FoLLoweRs

Thursday, December 19, 2013

Sat




Nanti kite letak gambar masa kenduri adik kite kawen ekk.

Tunggu...





Friday, November 29, 2013

Kahwin itu normal




Assalamualaikum... hai hai.

Update blog pagi ni. Kaver sket post yang last tu. Mihmihmihhhh... Ala takpe, kalah menang tu pasti. Kalau tak kalah, menang. Kalau tak menang, kalah lah. Adat dan peraturan.

Apapon, set kito jange pecah. Wahhh haha.

Ada kurang lebih 2 minggu lagi majlis pernikahan adikkkk aku. Huhu. Bukan aku yea. Aku punya kalau takde aral melintang in sha Allah tahun depan. Doa2kanlah yea semoga dipermudahkan segala urusan. Uyi pon dah bagi green light tu :))

Cakap pasal kahwin ni, seorang lagi adik aku bakal berkahwin Disember nanti. Dapat pulak orang Pahang. Kira ok la jugak. Sama2 pantai timur. Senang nak balik. Satu jalan. Tapi senang senang pon, konfius jugak tu pagi raya nak balik mana dulu. Ahaksss... Nanges.

Rasa sedih jugak di sebalik tengah happy2 nak balik kampung untuk kenduri kahwin tu nanti. Ya la, lepas ni kuranglah sorang ahli majlis kat dalam rumah tu. Taktau lagi dia duduk mana lepas kahwin ni. Kalau jauh jaranglah dapat jumpa. Susahlah nak ngeteh sama2. Kalau dekat, boleh aku singgah hari2 amek lauk. Hahaha..

Bila ingat2 balik kan, rasa takut pon ada. Takut jarang dapat jumpa. Takut tak dapat kumpul2 ramai2 macam dulu. Mesti tak best kan... Sebab kitorang dah biasa dapat berkumpul ramai2. Biasa sangat. Dikja, suami dia tak kesah selalu balik kampung. Abang long pulak memang duduk kat kampung. Kitorang adik beradik yang lain memang stay sama2 kat KL ni. Jadi memang tak pernah berpisah. Duduk satu rumah, kerja kadang2 tempat yang sama, shoping sama2, lepak sama2. Pendek kata semua aktiviti memang bersama2. Dating je lain2.

Dah la aku ni adik-beradik perempuan ramai. Ada 7. Satu satu kawen.... semua ikut suami masing2 nanti. Sob sobb...

Tapi, itulah hakikat yang harus diterima. Memang fitrah manusia hidup berpasang-pasangan. Semua orang pon macam tu kan. Kahwin. Hidup berumahtangga. Ikut pasangan masing2. Berpisah. Aku tahu tu. Aku faham. Cume .. yelah.. luahan perasaan.

Oklah. Babaiii.. kite buat kerja. :)





Friday, November 01, 2013

GKG!







Tengah rasa nak menggomo ni. Mihuhihihuuuuuu........ All the best for our warriors. Set kito jange pecoh :p







Salam Tahun baru




Gedebak gedebuk dah November. Agak penghujung tahun bagi 2013. Dan minggu depan dah masuk Muharram. Awal tahun bagi umat Islam.

Cepat. Aku ada 2 tahun lagi untuk berada dalam three series. Waaaahhh. Gilos! Sangat pantas. Sebab aku masih ingat lagi masa darjah satu aku pakai kasut sekolah sumbat kertas sebab longgar, tak muat. Sedar sedar sekarang aku dah jadi makcik.

Kalau dulu orang selalu panggil adik.. lepastu panggil sis.. sekarang aku selalu dengar orang panggil aku aunty. Aku pon bahasakan diri aunty jugak. Arghhhh..! Makcik kepada anaknya yang berada dalam sekolah menengah.

Ambil cermin dan telek muke dekat2.. lubang pori2 dah mula tersengih. Kalau tengok jauh2 memang la tak nampak. Tengok dekat2 lagi... owhh kasar dan kusam. Letak jauh sikit cermin... ala... macam umur 25 lagi. 


Uweeekkkkk.... huhuhu. Bolehlah kalau nak muntah.

Kalau fikir soal umur, soal tua memang kecut perut. Alahaii.. dah nak tua ke aku? Hadoi.. rasa macam tak sedia lagi. Rasa nak muda lama2. Rasa nak jadi cantik macam Rozita Che Wan.

Tapi Che Ta kawen orang muda. Muda sangat dari dia. Aku tokser la jadi camtu. Tak padanlah. Tak konfidenlah. Nanti aku dah tua kedut, laki aku muda lagi, baru nak naik. Time tu nanti baru la nampak 'ketuaan' kite dari kecantikan kite yang dah mula pudar tu.

Ye dop?

Apapon, semoga Kelantan menang Piala Malaysia nanti. Heh. Gomo Kelate Gomo!





Thursday, October 31, 2013

KL Gengster 3




Ni ha.. uyi pow aku.



Tajuk ini yang dibelinya. Haihh..! Kalau bab2 gengster ni suka betul dia. Tskk...






Saturday, October 26, 2013

Asyik rindu




Rindunyer pada ........   pada apa yea. Pada kenangan lalu, pada zaman lalu, pada orang dulu, pada saat2 indah dulu, perkara2 yang lalu, dan yang dulu2. Yang pasti pada perkara2 atau insan2 yang dah lepas, yang dah berlalu. Yang mungkin sesetengah sudah tiada pada waktu ini.

Banyak perkara yang dirindukan sebenarnya. Rindu nak berambut panjang macam dulu. Rindu nak lepaskan rambut mengurai bebas beralun, rindu nak hang out dengan adik2 bergelak ketawa dengan perangai masing2 mengalahkan budak2, rindu nak berpegangan tangan dan duduk kat playground merenung langit, rindu nak kena ngorat, rindu nak pergi sekolah.... Haihhhh.. macam2.

Aku ni kan, kalau diberi satu masa untuk flashback zaman2 lalu mesti meleret2 sampai ke hapa2 ntah. Lepastu teringat2.. rindu. Huuuuu.... Lepastu kadang2 rasa a little bit menyesal... atau sebak. Lepastu cepat2 geleng kepala tiga kali pastu cepat2 gerakkan badan.

Kena buat something yang membuatkan kita jangan mengelamun lagi. Sebab kadang2 lamunan tu sangat menyakitkan sebenarnya. Tapi entah kenapa, walaupon sakit nak jugak masuk seketika untuk ambil sedikit 'rasa'. Sakitttt.

Apa2 benda yang tinggalkan kesan dalam hati atau dalam hidup kita bohonglah kalau cakap kita dah lupe. Sedikit sebanyak mesti ingatan tu ada. Lainlah kalau dah hilang ingatan. Amnesia.

Arghh.. apa aku merepek ni. Datang opis nak buat kerja. Huhu. Kat rumah bukan tak boleh memblog. Boleh tapi tak puas. Jari ni nak jugak menekan keyboard. PC. Bukan notebook. Apalagi hp. Setakat nak berinstagram atau berwassap boleh lah. Tapi nak type2 macamni, aku lebih berahi pada keyboard yang besar ni. Skrin pon besar. Sedap mata memandang.

Ok adios.





Friday, October 25, 2013

Di atas normal




Uyi dah hampir setahun duduk dengan aku. Hurm.. memang terasa perbezaannya lah.

Ibu dan anak, ada je yang tak kena. Ada je yang panas. Kitorang ni lain2 perangai. Aku tak jumpa mana serasinya aku dan uyi.

Kadang2 mengeluh sendiri. Kenapa kitorang tak macam mak dan anak macam orang lain. Kadang2 aku pelik, dulu masa berjauhan asiklah rindu2an. Bercakap dalam telefon mengalahkan orang bercinta. Aku rindu itu!

Sekarang usahkan mesra, nak bertepuk bertampar pon jarang sekali. Aku, kat mata dia ada je yang tak kena. Ada je yang dia tak setuju. Seolah apa yang aku buat tu semua salah. Semua tak betul.

Cuma, alhamdulillah lah dia dengan adik2 aku sangat rapat. Sangat mesra. Kalau pergi mall orang ingat adik beradik. Sebab uyi pon da besar. Badan dia lagi besar dari mak2 sedara dia.

Kemesraan diorang tu kadang2 buat aku rasa cemburu. Bukan aku tak pernah tanya uyi kenapa takboleh layan aku sepertimana dia layan mak uda, acik, mak teh etc etc, tapi bila ditanya dia selalu cakap takde apa2. Sampai aku pon dah naik fade up.

Lagi pulak kalau aku tegur dia, marah dia. Mau muncung sedepa. Kadang2 taknak makan langsung. Merajuk nombor satu. Hadoi.. mengada2.

Tak taulah macamane hubungan kami nanti. Sampai dia besar ke? Sampai dia nak kawen ke? Sampai dia tua ke? Marahkah dia kat aku sebab tak jaga dia masa kecik, sebab tak bagi keluarga yang sempurna kat dia? Haih.

Mungkin ambil masa nak cipta keserasian antara aku dan uyi. Nak bina balik kasih sayang masa dulu, bila berjauhan rasa rindu bile depan mata buat tak kesah. Tak heran. atau rasa tak biasa.

Apapon, aku always doa yang terbaik untuk anak aku.  Aku selalu pesan kat dia, walaupon dia tak sayang aku macamane aku sayang kat dia tapi aku tetap doa dan nak bagi yang terbaik untuk dia. Sobb...
Aku taknak rasa kecik2 hati atau tersinggung apa2 dengan anak aku. Sebab nanti efek pada life dia. Tak berkat woo life kita kalu buat perasaan ibu tergoresss....





Friday, September 20, 2013

Itulah....




Aku rasa, aku kena update lah senarai blog kat sebelah ni. Aku perasan banyak yang dah takde.

Tapi rasa sayang pulak. Heh. Kang kalau delete nak ganti dengan blog apa pulak? Malas pulak rasanya nak taip. Banyak sebenarnya blog yang selalu aku singgah tapi takde dalam list sebelah ni. Tak penahnya nak update. Biarlah list blog otai2 tu yang menghiasi blog ini. Hehe.

Lagion, aku dah tak berapa obses meneroka blog2 ni lagi. Dah malas. Sedihnya mengenangkan kemalasan diri sendiri.

Bukan sebab malas je, 24jam aku rasa tak cukup. Kalau dulu basuh kain seminggu sekali atau dua, sekarang aku rasa nak basuh hari2. Nak sapu rumah, buang rambut yang berguguran. Nak lap dapur, nak lap habuk, nak masak, nak squat, nak angkat dumbell lagi. Haihhh... banyaknyaaaa nak buat.

Magazine kat rumah yang beli pon ada yang tak khatam lagi. Itu belum kira buku2 agama. Haaaa... Belum kira baca al-quran. Lagi lah rasa lazy. Huhhh. Teruk teruk.

Dan sekarang aku pon taktau pasal apa aku buat entry ni. Nak kate update blog list tak jugak. Huhu...

Sudahnya.





Thursday, September 19, 2013

Dikejar




Sejak lepas raya hari tu aku perasan aku macam dah tua sikit. Hehe.. Tua camaner tu ea yang dimaksudkan?

Camni, bila aku solat, bila nak bangun lepas sujud tu terasa berat sangat badan ni nak bangun. Padahal sebelum ni aku paling cargas sekali. Zasss.. takde masalah, bangun tak payah nak tongkat2 tangan.

Lepas tu kulit tangan aku ni rasa kering semacam. Jangan cakap kurang air, sebab aku rasa dah banyak air aku minum.

Lepastu cepat2 perati muka sendiri... sekejap ok. Moist. Sekejap rasa macam kering dan kedut2 halus. Huhh. Pakai masker.

Terdetik kat hati... eh dah tua ke aku ni? Badan dah tak larat. Sakit lutut? Kulit berkedut? Adakah ini tanda2 awal menghampiri usia senja? Ulpp...

Hukhuk...





Friday, September 13, 2013

Testing




Kadang2 kita baru tersedar yang kita ni sayang pada seseorang.. tk kirelah siapa.

Tapi kita jarang ekspresikan rasa tu.

Macam rugi pulak rasa.. kan?





Thursday, September 12, 2013

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh.




Ok. Ini adalah kali pertama aku ke dataran merdeka sebab nak sama2 meriahkan sambutan kemerdekaan negara.



Mula2 aku dapat snap gambar belakang orang je... Yelah orang dah ramai, dah pukul 8 lebih, aku pulak kategori kenit, memang ini je lah yang dapat.

Lama jugaklah aku dan uyo (adik aku) pusing2. Tak tahu tahu nak dok kat celah mana. Orang sangat ramai. Macam2 kaum ada. Mat salleh pon sibuk jugak dengan baju kurungnya.

Aku dah frust dah. Lain kali kena datang pukul 6 pagi kot nak dapat barisan depan sekali nak tengok perbarisan.

Ada la dekat 40 minit kitorang ke sana ke sini, nak panjat situ tak boleh, nak panjat sini tak sampai. Hadoi.. keciwa sebab rasa macam tak berbaloi datang ke dataran ni tapi tak nampak apa2.



Sehinggalah... haa.. ini dinamakan tuah ayam nampak kat kaki tuah manusia nampak kat mana? Rezeki Tuhan nak bagi... 

Sekali bila sampai kat satu stage tu (actually aku tak tau pon itu stage utk VIP), kitorang gamble je, naik tangga .. agak nampak macam free cket area tu, lepastu nampak macam petugas je kat situ, selit2 sket kat abang polis ke abang hapantah, dia bagi laluan.. lepas tu depan sikit nampak macam kakak jawatankuasa petugas (sebab dia panggil aku adik, wakakaka), sekali kakak tu suruh kitorang duduk kat depan. Ada kerusi kosong kat barisan ketiga dari depan. 



 Haa.. barulah clear depan mata jelas kelihatan perwira negara gagah memegang senjata.. :)



 Aku taktau nama apa tu..



 Yang penting ada bendera Malaysia tu...



 Kitorang tak sempat nak bergambar sama2 dengan abang celorong celoreng ni. Uyo frust...



 Kereta kebal?



 Itu bukan tabik namanya, itu macam menahan dari silau cahaya matahai jer.. hehehe



 Seronok tengok persembahan diorang depan mata. Semangat!



 Sport shoes aku rosak. Sandal ni je yang flat. Kesian...



 Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...



 Depan aku tu set2 tan sri dan puan sri tuuu....



 Biasanya aku dengar four wheel je, tapi ni rasanya eight wheels. Ntah.. lupelah, tak bawak buku nota.



 Dapat jugak aku tengok perbarisan berkuda. Hehe...



 Time ni show untuk aset2 ATM.. semua gambar pesen camni je lah.



Masa ni rasa nak ada pakwe tentera je.. hehe.



Haa.. tu je lah. Gambar sama je. Untuk perbarisan lain aku tak sempat nak snap. Terlepas. Time ni aku kat stage VIP, tu yang sesedap rasa amek gambar. Sampai aku kena tegur sebab kadang2 aku berdiri dan ke depan sikit untuk snap gambar.. Dia cuit bahu aku,'dik, kalau boleh jangan berdiri lama-lama yea, ini pentas VIP ni.' Oppssss.....

Hehe.. malu seposen.

Lepas tu baru aku perasan ada beberapa menteri kat barisan first belah kiri aku. Lepas tu kerusi kat situ semua ada tag nama Datin Sri lah, Tan Sri lah. Huhu. Malu seround wehhh..!

Lepas habis perbarisan tu aku dan uyo shoping tudung kat area masjid jamek. Alang2 dah sampai sini rugi rasanya tak pergi. Bila lagi kan....

Sebenarnya, aku tak pernah pergi pon mana2 sambutan perbarisan kemerdekaan. Ini pertama kali.  Bayangkan.. lewat usia yang sebegini baru rasa semangat nak pergi? Huuhu.

Eniwei, aku rasa bangga.




Salam kemerdekaan dari kami. Yeayy..!





Tuesday, September 10, 2013

Sapu sapu




Ok. Biar aku taip sikit supaya sawang dan habuk semua berterbangan dari melekat kat dinding blog ni. Huhu.

Nak letak pic masa sambut hari merdeka tak menyempat. Nanti free dan rajin sikit aku letak.

Jenuh nak mencari gambar...





Wednesday, July 24, 2013

Separuh lagi.




Assalamualaikum... salam sejahtera.

Hari ni 15 Ramadan. Maknanya dah masuk 15 hari kite berpuasa. Dah setengah bulan. Dah start baca doa qunut pada solat witir. Patutlah semalam bulan bulat terang benderang. Lagi separuh bulan kita akan raya,

Pagi tadi masa on the way ke ofis, pertama kali aku dengar lagu raya kat radio, Hot.fm. Sebelum ni ada dengar jugak tapi kita pasang sendiri kat henfon.. takpon dengar masa kat mall.

So bila dengar lagu raya tadi.... alahaii rasa nak balik nak balik nak balik!!! Nak balik kampung! Eee.. tak sabarnya nak jumpa famili semua. Excited pulak rasa.

Bukan excited nak raya, tapi lebih kepada nak balik kampung dan berkumpul sama2 keluarga semua. Lepastu nak makan2.. emphhhh... lazatnya nikmat.

Bulan puasa ni aku terpaksa merajinkan diri untuk memasak. Rajinnya aku memasak sampaikan aku dah naik jemu bau bawang, bosan menumbuk dan menumis bawang. Haa.. bayangkanlah sebelum ni berapa kerap aku memasak.. Huhu.

Well... aku tak berapa rajin dan minat memasak sebenarnya... Ngeh ngeh ngeh. Dapat?

Tahun ni jugak aku tak bercadang nak ke buffet ramadan. Sebabnya selera dan nafsu makan aku tak sehebat dulu. Makan pon ciput je. Jadi nilai rm60 tu sangat besar nilai kerugiannya kalau aku habiskan kat tempat2 macamtu. Banyak mana sangatlah aku boleh sumbat, rugi rugi. Baik aku buat beli baju atau kasut. Lagi berbaloi, lebih nilai.

Dan aku belum berkesempatan nak jalan2 ke downtown Cheras. Eeee... bile nak pergi ni. Nak cari jubah yang rare.

Weeee.... tak sabarnya nak cuti!!





Thursday, July 18, 2013

Tunggu sekejap.




Weeee... lagu raya dah start berkumandang kat mana2 dah. Menandakan diorang ni tak sabar2 nak raya. Hehe.

Aku cuma dah ada tiket raya. Baju raya, kueh raya, tudung raya dan whatever raya satu pon takde lagi. Cuma tadi baru aku tengok katalog, cadang nak beli bekas kuih raya untuk ma. Rasanya dah dua tiga tahun pakai bekas sama, so tahun ni kasi tukarlah.

Langsir tak sempat nak tukar. Takpelah, yang penting baju raya aku tukar. Hihi... Ala.. baju raya aku merangkap baju kerja aku nanti. Memang nak kena buat jugak.

Setiap kali raya, aku akan try cari perubahan yang berlaku daripada tahun yang sudah2. Samada baik atau tak. Tapi of kos la perubahan ke arah kebaikan. Maksudnya, setiap hari yang kita lalui tu biarlah lebih baik, bukannya lagi buruk atau undur ke belakang.

Macam tahun ni, aku plan nak bayar zakat lebih awal. In sha allah. Sebab tahun2 sudah, aku selalu bayar last minit. Aku pon tak tau apasal. Bukan aku sengaja, tapi adaaa je bendanya. Tahun ni aku ingat, kalu aku jumpa je kaunter zakat aku nak terus bayar tanpa pilih2. Dulu aku selektif, nak bayar zakat kat sini sini. Padahal sama je bayar mana2 pon. Kan?

Oklah. Aku kena stop jap untuk tido barang sepuluh minit. Penting wooo... nanti sakit kepala. Huhu.

Daa...





Saturday, July 13, 2013

Sekolah budak sekarang.




Sebagai ibu segera, semuanya mesti buat untuk anak.

Last week, ada program hari bertemu pelanggan kat sekolah uyi. Dengar nama pon dah macam.. wuhuu... apa bondo nikhh.

Senang citer, hari mak bapak kena datang sekolah ambil report card anak2 lah. Mula2 aku tak tau, mujur jugak kerja kat bahagian yang ada banyak cikgu2 kan, so itulah untung dia.

Kebetulan, aku memang sangat sibuk on that day. Dalam hati dok berkira2 nak datang ke tak. Program tu sampai tengahari je. Mula2 aku taknak pergi. Alah.. apa sangatlah cikgu nak jumpa2. Nak beramah mesra ke apa? Tapi sebab nak kena ambil report kad, so aku rasa aku wajib pergi.

Nervous jugak lah rasa. Hehe. Kelakar ekk.. Anak dah tingkatan satu mak masih takut2 dan baru first time dapat pergi sekolah anak menunaikan salah satu kewajipan sebagai seorang ibu mithali.

Macam menyedihkan sungguh.

Ok. Aku ke sekolah uyi jam 10.30pagi. Sekolah dekat je dengan ofis, tak sampai sepuluh minit. Nasib baik parents yang tinggal dah tak ramai. Ada lah 3-4 orang queue. Sementara tunggu turn, diarang bagi mineral water. Sudents pulak bersepah merata2, ye lah dah takde kelas, seronoklah.

Sampai turn aku, uyi pon duduk sekali kat sebelah. Owhh.. ini rupebentuk report card budak2 zaman sekarang rupanya. Bukan pakai buku macam aku dulu. Sistem sekarang pon dah pakai sistem band. Itu aku sedia maklum, cume aku tak berapa faham sangat. Hehe.

Ok, apa yang aku faham, sistem ni menilai student personally. Takde dah lumba2 nak dapat nombor satu, bersaing saper tempat pertama macam aku dulu. Student dinilai sorang2. Tahap kebijaksanaan diorang dinilai secara individu tanpa melibatkan student lain. Kau aku. Dia dia. Takde dah kau nombor satu, dia nombor dua. Tak.

Band ni dari no 1 hingga 6 kot kalau tak silap aku. Band 1 tu paling lemah. Basic je yang student boleh faham. Band 6 of course yang paling cemerlang. Tapi cikgu2 tak expect student boleh capai tahap tu sebab band 6 tu untuk student yang dah mahir menguasai dan kreatif pulak boleh meluaskan lagi kemahiran dia. Haa.. cenggitu lah lebih kurang. Macam bahasa melayu dalam blog aku ni, entah band apalah dapat agaknya. Hehe.

So, cikgu2 expect student yang excellent pon patut boleh dapat band 4 atau 5. Band 6 memang jarang sangatlah.

Ok. Sekolah uyi, hujung tahun baru boleh tahu student dapat band berapa, termasuklah uyi. Untuk masa sekarang, dia masih exam macam biasa, which is dia dapat nombor 10 out of 34. Dia memang suke pegang nombor sepuluh....

Secara keseluruhan, uyi memang tak minat subjek Sejarah. Dia dapat C. Math dan Sains dia dapat B. Bahasa Melayu pon dia dapat B. 77 markah. Bahasa Inggeris dia dapat Cemerlang. 92 markah. Anak omputeh rupanya anak aku ni.. Huhu.

Ok. Diskusi aku dengan cikgu adalah dalam setengah jam je kot. Lepastu aku terus balik ofis  dalam keadaan cuaca yang hujan lebat. Basah habes baju kurung aku.

Lega. Nasib baik aku pergi sekolah dia. Kan... Hilang sudah nervous. Lega.

Balik rumah, uyi cakap kawan2 dia tak percaya umur aku 37 tahun dan kirim salam kat aku. Ahakss... aku rasa macam nak bagi duet raya je kat kawan2 dia tu. Mihmihmihhhh....





Monday, July 08, 2013

Ramadan kali ini.




Weee... tak sabar rasanya nak sambut Ramadan. Nak berpuasa. Nak teraweh. Nak bermoreh. Nak buat ibadah.

Alhamdulillah... dan in sha allah.. sempat menyambut Ramadan tahun ni.

Tahun ni kali pertama aku sambut puasa dengan uyi di sisi. Tak tahulah camaner. Mesti banyak komplen. Ye lah, aku masak tak sesedap nenek dia masak. Gelabah aku ni, nak masak apa untuk sahur ek? Time2 tu mana lalu sangat nak makan. Kalu untuk berbuka tu ok lah jugak. Tapi nak masak apa ek? Takkan hari2 nak ke bazar Ramadan? Hisshh.. bukan semua sedap pon kat bazar tuh.

Teraweh kat sini dia cakap takde geng. Ehh ibu bukan geng ke? Moh nanti kite pergi sama2 dengan Acik. Nanti, adalah kawan tu. Seronok. Ingat lagi tahun lepas, seronok bermoreh dengan makcik2 lepas terawah. Hihi...

Cakap dengan adik aku, tahun ni hari pertama je aku nak pergi bazar Ramadan. Nak usha kueh. Lepastu, aku akan pergi sekali je seminggu. 

Ouchhh.. memang la aku pergi sekali je seminggu. uyi pulak pergi hari2. Hoho.. camaner? Aduiiii.... :p





Tuesday, June 25, 2013

Normal

 
 
 
Aku rasalah kan, aku ni jadi remaja baliklah. Mengalami kekeliruan personaliti atau konflik dalaman yang sedang mencari2 identiti sendiri. Cehhhhhh! Ptuiii.. Dah tua bangka pon nak ada konflik identiti pulak. Hahaha.

Aku rasa macam dah lama tak conteng2 kat sini. Nak buat macamane, asal nak tulis je, lekat kat blog lain. Baca. Scroll. Baca lagi. Next page. Hihi.. Last2 jadi draft je lah.

Atau aku rasa aku dah taktau nak tulis apa dah kot. Semua aku boleh baca. Even perasaan hati aku sendiri pon kadang2 aku boleh baca kat tulisan lain. Heh. Pelik.

Cuma kadang2 sekarang ni aku rasa rindu putar2 masa zaman 'kegemilangan' dulu. Hehe. Banyaklah gemilangnya! Gemilang tak gemilanglah sangat, tapi boleh tahan jugaklah liplap tuh. Well, aku bukan orang femes. Femes hanya dalam dunia tafsiran aku sendirilah. Eh femes jugakkan?

Hurm. Semua orang ada kisah2 femes dia... duhhh!





Thursday, May 23, 2013

Cair




Beku.

Termasuklah kepala otak. Beku jugak.

Tak boleh nak berfikir dengan waras. Apalagi dengan bijak. Semuanya beku dan terbuku.

Sekali lagi rasa tewas... arghh..





Friday, May 10, 2013

#




Alahai... dah lamanya tak update blog saya nikh... Isk isk.. bizi giler berkempen pilihanraya ek?? Huhu...

Bizi la sangat. OT pon Pengarah tak benarkan sehinggalah pilihanraya. Atas faktor keselamatan kononnya. Hahh.. ikut je lah kan... Means esok dah boleh OT lah ekk? Hehe.

Bizi kerja tu satu hal. Bizi uruskan life pon satu hal. Bizi meneroka benda2 baru pon satu hal lain. Pendek kata macam2 kebizianlah.

Minggu pertama cuti sekolah Mei nanti, ada satu kursus kat Melaka. Dan aku selaku urusetia, nak amek sedikit peluang kat situ bawak uyi makan angin. Dah alang2 ke sana tu, bawak dia teruslah. Lagipon, urusetia tak perlu sangatlah nak masuk kelas. Sebelum slot make sure semua ok. So far, semua dah beres. Dengan hotel pon dah setel.

Minggu kedua cuti sekolah tu, kena pergi Langkawi atas urusan kerja juga. Yang ni tak boleh bawak siapa2. Sebab jadual pack.

Sekarang ni, kalau nak pergi mana, kena buat waktu cuti sekolah. Hasilnya dua minggu cuti sekolah tu aku memang tak lekat kat rumah.

Mesti balik ofis nanti kerja bertimbun2. Haihhh... Nak buat macamaner kan...





Saturday, April 27, 2013

Bebas




Lamanya tak bukak dan update blog ni. Tak tercapai jugak azam tahun 2013 nak tulis banyak banyak kat sini. mihmih..... Apadaa...

Update tak update, sekarang ni mana2 pergi tak pernah habis orang bercakap pasal politik. Mula2 nak diskas pasal hal lain, tetttt termasuk jugak sikit2 bab politik. Yang tak tahu jadi tahu. Yang tak reti eh dah boleh bersyarah. Yang tak pernah mengundi, pon dah sibuk2 ambil tahu dan start praktis nak pangkah sape.

Semua terjebak.

Aku, tahun ni in sha Allah akan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang sayangkan negara dan pilih untuk mengundi. Secara aman. Excited jugak beb... mau taknya, ini kali pertama wehh. Dengar lagu mengundi dah macam dengar lagu raya pulak. Hoho..

Ramai yang tanya, balik mengundi ker? Aku jawab tak. Sebabnya aku daftar kat sini je, alamat pon kat sini so aku buang undi kat sini. Kelantan tu biarlah, aku balik tak balik pon Pas yang menang jugak. Mintak maaflah BN nak menang kat sana.

Satu perkara yang Pas sangat terer buat yang BN tak boleh buat ialah manipulate pemikiran rakyat Kelantan. Ye ke dop?

Buatlah macamaner sekalion, setiap lima tahun mesti Pas jugak yang diorang pilih.

Aku? Eh.. mana boleh cakap. Undi anda adalah rahsia. Hehe...

Tapi kalau lepas pilihanraya ni harga petrol boleh turun, tol dihapuskan aku suke benor. Mihmihhh...

Apa2 pon, pum pang pum pang bagai nak rak, hari mengundi nanti lah baru kite tau kite pangkah sape. Kot sekarang ni beriya bagai sokong dia ni, last2 dalam kotak undi nanti dah pangkah orang lain pulak... Well, macam2 boleh berlaku kan.

Undi tak undi, kalau hari Isnin lepastu cuti kan best...





Tuesday, April 09, 2013

Fasa perubahan




Harus diingatkan, aku mempunyai seorang anak perempuan yang berstatus anak dara yang sedang mengalami proses pembesaran yang kompleks, yang mungkin juga mengalami pelbagai konflik samada fizikal, emosi atau sosial.

Orang cakap, waktu2 macam inilah akan timbul macam2 keinginan. Baik atau buruk. Nak memberontak memanjang.

Risau jugak aku. Mau taknya, kadang2 dia fikir dia tak pandai. Suruh jadi dentist katanya dia tak cerdik. Langsung takde self-confidence. Tapi bab melaram nombor satu.

Geram jugak. Pergi sekolah macam lebih kepada nak jumpa kawan2, bukannya nak pergi belajar. Status kat fesbuk bukan main. Siang jumpa kat sekolah, dah rindu tak sabar nak jumpa kat sekolah lagi esok. BFF la sangat. Ewwww... aku dulu takde pon. Kalau 4 bulan school holidays pon belum tentu aku rindu giler kat kawan2 dan tak sabar nak pergi sekolah. Dok rumah lagi best apa......

Selalu aku pesan kat dia, berkawan tu hati2. Bukan semua suka kat kita walaupon kita rasa kita dah cukup baik dan polite dengan semua orang. Bukan semua kawan ikhlas dengan kita. Bukan semua BFF tu sayang sangat kat kita.

Jangan perasan kita ni cantik walaupon orang dok puji2 sampai kembang semangkuk. Pujian tu sebenarnya tak best sebab nanti  kita terleka. Lepastu orang cakap kita perasan. Kita cantik, orang lain seribu kali lebih cantik dari kita.

Dan yang penting, jangan abaikan pelajaran. Sebab itu je yang dapat aku bagi. Aku bukan orang kaya yang dapat wariskan beribu-ribu harta kat dia. Nak harta dunia, cari sendiri berbekalkan ilmu yang ada. Usaha sendiri.

Kadang2 aku lupe. Walaupon dia dah besar dan mempunyai akal serta boleh berfikir sendiri, tapi dia masih remaja yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar sebab masih banyak perkara2 yang dia taktau dan tak faham. Kadang2 certain things yang aku nampak remeh dan assume dia boleh buat sebenarnya dia taktau nak decide pon.

Arhh.. inilah masalahnya bila tak membesar bersama. Kadang2 aku rasa dia A tapi sebenarnya dia B. Kadang2 aku rasa dia main2 tapi sebenarnya dia serius. Kadang2 bila tengah serius tu dia macam nak tergelak pulak. Haihhh.

Komunikasi aku dengan dia tak berapa baik. Kadang2 macam cerita2 mat salleh tu, mak bapak dengan anak dingin. Tak berapa bercakap. Ada je yang bercanggah pendapat walaupon untuk perkara2 yang kecil. Sebab tu, kadang2 lebih baik diam.

Banyak lagi benda yang wajib aku explore pasal psikologi remaja ni. Lebih2 lagi uyi.

Apapon, aku tak pernah lupe pray for the best for her. Ameen...





Friday, April 05, 2013

Nantilah




Bila takde idea nak tulis blog tapi rasa nak menulis sesuatu, boleh letak gambar atau apa2 lirik lagu yang berkenan dan tampal.

Tapi bila gambar pon takde, lagu pon tak jumpa yang best inilah jadinya.

Mihmihhh...

Takde papepon :p





Wednesday, April 03, 2013

Rindu bertamu lagi :)




Ok setel.

Semalam final Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Happy ending. Biasalah cerita melayu memang kebanyakannya gitu. Baru puas :)

Lepas ni aku tak pressure dah. Cerita yang ganti nanti not my type. Pelakon jugak not my taste. Tak payah layan. Tapi aku perasan dalam minggu lepas drama cina kat 8TV ada Julian Cheung. A-l-a-m-a-k... Hihi... Rindu bertamu di TVB pulak nikh!


First tengok dia berlakon cerita Peak of Passion. Muda belia lagi. Cun kan?



nota kaki: kadang2 kita kena lupa sesuatu untuk dapatkn sesuatu*aku sendiri yang paham.

Tuesday, April 02, 2013

Is this life?




Kadang-kadang kite menangis.. merintih.. mengeluh.. dan macam2 me lagi bile ditimpa ujian.

Betul.

Hati mana tak sedih. Hati mana tak gundah. Hati mana tak rasa menderita dan susah bilamana ditimpa macam2 dugaan. Atau ditimpa dugaan yang sama berulang kali.

Rasa macam tak adil. Rasa macam tak patut. Terasa tubuh kerdil ini dihimpit, dihempap dan digelek steamroll. Kenapa asyik aku diuji sebegini? Kenapa aku selalu diberi test yang berbentuk begini? Kenapa aku diduga dengan perkara2 yang sama ceritanya seperti 10 tahun lepas? Kenapa harus berulang? Bilakah ujian ini akan berakhir? Mampukah aku hadapi saat2 getir lagi?

Kenapa jalan orang lain lurus tidak seperti jalan kita? Orang lain nak dapat kerja senang je. Kita dah berpuluh kali pergi interview tak dapat2 jugak. Kalau dapat pon job yang tak berbaloi. Yang tak sepadan dengan kelulusan.

Orang lain dah 2-3 kali kahwin, kita nak dapat kapel pon susah.

Orang lain dah lah cantik, hensem, kaya pulak tu. Kerja sedap. Hidup tak nampak tak bahagia pon. Aman je tengok. Kenapa kita tak kaya2? Dari dulu hidup tak pernah senang. Ada je musibah yang datang.

Kenapa dugaan orang lain tak seteruk dugaan kita? Kenapa orang lain tak diduga seperti kita? Kenapa kita mesti diduga sebegini? Tak bolehkah swith aje dugaan kita dengan orang lain yang nampak macam mudah?

Hehh. Rintihan2 dan persoalan yang datang dari orang yang tak reti nak bersyukur dan tak pernah puas dengan rahmat Tuhan dan tak boleh nak terima qada' dan qadar?

Entahlah.

Ada sesetengah dugaan yang datang aku dapat tepis. Aku dapat handle. Tapi ada sesetengah aku rasa macam tak takut mati.

Macam nak menyorok dalam kubur. Bukan lagi berhibernasi.

Bukan aku minta jadi begini. Aku pon tak ingin. Tapi rasa sangat lemah dan tak berdaya dan tak nampak solution. Bagaimana kalau benar tiada penyelasaian?

Ada orang cakap banyakkan doa, selawat, ayat kursi. Terapi untuk tenangkan jiwa. Tapi kadang2 aku rasa... aku perlu lebih dari itu.

Tapi apa?





Monday, April 01, 2013

Thats life




Kadang2 aku ternampak cahaya gelap dalam pada aku cuba nyalakan lampu gasolin.

Ada ke cahaya gelap?

Terus rasa down. Sebab cahaya gelap itu lebih pekat dan kuat dari cahaya terang.





Friday, March 29, 2013

Rindu Bertamu di Abu Dhabi






Sedih bila Ain meninggal waktu bersalin. Terasa taw... sebab aku follow cerita ni. Sebab ada Fahrin Ahmad. Dia kalau berlakon memang selalunya best.

Aku tak follow cerita ni dari mula pun. Ye la.. timing tu macam tak berapa best. Baru balik keje, tengah letih. Nak mandi, kadang2 nak masak, mana nak maghrib lagi. Pulak tu cerita sebelum Rindu Bertamu di Abu Dhabi aku tak layan. Jadi tak perasan bile cerita tu last dan bila cerita Abu Dhabi ni start.

Aku malas nak follow sebenarnya, sebab kalau dah follow memang melekat. Lepas tu kelam kabut berebut bilik air. Hehhhh. Tapi tak boleh tahan jugak, tengok sikit, nak tengok lagi. Memang cerita dia best. Lain dari kebanyakan cerita yang asyik konflik cinta tak pernah habis, macam dalam dunia ni takde benda lain nak fikir selain masalah cinta. Cerita ni ada cerita dia. Lagipun ada Fahrin Ahmad. Dan Shah Jaszle yang aku tak minat pon best tengok dia berlakon. Jahat tapi gelihati tengok dia dengan karektor yang berlagak terer nak rebut harta Haji Ilham, bapak dia. Hihi.

Dan aku suka tengok Fatin. Cantik. Ain pon cantik. Dan jangan tak tau, soundtrack cerita ni dinyanyikan oleh Fahrin Ahmad sendiri. Ala.. semua orang pon tau kan kalu tengok cerita ni.

Tak sabar nak tengok final episod Isnin depan.

:)





Thursday, March 28, 2013

Bila rindu..




Hari tu aku ada update status kat fesbuk lebih kurang camni bunyi dia... 'kadang2 kita cuma rindu pada kenangan atau perasaan yang lalu dan bukannya pada orang'.

Betul kan?

Kadang2 aku rasa nak menangis tiba-tiba. Rasa sunyi. Rasa keseorangan. Rasa takde mood. Rasa lost. Sekali rupanya nak period. Opss... huhu. Bukan bukan. Itu cerita lain.

Yang ni cerita pasal rindu pada kenangan.

Tapi betul lah, kadang2 kite bukan rindu sangat pun pada orang tu, contohnya ex-boifren. Nak rindu takde la... perasaan tu semua dah terkubur. Mungkin sesetengah orang tu dah jadi benci. Tapi kenangan, atau lebih tepat lagi kalau aku la kan, perasaan indah dibuai cinta yang asyik masyuk memang feel habis lah. Degup jantung masih aku terasalah kata Gersang!

Kalau di flashback satu persatu, mau angau dibuatnya. Nakk ajer ulang balik saat2 tu. Tapi kali ni nak betul2 jadi heroin. Haha.

Nak nak pulak ada background muzik rok kapak. Huhh... lagi betul2 menggamit memori. Seronok dan indah rasanya zaman muda remaja.

Perasaan tu... entah. Tak boleh nak diceritakan. Terlalu cantik. Berbunga2 dan sangat bahagia. Setiap detik tiap masa. Pelik. Camaner ntah boleh dapat rasa yang sangat damai tu dalam hati.

Padahal, bukan tengah bercinta pon. Seingat aku, time2 aku dulu secret admirer sangat memainkan peranan. Itulah pemangkin untuk ke kelas! Teruja. Syok. Happy.

Sebab tu, mungkin aku kena cube faham kenapa kadang2 uyi tergelak sorang2 mengadap fesbuk dan sibuk cakap rindu kat kawan-kawan. Hehh.. ntah apa yang seronok dan rindu sangat! Tapi itulah perasaan orang muda kot. Orang tua2 ni perasaan dia lain. Dah slow sikit. Huhu.

Tapi seriously, jiwa dan perasaan ni tak boleh dibuat2. Kalau jiwa kosong, camaner nak rasa excited. Camaner nak senyum kalau perasaan pon serabut. Perasaan itu, apa yang kita rasa, hanya kita yang rasa. Tak boleh dapat atau beli kat mana2.

Thats why kadang2 seronoknya menganyam perasaan kenangan silam. Boleh buat aku tersenyum dan tergedik sikit. Uhukkksss....






Sepoi sepoi bahasa





Kat rumah aku tu kan, meja makan yang memuatkan enam kerusi itulah tempat kitorang ngeteh sambil diskas pasal macam2. Dari hal pompuan2, gossip2 sampailah hal2 keluarga, serius2 ataupon ehwal semasa.

Kalau semua adik beradik perempuan berkumpul (kecuali Pajeen yang tengah studi kat Politeknik Kok Lanas), kerusi memang ngam2. Kalau uyi join sekali atau mell sibuk nak masuk group jugak, terpaksalah ambil mana2 kerusi lain yang free.

Seronok berkumpul ramai2 dengan adik beradik. Buat tea-o, lepastu panggil semua. Minum. Lepak. Sambil borak macam2.

Bertuah rasanya ada ramai adik beradik. Masih stick together pulak tu. Dik Ja, satu2nya adik aku yang dah kawen pon stay dekat2 situ je. Sebab tu, walaupon jauh dengan ma dan abah tapi tak rasa kesunyian sangat. Rasa macam masih zaman budak-budak lagi. Cuma bezanya, adik2 dulu yang kecik-kecik sekarang dah besar panjang lebih kurang sama baya je dengan kakak dia yang dah tak berapa nak muda ni. Itu belum kira uyi lagi. Huhu. Nak sebaya je dengan Acik dia (adik aku yang nombor 7).

Tapi nanti bila sorang-sorang dah kawen nanti, tak dapat bayangkan camaner sunyinya hidup nanti. Ye lah, mesti ikut suami masing. Mesti dah jarang boleh kumpul sama2 macam dulu.

Tiba2 rasa sayu dan takut pulak...







Monday, March 25, 2013

Ronggeng




Bukan semua bahagia itu mempunyai makna yang sama.

Lain orang lain pandangan atau pendapat tentang definisi bahagia. Macam2 cara untuk dapatkan bahagia, macam2 cara untuk nikmati bahagia, untuk enjoy dan feel rasa bahagia itu.

Sedihnya bila tak pernah bahagia. Sedih kalau tak sempat nak kecapi bahagia. Tapi lagi sedih kalau takreti nak hargai atau menikmati rasa bahagia itu sendiri.

Bila dah tak bahagia, baru tertanya tersedar diri.

Agaknya sebab tu ramai orang suka dan selesa berada dalam zon selamat. Tak perlu nak cuba apa2, tak perlu ambil risiko.

Apapon, untuk yang tak pernah bahagia, kebahagiaan perlu dicari. Untuk yang tak berapa nak bahagia, suka hatilah nak cari ke tak. Untuk yang taktau dia sedang bahagia atau tidak, itu lagi sedih. Perasaan sendiri pon takboleh nak tafsir.

Eh tapi kadang2, aku sendiri taktau adakah aku sedang bahagia atau tidak. Haihhh...

Aku pon tergolong dalam orang yang sedih itu?