 'mana mau pigi...?'

10 comments:

j or ji said...

Lepas lunch kenyang dan ngantuk..pastu Datuk nak suruh drive gi Ipoh lak...Datuk tido kat belakang...

Masa tu nyesal jadi driver.Terlanjur jadi laki tu,jadilah Datuk terus.

:)

cLinaku said...

tah..tak tercapai plak dek akalku nak jadi Datuk.Takpe, memula jadi driver Datuk dulu.Bile dah dpt kepercayaan Datuk tu,kikis harta dia sikit2,amik alih bisnes dia pastu baru bleh jadik Datuk.Pelan2 kayuh..;p

broken_nigina said...

Datuk tuh gay ke sis?
;p

Nadia said...

dulu aku pun penah gak terfikir nak jadik lelaki, tapi bile dah tau yg jadik perempuan ni satu anugerah yg tak ternilai & boleh menjadi alasan2 yg best utk dimanjakan atau mengalahkan lelaki, maka terpadam terus la fikiran mengarut aku tu...hehehhehehe..;-)

azrul said...

best ke jadi lelaki?
patutla saya asyik rasa best je selama ni, hehe..
tapi jadi driver?
hmm.. sebenarnya ok juga, kehidupan yang sederhana..

cLinaku said...

gina,
errrrr...ntah!!agak2..? ulppp..

nadia,
tul tu aku setuju.walaupon kadang2 terimagin camtu tp aku tetap nak jadi pompuan even 7 kelahiran akan datang..hihi

azrul,
lelaki msti rasa best jadi lelaki dan pompuan lak best jadi pompuan.yg tak best tu yg keliru nak jadi apa.tukor2,cucuk tang sana cucuk tang sini.

M1N4M1 said...

datuk tu ada anak laki yg single lagi dak? hahaha

Penn G Samsa said...

Hahahaha. Think twice, beb. The other day, I was thinking about being a nice girl with a free curly hair and listening to Radiohead's Trickster on the way to my office by train. I have never feel so glad to be in here, I mean to be a boy. Perhaps, berada di mana-mana gender pun akan buat aku tak happy. Too complicated, this life is.

cLinaku said...

bersyukur dan terima dgn apa yg diberi tuhan sejak lahir...amiinn..

broken_nigina said...

nak amiin sama..
amiinn..