FoLLoweRs

Wednesday, October 27, 2010

Trip ke Uitm Kuala Pilah 24 okt 2010.























Sikit gambar masa hantar Ain ari tu. Singgah Ulu Bendul, tapi tak mandi or jalan2 sangat sebab hujan rintik2. Aku kalau hujan ni lemau sket.

Masa kitorang singgah makan, org kat kedai makan tu gelar kami kembar 5. Ntah apa yg sama ntah kitorang pon tak tau. Sama ke muka ni??

Tapi yg best, kitorang pakai baju rona kaler sama. Hitam. Kebetulan. Tak perasan pon sehinggalah time makan tu :)

Menarik kali ni sbb aku tak pernah ke sana dan tak tau jalan pon. Ada yg cakap lalu LEKAS. Ada yg nasihat lalu highway Seremban, balik nanti baru lalu LEKAS. AKu ikut nasihat yg kedua.

Perjalanan jadi seronok dan kelakar sbb kitorang semua pompuan yg naif, tak reti jalan dan poyo2 je. Ada la benti 2-3 kali sbb nak confirmkan jalan. Hehe. Seremban? Senawang? Isk. Serembang? Senawan? Huhu.

Memang la highway Seremban tu aku pernah lalu, tapi bukan as a driver. So situasi tu lain.

Tapi alhamdulillah. Selamat sampai dan pulang.

Peace!

Tuesday, October 26, 2010

aku.



bila fikir2 balik apa yg aku buat dan apa yg aku rasa.. aku rasa letih dan penat.

apa yg aku cari sebenarnya? apa yg aku nak sebenarnya? entahlah. aku cuma berjalan dan terus berjalan dan berjalan.

rasa nak stop. nak rehat. tapi RNR tak berapa selesa untuk tumpang berteduh.

Kadang2 tringat waktu dulu2... waktu sedang membesar, waktu zaman kegemilangan dan keghairahan, waktu bercinta, waktu suka... semuanya tak mustahil dan indah dan seronok.

berjaga 2-3 pagi apa ada kesah. lepas tu boleh pulak ke ofis pagi esok tuh. kerja. maintain je. kalau sekarang berjaga macam gitu, wajib qada' 2 hari!

ke mana2 nak berkapel ajer. tengok wayang, jalan2, live band.. semuanya nak berkapel.

skang rasa tak larat nak harung lagi benda tuh. penat.

tapi... kan seronok kalau di usia2 sebegini atau di waktu berusia nanti berkapel pula ke masjid. bersama2.

rasa damai jer.

kan kan :)

Friday, October 08, 2010

Seminggu sebelum saya ke Bkt Jalil dan Tiara Beach Resort



'Ohyer, jikalau awk ada timbul prasaan suka pd seseorang... Maka rebutlah peluang itu, sy tgk awk rapat semcm jer dlm fsbook. Sy sokong awk, u deserve it. Yg pnting awk hepy, sy pun hepy :)'


Hehe. Ntah saper la yang dimaksudkan oleh si pengirim sms tu. Buat aku tersenyum sorang.

Jap jap nak ingat... aku rapat ngan saper ek.. hurm. Tapi aku tak kesah, yg buat aku kesah bila dia suruh rebut peluang tu.

Memang aku nak kejar, aku nak rebut. Tapi andai org yang dikejar tu sendiri tak ingin berlari, camner nak main kejar2? Hah.

Haih. Ntahlah. Dulu semangat berkobar2... nasihat dari kawan berbakul2. 'kalau suka kau kejar dia, kalau sayang jangan lepaskan, kalau nak rebut'. Macam2 lagi. Time tu semangat macam nak pergi berperang. Cinta punya pasal. Tapi bila orang yang dikejar tu sendiri membunuh perasaan dan semangat ini, maka aku pon mati di tengah2 medan pertempuran. Kiok.

Aku tak cukup bersemangat kot. Entah. Atau, bila kita tau kita ni bukan siapa2 lagi bagi dia, automatik perasaan ingin mengejar dan memiliki tu padam perlahan2. Kecewa barangkali.

Sebab, apa guna mengejar apatah lagi memliki sesuatu kalau tak sudi. Takmau dicop hidung tak mancung pipi tersorong2. Terhegeh2. Macam penagih.

Biarlah. Biarlah. Dia bukan untuk aku. Dan aku bukan siapa2. Biarlah.

Untuk si pengirim sms, terima kasih kerana menyuruh aku merebut peluang. Tapi, aku dah takde peluang rasanya. Aku dah frust. Hati ni macam dah patah. Aku takkan mengejar atau merebut siapa2 lagi. Aku akan terima apa2 saja yang mendatang untuk aku.

Tapi aku dah tak nangis lagi. Itu bezanya. Dan bila ada kawan2 yang mengusik si dia akan kawin bla bla, begitu begini, aku ketawa jer. Anggap itu satu usikaan, gurauan. Kalau anggap serius, pasti menangis air mata darah. Hukhuk.

Cuma, terkadang2 bila aku ingat2kan, bila aku bayang2kan, bila aku kenang2kan.... sakitnya rasa dada. Sakitnya rasa hati. Geramnya. Sebaknya. Justeru, aku buat2 lupa dalam ingat.

Dengan harapan, semuanya kembali seperti biasa. Seolah tiada apa2.

Cuma... aihh.. cuma lagi! Herm.. cuma kadang2 aku rasa tak larat nak tanggung perasaan bila masih berhubung dengan org yang pernah kita sayang satu masa dulu. Ah. Macam tak terima hakikat pulak. Isk.

Apapon, fesbuk memang sangat fun! Saya teringin nak cari pakwe baru *wink kat gina*



isk.. pesal aku suke sangat expose skang nikh. huhu. But u can click to enlarge. Ngeh ngehh.

Sunday, October 03, 2010

next station...



Seorang kawan berkata, ada perkara yang berlaku dalam kehidupannya yang dia tidak redha.

Apa maksudnya dia tidak redha? Entahlah.

Bila sesuatu itu berada di luar kawalan kita, apa lagi yang boleh kita lakukan?

Kita hanya mampu melihat. Dan berharap. Dan menanti.


Tiba2 aku rasa aku ni jahat. Bukan untuk satu situasi, tapi dua. Namun dalam cerita yang berbeza. Diam2 aku undur setapak. Dua. Tiga.

Dan terhenti. Tak mampu nak berbuat apa2 lagi.

Dalam keadaan seperti ini. Aku hanya bisa melihat.

Dan berharap, bukan untuk aku, tapi untuk dia. Semoga dia akan temui sesuatu yang bererti dalam hidupnya.

Dan juga semoga tiada sekuman pon dendam atau penyesalan tersimpan di dalam hati. Ampunkan aku. Rasanya terlalu banyak aku lukakan hati insan lain. Tak kiralah apa sebabnya. Tak kiralah siapa.

Aku jadi penakut. Dan lemah untuk berdepan dengan hakikat.

Jom lari jauh. Jangan kejar aku...!!!!



colmar tropicale








lihat... rambut saya sangat panjang.


... dan saya semakin tembam :)
p/s : opss.. saya tak mekap tuh ;p

Tuesday, September 28, 2010

sudahlah sudah.



Salam... Selamat hari raya.. Just nak sampaikan pesan mak. Mak ckp jangan bercinta dgn tengkorak. Hehe! Tu gambr bf kak ina byk gambar tengkorak la.. Pistol la.. Menakutkanlah... Tak takut ke? Enough is enough kak ina.

Lagi satu, xxxx dah ada FB. So hati2 la. Tapi klau x mau dia tahu kak ina ada FB, adik suggest, kak ina gi kt friend list adik cari nama xxxxxx pastu cari nama xxxxxx and block. Tapi nanti dia mesti nak add uyi. Kak ina okay tak.. klau dia nak add uyi?



Msg dari adik ipar aku.

Hehe. Tak tau nak cakap apa. Malas dan letih nak explain. Biarkan. Biarkan.

2-3 hari ni respon yg aku terima tentang 'hubungan' aku ngan eddie agak 'memberangsangkan'. Tak sangka jugak di kalangan kawan2 ofis ada yg follow perkara ni. Haha.

Pistol... tengkorak... ha ha. Nanti2 lah call mak. Takpe, mak aku tu cool. Dan rugged. Walaupon dah lama tak jumpa tapi dia masih amik berat cket2 pasal aku.

2-3 hari ni jugak my x sibuk2 msg mintak salinan surat cerai. Dia da nak kawen? ALhamdulillah. Tapi nak pakai surat cerai tu?

Pergilah ambik sendiri kat pejabat agama.

Saturday, September 25, 2010

aku dan sesuatu.






kuala lumpur tempat mencari rezeki. mungkin rezeki aku sampai di sini. lepas ni kuala lumpur akan jadi tempat aku bercuti agaknya.

i'm looking forward.

:)




nota kaki : ada hikmahnya basah terkena hujan lebat dan kereta takleh start semalam (aku lupa off lampu.. arghhh!)

sana sini raya





awal2 lagi kawan2 uyi datang umah. aku bagi singgit sorang je. huhu. itu yang pompuan, yang lelaki kat luar. ala budak laki, tau jelah lasaknya. takde gambar.




2-3 malam sebelum raya uyi jadi hantu. konon nak kacau uncle Tariq yg balik dari teraweh. anak aku memang nakal. last2 dia yang kena kacau ngan atuk. penakut sebenarnya budak ni tapi ada hati nak usik org.




abang and famili. anak da 3 setengah tapi maintain hensem dan tak boroi, aktif ngan geng2 motor besar Tanah Merah. alamak, apasal gambar ni muka tak ceria je. owwhh.. si kecik tu ada yang tak kena la tuh...huhu.




posing sat sebelum gerak serbu umah sedara mara yang dekat2. L-R ~ mel dan mamanya, pajeen a.k.a deqpa gugurl, zura, alin, aku, uyo dan ain. Kat depan are nisa and aliya, my niece. uyi jadi photographer.




errr.. mel nangis.




ntah. tak kira la gambar tu cantik ke, kabur ke, jadi atau tak tapi kalau aku suka aku letak jelah. belasah je labu. malas nak pilih2. sakit kepala. hekhek.



aku suka gambar ni. semua ketawa esp abah ngan uyi. naper ntah.



gambar ni takde kena mengena ngan raya 2010 tapi majlis pertunangan zana. aku letak gambar ni sebab suka tengok si adilia tersengih. si kecil itu yg mamanya bernama shazlina. satu batch ngan aku masuk gomen nikh.




Dah. Meh buat kerja.

my sweetie




uyi naik sekolah on raya ke-5 tapi dia tak pergi coz tak larat, baru balik dari gua musang malam tu. On raya ke-6 sekolah dia ada buat majlis jamuan raya, sib baik dia pakai tudung yang ni.



dan bukan tudung yg macam mak datin ni... hehe.



tadaaa....! L-R~ aku, ma, zura dan uyo. uyi kat depan of kos.

ahad 19 september.




tengah siap2 nak ke sekolah sempat lagi posing tu



bengkak lagi mata dia, semalam tido lewat



dah balik.. yeay! buku log ni harga dia rm7.90. zaman ibu dulu mana reti pakai buku tebal ni. semua kulit nipis jerk. dan uyi ada lebih kurang sepuluh buku camni.



cheese untuk ibu......!

Friday, September 24, 2010

Dan sebenarnya... ~ Lina bukan Yuna.



Fren list dalam fesbuk kebanyakannya kawan2 ofis, kawan2 blog, kawan2 kepada kawan2, kawan2 kepada siblings.

Kawan sekolah rasanya ada sorang je. Tu pon dia jumpa aku dari list adik aku. Hem lepas tu ada la 4-5 lagi yg add. Yang tak kenal aku malas nak approve. Tak seronok. Ramai buat apa tapi tak kenal. Yang ada skang ni pon ramai yg aku tak kenal, datangnya dari suggestion org lain.

'Kalu tak accept camner nak ada kawan camtuh?' kata adik aku.

Herm. Malas nak make new frens. Aku kata.

Semalam, dapat mesej. Dalam fesbuk.

Bila perhatikan nama itu betul2, err itu kawan sekolah aku dulu. Alamak. Camner dia bleh jumpa. Guna nama beledza pon dapat cari maa... dia cakap. hehe.

Adehh. Kantoi.

'Aik.. dah ada bf ker? is it eddie dewanaga tu same person as eddie tokey video and photo tuh? pa pe pn.. tahniah.. hehe.' dia tulis.

He he he.. aku sengih. Bia kan ajer. Huhu.

Cerita kat ats tu takde kaitan dengan apa2 atau siapa2. Sekadar menaip mengisi waktu rehat hari Jumaat yang panjang.

Sebenarnya, hati rasa gundah.

Friday, September 03, 2010

:)

esok aku balik kampung. sesudah subuh.

selamat hari raya kawan2.


yeay..!

Thursday, September 02, 2010

aku tak marah.



apa jadi bila kita tak mampu untuk membenci dan tak mampu lagi untuk merasa marah?

sakit hati cuma kita sahaja yang tahu.

kita memang diajar untuk bersabar sejak kecil, tapi bila kesabaran tu diuji dengan serangan yang datang serentak, mampukah kita untuk berlagak natural dan menangkis seperti hero?

aku cuma insan.. yang biasa.

dan aku tak merasa apa2.


bila aku dah tiada nanti.

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu curahkan cahaya

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ini tuhan tentukan aku lah orangnya

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa penggantiku
Jangan dilupakan aku...

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya

Tuesday, August 31, 2010

Sarjan Hassan movie wajib time merdeka.. kan?



Selamat hari merdeka.

Lepas bangun jam 9pagi dan cuci rambut setelah setengah jam diperap dengan lemon segar, aku bergegas ke ofis.

Takpe. Ikut plan asal. Sebab hati tengah berbelah bahagi... either nak setelkan barang2 raya, nak amek baju melayu abah, nak singgah Jusco lagi untuk gown uyi, nak ke kedai aksesori kereta atau nak cuci kereta sebab kelisa tu dah kotor tahap gaban.

Takpe. Pergi ofis at least buat kerja. At least dapat OT. Duit. At least dapat setel sikit kerja yang mebi aku tak leh buat dalam 2-3 hari bekerja ni. Err.. mood nak balik kampung. Besides, Khamis nanti seharian ada tugasan lain. Jumaat dah tentu hari untuk kutip duit raya. hakhakhak.

Tahun ni aku tak banyak beli kuih. Tak. Tapi tahun ni aku jahit langsir untuk rumah kat kampung. Untuk 2 tingkap dan 1 sliding door. Ehehehe... nak termuntah pon ada. Pegang gunting pon sakit tangan, ni nak suh aku jahit langsir! Hehe. Takpe. Belasah je lah labu. Setakat jahit lurus tu aku rasa boleh kot. Huhu.

Baju kurung aku, iaitu baju raya dan jugak merangkap baju kerja nanti dua2 kaler hitam. Satu kain cotton Jepun dan satu lagi kain batik Sarawak which is bajunya at first nak buat ala kurung moden cket tapi last2nya jadi baju kurung jugak. Whatever.

Sekejap ajer Ramadan almost ke penghujung. Sekejap ajer kan?


'Dia tak ajak akak bukak poser sama ker?'

'Tak.'

'Ee. Jahat dia kan? Sian kat akak.'

'Hmm. Hehe. Sian apanya.'


Eniwei, selamat hari merdeka. Walaupon kadang2 aku sendiri tak pasti adakah kita benar2 telah merdeka.


Dan selamat meneruskan ibadah puasa.

Friday, August 20, 2010

terperangkap dalam diri



heyy... sedar sedar dah masuk hari ke-10 kite berpuasa. alhamdulillah.. tahun ni sempat berpuasa.. dan bertaraweh juga(walaupon tak penuh). insyaAllah.

bulan puasa... lemau sket. tak berapa produktif. aku laa... org lain mungkin tak. sebabnya dalam ofis ni sejuk giler. tambah pulak tak makan, lagi la sejuk. aku jadi benci pulak dok kat ofis ni. sejukkkkkk..!! aku benci sejuk sejuk ni. tak tahan. pakai 2 lapis baju plus stokin pon takleh lawan. adehhh. sakit!

malam pulak, kalau bertaraweh, selesai ajer terus golek. kalau tak pergi, awal2 lagi dah pengsan. flat. naper entah. kalau keluar supper, mata ni terpejam2 tahan ngantuk.

persiapan raya? nanti dah siap baru citer. skang satu habuk pon tak setel lagi. baju, langsir, cookies, baju uyi, baju ma abah, etc.

sesekali buka di rumah. berkali2 buka di luar. sekali buke di picc. 2 kali di buffet score A. 2 kali di pizza. 2 kali di rumah dik jarr.

haih. raya tahun ni takde kad rayalah nampaknya. hm ok laa... macam tak biasa pulak ea.


bos tanyer 'betul ke awak dengan tu.. eddie tu.. eddie dewanaga tu?'

ehehehehehehe.

aku ketawa.


Wednesday, August 11, 2010

Eh.. Dah puasa dah kite. selamat berpuasa yea.



'Salam.
Kete gua probelm dgn lu punya alarm system. angkat ble gua cl. lu nk gua pecah lu punya ofis ke?'


Ekekeke.. kelakarnya bila aku nak jadi gengster! huhu.

Tapi serius. Semalam aku bengang giler bila alarm yang aku masih belum habis bayar tu buat hal. Dah la tak function, pastu effect brake ngan pintu. Dah tak auto-lock. Effect lak kat lampu brek pulak. Tak nyala. Pastu, lampu merah tak padam2. Arhh.. citer banyak2 pon tak reti lah!

Pulak tu bila call budak TKS tu tak angkat pulak. Lagi la hangin satu badan. Geram. Bila kita ada problem takmo jawab pulak. Tu yang aku msg gitu tu. Hehe. Tapi tak mencarut ea. Tak suka. Dan tak reti.

Mesej gitu pon konon nak gertak lah. Bia dia ingat entah jantan keberet maner yang mesej. Huhu.

Tapi berbaloi lah. 15 minit lepas tu dia call balik. Cakap tak dengar lah, tengah solat lah. Hihi. Whatever.

Dan semalam, dekat pukul 1 baru siap diorang menggodam kereta aku. Tak siap lagi tu. System yang diorang remove semalam lum pasang lagi. Tengok lah, kalau sempat hari ni atau esok kasi setel.

Baru hari tu tukar ekzos. Ni masalah ni pulak. Aduyaii... nak duit lah tu. Dah la nak raya. Uwaaaa...

Nomad kata, 'ala rilek la Ina, pakai kete memang camni punya. Nomad dulu pon. Biasa lah tu.' Haa.. ala2 pujuk gitu.

Haiiiii.. gitu eh?


Thursday, August 05, 2010

sakit kepala ni.

pernah tak... kadang2 kite terasa hidup kite ni stuck?

yea.. aku sedang merasakannya.

adik2 ajak aku join MLM. 'bleh buat duit, make frenz, bersosial.'

masalahnya, aku tak minat MLM ni. adik aku, setiapkali nak keluar untuk jumpa prospek atau ada talk, mekapnya toksah cakap lah.

'err nak jumpa prospek kena lawo2 ker? baju kena cantik eh?'

'ini penampilan... takmo prospek nampak kite selekeh. kena jaga.'

iyelah.

ehh... ker aku yang makin selekeh dan selebet? huh.


***

malam semalam minum, lepak2 dengan pajeen, zura, dik jarr and famili. bakal pengantin open table. herm dapat duit EPF dekat 40K, melampau la kalau tak belanja kan.

he still like before, caring dan gentle. carikan aku kerusi untuk duduk. amek itu, ini. hehe. mesti dia layan wife dia macam permaisuri nanti.

'haaa tu la, dulu jual mahal'

'cehhhh.. nonsense. tapi... how lucky his wife nanti kan?' tersengih.


***

aku baru pakai kelisa purple ni dalam 11 bulan. ok, bleh tahan lah. takde buat hal. aku sayang dia.

setakat aku bawak ni... sekali je aku menyebabkan dia luka. tu pon sebab aku terbangun lambat, kebetulan nak kejar signature timbalan pengarah yg nak fly jam 8pagi, tergostan lebih sket dan hasilnya tercium kereta belakang. owh.. tapi takde la kemik. tergores sket je.

tapi itu aku boleh kata ok lagi.

yang buat aku bengkek, angkara budak2 nakal-bodoh-biak yang suka2 hati calar kereta orang. dan jugak pompuan-tak-reti-nak-tolak-kereta-org-yg-double-parking. bukan aku tarik handbrake pon, apalah salahnya ko tolak sikit kelisa kecik tu, macam aku selalu buat, tolak kereta orang lain supaya ko muat nak keluar. ini nak senang ajer! dan hasilnya jugak, tercalar the poor purple kelisa. demmit!

err tapi pagi semalam aku langgar penghadang tol.. kebabowww...!!!

yang tu malas nak cerita.

opss.. bukan aku tak cukup bayar tol yea.. sila amek perhatian. dan aku bukan mamai jugak waktu hujan renyai2 tuh.

salahkan tol tu dan jugak penjaga tol itu. aku tengok dah banyak penghadang tol yang patah.

Sunday, August 01, 2010

table no.11

rindu nak makan ni...



dan secawan kopi.



opss.. aku dapat err.. invitation kot? request dari eddie di fesbuk. tak sabar nak accept ni :p
wah jeng jeng jeng..... :)

majlis perhimpunan bulanan BPTV. aduhh skemanyerr saya!



aku jarang letak gambar ofis. sebab... ntah. tapi sbb aku skang ni ader kat ofis di hari ahad jam 250pm, so meh kite post skali.



ni semua budak2 unit kewangan opis aku. semuanyaa pangkat adik2. mude2 belaka.



kaki busuk.



cehh... begitu serius sekali perbincangan persatuan wanita ini.



ahakss... gua jadi tukang kasi hadiah kat Pengarah untuk disampaikan kat orang. cepat ckett wehhhh...! muke tak bleh blah!



abis majlis terus makan. lapar....! tempat saya sangat bersepah lah!


SEKIAN.

Thursday, July 29, 2010

layu di hujung mekar




semalam kan aku bosan, jadi aku berkebun sekejap.

kaktus tu... dari the three stooges dah jadi berdua lebih baik. herm ekceli satu kaktus dah nak mati. jadi sebelum dia melarat baik aku cantas. lagipon aku kesian tengok dia... hidup segan mati tak mau. durinya masih lagi baik tp batangnya macam dah rosak.. dan lembik.



see...


time aku snap pic ni utk tukar pasu dia keadaannya masih baik tapi makin lama makin parah, dia dah tak mampu nak tampung diri dia sendiri.

kesian dia... mati akhirnya... :'( (erk.. macam aku punyer cerita jer...)


jadi korang dapat bayangkan la camner sedihnya hati aku kan.


Wednesday, July 28, 2010

PMS

hari ni aku buat kerja dengan berbasi2.

semangat kurang.

malas.

letih.

kadang2 aku termenung 2-3 minit depan pc. heh.

dalam hati terasa nak marah, sedih, gelisah, benci. kalau dapat nangis cam best sangat rasa. tapi takde bahu nak pinjam.

ofis sejuk giler macam nak membunuh aku dalam neraka ais.

ehh.. ari ni aku da buat 3 entry. huhu.


my dear cLina

dear my blog,

kadang2 aku rasa aku dah tak mampu lagi bertahan. kadang2 aku rasa amat lemah dan tak berdaya. tak sanggup lagi melalui apa yang sedang aku lalui sekarang.

kadang2 aku rasa seperti ingin menangis. ada sesuatu... masih ada sesuatu yang belum lepas. ia masih tersimpan di sini.

kadang2 aku sedih dan terasa bodoh. menipu diri sendiri, berlagak seolah aku mampu mengawal perasaan dan diri. sedang hakikatnya aku amat lemah. lemah sangat...

sampai bila aku akan dapat bertahan? Tuhan, tunjukkan aku jalan.

sungguh. masih berkawan dengan org tersayang yang sah2 bukan milik kita umpama menelan selori kaktus berduri.

bolehkah..? bolehkan aku bertahan..?

aku ingin lari jauh!

poor



manusia kadang2 terlalu amat busy kan.

sebaris ayat pon susah nak reply. atau kalau reply, cume sepatah daripada berjela2 sms yang dihantar. langsung tak berharga.

kadang2 kite tertunggu2, tapi.. macam selalu... lain yang ditunggu lain pula yang datang.

sangat kasihan.

aku rasa sangat bodoh.

sudah. berhenti berharap.


Tuesday, July 27, 2010

the best fall is...



seorang kawan yang tak berapa berkawan text aku :
'senyap. whats up?'

aku replied :
'biasa je. nothing interesting'

dia balas :
'herm.. i m not interesting anymore....'

aku text :
'hey im talking bout me lah'

he replied :
'do something bad, n it will b interesting. do good life is boring. nobody nak baca good news...'

hehe. dalam maksud tu. terus aku tak jadi nak balas.

Friday, July 23, 2010

hidup perlu terus.

hari ni jumaat. last kerja utk minggu ni.

esok sabtu lagi.

weekend.

cuti.

berulang ulang sampai aku mati agaknyer rutin ni.

arhhhhh......!!

aku rasa nak giler.

ulang tayang dan lagi dan lagi.

teringat cerita Rock. lakonan Hasnul Rahmaat sebagai Zack yang bosan mengadap rutin yang sama everyday. hehe .. lawak tul time dia cop setem tuh.

Thursday, July 22, 2010

dan...

aku baru membuang salah satu lovely moment yang ada dalam hidup aku yang tak seberapa ni.

lega?

tak jugak.

tapi rasanya itulah yang terbaik.

sayang jugak sebenarnya.. tapi .. tapi... untuk apa disimpan lagi. taraguna! bak kata bekas pengarah aku.

membuang ia, atau membuang aku daripada ia bukan mudah. tapi aku pejamkan mata. buat2 seolah tak nampak dan tak tau.

hati terasa pedih. macam dihiris pisau tumpul. sakitnyer lambat dan terasa berbisa.

ngilu. macam ujian pap smear semalam.

sakit. jantung seolah direntap sekejap dan diperah pulas. macam nak putus 2 helai urat perut. adehh.

tapi.. menyimpannya.. lebih memilukan. menyesakkan dada. dan terasa ada sesuatu yang masih belum selesai. tak lepas. tersekat. terhimpit. merintih. lebih teruk aku merasakan ini tidak adil untuk aku dan mempersoalkan kenapa dan mengapa. macam tak mahu terima apa yang terjadi.


pergilah.

kau bukan untukku.

-the end-

Saya CiNtA SaMa KaMu...

Dear cLinA..
I Love U so much...do you love me...

Tuesday, July 20, 2010

inilah wanita.



esok aku nak buat satu ujian kesihatan kat sebuah klinik.

asalnya nak pergi ke sebuah hospital kat kl, tapi macam tak berape nak reti jalan nak ke sana. takde org nak temankan. so, aku buat kat klinik yang dekat ajer yang of kos aku tau jalan dia, maner nak parking, maner pintu nak masuk dan maner tandas dia.

doakan semoga aku baik2 ajer.

er.. ekceli aku takut!

seram!

ngeri!

adeehh..!!


Friday, July 16, 2010

apa bolah aku katakan...

aku bosan.

aku bosan dengan life sekarang.

aku bosan dengan perhubungan sekarang.

aku agak bosan dengan kerja sekarang.

aku bosan dengan dia.

aku bosan dengan status poket dan bank.

aku bosan bila balik rumah hari2 selepas kerja.

aku bosan basuh pinggan.

aku dah bosan sapu dan mop lantai.

semuanya membosankan.

cuba dalam hati ader taman cinta, pasti hidup aku takkan bosan.. warghhh.

yeker...?

atau cuba mulakan sesuatu hubungan dengan org yang aku rasa ok, agaknyer berbaloi kot..?

boleh ker..?

try and error.

sanggup??

my weekend.



aku demam.

mata pedih.

kepala sakit.

hidung soosek soksek.

asyik bersin.

takde selera nak makan.

adoiii... weekend demam tak best langsung.

tak boleh nak mc.

dok rumah.

alaaa.. rasa nak makan bubur nasik kampung baru lah!.. :(

Wednesday, July 14, 2010

#uyi


lupe nak cerita.

awal tahun 2010 ada orang nak buat uyi sebagai adik angkat. dan uyi nampaknya agak serius dengan perkara itu.


'ibu, uyi nak amek kakak angkat lah'

'saper?'

'ado la.. dia nak buat uyi jadi adik angkat dia. uyi nok la ibu, lagipon uyi takde kakak'

'hermm... ok lah. bolahleh.

'tapi uyi nak buat betul2 ni ibu...'

'ye lah... taakpelah. buatlah'

'uyi nok dia jadi kakak angkat uyi sungguh2'

'ok.. boleh sayang'

'tapi nak kena naik mahkamah dulu ke ibu?'


eheheheee.... lawak lah uyi nikh!

Tuesday, July 13, 2010

Save Me...



I feel my wings have broken
In your hands
I feel the words unspoken
Inside
When they pull you under
And I would give you any thing you want
You were all I wanted
All my dreams are falling down
Crawling round and round and round

Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't care how you do it
Just save, save
Come on
I've been waiting for you

I see the world has folded in your heart
I feel the waves crash down inside
And they pull me under
And I would give you anything you want
You were all I wanted
All my dreams have fallen down
Crawling round and round and round

Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't care how you do it
Just save, save
Come on
I've been waiting for you

All my dreams are on the ground
Crawling' round and round and round

Somebody save me
Let your waters break right through
Somebody save me
I don't' care how you do it
Just save me, save me
I've made this whole world shine for you
Just save, save
Come on
I'm still waiting for you

Monday, July 12, 2010

lapan lagi



last week...

'ibu.. esok adik kena rotan'

'hah..! kenaper..??'

'sebab Sains dapat C'

'laaa.... hmm camner leh dapat C tuh. susah ke peksa ari tu uyi?'

'ermm..'

'aduhh... adik baca buku tak..?'

'baco doh... tapi payoh'

'hermm.. camner tu.. cian kat adik.. nanti cikgu rotan kat maner? saper lagi kena?'

'ado... ramai kena. rotan kat tangan'

'nnti lain kali buat betul2 taw'

'takpo.. adik nak bwk minyak gamat esok'

'nak buat aper?'

'ho lah.. letak kat tangan takmo kasi sakit sangat'



esoknyer....

'hm dah kena rotan tadi ea...?'

'ho...'

'hm len kali blajar betul2 taw, takmo dapat C lagi yea'

'takdi kena rotan sebab tak buat kerja sekolah..'

aduhhhhhh...... anak aku nikh!



semalam....

'ibu, uyi dapat nombor lapan...'

'lapan? hermm... ok lah.. nanti len kali kasi dapat nombor 4 yea'

'horr...'

aduhh.. taulah uyi ni suka nombor lapan... sampai peksa pon nak nombor lapan jugak. haihh.

takmo push dia sangatlah.. takmo kasi dia tensen. slow2 lah. tapi tu lah, asyik nombor 8 je, takpon 6.. paling bagus nombor 4. hukhuk.



Thursday, July 08, 2010

terima kasih sahabatku sayang!



sampai je kat ofis pagi semalam ader satu paper bag atas meja. opss... tak sempat nak snap, busy. so snapkan ajer masa balik. tapi da intai apa ada di dalam...




snap jap ah dalam kete.



see...! so cute! comel je dok kat sebelah bekas tisu tu.. matching pulak! itu kotak tisu takkan buang, sentimental value beb!



meh kasi dekat cket. haa... jgn jeles... germany! owhh.. patutlah ahad ari tu tanyer aku sokong team maner. hehe.



owhh yang ini dah lama... yg kaler biru tu beli sendiri sbb time tu kaler merah tu da abis stok. frust sbb ekceli i like red. a few days later yg kaler merah tu tiba2 ada atas meja. hehe. seronoknya! ladybird kat tengah tu dik jarr kasi sempena beli kereta ni. simpan sampai mati.



tak puas hati.. balik umah snap satu lagi paper bag tu. huhu.


p/s terima kasih banyak2. awak memang baik! takkn saya jumpa kawan sebaik awak. walaupon saya tak pernah ucap atau tunjukkan tp dalam hati saya amat senang dengan awk dan terharu atas segala yg awak buat. u r such a wonderfull fren! saya pasti akan nanges kalau berpisah dengan awak. dan saya harap bila awak kawen nanti, awak takkan berubah. kite tetap fren macam biasa. kan..?
sayangnya kita tetap tak boleh berkahwin walaupon saya sayang awak dan awak sayang saya. dan one thing for sure kite pasti takkan jatuh cinta... huhuhuhuhuh....ekekekekeee.....
last but not least.... i really have a great friendship with you. u gave me a shoulder to cry on. thanx!

Monday, July 05, 2010



what a bloody fool you flaming idiot!!

ehh chopp..!

aku bukan suka mencarut.

tapi at least terlepaskan sekali.

dah.

dah.

SIAMANG!!! #$$%^*#$%^&$*

Friday, July 02, 2010

jangan makan hati.

hati.. jangan sedih.

hati.. jangan menangis.

hati.. jangan sakit.

hati.. jangan sebak.

hati.. jangan terkenang-kenang.

hati.. jangan mengharap.

hati.. jangan sayu.

hati.. keep cun.

hati.. kontrol kontrol.

hati.. jangan putus asa.

hati... jangan bersedih....


jangan jangan jangan.