FoLLoweRs

Thursday, September 27, 2007

Persiapan raya yang lom siap

Dah sampai ke pertengahan puasa dah.

Baju raya aku tak siap lagi. Ok, memang dah cakap 2-3 ari sebelum balik kampung baru aku amik kat kakak tukang jahit tu.

Kasut? Kasut raya ada masa kecik2 dulu jer. Dah besar ni mana ada dah. Kasut keje ada lah.

Baju raya uyi pon lom siap lagi. Dan lom bli lagi. Nenet uyi dah buat sepasang baju kurung warna hijau. Aku tempahkan uyi sepasang kurung purple(peberet kaler dia selain dr pink...iskk). Tu baju kebangsaan. Baju kasual lom usha lagi. Gaun wajib ada.

Kasut..? Alamakk.. kasut uyi yang aku lemah ni. Awal2 lagi dia dah berkenan kat sepasang kasut warna pink bertumit tinggi dan bermuncung tajam. Hah..? Dah le kaler pink, high heel pulak, dah tu siap ader muncung. Aku sendiri memang tak minat kasut pesen tuh. Tapi, kasut yg dia suka tu memang cantik. Kiut sangat. Dan harganya pon bleh tahan kuitt. (Aku jeles tengok deena pakai converse...grrr..bravo nadia&yatt!)

Langsir maintain kaler hijau tahun lepas punyer. Tak payah membazir tukar, lagipon masih cantik dan masih baru lagi.

Kuih? Huh... dah baper tahun ntah aku tak buat kuih raya. Takpe, pegi je beraya makan kuih puas2 kat rumah orang.

Hermm.. aku belum rasa bahang nak raya.

6 comments:

Nezjoe said...

wahhh
sakan beraya!
*ni dia 80sen<---ya yang ni!
duit cyber
hahahaha

cLinaku said...

duit cyber?huk alaa....

Nadia said...

malam semalam baru je beli baju kurung utk dina. nasib dia nak try & pakai. bukan apa, dia ni tak brp suka nak pakai baju2 yg ayu (espeially gown!)..hahha..

cLinaku said...

huh..uyi ni siap lipstik,blusher,eye shadow sumer cukup..kuat melaram, penin aku!

M1N4M1 said...

aritu kalu mak aku tak bising suh beli kain sampai skang rasanya aku xde selai baju kurung pun..haish ko xnk beli baju purple utk aku jgk ker? hahaha

bebudak mmg suka melaram..aku pun pening walaupun aku hanya tgk anak buah aku je..cukuplah pening aku bertambah sedozen

broken_nigina said...

best tolong melaramkan budak kecik..gua beli baju itam(guna duit mak gua)kat anak buah gua yang umor 8 bulan tuh..
ajar dia pakai itam..hahaha..