FoLLoweRs

Wednesday, May 11, 2011

Janji




Ahad ni aku takkan datang ke ofis.

Ahad depan aku takkan datang ke ofis jugak.

Aku nak rehat.

Aku nak spend masa untuk diri sendiri selain dari kerja. Aku nak jalan2, makan2, potong rambut, tengok wayang, beli coklat.

Letih rasanya Sabtu Ahad datang ofis.

Kena ada dunia luar jugak. Kena ada benda nak kena buat selain kerja. Kalau tak, tua mati kat opis je. Muka pon pucat, sakit, tak bermaya. Tak cukup rehat. Hari cuti adalah waktu untuk berehat.

Ok. Itu nasihat dari kakak senior kat opis.

Aku ikut.

Sekejap.



Sunday, May 08, 2011

damai




'ibu!'

'yea..?'

'selamat hari ibu.... :)'

'hihi.. time kasih sayang'




'bye my little pumpkin'

'bye my mom pumpkin'


smach 2011




Esok dan lusa uyi ada lawan softball. Bertempat di sekolah lama aku daa.. Sains Machang.

Alahaii.. rasa sangat nostalgic.

Untuk uyi, ibu tau uyi sangat terer bersukan ni. All the best cayang ibu.

Kalau tak menang pon takpe, yang penting uyi dapat wakil sekolah dan bersemangat kesukanan.

Muahh kat uyi!


Friday, May 06, 2011

Rindu sampai sakit hati




Ya Tuhanku.. rindunya aku pada uyi.

Rindunya.....

Rindu ini buat aku makin benci dengan diri sendri.

Benci dengan kelemahan dan kesilapan diri sendiri.

Rasa mcm nak cepat2 habiskan hidup sekarang yang rasanya dah tak banyak dapat aku baiki, yang dah banyak aku sia-siakan, yang aku tak berapa nak rasa manisnya.

Dan lahir sekali lagi.

Haih. Kalaulah semudah tu....

Uyi.......! :`(


Monday, May 02, 2011

Tua mengejar.




Selamat hari pekerja. 1 Mei aku sambut dengan mengemas rumah secara besar-besaran.

Hari ini, aku ke ofis siapkan claim dan mana2 kerja yang tertunggak, di samping tulis blog. Hekhek.

Dah masuk bulan lima. Almost pertengahan tahun. Sekejap je 2011 kejar.

Aku rasa makin tua. Uhhh.


She's a big girl now




Rindu uyi.

2-3 hari lepas dia kena gangguan lagi. Kali ni teruk. Sebab uyi nangis2. Takut. Dia berlari keluar dari bilik tidur dan terus nangis kat pintu bilik atuk.

Atuk tanya naper. Dia tak jawab. Tak boleh nak jawab. Nenek peluk. Pujuk uyi. Saat tu, terasa kuat debaran dan degupan jantung uyi melekat kat dada nenek.

Uyi kena kacau lagi ngan hantu. Hantu la kot. Budak2, apa lagi yang dia takut.

Uyi seorang budak yang berani. Aku tau tu. Bukan sebab dia anak aku. Sejak kecik aku perhati, dia memang bukan jenis budak penakut. Memanglah ada penakutnya, tapi dia bukan jenis cengeng.

Dia tak kesah tidur sorang2 dalam bilik. Kalau dia terasa ada hantu nak kacau dia, dia akan buat buat2 tidur. Pejam mata kuat. Buat tak tau. Memanglah dalam hati dup dap dup dap tapi dia tahan. Dia boleh tahan. Kalau dia dengar orang azan, dia akan lega dan terus bangun tidur.

Heh. Uyi memang seorang yang berdikari. Dia dah suka iron baju sendiri. Aku dulu, darjah enam baru iron baju sendiri. Tu pon rasa riak yang amat. Dah terer iron baju. Hehe.

Bab masak uyi ikut aku. Aku start kena paksa siang ikan darjah lima. Tu pon habis lebam ikan tu. Uyi tak pernah siang ikan kot. Tapi dia sangat suka dan reti buat kek. Kira bolehlan.. nenek ajarkan.

Tapi bab mengemas uyi fail. Aku dulu, masa darjah lima sangat suka sapu sampah. Kemas rumah, hias kasi lawa.

Herm.

Masa demam hari tu, dia sibuk nak cekik leher sendiri. Seolah kena rasuk. Tak sedar apa dia buat. Aduhh.. risau aku.

Err.. saka dah jauh2 takde hubungan pon bleh ngikut jugak ker?

Huhu.



Saturday, April 30, 2011

Simpan dalam hati.




Rindu pada yang tiada.

Rindu pada yang tiada.

Rindu yang ntahapahapa.

Heh. Kerjalah!


Friday, April 29, 2011

La la la la Kerjalah





Kat tengah2 Kuala Kangsar ada benda ni...



Tengah syok2 posing, tiba2 kena marah dengan tukang kebun kat situ. Menjerit2 dia suruh aku turun. Ngeee... takut aku. Cepat2 aku turun.



Tak boleh masuk coz dah lewat. Tutup kul 5 ptg. Istana lama ni dijadikan muzium. Cantik dan unik. Tingkap dia macam lukisan. Binaan ni tak menggunakan paku. Pasak je. Ntah aku pon tak tau camaner. Hehe.



See... Muzium Diraja Perak.



Takde gambar pon. Kamera tak bawak. Hp lak mati, takde bateri. Petang2 asyik hujan. Nak bergambar pon tak sempat. Paling best rumah2 kat area istana Kuala Kangsar, cantik2, besar2. Ada satu rumah tinggal, olskul. Ala2 seram gitu, tapi sayang takde picture.

Masa pergi Gerik lagilah tak sempat bergambar. Sangat sibuk buat pemantauan, maklumlah hari pertama. Cehh. Poyo! Tapi aku geram je nak balik kampung masa tu. Gerik ke kampung aku lebih kurang 2 jam je. Hukhuk.

On the way balik, singgah rumah salah satu staf kat situ. Kerana kehebatan aku memakan sambal tempoyak sehingga Pengetua SMT Kuala Kangsar pon tak percaya, aku disuruh masuk dapur dan bikin sambal tempoyak. Tumbuk cili daa.

Sekali tengah syok2 tumbuk, cili termasuk dalam mata. Adehh.. tak sempat nak elak. Pedih.. Nak gi basuh macam segan. Malu wehhh.. Tapi tak tahan lah. Sangat pedih. Takleh bukak mata. Terus aku berlari ke sinki, basuh butir mata. Huhu.

Kena perli toksah cakaplah. Berdesyum2. Tak reti masaklah, tak pernah masuk dapur lah, tak reti tumbuk cililah, bla bla bla.

'Ni kat rumah tumbuk pakai goggles lah ni'

'Yang pegi tumbuk dekat2 dengan lesung tu kenaperrr..'

'Tak tutup ngan tangan ke.. Orang tumbuk macam ni haaa..'

'Fail..! Nasib baik bukan rumah mak mertua'

Adehh. Adehh. Malunya teman! Huhu. Kantoi. Memang le aku admit aku jarang dan tak berapa suka masak coz aku prefer mengemas, tapi itu bukan kali pertama aku tumbuk cili taw. Dah cili terpercik, tak sempat nak mengelak. Camno. Muahahaha.

Lepas lunch, terus kitorang gerak balik KL. Kuala Kangsar memang bandar yang cantik. Rumah pon cantik2, besar2 dan harga memang tak dapatlah kalau kat KL.

Eniwei, pergi sekolah memang sangat seronok. Dilayan macam pegawai2. Naik segan pon ada. Mereka memang sangat baik dan peramah. Especially masa pergi Sabah Sarawak, agaknya sebab sana jauh dan jarang jumpa.

Well, untuk tahun ni pemantauan ke SMT memang salah satu agenda utama. Get ready untuk next location pulak.



Thursday, April 21, 2011

Kata kawan...




Aku tak pernah jatuh cinta dengan suami orang. Jatuh suka adalah. Ala.. bukan apa2, kadang2 jalan2 tertengok mamat hensem. 'Ngee.. suami dia hensem lah.' Ha camtu jer.

Setakat aku berkawan dengan yang bergelar suami orang ni, tak pernah pulak aku ada simpan apa2 perasaan. Never. Sebab, itu hak orang.

Dan aku cuma berkawan sahaja.

Tak salahkan kawan dengan suami orang. Kalau ianya setakat melibatkan bukan perasaan. Mungkin kawan ofis, kawan sekolah, kawan lama etc.

Tapi keluar makan dengan suami orang salah tak?

Ada kawan kata salah.

Ntah. Aku dah malas dan tak reti nak berbalas2 fahaman dan pendapat. Bla bla bla.. aku iyakan ajer salahnya keluar makan dengan suami orang ni, unless kalau kau beramai2.

Jadi, aku sedang cuba shortlistkan kawan2 yang ada. Buat masa sekarang, list suami orang disenarahitamkan. Buat masa sekarang.

Susah jugaklah kalau macam tu. Sebab itu kawan2 aku. Haih.

Tapi kata2 kawan aku tu ada benarnya. Sebenarnya, memang betul pon. Aku pon tau, ada logiknya.

Nasib baiklah masih ada lagi kawan2 aku yang belum berkahwin.


Err kalau diorang dah kawen satu hari nanti camaner?

Huhu.



Wednesday, April 20, 2011




Sakit.

Tak tau nak ngadu kat saper.

Lepas tu buat kerja bodoh.

Bodoh. Huh.



Tuesday, April 19, 2011

Ke dasar cintamu.




Cuba percaya sikit, kalau dia memang bukan untuk kita, thats mean memang bukan lah. Tak kira macamaner sayang gila babi kat dia.

Cubalah faham, kita bukan siapa2 untuk duduk dalam hati dia walau dulu kitalah permaisuri. Hey, hati manusia berubah kan?

Cuba terima, kalau dia memang tak sayang kat kita, tak kiralah macamaner baik dan kasih sayang kita curahkan pada dia, tetap tak dapat beli cintanya.

Dan cuba mengerti, kisah cinta kita dan dia sebenarnya dah lama berakhir... :(







kita seiring sekata
melihat dunia
dimensi yang sama

dalam salah benar juga
dan di dalam benar
oh tersalah juga

kerana asyik dan rindu
ku mabuk sepanjang waktu
tenggelamlah aku ke dasar cintamu

seribu tahun tersiksa
sesaat lupa segala
sesaat di dalam dakapan sinarmu
kekasihku


Friday, April 15, 2011

Ini adalah kali pertama saya tulis tentang awak. Atau mungkin kali kedua.




Mesej.

'Salam, marlina. Awk ape khbar? Nk tnya sesuatu bleh tk...?'

'Sy.. Err, cantik blog awk.. Merah tanda berahi dan love huhu.. wow'

'Mcm nilh, sy nk tnya... Selain sy, awk ada tk kawan lelaki yg lain.. Yg rapat atau lebih rapat dari sy, bkn ape sy cuma nk pastikan yg adakah org didlm blog itu... adakh sy org yg awk maksudkn itu... ??????????????????????????'

'Klau bkn sy maka itulah... yg lebih merisaukan sy, ina. Heh, skarang sume dah nmpak jelas.. Hehe, memang salah sy selama ini. Biasalh, manusia katakan :)'

'Rupanya selama ini sy hanya syok sndiri sjelah... hehe, biasalh.. manusia, clina... Manusia :)'



Ok. Aku harus respek dia sebab tak jemu2 follow aku dari zaman aku berTagged, masuk fesbuk, sehinggalah dia berjaya cari blog aku.

Entah di mana salahnya, aku tak pernah jumpa dia. Mungkin inilah yang orang cakap, takde rezeki, takde jodoh.

Untuk awak, saya mintak maaf yea.

Jangan lakukan apa yang kita rasa tak boleh.



Wednesday, April 13, 2011

Ranjang Mawar








Kerana dia aku menangis
Tanggalkan sisa kewarasanku
Rela melepaskan kemudi di tangan
Di kala ribut gelora
Datang mendera samudera

Kerana dia aku menangis
Padamkan gaya dan perasaan
Sanggup memutuskan pertalian diri
Kepada selain dia yang kudamba

Ku tenggelam dalam rindu
Tidak berdasar dan bertepi
Ku terdampar dalam sendu
Tidak bernoktah dan berhuruf

Ku terkorban dalam cinta
Tak beralasan dari lembar
Satu lagi tak menjanjikan
Ranjang mawar yang ku mimpi

Ku mimpikan yang ku mimpi



Pencinta




Tukar rumah baru, sekali shoutbox aku dah dekat mana daaa.... nyorok kat mana ntah.

Payah. Tak nampak.

Dapat lelap 10 minit tadi dah ok. Bangun2 je terasa nak dengar lagu ni.

Layan jap.






Kau melodikan sebuah lagu cinta
Dan hari ini aku mendalaminya
Nyaman terasa ketika beriring bersamamu
Redup cuaca di sekeliling

Di air tenang ku lihat keriangan
Dan segalanya itu untuk siapa
Pasti ku tujui jalan menghujung satu haluan
Engkau dan aku akan bersama jika sempurna

Satu dan dua dengan keredhaanNya
Halakanlah aku jalan yang sentosa
Di sana kiri kanan yang tersenyum kepuasan
Barat timur dan utara bawalah kemana saja

Dulu kala aku kelam dalam pahit suasana
Lagi sempit lagi beku hilang arah titian
Dulu kala aku rindu belai kasih sayangmu
Hari esok mungkin ada hari yang bercahaya
Itu nasib perjalanan seseorang pencinta


Tuesday, April 12, 2011

Cuit sikit.




Psst... saya bukan takde kredit. Henfon saya ada credit. Banyak jugak tau. Dalam Rm2.53.

Tapi saya tak dapat reply mesej. Sebab credit tu dah expired. Ngeee.

Saya terpaksa update kat sini sebab fesbuk saya dah takde. Awak tau kan? Sebab awak pon dah takde fesbuk. Ngeee.

Satu lagi nak pesan. Cemburu menyerang tak kira bangsa atau usia. Tua bangka atau muda belia. Hehe. Ala sesekali merajuk best apa.


Sengal.




Rindu!

Rindu nak balik rumah.

Rindu nak tidur kat bilik. Rindu nak berkurung dalam bilik dan godek2 barang dalam bililk.

Rindu nak landing atas katil sambil bukak buku hutang dan tulis bajet.



Cis, baru tinggalkan satu malam dah angau ker? Huhu.



Dentist mana satu nak pergi ni...?




Punyalah lama.

Seingat aku, dalam bulan 12 tahun lepas aku melarikan diri dari klink gigi itu. Selepas doktor cantik tu bagi 2 pilihan, samada nak tampal ataupon boleh juga cabut.

Aku kena realize yang aku ni penakut jugak sebenarnya. Hehe. 'Ok doktor, bagi saya fikir dulu ek. nanti karang after lunch saya datang balik yea. Boleh tak?' Doktor tu angguk.

Harem!

Dan semalam aku dah dapat keputusan. Dan dah buat keputusan. Aku nak tampallah gigi geraham ni. Survey dalam beberapa bulan ni mengatakan tampal tak sakit sangat. Cabut lagi seksa. Orait.

Dan aku dah dapat tarikh nak jumpa dentist tu. Sebelum 24 April ni. Takde sebab. Cuma nak pergi sebelum aku out station minggu berikutnya. Taknak menyusahkan diri sendiri kalau sakit gigi kat tempat orang nanti.

'Ibu ni dah tuo2 pong baru nak cabut gigi ker?' Uyi cakap.

Perasaan? Rasa lega cket sebab dah ada keputusan. Nak tampal dan pergi sebelum 24 April ni.

Err.. tapi, tapi kan aku taktau lagi nak pergi hari apa. Ada 12 hari yang perlu aku pilih sebelum sampai ke tarikh 24 haribulan tu.

Arhh.. tiba2 rasa goyang nak jumpa dentist.



Monday, April 11, 2011

Rm30 banyak gak beza kan?




Melilea dah naik harga. Packaging baru lagi.

Memang dah agak lama ada packaging baru ni, tapi packaging lama masih ada kat stokis so aku prefer beli yang lama.

Arghh... Aku kena cari alternatif lain. Semalam dah survey Body Shop. Dah beli pon 2 item. Terpaksa beli sebab untuk item yg biasa aku guna tu da naik dekat Rm50 setiap satu. Ampeh.

Yang baru memang la nampak moden, standard. Tapi sikit. Mahal. Aku lagi suka packaging lama. Tradisional. Olskul. Hijau. Cantik.

Adeh. Semua barang naik harga. Gaji tak. Cube cakap camaner nak survive kat KL ni?



Friday, April 08, 2011

Maaf saya tak sengaja!




Boleh tak aku letakkan nombor hp aku kat kereta? Dengan note 'Hubungi saya jika saya telah memblocking kereta anda'

Semalam aku lupe! Aku tarik handbrake. Tak pasal2 dapat surat centa. Mujur bukan surat maki hamun. Tapi tak tahulah.

Goshh...! Rasa bersalah sangat. Rasa nak tampar pipi sendiri pun ada. Apasal careless sangat nikh. Camaner bleh lupe? Aduh. Kesian pulak kat driver tu, aku dah menyusahkan dia.

Double parking memang dah sangat biasa kat area rumah aku. Kat ofis pun kadang2. So, aku memang dah biasa tak tarik handbrake, tapi apasal la semalam bleh lupe.

Haiyya... sudah tua, sudah tua.



Thursday, April 07, 2011

Selagi hayat dikandung badan.




Puas.

Puas dapat balik kampung biarpun cuma 4 hari je cuti. Dapat jumpa ma abah of kos. Uyi apatah lagi. Sangat2 happy.

Tak banyak aktiviti luar. Balik naik ketapi, transport takde. Kancil abah manual. Takkan nak bawak Tata dia kot. Kete abang lak aku tak reti bawak. Sudahnya, aku hanya berkebun kat rumah. Meracun rumput. Hehe. Best. Sedap tengok rumput2 tu mati kering.

Uyi dah besar. Hampir2 sama tinggi. Ala, aku pun bukan tinggi sangat pun. Tapi badan uyi macam besar cket. Banyak ikut acuan belah sana. Rambut uyi panjang. Lagi panjang dari rambut aku. Rambut dia lawa. Kutu pon banyak. Buat baja. Hehe.

Cun dia bertudung. Agaknya sebab muka dia bujur. Macam Raja Farah. Nampak matured.

Sebelum balik kl petang tu, aku rasa sayu sangat. Pertama kali aku tengok wajah ma yang dah makin dimamah usia. Memang la ma dah tua, aku tau. Sebelum ni pon memang muka ma macamtu. Ada garis2. Ada kedut. Tapi... baru2 ni nampak sangat. Aku jadi sedih. 'Tua dah ma aku.....' Aku jadi sebak. Tua, uzur, mati, tak jumpa, rindu. Arhhh.. macam2 la. Aktif je kepala otak ni berjalan.

Aku peluk ma erat. Memang selalunya, sebelum balik kl kami adik bradik akan peluk ma abah kuat2. Tapi kali ni perasaannya lain. 'Ya Allah Ya Tuhanku, lanjutkan usia ma ngan abah. Beri mereka kesihatan yg baik. Aku nak balik jumpa ma abah lagi. Aku tak puas raya ngan ma abah lagi. Aku masih budak kecik yang nak ma abah lagi.'

Dan abah tak pernah komen pasal status aku. Tapi masa salam peluk abah, dia sempat pesan dan berbisik supaya aku akan dapat jodoh yang baik satu hari nanti. Abah tanak tengok aku sorang2 bila hari tua. Pada abah, aku masih seorang anak kecil yang sentiasa dia risaukan.

Mungkin tempias pak ngah yang nak risikkan aku pada seseorang baru2 ni buat abah cakap macamtu.

InsyaAllah abah. Kali ni kalu orang kawen, orang akan dapatkan menantu yang paling best untuk abah. (Wahhh.. dalam kepala otak aku dah terbayang calon kot? Muahahaha..)



Tuesday, April 05, 2011

Wednesday, March 30, 2011

Saturday, March 26, 2011

Sayang itu bukan milik aku.




'Kau sayang aku?'

'Sayang'

'Kau mahu aku?'

'Tidak'



Contoh. Senangnya soalan. Simple. Cuma jawab ya atau tidak.

Jadi apa masalahnya kalau soalan yang senang macam tu pon kita tak boleh nak jawab?

Mungkin nak berkata 'tidak', terasa tak sampai di hati. Nak berkata 'ya' terasa seperti tak mampu. Nak berkata 'entah' seperti takde pendirian.

Tapi takpe. Aku pon pernah berada dalam situasi di atas pagar. Di tengah2. Tidak di kiri, bukan di kanan.

Cuma, aku sudah ada jawapannya. Macam instinct.

Zip.



Monday, March 21, 2011

Mentari Muncul Lagi.




Salam sejahtera.

Masih ingat aku janji nak tulis kat sini andai jadi atau tidak. Apa yang jadi tu?

Well, semalam sepatutnya ada satu rombongan Mak Jenab ke rumah aku, di sini di Tasik Selatan. Beberapa bulan lepas, pak ngah aku dah kasi hint. Minggu lepas, katanya jangan tak jadi kali ni. Jangan takde kat rumah pulak Ahad ni.

Malas nak main tarik tali. Walaupon sebelum ni aku dah setuju, tapi aku mintak postpone. Bizi lah. Tapi kali ni aku cakap ok.

But after a few days aku kata ok, sekejap2 aku gelabah. Jap2 aku gabra. Aiseh.. nak kena masak lagi. Malas la pulak. Lepas tu rasa macam tak best. Last2 atas nasihat dan dorongan adik dan kawan2, aku call pak ngah. "Kalau dia tak hensem macam Gambit Saifullah orang tanak lah..."

Hehe. Tipu.

Ok. Aku beranikan diri. Aku perlu tau. Yelah, giler kau, nama aku tak tau, kerja apa, muka camner, pakai selipar saiz baper.. arhh macam2 lagi.

Dan atas rasa ingin mengkenselkan semua yang aku dah kata ok, aku call pak ngah.


Dik ja " Kalau tak kaya tak payah lah kak ina"

Uyi " Kalu umoh dio takdok kole ghene (kolam renang), ibu jange nikoh"

Zana " Baik akak amek yang kerja kerajaan kak"

Kawan 1 " Ala, asal dia bleh kasi ko duit nafkah sudaa.."

Kawan 2 " Untuk ko ader teman, tak la ko sorang2"

Kawan 3 " Fulamak... alhamdulillah. Tahniah tahniah"

Abah " Buat apa cari yang kaya2, asal dia ada kerja, halal, ok lah"

Ma " Anak tok bilal pon kalau tak kerja buat apa, nanti kau yang kena tanggung dia"


Haha. Macam2 respon. But the truth, aku explain elok2 kat pak ngah. Aku harap dia faham dan yang penting dia tak kecik hati. Aku pon takde la sound tepat, aku just cakap aku tanak kalau pertemuan tu nanti ke arah itu. Biar aku cakap awal2. Takde la diorang nanti datang dengan berharap kalau itu tujuan sebenar mereka.

Kebetulan pulak, minggu lepas aku demam. Agak teruk. Aku hampir terlupa perkara ni. Nasib baik jugak aku dah explain kat pak ngah, rasanya diorang takkan datang.

Dan benar, mereka tak datang. Fuhh.. lega. Sebab apa? Sebab aku rasa berat hati. Bukan tu yang aku nak. Biarlah. Biarlah aku tak kawen kalau benda tu tak buat aku rasa happy. Tapi yang best tu adik2 aku yang excited. Ada kawan yang perasan 'adik2 awak siap pukul canang lagi, betul ke ader orang nak merisik?' Huhu.

Ok, back to work. Minggu lepas seminggu tak datang ofis, minggu ni memang pulun abis. Aku cuma datang hari Rabu, itu pon tak buat kerja sebab tak larat. Kena marah lagi ada sebab tak sehat lagi tapi datang ofis. Nasib baik aku ni jenis gagah perkasa, sampai juga ke rumah dengan jayanya.

Satu pengajaran. Lepas ni aku dah serik nak biarkan perut kosong lama2. Sakit. Perit. Nangis. Memang mula2 tak rasa apa, tapi lepas tu azab dia Tuhan ajer yang tau. Patut la orang selalu pesan, sakit sakit pon kena makan sikit nanti perut masuk angin lagi susah. Tu la dia....

Ok. Aku dah beli oat. Permulaan penjagaan kesihatan yang baik :)



Saturday, March 12, 2011

i just don't know where my life would take me next




Trooott trooottt.....!

20 Mac 2011. Ahad.

Jangan bergerak. Anda telah dibooking.

Pheww....! Lap dahi yang tak berpeluh.

Saspen la pulak!

Takpe, just go with the flow.



Just do it.




Kadang2 kita perlu membuat sesuatu di luar kemahuan kita. Untuk apa? Ntah. Macam2.

Mungkin untuk kebahagian orang lain. Mungkin untuk mencapai sesuatu hajat. Mungkin jugak untuk menjaga perasaan sendiri, walau sakit walau pedih tapi terpaksa diteruskan demi mengelak sesuatu yang lebih sakit. Lebih baik tergores sedikit daripada end up dengan luka berdarah.

Bak kata pepatah, berakit ke hulu berenang ke tepian, bersakit dahulu bersenang kemudian.

Aku ni pulak jenis tak suka bersakit dahulu. Bukan aku suka bersakit kemudian, tapi kebiasaannya bersakit kemudian akan datang dengan sendiri dan secara paksa tanpa diundang. It just come. Yela, awal2 takmo sakit, last2 sakitlah.

Macam gigi ni. Aku takut sakit sebab cabut, nanti padan mukalah bila dah memang terpaksa cabut sebab dah totally rosak. Time tu agaknya lagilah sakit.

Tu gigi.

Apply dalam life. Dalam kewangan, dalam cinta, perhubungan. Sama.

Duit boleh cari, tapi masa takkan boleh ulang kembali. Cinta pon mungkin boleh cari walau hati kata tak mungkin aku akan bercinta lagi, mana tahu takdir Tuhan temukan kita dengan yang lebih baik.

Berkata tidak untuk sesuatu yang kita nak memang sukar. Apalagi sesuatu yang memang kita suka, sayang, damba, ingin.

Tapi itulah yang terpaksa dibuat. Walaupon terluka, tapi tahan jugaklah. What to do.

Lately aku emo sket. Bayangan driver bas celaka tu masih tak padam. Aku macam trauma pulak. Sial. Malam tu pulak ada insiden yang buatkan aku rasa macam terhegeh2. Lagilah aku rasa down dan emosi sangat.

Rasa duduk dalam dunia sorang2. Sepi. Lonely. Alone.



Friday, March 11, 2011

Mangsa buli jalan raya.




Masih di traffic light. Merah. Belakang bas Nadi Putra kaler purple. Punch pukul 4.45 petang. Mesti keluar dari ofis sebelum staf WP2 balik jam 5. Kalau tidak jem giler2.

Lampu bertukar kaler, hijau. Lepas brek, tekan minyak, jalan. Eh lahabau punya bas, apasal hampir sangat ngan kereta aku. Makin lama makin dekat.

Aku tekan pedal minyak. 'Nak laju potong je la, yang ko dekat sangat ngan aku pehal?' Gerutu dalam hati.

Jalan tu ada dua lane. Takde masalah pon bas tu nak pecut dan potong aku. Tapi driver bas sial tu memang cibai. Dia keep rapat ngan kereta aku kat belakang.

Last2, aku slowkan cket kereta dan himpit ke kiri. Hah, aku kasi ko jalan besar2 potong aku.

Eh driver bas tu memang siamang lah. Memang layak disamakan dengan babi tonyok. Dia potong aku dan masuk balik lane kiri tu dengan kurang hajar. Memang sangat2 rapat dan himpit kereta aku, sampai aku terpaksa slowkan kereta dan himpit ke kiri lagi. Eh memang sial babi punya driver lah. Ko memang lahanat. Babi!

Apalagi, aku terus tekan minyak, kejar bas tu sambil tekan hon berkali2 macam orang gila. Aku buka tingkap luas2 dan menjerit2 maki hamun bas tu. Semua orang kat tepi jalan tengok aku. Arh peduli apa gua! Aku tengah marah ni. Bas tu hampir2 mengeksidenkan aku.

Celaka punya driver bas! Aku doakan ko mati kena pijak dengan gajah. Sial! Bastard!

Memang sedap je mulut aku maki hamun. Keluar semua carutan yang aku reti.
%暗黒の&*@###%&*@!!!&%*...!!!! Eeee...geramnyaaa...!!!

Aku terus kejar bas tu lagi. Driver bas tu nak kena ajar cukup2, memang jenis tak reti hormat jalan raya. Lampu kuning, merah... terus dia langgar. Main redah jer. Memang selenga.

Aku doakan ko jatuh tergolekkkk..!!! Aku rasa nak lempang muka dia, nak koyak2 mulut dia, nak korek biji mata dia. Eeeee......

Tapi.... tu semua dalam imaginasi aku. Semua tu buat aku menggelegak. Aku tak kejar pon bas tu. Hon pon tidak. Apalagi menjerit2 macam orang gila. Aku hanya tergamam, menggigil dan maki2 mencarut yang hanya aku saja boleh dengar. Aku cuba sabar dan tenangkan diri.

Uwaaa... aku tak berani kejar bas tu. Aku takut. Aku jadi takut. Kang aku kejar, buatnya driver bas tu giler, dia kejar aku balik. Paling takut dia amek nombor plate kereta aku pastu dia balas dendam. Huwaaa. Taknak aku.

Sudahnya, aku tengok je bas tu dengan penuh benci. Aku amek nombok plate dia. Konon nak report.

Rasa hangin je mengingatkan insiden tu. Malam tu teringat2. Pejam mata, tidur. Sakit hati. Rasa nak menangis pon ada. Eeeeee.......



Thursday, March 10, 2011

Pecut seratus meter.




Tak tau nak mula dari mana. Tapi yang aku tau bila jadi macam ni, aku tak suka.

Tak sure aku pernah bercerita atau tak pasal Epul. Err.. budak ni duduk kat kampung sebelah. Aku suke tengok dia sebab dia cun. Baik. Hormat orang tua.

Aku kenal dia waktu form 3. Kami bukan satu sekolah. Tapi selalu terserempak petang2, keliling kampung ngan motor. Dia selalu lalu tepi rumah aku, nak pergi rumah nenek dia.

Jadi, aku minat dia dalam diam. Herm.. nak kata bercinta, tak jugak. Sebab masing2 pemalu (ceyhh..) dan tak reti mulakan. Jadi, kawan jelah. Tapi kawan special.

Aku terus tinggalkan dia waktu kat kl, sementelah pulak aku dapat tau mak dia nak cari gadis baik2 yang bertudung untuk dia. Lepas tu dengar citer pulak dah siap merisik seseorang. Apalagi, bengang la sekejap terus aku tak contact dia. Pergi jahanam la kata orang.

Masa berlalu. Aku tak berjaya dalam marriage, dia pon aku dengar sama jugak. Tapi tak bleh kalahkan aku lah, aku lagi lama solo.

Bila dia solo, dia contact aku balik. Aku tak rasa happy pon. Sebab aku tak suka. Entahlah. Senang citer, dia bukan termasuk dalam golongan orang yang aku harap atau excited untuk berjumpa semula even untuk seribu tahun akan datang. Bukan benci, tapi memang takde yang istimewa pon. Tak rasa.

Bila dia contact balik, aku terkejut jugak. Eh ada lagi.. Hehe.

Rajin dia call, msg aku. Tapi jarang sangat2 aku layan. Malas. Mentang2 la aku janda ko duda, lagilah aku malas. Leceh. Tak sukalah. Nanti orang cakap macam2.

Masa berlalu. Diam tak diam dekat 2 tahun dia 'kejar' aku. Dan lepas tu aku 'dikejar' pulak oleh isteri dia. Gosh..! Bila masa pulak ni mamat ni menikah lagi?

Alhamdulillah.. aku bukan diserang membabi buta. Tapi disoal dengan penuh suspicious. Yang tak tahan tu, isteri dia ingat aku berdeting dengan laki dia setiapkali weekend, setiapkali laki dia kuar malam. Atau paling tidak sorok2 telefon.

MasyaAllah.. aku ni, kadang2 nak menjawab call Epul pon aku malas. Nak jumpa? Owh tidak. Untuk rekod, aku rasa dah 10 tahun aku tak jumpa dia. Kalau balik kampung, dia datang rumah, aku takde. Dia lalu tepi rumah, aku kat dalam bilik. Memang tak pernah terserempak. Dan aku tak pernah terfikir langsung tentang dia. Takde hati.

Memang dia pernah ajak aku keluar. Dia selalu cakap nak jumpa aku. Dia selalu tanya bila aku free. Tapi aku tak pernah cakap ya.

Aku cuma kesian kat isteri dia. Aku faham perasaan itu. Haihh. Tapi apa yang dapat aku tolong? Nak nasihatkan dia? Nak marah dia? Isk... takmo aku masuk campur dalam hal rumahtangga diorang. Aku taknak terlibat.

Tapi yang tak best tu, isteri dia cakap, Epul kerap sebut nama aku. Nama penuh lak tu. Katanya nak kawen ngan aku, dan sebagai isteri dia cakap dia seolah tak berdaya. Sedih bunyinya. Kalau itu yang terjadi, dia rela. Aduhhh. Tak pasal2 aku rasa hidung aku perit, mata aku pedih. Kesian... tapi aku sendiri tak tau perkara itu. Aku pon taktau, aku ker perempuan yang laki dia nak kawen tuh? Iskk. Pelik.

Berkali kali isteri dia tanya aku, betul ker tak pernah jumpa Epul? Weekend or malam2? Aku cakap never. Aku sendiri pon tak berminat nak deting skang ni. Jarang sangat aku keluar. Keluar pon setakat ke downtown lately tu pon ngan member ofis. Oppsss.... ekekekeek. Bahaya statement nikh. (Budak opis aku baca blog ni mesti tertanya2 saper. Huhu.)

Aku takboleh marah Epul. Aku tak boleh tanya dia. Aku taknak dia tau isteri dia pernah call aku. Aku tanak perkara buruk berlaku. Tapi macamaner cara aku nak selamatkan rumahtangga diorang dan supaya Epul berubah jadi suami yang baik? Heh.

Dan kalau Epul ada girlfren, selalu deting, naper dia petik nama aku? Apa motif dia? Dan untuk mensaspenkan lagi, dia set nama aku as Mukhtar! Nama abah! Huh. Kelakar.

Tak pasal2 aku jiwa kacau sekejap dengar luahan perasaan isteri dia. Kesian isteri dia.

Aku nak ignore, buat bodoh atau nak sekolahkan sikit si Epul tu? Entahlah. Masalah aku pon tak setel, nak pikir masalah orang pulak. Tapi yang jadi isu tak best, naper babitkan nama aku? Eeeeeyyyy.. geram betul.

But as usual i guess, be fool. Malas nak masuk campur. InsyaAllah, setel la nanti tu. kan?



Friday, March 04, 2011

Rindu Setengah Mati.




Aku ingin engkau ada di sisi
menemani saat sepi
menemani saat gundah

Berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya ingin memiliku kamu

Aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

Meski telah lama kita tak bertemu
ku selalu bermimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

Aku rindu... :(




...untuk dia yang tak tahu dan tak menyedari aku sangat rindukan dia.....



Wednesday, March 02, 2011

Cakap siang pandang2, cakap malam itu mengigau.




Setel sudah SPRM semalam. Err.. aku cuma dipanggil sebagai saksi. Amek statement. Soalan lebih banyak berkisar kepada dokumen2 dan baucer yang dibuat. Alah, malaslah citer lebih. Tapi yang best tu, time dia ambil ic aku, dia cakap "1976... hermm 35 la yea. Tapi tak nampak macam 35." Senyum. Haa Nampak.. nampak. Hehehe.

Tapi, saat2 pipi muka sudah terasa kurang anjal, bawah mata terasa ada butir2 kasar, kata2 camtu bukanlah sesuatu yang aku suka. Malu pun ada.

Aku masih tak dapat view blog aku kat ofis. Dan jugak mereply komen2. Bosan betul.



Monday, February 28, 2011

This is who i am.




Kadang2 aku taksub dengan seseorang. Terlalu. Dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada padanya.

Dan jugak kagum dengan personaliti yang dimiliki. Waktu sekolah dulu, selalu aku berkata "Wah.. bestnya kalau aku jadi macam dia. Pandai. Cantik pulak tu."

Kalau boleh aku pon nak jadi macam dia. Aku nak jadi macam dia! Disenangi, disayangi, diminati etc.

Tapi last2.. aku fikir... Ah. Takpe lah. Lebih baik jadi diri sendiri. Aku takde apa yang dimiliki. Tak mungkin aku akan jadi macam dia. Atau sesiapa.

Dah. Jangan cuba jadi orang lain.

Enjoy who you are.


Sunday, February 27, 2011

To love is to risk not being loved in return.




Ada seorang kawan. Katanya, biarlah dia pergi jauh, lakukan sesuatu yang mungkin at the end dia takkan berjaya. Maknanya sesuatu yang sia2 mebi. Tapi apa salahnya. Hidup dia hanya sekali katanya. Kalau tak buat sekarang, bila lagi? Kalau tak cuba, mana tau?

Dalam dunia ni, ada 2 jenis manusia. Satu, yang suka dan berani mengambil risiko, take the challenge. Yang kedua, yang tak suka mengambil risiko. Akulah tu! Yang selesa dan suka berada dalam zon selamat. Dengan kata lain, takut.

Tapi Bree cakap, kadang2 kita harus belajar to take a risk. Harus belajar! Maknanya, kita kena jadikan diri kita antara orang yang berani mengambil risiko. Tak kiralah apa kesudahannya nanti. Tu cerita lain. Yang penting, kita try.

Betul dia cakap tu. Sebab tu aku suka tengok Desperate Housewives.



Saturday, February 26, 2011

.




Sekarang agak sibuk. Dengan kerja. Tapi tetap rasa bosan. Dan sepi.

Life sekarang agak tawar. Hambar. Payau. Tak sedap langsung. Jadi aku makan makanan yang manis2, pedas2, masin2 dan banyak msg. Nak ganti life yang takde perisa langsung ni. Heh.

Bosan.

Gigi macam nak sakit tapi takut nak jumpa doktor. Aduhh. Camner nikh. Patutlah uyi nangis2 bila jumpa dentist, bila aku cakap 'Alaa.. tak sakit uyi, sikit jer. Kan?'
'Sakit la ibu, ibu tak kena boleh la cakap camtu, uyi yang kena uyi tau la...'

Ha ah. Betul betul. Lutut aku rasa menggigil lak bila teringat klinik gigi.

Friday, February 25, 2011

Permaisuri.




Semalam balik jam 8.30 malam dari ofis sambil layan Permaisuri di radio. Teringat pulak ada sorang member tu yang minat lagu ni. Heh. Mane dia hilang? Blog takde, fesbuk pon sama. Hermm.. rindu pulak.

'Percutian' di Kuantan terpaksa habis awal. Sepatutnya kami balik hari ni (Jumaat), tapi sebab beberapa masalah terpaksa balik hari Rabu. SPRM pulak masuk ofis, kecoh sekejap.

Sebagai penyedia Local Order dan payment di jabatan kerajaan, secara tak langsung aku terlibat jugak. Err... takde pape takde pape. Tak buat salah nak takut apa kan. Fuhh.

Dalam banyak2 meeting dan kursus yang aku pergi, tilam dan bantal Vistana Kuantan paling best. Sangat2 syok! Empuk dan mengghairahkan. Ekekeke. Sedap giler tidur. Tenggelam. Dan hari2 jugak aku berendam, mebi sebab letih jadi bila dapat berendam rasa sangat selesa.

Kerja kat ofis pulak buat aku nak kawen dengan orang-kaya-kampung-petualang-tiga cepat2 dan berhenti kerja. Overload! Tak tau nak buat mana satu. Nak sort pon aku dah bengong. Sebabnya, harus setelkan ABM 2012-2013 terlebih dulu which is deadline dia Isnin nanti.

Weekend ni nampaknya terpaksa berkampung kat ofislah. Permintaan pak ngah tak dapat aku tunaikan lagi. Hehe. Apa dia? Tunggu dulu. Kalu jadi (apa2 lah) akan aku tulis. Kalau tak jadi, pon akan aku tulis. Cuma rasa nak tergelak. Mengenangkan ma, abah, abang pakat2 nasihatkan yang terbaik untuk aku. Uyi buat derk, seolah2 taktau. Adik2 mensupport sepenuh hati, start berangan. Huhu. Aku tak berangan, tapi terlintas di fikiran je. Lawak. Kelakar. Tapi apa salahnya ikut cakap orang tua dan ikut style zaman dulu sikit2.

Meh hayati lirik lagu Permaisuri yang automatically buatkan aku teringat blogger yang best ini. Peel aku ni, apa2 lagu yang diperkenalkan atau diminati oleh kawan2 pasti aku nak dengar balik dan nak selami apasal dia suka lagu tu dan mana part yang best. Dan lepas tu aku akan selalu layan. Walhal sebelum ni aku tak penah peduli pon lagu tu, entah2 menyampah. Layan bukan sebab aku pon suka lagu tu, tapi sebab entah. Takde sebab pon. Agaknya, tu salah satu cara aku rasa aku ada kawan kat sebelah dan dekat dengan dia kot.

Apapon, doakan aku diberikan kesihatan yang baik. Ameen... aku tak ingin hidup seribu tahun pon, cukuplah sehat tubuh badan. Sakit sakit ini.

Carpe diem.





Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

( korus )
Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya

Friday, February 18, 2011

Today is Friday.




Demam.

Lagi.

Tak sehat lagi. On off. This is not good. Weekend ni nak ke Kuantan atas urusan kerja mebi dalam seminggu. Aduhh. Tak larat rasanya.

Malam tadi lena diulit bantal sampai ke 6.30pagi. Rasa berat nak bangun. Hajat nak sambung tidur dan masuk ofis lambat cket, nak ke klinik kerajaan tapi panas badan dah kureng sikit. Kang doktor cakap mengada2, tak larat cket nak ke klinik. Nk mc la tuuu. Owhhh tidak. Kerja kat ofis berlambak, harus setel sebelum ditinggalkan. Kalu tak memang aku mc dowhh.

Lagipon teringat janji dengan anak raja pagi ni, tapi tak kesampaian jugak sebab masing2 ada masalah peribadi. Huhu.

Adios. Tak seronok rasanya meraba2 dalam terang.


Sunday, February 13, 2011

Sekitar sambutan hari lahir uyi :)




Atas permintaan ramai esp kawan2 uyi, game disambung lagi esoknya dengan permainan cari gula2 dalam tepung. Seronok tengok budak2 ni jadi zombi.

Hari first diorang main acara berebut kerusi. Sangat fun! Aku rasa macam organize tadika pulak. Sambutan tahun ni sangat2 meriah. Aku pulak tak prepare banyak sangat makanan sebab pengalaman yg lepas, makanan berlebih, tahun ni rasa tak cukup kakitangan pulak. Tapi alhamdulillah, semua merasa.












































Smile, you're on candid camera!




Salam.

Tak tau samada nak menyumpah, mengomel, mencarut, muhasabah diri, insaf atau apa.. Dalam banyak2 blogspot, blog aku kena block. Hehe. Macam harem kan.

Sebab? Entah. Mebi kakitangan bersih-cekap-amanah yg jaga server ni dapat detect aku online blogspot waktu ofis hour, jadi jalan untuk menyedarkan aku agar waktu bekerja adalah kerja dan takboleh buat kerja lain adalah dengan memblok blog aku.

Aku dah jadi macam orang rabun, boleh login, boleh bikin entry dan post, edit etc tapi takboleh view blog aku sendiri. Dan tak boleh reply komen. Hehe. Well, blog lain aku still boleh jalan2 cari makan tapi the things is, aku kan start berjalan starting dari blog aku sendiri, maka keadaan ini agak merenyahkan perjalanan itu.

Tak tau nak cakap apa. Salah besar kot melayari internet atau login blogspot waktu bekerja. Yelah, mebi salah sendiri sebab selalu sangat login dan bukak blog. Kebiasaannya, aku akan login awal pagi lepas punch kad, sebelum breakfast. Ada mood aku menulis sekejap. Aku tak perlu masa yang lama mencurah idea sebab semua tu datang on the spot. Tak perlu nak fikir2 banyak. Bukan berkarya pon.

Dan kadang2 tu tak logout, biar gitu jer. (eh macam ayat bela diri pulak :P)

Tapi aku nak selitkan jugak la rasa tak puas hati. Kalau dia fikir dengan memblok beberapa lama web membuatkan staf ni buat kerja, dia silap lah.

Kalau takde kerja, berapa ramai staf yang bergossip, menyembang seronok bercerita kisah di sebalik tabir manusia lain dan paling memualkan berdrama king di sebalik tugasan2 pejabat tapi hakikatnya macam ampeh.

Tapi.. yelah. Peraturan is peraturanlah kan. Salah tetap salah.

Dah. Padan muka aku lah kan.

Terasa nak buat satu blog lain yang beridentiti rahsia pulak. Best cket nak buat luahan yang macam cilakos nikh. Hehe.



p/s entry sebelum ni adalah testing. sory guys, tapi tengkiu banyak2 pada yg mendoakan. hopefully it works. macam best pulak *wink*



Friday, February 11, 2011

Tuesday, February 08, 2011

Hai!




Sebenarnya banyak yang nak ditulis.

Kadang2 tu, idea datang tiba2 tak tentu masa. Tengah makan, tgh mandi, tgh drive, tengah lepak2. Apalagi waktu tengah berangan atau nak tidur, lagilah macam2 rasa nak tulis dalam blog. Macam best je.

Kadang2 tengah bizi pon tetiba terasa nak bloging.

Tapi bila mengadap pc atau laptop atau bila ada kesempatan, blank. Blur. Tak tau nak start camaner. Haih.

Sekarang buka blog pon sekejap, kadang2. Sibuk. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan hidup. Nak baca blog feveret, terpaksa simpan dulu sebab masa tak banyak. Nanti tak concentrate. Tak sedap la pulak.

Nak upload gambar masa birthday party uyi kat kampung hari tu pon rasa malas2 lagi. Memang tak sabar nak upload tapi tak sempat lagi. Gambar banyak tapi nak pilih2 jugak.

Tapi dalam sibuk2 pon, hari2 aku mesti buka. Huhu. Paling tak pon aku mesti bukak blog aku sendiri, sebab di sinilah bermulanya penjelajahan ke blog2 lain.

2-3 hari ni aku kena rehat2 banyak banyak banyak. Aku hanya akan ke ofis sahaja. Nak keluar? Nanti dulu... Nak makan2, aku akan jalan kaki. Aku tanak naik kereta!

Trauma jem gile babas dari Bentong ke KL Dah la kat Machang-Kuala Krai pon jem panjang. 2 kali aku diselamatkan Tuhan dari kena saman abang polis sebab redah laluan kecemasan. Aduyaiii..

Tak sangka aku jadi berani sekejap potong belah kiri tuh. Yela... menanges aku tengok deretan kereta yang beratur.... Ini macam berapa lama baru sampai KL? Haru!

Hampir 15 jam dalam kereta bikin terbakar montot. Pembuluh darah kat kepala rasa nak pecah. Urat tengkuk dan segala macam urat rasa kejang, keras dan tegang sangat.

Kepala sakit, mata ngantuk, badan penat, bahang dan hangat.

Ikutkan, memang tenaga dah takde. Tak larat nak drive. Tapi dipaksa jugak. Nak sampai, nak sampai. Cepat lah...

Tapi dalam letih dan penat tu aku masih sedar, dan aku rasa aku bleh kontrol lagi walau kepala ni dah nanges mintak tolong, so aku jalan jugak. Esok Isnin, nak keje!

Aku gerak dari rumah Ahad petang jam 330 dan sampai ke Tasik Selatan 6pagi...

Keluar dari kereta rasa tubuh ringan dan melayang. Terus flat. 10am aku sms bos cakap tak masuk ofis.

Hukhuk... takmo dah aku naik kereta balik kampung. Aku nak naik keretapi. Uwaaa....
Penattttt.... penat sangat.

Ok. Back to work. Mengamuk kang budak2 ni gaji diorang tak buat lagi!




Friday, January 14, 2011

Tolong ingatkan aku.




Kadang2... aku bosan dengan diri sendiri. Terasa aku banyak hidup dengan kenangan lalu. I need something new. Something fresh.

Macam AJL, takkan asik lagu2 yang sama menang setiap tahun. Kena kasi can lah lagu2 baru yang memang bagus untuk naik sama. Opss.. saya bukan peminat Ana Raffali jugak pon. Itu bukan kemahiran saya untuk menilai. Itu kerja judges.

Tapi apakah yang new itu? Yang fresh itu?

Sedang mencari.


Dan bila seseorang menyatakan bahawa dia sudah tidak fikir tentang perasaannya, apakah maksud itu?

Dia memang taknak fikir perasaan dia? Dia memang sudah tiada perasaan apa2? Dia dah mati jiwa? Dia dah takde keinginan apa2 dalam hidup dia? Entahlah. Dia sendiri yang tau.

Takde perasaan tapi kadang2 gayanya lebih hebat dari orang yang mempunyai perasaan. Eh.. what the bullshit aku melalut ni!

Heh.. I really need to move on. Kenapalah aku suka dan cenderung menjerumuskan diri dalam sesuatu yang tak pasti dan berisiko dan memang takde pulangan apa2 kat aku. Heh.

I need something new.. i need something fresh... Macam budak2 muda 10 tahun dari aku yang sedang ghairah meniti hidup.

Izit..?


Selamat berhari minggu. Esok aku nak bangun lambat, nak basuh kain yang menimbun, nak iron baju, nak tengok Faster.

Lusa hari lahir uyi!

Saturday, January 08, 2011

First planner.




Tarikh hari lahir uyi 16 Januari.

Aku punya 20 Januari.

Ok. Ingat tuh. Cuti raya cina nanti kite beli kek yogurt cheese kat Secret Recipe feveret uyi tuh.

Err... cari duit dari sekarang!


Entry ni sebenarnya penutup 2010 tapi sebab malas dan kekangan masa, aku publish hari ni.



Alhamdulillah... selamat pada petang 10 Disember 2010 selepas solat Jumaat. Sah sudah bergelar suami orang di masjid apantahnamanya kat Alor Star.

Terus kami ke Langkawi esoknya dengan bot. Mabuk2 laut sbb sebelum tu macam2 yang masuk dalam perut. Kali ni aku banyak upload gambar dalam fesbuk. Nape ntah fesbuk menjadi pilihan sedangkan sebelum ni aku sayang blog dari fesbuk .Ehehe. Apadaa..

18 Disember majlis sebelah lelaki pulak. Alahai.. kawen da dia. Ada bini dah dia. Beruntung saper dapat dia. Baik, ringan tulang, ensem, penyayang etc. Hehe.

Lepas ni sure da susah cket nak mintak tolong dia apa2. Kalau sebelum ni dia rajin offer apa2 kat aku, skang mesti teragak2 dah. Uwaaaaa...

Eniwei, itu cerita lepas. Untuk 2011 ni, selamat datang. Tambah satu lagi angka umur aku. Wah... banyaknya!

:)

Thursday, December 09, 2010

don't cry




pagi ni hujan.

aku bersiap seperti biasa ke ofis.

hari ni aku berpakaian biasa tapi aku bersiap cantik berbaju kurung songket dengan dua tocang kecil melingkar atas kepala dan bersanggul simpel.

aku berbedak dan agak rajin berdandan.

org kelantan kater 'janguk'.

tapi aku rasa sedih.

hati aku rasa sedih, dan kalau boleh aku rasa nak nangis.

hasilnya, 2-3 org tegur aku termenung termasuk bos. alamak!

hati ini, hati aku. hanya aku yang tahu.

biar... biarkan ia berlalu. biarkan aku pujuk hatiku sendiri.

biarkan sedih itu pergi perlahan2 sepanjang disember ini... sehingga ke penghujung.

cepatlah pergi..

tinggalkan aku sendiri. i'm ok.


don't you cry bebeh.. don't you cry...


Wednesday, December 08, 2010

An evening in Tasik Taiping.



Outdoor masa wedding Suzana. Err.. hari tu aku pakai baju kurung dengan sanggul bunga besar atas kepala. Sekali macam zaman dolu2 daa...





autumn in my heart




see... my baju kurung matching ngan bunga2 yg bertaburan kat bawah tu kan. rumput basah, hujan. tak boleh duduk.




hehe. gambar apa tuh..




tadaa..! terbaru uyi dan mell. tengok lengan dia tu, sama besar dengan lengan aku. tapi lengan aku memang besar pon, diorang cakap tak padan dengan badan.




Sunday, November 28, 2010

zzZZZzzzzz




Shot through the heart, and your to blame, darling
You give love a bad name

An angel's smile is what you sell
You promise me heaven then put me through hell
Chains of love, got a hold on me
When passion's a prison you can't break free

You're a loaded gun ... yeah
There's nowhere to run
No-one can save me, the damage is done

Shot through the heart, and your to blame
You give love a bad name
I play my part and you play your game
You give love a bad name
You give love a bad name

You paint your smile on your lips
Blood red nails on your fingertips
A school boys dream, you act so shy
Your very first kiss was your first kiss goodbye

You're a loaded gun
There's nowhere to run
No-one can save me, the damage is done

Shot through the heart, and your to blame
You give love a bad name
I play my part and you play your game
You give love a bad name
You give love.....


Friday, November 19, 2010

Memories never die




Minggu ni aku asyik menggodek fesbuk. Asyik.

Semuanya gara2 terjumpa kawan lama. Kawan sekolah. Ramai. Sangat Ramai. Ye la, dapat satu akaun yang aktif, fren list pon mestilah aktif jugak kot. Keep in touch.

Sebenarnya, memang dah tau cuma malas nak online fesbuk. Entah macamner hari tu, tergerak hati nak bukak. Hermm. Lepas satu satu surf. Jumpa sorang sorang.

Ada yang maintain. Sama. Ada yang dah berubah sangat. Ye la, dah lebih 10 tahun. Herm. Ada yang jadi rockstar. Tapi most of them rasanya jadi cikgu. Dan kerja government.

But one thing for sure, semuanya success. Semuanya nampak bahagia dan berjaya baik dalam karier mahupun perkahwinan.

Aku pulak? Dua2 hancus.

Rasa nak tutup akaun fesbuk pon ada.

Malu arh. Segannya dengan diorang. Agaknya kalau jumpa mahu sembunyi dalam saku. Sebab tu agaknya aku tak pernah terserempak dengan mana2 kawan sekolah lama.

Atau mungkin tak terperasan.

Haih. Lately rasa sentimental sangat.

Dan tak dinafikan aku rindu.. agaknya.



Pelangi petang.













Petang semalam, lebih kurang jam 6pm, waktu ni petir dan kilat sabung menyabung. Sesekali guruh berdentun dentam. 'Mesti ujan lebat nanti ni', cepat2 aku tutup tingkap.

Ehhhh.. pelangi! Ni la pertama kali tengok pelangi dari flat tingkat 12 tuh.

Terus aku capai hp. Sekejap je. Sebab kilat. Takut arh. Tangan dan hp kat luar tingkap, buatnya terjatuh hp tu..? Haru jerk.

Cuaca panas, tapi angin kuat. Masa bila pelangi tu terbentuk aku pon tak tau.

Suka!

Tapi tak sama dengan pelangi waktu balik dari Pangkor dulu.

Hermm.



Thursday, November 18, 2010

Cuti.




Rabu 17 November bersamaan 10 Zulhijjah 1431 bangkit jam 630am, terus solat subuh dan kejutkan adik2 semua.

Lepas perapkan kepala dengan air teh dan lemon, wapkan muka sekejap pastu sapu masker lemon (berkesan untuk kecikkan pori2 muka taw!), tunggu adik2 siap mandi dulu, baru aku mandi.

Err tak pergi solat raya pon. Ntah. Nak kata tak sempat, tak la lewat sangat bangun. Entah. Malas kot.

Tak ke mana pon tapi aku pastikan aktiviti aku padat dan sendat sampai takde ruang waktu untuk aku sendiri2 atau sorang2.

Pagi tu sempat menyinggah sekejap tempat orang sembelih lembu. Tapi aku terus blah lepas lembu tu berjaya dibaringkan untuk disembelih. Ngeri! Takmo lah tengok. Kesian lembu tu. Tapi nasib baik sembelih lembu kan. Kalau sembelih orang..? Hermmm.

Dik ja beli lemang dan rendang. Lain2 mak mertua dia buat kot. Nasi himpit kuah kacang, bihun sup dan aneka kuih muih yang lain.

Lepas Zohor, beraya ke rumah Ciban. Mak dia buat laksa, nasi tomato, rendang daging, lontong dan banyak lagi. Wahhh. Ni betul2 makan raya ni!

Layan citer Tamil jap kat Astro apantah. Sedap gak citer Dewi Jejamah tu. Huhu.

Lepas Asar pulak kami ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Besi. Kali terakhir aku ke kubur arwah adik aku ni masa aku kecik2 dulu ntah darjah berapa. Abah tiapkali datang KL akan ke kubur arwah tapi aku selalu tak sempat nak ikut. Uzur lah, kekangan waktu lah etc.

Insaf sekejap berada di situ. Rasa sayu, sedih, rindu, takut, sebak dan macam2 lagi. Bukan tak biasa ke kubur, kalau kat kampung selalu ke kubur atuk dan nenek. Tapi agaknya sebab dah lama sangat tak ke kubur arwah adik, ditambah pulak dengan pusaranya yang sangat kecil... herm arwah meninggal semasa baru beberapa bulan dilahirkan. Aku pon tak pernah ingat rupa dia.

Lepas tu pergi carrefour Sri Petaling. Hehe. Ada kawan aku cakap, asik2 ke carrefour je. Uyi pulak cakap dah anggap carrefour tu sebagai rumah kedua dia. Hehe.

Hermm.

Tahun depan aku ingat nak sambut raya haji kat kampung lah.

Kesian kat ma dan abah.

Kalau aku tua nanti, pasti aku pon akan sedih kalau uyi tak balik beraya dengan aku.

Haihh.


Monday, November 15, 2010

Korban.




Salam Aidiladha.

Tak ke mana pon nanti. Malas nak ke mana juga.

Raya haji kali ni buat aku rasa agak sayu. Bukan sebab tak balik kampung. Dah biasa tak balik. Tapi ada sesuatu. Sesuatu yg buat aku terasa sesuatu.

Tak pastilah.

Tapi yang nyata, aku rasa sangat tak best.

Sedar tak sedar dah setahun berlalu sejak raya haji tahun lepas.

Andai aku ni seorang pembunuh, memang aku tau aku takkan dapat hidupkan balik org yang dah mati tu. Yang terjadi dah pon terjadi. Tapi, apa boleh aku buat untuk tebus kesilapan? Nothing.

Orang cakap, kalaulah boleh aku undur masa..



Tuesday, November 09, 2010

Nama sebenar dia Nurfarahin.




Pajeen a.k.a Adik Pa a.k.a Deqpa Gugurl adik bongsu dapat Politeknik kat Kota Bharu. 28 Nov ni dia register. Alaa....




Boring kalau dia takde. Sebab dia kelakar dan besh. I'm gonna miss her...

Monday, November 08, 2010

Sebab tu aku tak suka polis.




Abang PDRM tu sempat pesan aku (or more to perli lah) 'Lain kali tinggalkan jantung tu kat rumah ekk...'

Apa pasal..?

Aku tanya Pajeen, nampak sangat ke aku ni gabra, gelabah, gementar, panik, neves, nak nangis etc etc time dia nak saman aku tadi??

Pajeen sengih jer. 'Kalu org pon org gitu gak kak ina.'

Uwaaa... nasib! Nasib! Nasib baik tak kena saman malam tadi.

Nak dijadikan citer, aku salah jalan. Tak perasan pulak jalan tu dah jadi one way ticket. Bangunan Bank Islam pon dah terpacak kat situ. Shoplot hari tu pon dah banyak naik. Jalan tar masih hitam menawan lagi. Arghhh. Owhh.. lama jugak aku tak kesini.

Hati tengah kacau, duit alarm kereta tak bank in lagi ni, jam dah 11 lebih. Malam kelam. Mana pulak Maybank ni. Banyak jalan baru bukak ni. Iskk. Aku ni rabun cket kalau malam. Harapkan co-pilot jelah.

Agaknya, dah 2-3 kali pusing2 salah jalan abang polis tu dah perasan dan hon kereta aku dari belakang. Alamakk..! Time tu kecutnya tali perut aku Tuhan aje yang tau. Dah la 3 orang pulak tuh seragam biru gelap, PDRM! Mak aii. Mati aku!

Katanya, nak saman aku. Kalau saman, kena rm500! Aduyaiii... Lepas tu dia cakap nak macamner? Mana aku tau..!!! Ahh.. merayu lebih kurang la, macam nak nangis pon.

Polis tu cakap, dia pon tanak saman tapi sebab dia dah nampak, jadi salah lah. Cehhh. Cehhh.

Macam2 ayat dan muka kesian, merayu, muka tak bersalah bla bla bla bila aku sedar bila2 masa dia bleh saman aku. 2-3 kali jugak dia tanya aku, abis tu aku nak macamaner? Heh. Nak suh aku kasi duit kopi la tuh. Tapi aku buat2 bodo dan tak paham. Muka bertambah kesian la konon. Sebenarnya sedih, dan takut dan geram.

Macam biasalah, drama 2-3 scene last2 dia lepaskan aku. Leganya tak terkata....

Berkali2 aku ucapkan terima kasih dan janji tak buat lagi. Hehe.

'Kalau nampak saya kat mana2 tegur lah. Ok. Dah la, hati2 pergi bank tuh. Lain kali kalau saya tangkap lagi, saya mintak nombor tepon pulak.' Ciss. Apasal tak cakap awal2, senang citer. Takde lah aku nampak macam budak yang sangat kasihan. Huhu. Bikin panas.

Huh. Polis. Polis.

Benci.



Tuesday, November 02, 2010

Dari tirai besi itu.




Ha ha.. poyo! Sempat snap sekejap lepas separuh masa pertama aku masuk dalam, jual air sama burger. adehh... tergeliat lidah hari tu tukar slang. Memang la aku org kelantan, tapi ntah! Rasa lain macam je bila jual2 cakap slang kelantan. Sebab kat kampung pon kitorang tak 100% dialek kelantan. Tapi hari itu mmg sangat seronok dan teruja! Walaupon hampir hampir penyek kena rempuh penyokong red warrior!

And it was my first time masuk stadium tu, time game bola final dan jual2 like kat pasar malam! Kelakar.

More pictures dalam kamera, nanti rajin aku upload.