FoLLoweRs

Tuesday, September 04, 2007

Yeiiiihaaaa..!!

Akhirnya.... setelah bermandi hujan selama 2 hari berturut2 sampai sakit kepala aku ni dan termiss Manjalara, aku berjaya dengan cemerlang dalan test JPJ last week. Hehe. Aku dah ada lesen P!!! Yeye...

Takde la seronok sangat pon memandangkan masa umur aku 26 tahun aku dah penah pegang L (laa L ke bukan P ehh??) tapi tak penah amik test sampai abis. Sebabnya... arhhh masa tu aku keje tanam anggur. Anggur Malaysia tak laku beb. Mana nak ader wang. Lainlah kalau masa tu aku kenal lelaki berwang (bukan beruang), dah tentu bleh sapot. Ngeh ngeh ngeh. Citt..!

So aku biarkan je la L aku tu sampai expired. Takde selera aku nak habiskan lesen tuh. Lara betul. Semangat yang hilang. Alahh.. nak LRT pon orait apa...

Sampai la... ermmm.. aku kena ader kete. Aku kena ada harta, at least. Umah takde takpe sebab aku cadang nak lepak kampung je habiskan sisa2 tua. Sayang la buat umah cantik2 besar2 kat kampung tapi takde sape nak duduk. Huhu.

Lagipon, senang aku nak hantar uyi ke sekolah. Ermmm. Senang aku nak bawak uyi jalan2. Pegi carrefour. Pegi Mines Wonderland. Pegi Desa Water Park. Atau pegi joging petang2 keliling tasik permaisuri... atau usha brader ensem itu ari kat Bukit Jalil. Hek!

Uyi cakap ari tu nak kete yang boleh bukak bumbung. Errr, kite beli kete yang boleh bukak tingkap je la uyi... ekk??

2 comments:

Nadia said...

aku punye lesen L pun still terperam sampai skang! hahaha..lepas kantoi skali, aku dah pokai nak re-sit. masa tu aku pun tgh tanam anggur gak..heheh..

uyi nak kete takde bumbung?...erkk...tinggi sungguh taste anakmu itu..;-)

cLinaku said...

laa ko pon peram L?Tapikan, kalu skali dah peram mesti lama. Cam aku..ader la dlm 5 tahun..huuh.