FoLLoweRs

Saturday, December 29, 2007

Memori uyi.

Kalau uyi kat sini, setiap Sabtu aku akan bawak dia ke ofis.

Dan dia akan buat ofis ni macam ofis dia. Komputer aku pon dia conquer. Takpe, ari Sabtu memang biasanya hari bersantai. Tak kisah.

Dia pon tak banyak karenah. Takde kacau aku. Tapi suka nak main2 telefon. Angkat.. tekan2 nombor.. konon nak tepon client.. berlakon la konon2. Huhu.

Uyi suka main game dan dia memang cepat pick up. Abis sumer game dia nak main. Kalau boring dia akan chating dalam YM. Chatting ngan kawan aku yang dia kenal lah.

Sebijik sebijik dia taip.. adeh. Dan dia cukup suka guna icon2 yang ada dalam YM yuh.

3 minggu lepas aku ada beli koko crunch yang ada free gift cd. Install dalam komputer dan aku suruh dia buat.

Aku ajar sikit, selebihnya dia taip sendiri.

Bila nak print, dia panggil aku.

Dan salah satu hasil karangan uyi di bawah..





Memang.. ingatan kanak2 memang jelas dan tak pernah tipu.. suci, murni, putih dan bersih.

Bontot lapan

Smalam kol 7 lebih aku tepon uyi.


'Uyi dah mandi lom?'

'Dok agi'

'Laaa... pi mandi, bucuk aa tak mandi. Nanti lepas mandi ibu tepon lagi'

'Lagi 5 minit aa ibu tepon uyi deh?'

'Takk.. lagi setengah jam'

'Uuuuu.. lamo nyerrr..'

'Laa, uyi kan nak mandi, nak sabun lagi, gosok gigi, syampu, pastu nak pakai baju, pakai bedak, sikat rambut.. 5 minit mana cukup.
Aaaa......... ok, ibu tepon lagi 20 minit?..... 10 minit?'

'Ibu tepon nanti kat bontot lapan lah.'

'Hahhhh??? bontot lapan? Amende tuh..??'

'Nanti jarum dia kat lapan.. ala kat bawah nombor lapan tu laahh, bilo jarum tu nok keno bawoh dio tuh'

'Keh keh keh... nak tgk jarum panjang ke pendek?'

'Bilo jarum pendek tu kena kat bawah tu..'

'Oooo.. ok. Emm lapan ada bontot... tujuh ada tak?'

'Tujuh takde bontot, dia ada bate jah'


Tergelak besar mengenangkan imaginasi uyi. Macam-macam.

Tapi budak2 punyer minda memang pure dan straightforward.


Friday, December 28, 2007

Aku tau la dia glemer, tapi takkan dalam mimpi aku pon dia ada kot..

Itu hari aku ada tinggalkan komen kat salah satu port blog yang aku dah lama tak bermimpi, tak kira lah mimpi hantu ke, sedih, erotik, adventure.

Dan smalam aku bermimpi…

Heh, tau saper ada dalam mimpi tu? Laaa.. setelah aku amati dan perati segenap sudut, rupanya si pemilik blog semusim di neraka! Eh tapi ni bukan mimpi aku masuk neraka. Tidak.

Lokasi di rumah Tok Teh, iaitu atuk sedara aku.

Ceritanya? Aku sedang berciku cak ngan dia yang berjersi logo apa ntah aku tak nampak dan berseluar pendek serba kuning (aku cam kat spek mata ngan rambut dia sebagaimana terdapat dalam blog tu).

Lepas adegan pandang2 jeling, aku keluar dari pintu dapur tu untuk jumpa dia. Pehhh..! Tau apa jadi lepas tu? Hujann..! ‘Ainiii… angkat kain di jemurannn……hujaaaannn!’

Ahaks… lepas tu aku dan dia baring sebelah menyebelah. Baring je. Atas rumput dalam kehujanan pulak tu. Eh sikit punya Hindustan daa.. Tapi takde adegan guling2 atau salin baju sebab mimpi tu berakhir kat situ je. Huhu… (frust ek..?)

Sikit aje mimpinya. Tapi sib baik la abis kat itu je, buatnya aku bercinta ngan dia tangkap feeling2 ke, tak ke haru..? Muahahaha…

Bangun pagi tadi aku rasa ceria sikit (kurang sket percentage kesedihan).

Sebab, mimpi smalam adalah di lokasi dapur rumah atuk sedara aku. Tempat bermain waktu kecil2 dulu. Masih segar lagi di ingatan. Jelas terbayang keadaan dapur tu. Tangga di situ, pintu di sana, lantainya yang bersimen licin, ada beranda sket kat luar.

Sekarang dapur tu dah totally berubah. Sebagaimana berubahnya kawasan setinggan Kampung Selamat ke Bandar Tasik Selatan. Keluasan rumah itu juga telah ditambah dan diperbaiki. Penghuninya juga sudah lain. Rumah itu sekarang didiami olah keluarga aku setelah suami Tok Teh meninggal lebih kurang 10 tahun lepas.

Hihi, aku rasa nak tergelak lagi. Ada pulak bleh mimpi camtu..hoho..

Kalau tanya mak mertua aku ni pasal baju kuning seluar pendek ni mesti ada bawak maksud apa2. Mak mertua aku ni bab mimpi2 obses sket. Ada je tafsiran dia. Huh.. kadang2 lawak pon ada, seram pon ada.

Actually, masa bermimpi tu aku sendiri pon terkejut tengok si abang neraka ada kat luar dapur. Eh.. dia ni..? Betul ke? Excited sekejap. Pastu aku sendiri cakap, eh ni mimpi kot?
Tapi dalam pada berteka teki tu sempat jugak melayan hujan kejap.

Mimpi tu mainan tidur. Tak pe ah, ader gak permainan. Bosan jugak tidur asyik nampak bayangan putih je setiap masa.

Ohh.. kepercayaan masa kecik2 dulu, kalau nak sesuatu mimpi tu datang waktu tidur kita, tulis atas sehelai kertas dan letak bawah bantal.

Hehe, nanti esok2 aku nak try ah, menjadik ke tak!?

Thursday, December 27, 2007

re-post

Ingatkan esok result PMR Pajeen kuwar, rupanya ari ni.

Tadi baru call dia.

'Dapat baper?'

'Aaaa... atas sikit dari Ain, bawah dari Uyo'

'Alahhh.. main teka2 lak, cakap je la'

'Hi hi hi...'

'CAKAP LAAA....!!'

'Dapat 2A jerrr, 3B 3C...emmmmm'

'Hee...frust ke? Tu la bercinta la kuat2 lagi. Hihi.. ermm, ok la tuh..dapat gak A ek..? Dah kasitau abah ngan ma?'

'Lom lagi... huhuhu....'


Selesai satu ujian. Pajeen, my youngest sister.

PMR

Hooooo... esok result PMR Pajeen kuwar.

Tak sabar nak tau dia dapat baper.

Kalau bagus, dia akan merayau2 menunjukkan muka keliling rumah. Kalau tak ok, dah tentu pintu bilik terkunci rapat. Hehhhh.... bad mood la kunun.

Huhu...

khamis,27 disember 2007.

Hari ni kemalasan masih tak pergi2 dari tubuh badan dan kepala otak ni.

Bangun pagi lambat. Sampai ofis dah tentu le lewat.

Aku rasa muka aku macam taugeh je pagi tadi. Macam sayur benyek. Dengan rambut yang tak sempurna kering (aku malas pakai hair dryer sejak berambut pendek ni), mata yang bengkak, cuaca yang dingin dan sejuk (sedapnya dok bawah selimut).. malas malas malass!

Serius, aku bagai dipaksa pergi kerja. Arhhh, aku sebenarnya perlukan cuti lagi 2-3 hari. Badan penat. Minda letih.

Dalam beberapa hari ni aku pasti menjadi seperti layang2. Ikut angin. Takde tujuan.

Aku perlu panaskan enjin untuk memulakan segala2nya. Baik kerja mahupun rutin harian yang biasa.

Aku kena tekan butang restart.

Uyi jugak macam tuh.

Dalam beberapa hari ni aku kena kerap call dia. Sehari 3-4 kali. Atau lebih. Mesej toksah cakap la. Sejak dia pandai main mesej ni, dia mmg selalu sms aku. Kata2 pon kekadang jiwang, amik lirik lagu melayu mana ntah! Dah macam orang asyik masyuk bercinta yang kerinduan. Hihi, kadang2 aku tergelak sorang baca sms dia. Pandai ayat tuh...!!!

Semalam 2 kali dia nangis dalam tepon. Dia cakap dia rindu dan teringatkan aku. Arrrhhhhh....!!! Aku macam org gile. Pujuk dia. Memang sewel dibuatnya, hanya memujuk menggunakan medium perantaraan yang ada. Nak usap kat mana? Nak peluk camner? Nak cium apa?

Aku tau dia rindu kat aku. Dia terasa sunyi dan sepi. Rumah yang sebelum ni bising tiba2 senyap. Semua mak2 sedara dia dah pergi kerja.

Memanglah cousins dia ada, tapi macam aku jugak, dia perlu panaskan enjin.. perlu tekan butang restart.

InsyaAllah... 2-3 hari lagi dia akan ok. Macam aku jugak. Lagipon, aku dapat rasa dia sebenarnya lagi seronok berada di sana. Sekolah kat sana. Kawan2 dan cousins lebih rapat di sana. Membesar di sana. Kasih sayang banyak di sana. Cuma dia tak macam kanak2 lain..... tak berada di sisi ibu dia...

Aku takde kat sisi dia.

Sekarang dia dah besar dan faham apa itu ibu. Sebab tu dia rasa dia perlukan aku. Lagipon, aku memang teramat manjakan dia, macam baby.

InsyaAllah... dia akan hepi semula, takde sedih2 lagi.

Hopefully 2008 aku akan dapat berbuat sesuatu terhadap jarak yang memisahkan kami.

Wednesday, December 26, 2007

without you

Arrive kl sekitar 4am.

Letih. Mata tak ngantuk dah tapi badan penat giler. Mana taknya, cuti di kampung selama 3 hari tak ada rehat.

Hari2 diisi dengan kerja2 mengemas, mengecat, ke pekan beli barang, ke pasir mas jenguk atuk dan nenek, itu ini. Memang limited masa nak santai2, lepak2 kat anjung rumah.

Kalau la dapat sambung cuti 2-3 ari lagi kan best. Hemm.

Hari ni aku kerja. Bosan. Ngantuk. Badan rasa sakit2. Lenguh2.

Itu hari kat kampung angkat almari baju. Berat giler. Angkat dengan kuasa 4 orang tenaga Hawa dan 1 tenaga Adam pon cam nak terputus segala urat. Eh, kayu apa dia pakai daa..?

Ini hari aku akan balik kerja dangan perasaan yang tiada.

Tak rasa nak balik cepat2. Kalau bas atau komuter lalu pon aku tak heran. Andaikata sarat ngan penumpang, biarlah aku kasi laluan kat orang lain naik dulu. Aku naik next train.

Ini hari aku tak kerap jeling jam tunggu pukul 5. Kalau dah sampai masa, aku balik lah. Aku tak mengharap jam cepat bergerak. Biarlah dia jalankan tugas dia dengan adil dan tenang.

Ini hari kepulangan aku ke rumah takde saper2 sambut. Takde lagi jeritan comel uyi. Suara bising Pajeen.

Takde aktiviti swimming.

Tak perlu kelam kabut masak. Sardin ataupon daging masak merah.

Takde nak jengah ke playgraound.

Segalanya back to normal. Yang bosan.

Sebab uyi dah takde kat sini. Uyi dah balik kampung. Sekolah bakal dibuka minggu depan dan aku nak uyi rest cukup2 dan get ready to skul. Dia dah masuk darjah 2. 8 tahun.

Alahai... sunyi lah rumah. Takde bising2 lagi. Takde suara2 nyanyian duet kami. Takde sepah2. Takde nak masak2 sangat. Tak banyak kain2 baju yang dibasuh. Kosong.

Eee sunyinya. Sepi.

Terbayang... duduk depan tv sambil hirup sup.. atau nescafe.. atau oat.. atau megi. Duduk sopan. Takde wrestling atau main kejar2. Huhhhh... statik.

Arhhh, pendek kata memang very dull.

Semalam masa nak gerak balik kl uyi nangis. Dah lama dia tak nangis camtu.

Sebelum ni, kalau aku nak balik kl dia akan tidur. Kalau dia tidur sebelum aku gerak, aku lega sikit. Aku tak perlu tengok dia nangis. Dan dia memang tak nangis sebelum tu walaupon dia tau aku akan tinggalkan dia. Dia just peluk aku kuat2...
deep2.. then aku akan dodoikan dia.. dia terlelap.

Mungkin dia nangis dalam tidur. Sape tau.. Mungkin dia sedih tapi dia tanak show sedih dia tu, atau dia taknak menangis. Ya Tuhan, ampunkan dosaku for not being a good mother for her...

I miss uyi..

Rindunya kat senyum dia... suara dia, ketawa dia, busuk dia, bau lemak badan dia, lawak jenaka dia....uhhhh...!

Bulan depan aku akan balik kampung lagi!

Friday, December 21, 2007

Lepas gian.

Balik dari rumah mak mertua aku lepas maghrib, singgah South City jap. Fun fair lom start lagi. Uyi frust!

Tak dapat fun fair, ajak layan karaoke. Entah saper punyer suggestion aku pon tak pasti.

Arrive home dalam kol 9 lebih. Letih laaa.. Tak larat rasanya nak berkaraoke. Dah la smalam tidur lewat. Masak rendang punya pasal. Cewaaahh.. masak rendang gitu. Huhu.. cam tak cayer jer. Tapi apapon rendang ma buat lagi sedap. Nymmmmm...!

Sebab tak larat, aku cakap kat uyi nyanyi kat karaoke box je lah. Lagipon, kitorang bukan nak nyanyi sangat, letih aa nak menghabiskan masa berkaraoke.

Nasib baik la uyi memang hanya nak nyanyi je. 5 lagu ok? Angguk. Set.

Hehe. Memang sajer nak lepas gian la budak ni. Suka betul dia nyanyi.

Lepas tu lepak kejap kat mcD Tmn Connought.

Lepas tu, balik.

Nak tidur malam tadi, aku terfikir. Sekolah dah nak bukak. Dah nak masuk bulan 1. Arhhh... dah nak kena hantar uyi balik. Tiba2 hati aku jadi sebak. Sayu. Takut. Uhhhh... aku sedih. Aku berdebar.

Aku rasa nak nangis.

Salam Aidiladha

Semalam beraya di rumah mak mertua aku kat Subang. Dapatlah uyi jumpa nenek rock dia kat sana di samping sepupu2 serta auntie2 dia.

Seronok jugak la dapat jumpa diorang. Ye la, dah lama tak jumpa. Anak along, si Rina ngan Sara besar ya amat!! Hampir tak cam aku!

Si Sara yang masa kecik dulu amatlah debabnya dah besar dan cerdik. Rina plak toksah cakap la, besar dan tinggi mengalahkan aku dah tentu. 3 lagi anak along aku tak pernah jumpa. Hmmm.. begitu lamanya tak jumpa dia.

Angah takde. Mak mertua dia datang. So, aku tak jumpa la dia ngan 3 hero dia tuh. Adeq, anak bongsu mak mertua aku plak dah kurus. Dulu dia ni tembam, tapi cute la. Putih melepak lagi.

Nak citer apa ek... takde lah! Tu je. Cuma kunjungan hari raya membawa uyi yang dah nak balik kampung esok. Hah!? Uyi dah nak balilk ehh...??! :(

Friday, December 14, 2007

Sessi berkaraoke

Sempena ladies nite smalam, port lepak adalah di pusat karaoke di Carrefour Sri Petaling.

Well, aku bukannya minat sangat nyanyi, apalagi mempunyai suara yang sedap. Memang suara aku tak sedap langsung! Masa kecik2 dulu aku suka jadi dj. So selalu la aku record atau dubbing lagu dalam radio tu ke dalam kaset. Dan aku paling nyampah bile dengar balik suara aku. Tapi aku suka buat. Buat lagi, record lagi, buat lagi. Dan dengar balik suara aku, aku benci. Tak sedap sungguh suara aku. Nyesal rasa. Apsal suara aku camtu ek? Buruknya. Tapi record lagi. Huh.

Tapi cikgu aku cakap suara aku matured. Hoo.. tu lagi menambahkan kekesalan aku. Sebab dia cakap suara tak padan ngan tuan. Dengar suara cam orang besar je, tapi tuannya.. alahaiii..kenitt je. Nyampah aku.

Tapi lecturer aku pulak puji. Dia cakap suara aku loud and clear. Boleh dengar sebijik2 masa aku wat public speaking. Tambah dia lagi, kite kena bersyukur dan bangga dengan suara kite sebab ianya unik. Jadi, lontarkan suara anda. Jangan malu2. Hehe. Kata2 perangsang to overcome nervousness masa buat public speaking. Heh, tu citer dulu2.

Berbalik pada aktiviti berkaraoke semalam.

Pilihan lagu2 tak banyak berbeza dengan yang sebelumnya. Balik2 lagu sama. Tapi sebab kekerapan berkaraoke pon boleh dihitung dengan jari je, so tak terasa sangatlah.

Cuma yang best kali ni sebab aku bawak uyi. Dulu pernah jugak bawak uyi berkaraoke tapi kat dalam kotak kecik je. Apa orang panggil, karaoke jamban? Haa.

Sejam pertama, uyi conquer.

Lagu2 feveret dia sumernya dari zaman rock kapak dulu. Kain Cinta Putih tu wajib. Lain2 Bunga Angkasa, Bunga Larangan, Hukum Karma (siap headbangin' lagi), Di Penjara Janji, Bila Bunga Dipetik Orang (aikk, baru aku perasan banyak betul lagu bertemakan 'bunga'), lagu2 Iklim etc. dan tak ketinggalan jugak lagu Indon nyanyian Acha ngan Irwanyah.

Memang seronok betul tengok uyi nyanyi, esp part dia tarik tu. Bingit. Sakit tinger aku. Rasa cam nak pecah mic pon ada. Nyaring. Risau aku takut dia sakit tekak. Tapi memang dia tarik kaw2 punyer. Hm hasil latihan melalak kot. Budak2 punyer suara kan tinggiii jerk.

Tapi yang best tu time kitorang layan lagu yang dia tak pernah dengar pon (lagu Herman Tino pon aku ada try semalam.. ahak!) dia boleh join sekali. Sebabnya, dia dah pandai membaca dengan pantas dan laju. Dulu, masa belum sekolah atau lebih tepat lagi masa dia merangkak2 nak membaca, dia hanya nyanyi lagi yang dihafal saja. Sekarang.. cewaaahhh.. dengan lagu2 omputeh sekali dia nak nyanyi sama tapi ikut versi dia lah. Lagu Sway by Michael Buble tu, part 'only u have the magic technique, when we sway i go weakkk' je yang dengar dengan jelas. Lain2 ikut bahasa Perancis dia lah!

Selesai kol 12 lebih, terus balik rumah selepas tapau lauk daging masak merah kegemaran uyi. Lapar. Tu le, melalak kuat sangat sampai dah abis tenaga.

Aku risau suara dia serak nanti. Dan kompem. Suara uyi serak dah pagi tadi. Sebelum pegi keje dia panggil aku suruh bukakan kipas. Serak. Hm alahai.. ciannya anak ibu.

Err smalam aku try carik lagu group Indo yang menang Gangstarz tu. 'Ku hanyalah kekasih separuh masa.. separuh lagi untuk dia.. na na na...' Eh sedap la pulok..! Tapi tak de... huhu.

Wednesday, December 12, 2007

Sebab semalam cuti, rasa cam hari Isnin pulak hari ni.

Petang Ahad, sambil baring goyang2 kaki lepak depan tv ngan uyi.

Tiba2 iklan Shelltox (atau shieldtox?) ke udara. Ala, iklan si lelaki berbadan besar membunuh nyamuk masa kenduri kawin (sebab ada pompuan pakai inai).

uyi : olohh...bunuh nyamuk jah..

aku : naper?

uyi : ho la.. bade besar2 bunuh nyamuk jah. Oghe bunuh la rimau ko...

**

Aku ngan liza diskas pasal orang yang nak beli tanah abah kat bukit tu.

uyi : sapo nak beli tanah atuk bu?

aku : tak tau la uyi, ibu tak kenal.

uyi : banyok ko? (adoiii.. kuat betul slanga kelantan budak nih!)

aku : hemm banyak la.. tu yang atuk nak bincang tuh

uyi : gano kite nak jual tanah tu? nak ambik pakai apa?

aku : amik apa pulak??

uyi : ho la.. dah tanoh tu banyok, gano kite nak amik kasi dia..?


Ohhooo.. baru aku paham. Rupanya dia ingatkan jual tanah tu cam jual barang kat kedai. Bungkus dalam beg plastik.

**

Benci dan sedih sungguh hari ini. Terasa aku seperti menjadi mangsa bos bodoh yang racist itu. Rasa nak ludah je kat muka dia atau simbah ngan milo panas. Eeee....!

Tapi aku sabar.

Sebab aku sedang menghabiskan buku Misteri Alam Arwah.

Dunia ni hanya persinggahan yang sementara.

...........

Thursday, December 06, 2007

Ermm.. budak2 baru belajar.

'ibu, dog tu anjing dih..?'

'ermm..'

'hot tu aper?'

'hot tu panas cayang' simple answer.

'aar.. hot dog tu panas anjing la..?'

'err.. ehh.. tak la.. bukan camtu...'

'doh hot tu panas, dog tu anjing, horr betul la panas anjing'


Uyi suka betul menyakat aku dengan soklan2 camtu setiap kali aku balik dari kerja. Walaupon dia tau makanan itu namanya hot dog, tapi dia tak puas hati sosej yang dibalut roti itu diberi nama hot dog.

Kenapa panas anjing..??

Mentang2 la dah blajar bahasa inggeris kat sekolah..!;p

Wednesday, December 05, 2007

Demi masa...

Dah 2 hari aku tak berjam tangan. Jacques Farel aku kehabisan bateri. Dan selama 2 hari itulah aku hanya berpandukan jam kat hp. Arhhh.. payah jugak.

Nak tengok waktu je kena bukak beg. Kena buka zip beg dulu. Pastu kena carik2 dan selongkar di celah2 segala khazanah yang ada kat dalam tu dulu baru la jumpa hp. Isk.. letih la setiap kali camtu.

Kadang-kadang terlupa. Tangan kiri di angkat sedikit dan mata jeling ke bawah. Adehh... mana ada jam! Isk... Takde benda yang terlingkar kat pergelangan tangan kiri. Kosong. Hampa.

Huhh... jap lagi aku nak pegi kedai jam!

Monday, December 03, 2007

Angan dan sedar

Setengah juta tu banyak tak? 500 ribu je, tapi sebab ada perkataan juta automatically nampak satu amaun yang besar.

Dan aku terbayang menjadi seorang gembala kambing...

Jadi, langkah pertama adalah berkenalan dan beramah mesra ngan kambing2 serta mengenali dunia mereka..

Hermmm... (sambil menggaru2 dagu.)

Tiba2 terngiang2 lagu Fauziah Latiff...

Laaa hai...dah December dah. Dah hujung tahun. Dah nak masuk tahun baru. Dah nak masuk umur baru. Dah nak kena buat azam baru;p. Bulan depan, umur aku akan jadi 32. Huhh... malas dah aku nak buat2 terkejut atau betul2 terkejut dengan peralihan angka tuh.

Masa mula2 masuk kelab 3posen ni memang aku tak sangka gile. Eh ehh dan 30 la umur. Waaa.. maturednya umur kau! 30 tuhh! Tua dahhh... huhu.

Pastu bile masuk 31.. eeee dah 31..? Huhhh cam tak cayer!! 31 dah ek??!! 31, 31... Laa, rasa cam baruu je 30, dah nak masuk 31 pulak.

Dan untuk bakal umur 32 ni.. aku malas nak pikir pasal umur dah. Malas dah nak bilang2 jari. Tak payah nangis say gud bye to 31 or 30 or 20something tuh. Rempuh je ler umur 30+++++ yang akan datang ni.

Sebab kalau aku bilang, 27..28..29..30..31.. erkkk 32??? Pastu dah 35.. 40..50.. kedut2.. tua.. ??? Mati.. terus otak aku berputar masuk citer lain pulak, ke alam kubur, alam barzakh. Tiba2 perut aku akan kecut. Naper ntah! Takut tua ker? Atau takut mati? Sebab orang tua biasanya tunggu masa je nak mati. Isk..

Memang la mati ni tak kira tua atau muda, tapi biasanya kalau buah kelapa tuh, yang tua la gugur dulu ek...?? Alamakk... masuk bab buah kelapa la pulak!

Hermm.. itu pasal aku malas bilang umur. Sebab once aku dah imagine, ia akan melarat2 jadi part 2, 3, 4 atau sampai berapa ntah. Terbayang hari tua sok dok sorang2 ke? Atau ngan sape? Uyi dah besar.. anak dia ada baper? Sayang atau pedulikah dia kat aku? Eeee.. serius aku benci ingat hari tua. Gunakan krim anti penuaan! Tidak.. aku menyampah betul iklan tu.

Aku tak kisah pon pasal umur. Sebab aku tau, umur ni tau nak naik ajer tapi tak reti nak turun. Tua ni semua orang akan rasa kecuali kalau dia mati muda.

Tapi bila fikir2 balik, ingat2 balik... hiiiii seram gak ehhh. Tua.. tua.. tua.. Kalau boleh nak stopkan waktu alam. Jangan bergerak. Maintain kat sini jer. Err tapi tukar sket umur aku kepada 27 atau 26.

Bulan depan jugak ulangtahun kelahiran uyi yang ke8. Aku, uyi dan ma berkongsi bulan actually. Uyi dah pesan awal2 nak kek bernombor 8 sepanjang 2 meter.

Ehh jap, jap. Betul ke aku dah 32 tahun depan ek? Born 76?? huhh.. lap peluh atas dahi..

Thursday, November 22, 2007

semangat uyi selepas demam


Pagi tadi telefon uyi.

'uyi demam lagi tak?'

'tak.. uyi tak demam doh. Uyi rase bersemangat.'

'waaa.. bagus la anak ibu.'

'ibu ibu, meh uyi nak cito satu bendo nikh.'

'apa dia?'

'semalam uyi dok umah uncle Tariq dih.. pastu kak nini suruh uyi cari gewe untuk uncle Nomad. Dia suruh cari hok come2 kat kampung. Uuoooo.. ibu aaar ibu.. ibu kawinlah ngan uncle Nomad, uyi nak adik nikh... deh?'

Waaahhh, ni saper dah ajar uyi suruh aku kawin ngan Nomad nikh. Sure mak teh dia ni. Eeeeyy...!

****

'weiii, uyi citer dah kat ko?' aku tanyer liza.

'dahhh... dia dah citer kat aku. Aku la yang cakap kat uyi suruh ibu la kawin .. hi hi hi...'

'cehhh...'

'tapi ko tak tengok muka dia tadi, suke betul dia bile cakap nak adik. Ceria betul. Muka dia kan berseri2 tau! Tersengihhh jer.. huhu.'

'hi hi....'

Abis, apa citer amy search uyi? Dulu beriya2 suruh ibu kawin ngan amy search je, ngan orang lain tak bagi.

Kelam kabut masa tu aku carik pakwe yang ada iras2 amy. Hehe. Adik2 aku cadangkan ........ alaaahhh... apa nama si vokalis pemenang Rentak Juara time tuh. Group Fenomena tu. Keh keh keh. India. Peminat amy search jugak. Muka pon ada seakan2. Pulak tu kebetulan time tu mamat ni baru convert muslim. Ha ha ha... ampeh betul budak2 nikh!

Wednesday, November 21, 2007

uyi demam


Tadi sebelum pergi kerja aku dah cek badan uyi. Dah tak panas dah. Semalam uyi dah makan cortal dan minum air cap badak. Sebelum tidur pon badan dia dah ok.

Tapi tadi adik aku cakap suhu badan uyi naik pulak. Aduhh, kesian uyi. Dia ni kalau demam memang camni. Suhu badan dia suka main2. Kejap naik, kejap turun. Pendek kata lambat nak baik.

Tapi demam dia ni tak seteruk dulu. Ada sekali tu badan dia panas sangat. So, aku bentang toto dan tidur kat bawah je ngan dia. Sambil letak towel basah kat dahi, badan. Pukul 3 pagi dia mengigau. Pastu meracau2. Tangan dia tunjuk ke arah tingkap dan cakap ada hantu. Mak aihh, masa tu bulu roma aku kat tengkuk pon naik. Huhu.. seram!

Tapi, walaupon uyi cakap ada hantu kat tingkap, dia suruh aku bawak dia kat benda tu. Nak pegang. Ulpp..

Aku peluk uyi. Pujuk dia cakap tu bukan hantu, tapi sepasang baju yang aku sangkut. Sebab gelap, nampak yang bukan2 lah.

Hermmm.. kalau demam tak baik jugak nak kena bawak pegi klinik la karang.

Monday, November 19, 2007

Jangan jadi hamba duit.

Ramai orang berpesan begitu. Jangan letakkan duit itu di tangga teratas. Duit bukan segala-galanya.

Pun begitu, ada orang menangis sebab duit. Secara langsung ataupun tidak.

Mahu atau tak, dalam kehidupan yang serba mencabar dan mahal ni, duit diletakkan di tangga nombor satu. Yang boleh bikin macam2 hal.

Aku..? Aku tak gile duit. Opss.. sikit2 adalah. Aku belum layak berada dikalangan manusia yang berlumba2 mengumpul kekayaan berlipat2 ganda dan hidup mewah. Asalkan hidup aku selesa dan senang itu sudah cukup. Tak payah la kereta besar2, rumah besar. Bak kata orang cukup makan pakai sudah. Sederhana. Moderation.

Tapi... aku baru menangis sebab duit...

Bukan tak cukup duit, tapi terpaksa dihabiskan atas kecuaian aku sendiri. Sesuatu yang boleh dielakkan sebenarnya.. sesuatu yang tak sepatutnya berlaku... sesuatu yang.. arhhhh... entah macam mana!

Dan aku yang baru berjinak2 dengan dunia penyimpanan ni terpaksa pejam sebelah mata kat savings aku yang dah susut tu. Buat2 tak nampak!

Ya Tuhan, jangan la jadikan aku lemah hati lemah semangat disebabkan hal duit. Walaupon hari2 aku kerja point aku adalah duit, sehingga selalu terlupa menjadikan pekerjaan itu satu ibadah tapi aku bukan ingin menjadi hamba kepada harta dunia yang satu tu.

Takpe lah.. orang pon selalu cakap duit boleh dicari. Hermm.. ye la.. boleh dicari. Huk!

Abah pon selalu nasihat apa2 benda yang kita punyai dalam dunia ni sebenarnya bukan milik kita hatta anggota badan kita sekalipon. Tu semua pinjaman dariNya. So kalau Dia nak tarik penglihatan kita ke, kita tak boleh nak merintih sebab benda tu semua bukan kepunyaan kita. Kita pinjam sekejap ajer. Sama la macam duit. Hermmm... ye eh..?

Pesan seorang ustaz pulak, mungkin itu bukan rezeki kepunyaan kita. Mungkin kita ada curi tulang waktu kerja, jadi rezeki tu bukan hak milik kita. Kenaaa tarik balik. Hermm.... izit?

Ye lah, nak tenangkan fikiran kena banyak renungkan kata2 hikmat dan berfikiran positif. Tarik napas panjang2.

Memang duit bolah carik, tapi semangat yang hilang..? Mana nak gapai?

Monday, November 12, 2007

Isnin yang membosankan...hah biasalah!

Hari Sabtu, lepas keje around 2pm terus pegi Jengka amik Uyo kat Uitm.

Jalan jem. Maklumlah, orang tengah sibuk dgn perhimpunan bersih tu. Jalan ke KL ditutup. Road blok untuk kenderaan dari luar yg nak masuk ke KL. Dah la hujan.

'Huu..tengok..bagus polis.. Hujan2 pon standby. Tengok tu.. Laa takde khemah tempat duduk tu..iskk...hujan..kesian.' Luah abang Helmi. (Masa tu kalau tak salah kat tol Gombak. Err Gombak ader tol kan? Ala.. before ke Karak tu. Hehe.)

'Laa.. dah memang keje dia, apadaa..' Aku cakap.

'Diorang ni laa, pembangkang ni. Ntah apa nak ntah, buat susah orang je. Tengok.. dah menyusahkan rakyat dah.' Ceeyyhh patriotik la plak dia.

'Lantak diorang la nak buat apa, abis pembangkang tak diberi peluang langsung. Balik2 parti sama je berkempen kat tv, mana aci. Kasi la sama rata.' Cehhh entah apa aku cakap aku pon tak tau. Hehe.

'Tu laa, masa dulu2 taknak, skang baru terhegeh2 nak buat itu la ini la. Ina tau tak, ini ciner ngan india punya ni tau, diorang nak buat kacau. Abang pon kena standby ni ha tapi dah kena pegi Jengka nak buat camner.'

'Abis kalau diorang call abang camner?'

'Takpe, dah hantar orang dah standby..'

Diam.

'Oooo.. ni mesti orang Nik Aziz la ni.. he he.'

'Apa kena mengena pulak?'

'Abis tadi beriya2 sokong pembangkang.' Sengih.

'Takde nyerr.. takde sokong saper2, malas. Baik undi parti Cap Uyi. Ngeh ngeh.'


Bosan tul. Abang Helmi kuat gak politik ni. Nampak gaya cam penyokong kuat Pak Lah.

Tak tau la atas dasar apa sebenarnya. Betul2 berpolitik ke atau memang dah tugas dia camtu.

Ahhh, malas campur. Politik ni sesuatu yang asing bagi aku. Nak bercakap pon tak reti. Benda2 ni semua bikin sakit kepala jer. Tak amik port ah. Yang aku tau, aku nak hidup dalam keadaan aman damai.

Pagi2 boleh pergi kerja. Anak nak ke sekolah takde masalah. Nak ke mana2 beli barang ke, jalan2 ker takde sekatan apa2. Tentang politik atau yang sewaktu dengannya aku serah je pada yang berkaliber. Cukup. Sebab aku tak pandai. Dan jugak aku tak berani nak menyertai apa2 perhimpunan yang melibatkan FRU atau gas pemedih mata!

Ok, stop.

Aku arrive Jengka dalam pukul 5 ptg. Hajat di hati nak singgah pasar malam yang dah lama ku tinggalkan tapi apakan daya, hujan. So, kitorang makan kat salah satu restoran kat Bandar Pusat tu.

Hmm memang dah banyak kedai makan kat situ. Tapi yang pasti, satu bangunan yang aku ingat. The one and only pasaraya yang mula2 wujud masa aku study kat situ dulu, Pasaraya Sapak. Hehe. Dah buruk dah. Lagi pulak dah banyak deretan kedai baru yang muncul so Sapak agak tenggelam.

Lepas makan, terus gerak balik KL. Aku drive sekejap kat highway tuh.

Time nak masuk ke salah satu destinasi rehat & rawat, ada road blok! Alamakkk, gilos! Mampuihh...

Tapi nasib baik polis tu takde suruh berhenti ke, tunjuk lesen ke. Kalau yer, abis la.. baper mata demerit aku kena kerana tidak mempamerkan P? Huh...

Oh yer, masa makan kat Jengka tadi ader sorang akak tu pukul2 peha anak dia. Cubit. Apa laa.. elok2 anak dia tengah main, dah menangis budak tu. Pastu dia cubit lagi anak dia sebab melalak. Cubit suruh diam. Budak tu bukan buat apa pun, dah nama pun budak tentulah main ajer kejenya. Umur baru 2-3 tahun. Biasalah, aktif. Bukan dia kacau orang. Geram pulak aku tengok akak tu.

Biar je la anak dia nak main. Apadaa. Uyi dulu masa aku tengah pilih baju, dia siap swimming atas lantai kat carrefour lagi. Konon2 tgh swimming kat pool. Hehe. Aku biar je. Tapi pastu larang la dia. Abis kotor baju. Ops, apa kater iklan sabun tu, biar terkena kotoran demi pengalaman? Keh keh keh. Poyo jerk.

Tiang seri rumah kat kampung pun uyi dah panjat sampai atas. Sekali tengok macam monyet daa! Tiang seri tu bulat, bukan kayu empat segi, tu yang senang je dia panjat. Macam Belalang naik pokok kelapa dalam citer Nujum Pak Belalang.

Tengahari tadi uyi mesej aku:

'Bu, adik x gi sek ari ni.'

Aku tepon dia. Dia kata malas nak pegi sebab tak belajar dan buat penat je. Maunyer tidak, asyik bermain, berlari memang la semput.

'Ok, tapi esok gi sekolah yer?'

'Ok.'

'Ok uyi, ibu ader keje ni. Nanti ibu tepon lagi ek. Letak tepon ok. Babaaiii... satuu...'

'Dua....'

'Tiggerr...!' Serentak letak tepon.


Dah. Sambung kerja.

Friday, November 09, 2007

Aku tunggu Jumaat depan...!

Yeeeaaaasssssssss!

Tak sabar menunggu hari Jumaat depan. 16 haribulan.

Uyi sampai kl pagi tuh!

Sungguh tak sabar! Rutin akan berubah seketika.

Tak sabar nak balik kerja petang2. Nak cepat sampai rumah.

Nak peluk dia erat2 lepas penat balik keje. Cium dia. Cium dahi, pipi, hidung, dagu, kening, mata, telinger, bibir.

Nak mandikan dia. Balut badan dia ngan towel, pastu dukung bawak masuk bilik dan lap dia kering2. Pilihkan baju untk dia.

Ceritakan dia macam2 cerita sebelum tidur. Dah banyak kali dengar pun nak dengar lagi.

Wrestling ngan dia.

Main teka teki ngan dia.

Masakkan lauk feveret dia. Sardin! Hehe, atuk dia selalu cakap aku tak reti masak lauk lain, walhal bagi uyi sardin tu sedap banget setaraf ngan ayam percik dan KFC.

Malam bawak dia makan2, jalan2.

Sabtu Ahad bawak dia jalan2, sama ada pegi Times Square (tak penah masuk), Mines Wonderland (dah 3 kali masuk), Planetarium Negara (pon tak pernah bawak dia), Aquaria KLCC (dah masuk sekali), mandi2 (agenda utama), zoo (harga tiket dah naik since last visit last year, so tak payah la, tak worth it), Genting (tak penah bawak dia main, insyaAllah ader rezeki nak bawak), Muzium (tempat lawatan masa aku kecik2), Tugu Negara (pon tempat lawatan masa kecik2, so buleh pegi sebab free), Putrajaya (dah selalu lepak tapi takpe, buleh tangkap gambar banyak2 lagi), PD (ader rezeki nak lepak 1 hari 2 mlm), etc etc....

Wah wahhhhh.... bukan main bernafsu lagi ekk. Ekekekeke... Dalam banyak2 tu tak tau la baper je yang sempat aku buat. Ikutkan hati, memang nak buat semua, tapi tak mampu dari segi masa, kewangan(yg ni memang takleh lari!).

Herm.. sah2 kena arrange mc bulan ni.

Arhhh... pedulik.. Dah lama berkelakuan baik inilah time nak curik masa bergumbira.

Uyiiii.... cepatlah sampai...!!!

Tuesday, November 06, 2007

fourthly..

Lunch hour, dapat mesej dari adik aku.

'uyi dapat nombor 4.'

Hehh.. aku senyum ajer. Naik satu anak tangga. Akhirnya bergerak jugak nombor uyi setelah 2 penggal berturut2 kat angka 5.

Alah, bukan nak paksa dia dapat nombor satu. Nombor 5 ker, 10 ker aku tetap anggap dia anak yang paling cerdik. Ye la, anak aku kan. Hehe.

*
*
*

'kalau taik tinger uyi bucuk?'

'ibu sayang jugak kat uyi.'

'walaupon taik tinger uyi bucuk?'

'horrr.'

'WALAUPON TAIK TINGER UYI BUCUK..????'

'YERRRRRR...!'


Dia ingat aku takkan sayang dah kat dia kalau taik telinga dia busuk.

Apa sangatlah bau telinga dia tuh, lagi elok dari bau colok!

aku dan ABB

Kebelakangan ini aku perasan yang hubungan aku dgn si abang badan besar agak rapat. Aku katakan rapat sebab kami selalu keluar bersama. Tak kira lah, nak ke mana. Shopping, live band, makan bihun sup atau bank in duit. Paling tidak pon akan keluar untuk minum2 atau lepak2 kat kedai kopi.

Kalau dulu, dalam sebulan tu adalah sekali. Kadang2 tak. Kadang2 3-4 bulan baru ngedate.

Herm, tak pasti pulak bila aku rapat ngan dia. Rasanya 3-4 bulan kebelakangan ni kot.

Aku punya pesen pulak bile dah berkawan rapat ngan seseorang tu tak reti dah nak kuwar ngan orang lain. Asyik kuwar ngan yang sama je lah. Haiii... bukan taknak hang out ngan kawan2 lain tapi selalunya biler kawan2 call ajak, aku dah pun ada plan atau sedang minum ngan abang badan besar ni. Biasanya temujanji ngan abang badan besar memang awal2 dah diset!

Lagipon aku tak reti nak tolak pelawaan ABB ni. Entah! Agaknya aku pon bosan dan takde nak buat apa kat rumah melainkan tengok tv, makan, makan, tengok tv. Uyi pon takde. Boifren pon takde.

Cuma.. walaupon aku hilangkan keboringan dengan merayap menikmati cahaya kl pada waktu malam aku tetap rasa suram. Kelam. Malap kadang-kadang.

Huarghhh.. adakah aku hanya mengambil kesempatan di atas kebaikan, keprihatinan dan perasaan orang lain? Tidak tahu. Aku rasa tak.

Dan aku pon tak mahu dilabel begitu. So far, aku masih di atas landasan keretapi yang nak balik ke Tanah Merah... sebab aku memang nak ke sana. Bukan ke Tumpat atau ke Hat Yai.

Monday, November 05, 2007

Oh mama, aku mau kawen..

Starbucks Jusco Cheras Selatan:


'Hermm, kenapa tak kawin lagi?'

'Tak nak ah, malas.'

'Malas apsal pulak. Kawin je la. Kawin pun malas ke?'

'Malas nak pikir pasal laki. Single lagi senang.'

'Tak teringin ke?'

'Kadang2 teringin jugak. Tapi tak jumpa lagi. Lagipun tak terbuka pintu hati.'

'Nak tunggu terbukak sampai biler? Umur bukan makin muda.'

Diam.

'Tak rindu ke? Tak rasa nak ker?'

Diam.

'Ker dah tak de nafsu ni? Hahhh...?? Entah2 dah tak minat lelaki? Eh normal ke tak ni?'

'Weiii, cakap baik2 eh. Orang ok la. Abis, dah tak jumpa lagi takkan nak paksa2 pulak?'

'Ye la, mana la tau... frust punyer pasal.'

'Ampeh!'

.
.
.

Tak minat lelaki? Serius jugak. Ehhh.. tak. Tidak. Minat. Normal lagi. Ada keinginan lagi.

Keh keh keh. Lawak.

Saturday, November 03, 2007

Memori Luka

secara tiba-tiba
aku mengingatimu
di kamar sepi di malam syahdu..

inikah katanya rindu
sengsara tiada terhingga
setelah perpisahan pun berlalu...



Kena penyakit rindu seksa kan? Pulak tu perasaan tu tak boleh diluahkan. Membuku je kat dalam hati. Menebal. Membengkak.

Bila rindu pada seseorang yang mustahil, aku akan alihkan perasaan, ingatan, khayalan dan memori pada uyi. Aku akan tukar channel.

Atau bile aku bosan yang amat dan sepi aku akan mencari wajah uyi dan bayangkan semua tentang uyi.

Nasib baik ada uyi.

Friday, November 02, 2007

Plan uyi biler aku dah takde..

1-2 tahun yang lepas....


'Uyi nanti dah besar nak jadi apa? Jadi doktor eh..?'

'Ermm..' Angguk.

'Tapi uyi kena blajar rajin2 tau, nanti buleh pegi oversea. Buleh ibu ikut uyi pegi saner skali. Ee bestnyer. Best tau dapat pegi sana uyi. Uyi nak pegi saner tak?'

'Nak. Nanti biler ibu dah mati nanti uyi nak pindah saner teruslah.' Jawapan yang lancar dan spontan dan suci.


Erkkk.......

Oo... dia kecewa dan kesedihan yang amat sehingga memaksa dia berpindah ke oversea untuk mengubat hati setelah kehilangan orang tersayang. Apa lagi yang tinggal kat Malaysia ni kan?

Hermm bagus budak uyi nikh. Dia nak tunggu aku mati dulu baru pindah saner. Herrrrrrrrmmmmm............

Thursday, November 01, 2007

sampai biler asyik nak nombor 5 je cayangg...?



First time sambut hari lahir uyi masa dia 2 tahun. Pakai gown mak cu dia, Pajeen. Hehe.

Sweater aku masa darjah 1 (atau darjah 2, aku lupa!) abah beli kat Sungai Besi pon masih ada lagi. Warna hijau. Skang uyi plak pakai. Seronok dan bahagia tengok sweater tu tersarung kat badan dia. Rasa seperti melihat aku masa kecik.

Huhu.. aku ade satu track top warna merah jenama Antioni yang aku beli waktu sale kat Jusco kalau tak silap 2-3 tahun lepas. Berkenan betul aku kat kaler dia. Memang cantik. Masih aku pakai sampai skang dan uyi pon pernah pinjam track top tu masa kat Fraser Hill.

Yang best tu track top tu takde la besar sangat. So bile uyi pakai takde la nampak menggeleber. Iyer, memang ler nampak baju tu besar tapi baju gitu kan cun jugak kalau pakai longgar2. Aku beli kat children department, age 5-6 kalau tak silap. Kehkehkeh.

Apala diorang ni buat baju. Baju kanak2 pon besar gedabak. Ingat saiz anak gajah ke apa. Aku pon bleh bedal skali. Huhu.

Tapi kalau time raya aku memang kalah la. Diorang ni jahit baju seolah2 kaum hawa kat Malaysia ni besar2 sangat. American size ke apa.

Result peksa uyi dah kuwar. Tadi dia cakap BM dua2 paper dia dapat seratus. Waaa.. bagus bagus! Pastu aku tanyer Matematik dapat baper? Dapt 86. Aisehhh, jauh sangat terlompat.

'Apsal dapat 86 jerk..?'

'Hemmm.. tak tau...' Slow je sore. Mintak kesian la tuh.

'Dia buat 5 sen campur 1 sen = 51 sen. Ekeh keh keh..' Si Pajeen menyampuk menyatakan salah satu kesalahan kertas matematik uyi.

'Laaaa.. uyi tak tengok betul2 ke? Hermm.. takpe lah, lain kali buat betul2 ye cuba lagi..?' Sentiasa bagi nasihat yang samalah. What else.

'Sains dah dapat?'

'Dok agi.'

Tak tau lah dapat nombor baper pulak uyi kali ni. Nombor 5 lagi ker? Mintak2 la ader peningkatan.



Saayang uyi...!

Monday, October 29, 2007

Hari Halloween Uyi

Tadi tepon uyi. Baru balik skolah. Hari ni dia peksa.

'Uyi peksa hari ni kan? Peksa apa?'

'Bahasa melayu'

'Boleh buat? Boleh dapat 100?'

'Bolehhhh.' Konfiden jerk.

.
.
.
.
.
.
.
.

'Ibuuu.. nak sambut hari halloween...'

'Aaaa... halloween? Mana uyi tau ni? Saper ajar? Tu hari hantu tau.. haa..'

'Tauuu.. uyi nak.. mak cu cakap.'

'Mana boleh sambut uyi, tu bukan hari raya ke apa ker. Tu hari omputeh tu, kite takleh sambut tu, bukan raya kite.'

'Uyi nak. Nanti uyi dah besar uyi nak pegi oversea nak nyamar jadi omputeh. Pastu boleh uyi sambut hari tu.'

'Hermm.. uyi nak buat kat maner?'

'Kat atas pokok jambu. Uyi nak wat takut kan sumer orang.'

Hiii.. budak ni suke betul ngan benda2 horror camni. Walaupon dia kecik, tapi berani gak. Tak taulah berani ke eksen ke tapi dia cakap nak sambut halloween ni sebab dia tak pernah tengok hantu. Ulpp...

Berkali2 aku cakap hantu tu hodoh.. menakutkan..creepy. Kalau terjumpa mesti pengsan, pastu demam seminggu. Dia takut tu takut tapi buat2 berani. Ntah! Susah betul nak terangkan kasi faham kat budak2 ni.

Uyiii.. sedapnyer suara uyi, lemak merdu rasa nak makan2 jerk!

Gunakan tanpa was-was!

Dalam entry lepas aku ader melepaskan ketidakpuasan hati aku terhadap bau colok yang membakar dan menerawang ke udara seterusnya menembusi rongga hidung aku ni.

Memang aku bengkek. Kadang2 aku terpaksa pekup hidung comel aku ni ngan tisu. Takpon masukkan seboleh2nya hidung aku ni ke dalam baju melalui kolar baju nikh. Baik aku cium bau badan aku lagi sedap. Ader bau rexona, kadang2 bau silky girl, kadang2... err bau lemak badan. Ok la daripada bau colok yang menyakitkan tuh.

Minggu lepas, si amoi kat opis tu beli sunkist ngan epal fuji utk santapan tuhan dia. Lepas abis semayang, dia kasi kat aku buah2 tu.

'Nahh, u amik sket, i amik sket. Buah ni boleh makan, bagus ni sangat sedap.'

Tanpa berfikir panjang, aku angguk dan amik satu beg plastik buah2 tu. Habis keje, aku bawak balik buah2 tu kat umah.

Kat rumah:-

'Aku pernah baca la, kalo buah2 semayang kat tokong maner leh makan.'

'Ni bukan kat tokong la, ni kat opis aku.'

'Ye ler, kire kat tokong la jugak tu, tokong kat dalam opis. Diorang dah buat semayang buah2 ni..'

'Ye ker takleh makan? Pasal apa ek.. memang takleh makan eh?'

'Entah.. aku rasa laa... Dulu aku pernah terbaca la dalam apabende ntah, lupe. Dia cakap kalau buah yang diorang dah wat semayang kat tokong mmg takleh makan.'

'Alahaii.. ye ker.. aku dah terliur dah ni.. ko tengok buah tu, nampak cam sedapppp jerk. Dia baru beli pagi tadi je, letak kat tokong sekejap wat semayang pastu angkat. Sayang aah kalau takleh makan'

'Hehe...ko nak? Makan ahh..!'

'Isk, dah ko cakap takleh.. kalau was2 jgn.. tu sahabat setan.' Cewaahh.

'Hee...Aku pon ingat2 lupe... tapi rasa cam takleh.. ntah! '

'Huh, ko tepon la abah. Tanyer.'

'Hishh ko nih, dah kol 11 abah dah tido. Kang mesti abah tanyer macam2.. hihi.'

'Erm.. aku rasa cam boleh, tapi tak tau aah. Nanti esok tanyer ustaz.'

.
.
.

Pagi esok, kat atas meja ada sepinggan buah2an epal dan oren yang telah dipotong. Tapi 2 ulas oren tinggal kulit. Isi dia aku tak jumpa pulak.

Cisss.. apadaa... tak tahan godaan betul saper yang bedal ni. Lom sempat nak tanyer ustaz dah dipotong2 buah tu. Siap bedal lagik 2 ulas. Huhh.. orang alang2 dah makan tu bedal la sumer. Ooo.. mesti dia fikir kalau makan buah dr tokong tu berdosa, at least dapat dosa kecik je la sebab makan 2 ulas je..? Hehe.. Lawak asbestos.

Jahil sungguh. Benda2 cenggini memang mengkonfiuskan.

Friday, October 26, 2007

Sembilu Kasih

Aku dengar citer semalam, aku dirisik secara senyap oleh seseorang.

Aku tau saper orangnyer dan buat aku takde mood.

Tak sangka pulak. Unexpected.

Belum habis lagi ker citer ni..? Dahhh.. dah.. aku takmo panjangkan episod ni jadi telenovela pulak. Tak pon cam Sembilu Kasih ataupon Natasya yang ader part I, II ataupon III tuh...!

Bosan.

Thursday, October 25, 2007

Memang dari dulu aku tak suka bau colok!

Tensen tul. Sejak balik cuti raya bos aku sibuk bertukang membina rumah Tuhan dia kat dalam opis ni. Dah la tempat tu strategik yang amat. Tuii..! Ya, betul2 depan tempat duduk aku. Ops, bukan. Sipi2. Tapi dekat dengan tempat aku. Terlalu dekat sehingga boleh bau asap colok tu. Aduhhhh... aku dari dulu memang benci betul dengan bau ni. Tak tahan.

Bukan aku tak pernah keje ngan ciner sebelum ni, malah kebanyakannya. Tapi at least diorang concern dan peka dan sensitif pasal benda2 camni. Bukan nak cakap pasal sentimen agama. Bukan. Aku pon tak prejudis ngan agama diorang. Tapi aku tak tahan ngan bau tu. Sama la cam asap rokok. Nak suruh sedut ajer asap tu sepanjang 8 jam dalam opis ni? Mati kering aku..

Lagipon, memula dulu dah suggest kat bos tu suruh letak kat belakang sket, ader ventilator. Tapi orang tua tu takmo dengar orang cakap. Konon tak ong la, feng shui tak bagus la itu la ini la. Habis, aku yang sedut asap tu bagus sangat lah..? Hadoiii... sakit hati aku. Langsung tak fikir pasal orang.

Menyampah.

Wednesday, October 24, 2007

Uhh..!

Aku tak sihat...

Kepala aku rasa berat..

Badan aku rasa tak sedap..

Rasanyan fikiran aku takde kat sini..

Aku rindukan famili..

Aku rindukan uyi...

Aku homesick...ohhh...

Aku tanak keje...!

Aku nak cuti lama2.. tapi bukan selama2nya

Arhh.. nampaknya kena amik masa nak panaskan enjin..!

Monday, October 22, 2007

Assalamualaikum....

Petang raya pertama, aku dpt mesej dari adik ipar aku. Teks berbunyi lebih kurang 'abang nak datang beraya ngan uyi. Pagi tadi dia bertolak.'

Ulpp.....

Kalau dia datang... maknanya... dia datang beraya lah? Maknanya, aku akan berjumpa ngan dia ker? Jumpa?? Mesti ker? Tapi, ni kan hari raya takkan aku tak kasi dia masuk rumah? Takkan aku nak elak dari jumpa dia? Dia nak jumpa uyi, which is anak aku... yea anak dia jugak. Err... camner eh?

Betul mati kutu aku time tu. Dulu... takpe la dia datang. Aku takde. Skang ni kan hari raya... kang kalo cakap aku tak balik cam tak logik pulak.

Bukan apa, aku cuma tak boleh nak bayangkan macamaner kalau aku jumpa dia nanti. Nak cakap apa? Aku takmo cakap apa2! Aku takde nak cakap apa2 jugak! Abis tu, hidangkan air pastu duduk mengadap dia. Diam ajer la tak payah cakap apa2 eh? Arh, macam tu pon aku tak rasa aku boleh. Abis.. duduk diam2 je kat dapur. Takpon berkurung dalam bilik sampai dia balik.

Tapi... dia kan sampai malam. Dari kl lak tu. Takkan nak suruh dia balik terus? Aku ni berperikemanusian. Takkan letih2 drive dr kl pastu nak halau dia balik lepas jumpa uyi? Abis.. nak suruh dia tido mana? Rumah aku? Isk.. ala.. rumah abang long kan ada. Suruh je dia tido sana, abis citer. Ek..?

Layan punyer layan kepala aku ni, akhirnya lebih kurang kol 8 malam lepas makcik Dah anak beranak yg kepala tak betul tu balik, babah uyi pon sampai.

Aku? Memang ikut perancangan awal aku lepak dapur je. Prepare sumer, pastu pas kat ma ngan adik2 aku suruh bawak kuwar. Parents aku tak cakap apa2. Tak jugak diorang paksa aku kuwar jumpa bekas husband aku tu. Nak jumpa buat apa ek? Dah 5 tahun aku tak jumpa dia dan beraya sendiri je, so kali ni takde maknanya. Lagipon, kalau aku sendiri yg jadik parents, bekas menantu buat camtu kat anak aku... hermmm aku tak rasa aku benarkan dia jejak pon halaman rumah aku. Hah... brutal ekk..??

Yang best tu, aku sempat menyelinap kuwar ikut pintu dapur nak follow budak2 ni mencekik kerang bakar ngan colek buah kat pekan Batu Gajah. Bukan apa, nanti kang dia nak makan nasik kat dapur aku malas la nak pegi menyorok pulak kat dalam bilik ke apa ker. Baik aku kuwar terus.

Dalam kol 11 baru kitorang balik. Aku masuk ikut pintu dapur dan terus masuk bilik. Tak sampai 5 minit landing, tetiba dapat mesej dari adik ipar aku. Alamakk...

'Akak benci sangat ke kat abang sampai taknak jumpa dia? Kesian kat dia datang dari jauh semata2 nak jumpa akak dan uyi, pergilah jumpa dia sekejap. Adik bukan nak suruh akak terima dia tapi jumpa la at least sekejap. Dia dah banyak berubah dah.'

Hermmm... aku balas balik. Adik reply balik. Aku replay. Adik reply. Berbalas sms sampai kredit aku dah abis. Siap adik tepon aku lagi. Bukan takat adik, along pon. Nasihat kat aku buang yg keruh amik yg jernih. Eh eh... senang ke nak buang yg keruh tu long..?? Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak alami apa yg aku alami. Senang la kau bercakap. Betul bak kata pepatah, hanya bahu yang memikul ni jer tahu betapa beban yang digalas.

Tapi aku ni bukan la jenis degil kepala batu tak bertempat. Lagi pulak mak mertua aku tu tak duduk diam memikirkan anak lelaki tunggal dia yg berkeras nak balik kl jugak malam tu sebab frust dan kecik hati tak jumpa aku. Mak mertua aku tu punyerlah risau. Ye la, anak dia yg baru berubah jadi baik (kot..?) nak balik kl malam tu jugak tanpa rehat, dalam keadaan yang letih dan emosional. So, aku janji ngan adik ipar aku tu yang aku akan pastikan abang dia rest cukup2 sebelum pegi maner2. Dan perlu aku ingatkan yang aku buat ni pon sebab mak mertua aku. Takde sebab lain.

Pagi esoknya, lebih kurang kol 9 pagi dengan tak percaya aku pergi jumpa dia dan tegur dia untuk kali pertama setelah hari itu. Rasa bergetar suara aku kat kerongkong ni.

'Assalamualaikum.. awak dah minum ke? Kalo belum jom la naik dulu... nak balik kol baper ni..?'

Lepas dia jawab soalan aku, aku terus angguk dan masuk dalam. Dah... Aku dah tunaikan janji aku. Dah jumpa dia kan? Sekejap pon takpe kan..?

Dipendekkan citer, dia gerak dalam pukul 3 petang. Aku rasa lega. Aku tengok uyi. Uyi tengok aku.

'Uyi, babah ajak uyi pegi umah dia dok ngan dia. Sehari je. Nak?'

'Emhh.. tokse..'

Aku tak cakap apa2. Memang uyi taknak. Bukan aku nak pisahkan jugak uyi dari keluarga nenek dia kat sana, tapi memang uyi taknak. Along beriya2 ajak uyi stay sana cuti sekolah nanti.

'Ala, ko tinggal je la dia kejap kat sini, takpe along boleh jagakan. Bukan orang lain. Ko ni cam tak cayer pulak. Ni ler anak buah along yang paling jauh tau, jarang sangat jumpa, rindu rasa.'

Kenapa la diorang tak pernah nak faham. Bukan aku tak pernah bawak uyi pegi sana. Aku ader bawak kalau uyi datang kl. Tapi uyi dok ngan parents aku sejak dia kecik lagi. So memang dia tak berapa biasa ngan famili belah sana. Nak tinggalkan uyi kat saner? Huh... mau meraung dia, satu USJ tu bergegar.

Hermm.. bekas husband aku tu ader ajak aku kuwar bawak uyi jalan2 pagi tu. Oh.. no way. Aku tak pernah terfikir nak dating lagi ngan dia. Cukup la.

Dan opsss... baru tadi dia sms aku, ajak aku dinner kalau free. Ajak pilih hadiah untuk uyi. Hmmm.. aku tak perlu sakit kepala fikir banyak sebab aku dah ada jawapan.

* aku dah cukup kuat dan konfiden untuk menolak dia. yeah.. tahniah utk diri sendiri yang lemah ini.

Selagi belum tutup mata... kerja..kerja..kerja..!

Laaa... dah kerja ghupenyer...!!

Dah lepas dah raya... walaupon raya tu orang cakap sebulan, tapi ia tetap dah berlalu. Nak raya lagi? Tunggu tahun depan la pulak.

Rasa sekejap je cuti. Menanti saat percutian tu punyerlah lama.. punyerlah berdebar2 menanti.. tak sabar. Tak sabar nak pulang beraya. Tak sabar nak bercuti. Nak jumpa keluarga kat kampung. Tup tup dah selesai. Dah abis cuti. Dah abis raya. Dan yang paling tensen dah kena balik kl.. dah kena keje...!!! huwaaaa....!!

Kalau dapat cuti sebulan.. kan best..?

Wednesday, October 10, 2007

Selamat menyambut hari raya geng..

Banyak bende nak tulis tapi tak berkesempatan.

Ada banyak benda sedih dan menyakitkan.. pon rasa tak larat nak ingat balik.

Biarlah.. biaq pi..lantak dia la..pegi mampos..go to hell..

Dan yang penting.. semangat berkobar2 nak balik kampung malam ni.. yeahaaaa....

Untuk semua kawan-kawan yang dikasihi..yang kenal dan tak kenal...di alam nyata dan di alam maya...

Selamat Menyambut Hari Raya....muahhhhhsss
Raya dah kite....


* uyi dah dapat duit raya pertama 2 hari lepas..

Saturday, October 06, 2007

Mata aku asyik nak mengenyittt jer..

Sejak petang semalam bawah mata kanan aku asyik bergerak ajer.

'Eh, apasal mata aku ni...ko tengok, asyik bergerak je kat bawah ni'

'Orang cakap tandanya ko akan nangis, takpon ko nak tengok orang'

'Huh.. memang le nak tengok orang, kite kan nak gi Jusco. Memang aku tengok orang la'

Sampai la skang ni, masa aku tengah menaip ni, mata aku still bergerak lagi. Sib baik dia bergerak tempat yang sama je. Buatnya dia bukak branch kat mata yang sebelah lagi tak ke haru..!!

Dan malam tadi aku terlepas sahur lagi. Kali ni memang aku betul2 tido mati. Betul2 flat. Sebab sebelum tu aku hanya dapat tido 2 jam dan malam tadi lak aku tido kol 1. Menjerit la jam loceng tu sorang2 kol 4, sikit pon aku tak sedar.

Bila masa aku berselimut pon aku tak tau sebab seingat aku smalam aku tak bukak pon selimut. Memang tindakan di luar sedar tu.

Sedar2 je dah kol 9.... zasssssssss...!!

Friday, October 05, 2007

Mengantuk

Aku hanya dapat tido 2 jam semalam.

Huarghhhh.... ngantuk..!

Lepas beli kasut kat Mines, kol 12 lebih gerak pegi down town kat Cheras tu. Ingat nak cari baju melayu untuk abah. Hmm baju melayu tak jumpa, last2 kitorang beli bunga untuk gantung kat dinding ngan kat atas pintu gerbang. Alahai.. penuh bunga la kat umah aku tuh. Tapi cantik! Memang cantik. Naik seri dia.

Time kasih kat akak jual bunga tu yg tahan melayan karenah aku kejap nak tambah daun coklat kejap nak daun hijau. Last2 dua2 aku tak tambah. (sbb adik2 aku cakap taste aku teruk.. citt poorah!)

Dan sebab dia cakap aku cam Sheila Majid. Ekekekekekkeee.... (sajer nak bodek aku la tuu..)

Balik keje nanti nampak gaya kena berbuka kat Jusco Balakong tu ler. Nak beli kasut uyi ngan baju melayu abah skali.


Huarggghhh............... mulut buaya dah ternganga.............

Thursday, October 04, 2007

Tafsiran mimpi selepas sahur

Kurang seminggu aku akan balik kampung. Start cuti selama seminggu. Cukup ke?? Cukup la.. kalau ikutkan memang tak cukup, nak ajer cuti 2 minggu ker, sebulan ke... Hehe. Bagus la. Nanti bos tentu akan bagi cuti selama 3 tahun. Ataupon cuti terus.


2 hari lepas aku bermimpi. Mimpi tu tak menarik. Apa lagi indah. Biasa2 aje.

Biasanya orang yg hadir dalam mimpi aku adalah orang2 yang aku kenal. Kalau tak kenal muke pon, at least kenal nama. Akan kenal melalui nama dia. Mesti kenal la. Boleh recognize. Boleh tau.

Tapi ari tu aku bermimpi seseorang yg aku... tak kenal kot. Sebab lepas bangun tido aku cuba nak ingat balik.... tapi arhhhh..geramnyerrrr... sampai ke hari ini aku tak boleh ingat siapa org tu.

Aku kenal ke tak dia? Tak tau.

Aku tak nampak wajah dia. Macam sengaja blur gitu.

Isk....rasa nak ajer pegi jumpa tukang telek. Sajer suka-suka.

Huh.. takdo kojo ko ekau ni hah..???

Monday, October 01, 2007

Arghh, aku terlepas lagi..!!

Kali ni dah 2 kali aku terlepas sahur.

Grrrr.... nak salahkan siapa?? Menyesalnya. Menyesalnya. Menyesalnya tak sedar. Menyesalnya tido lambat. Menyesalnya tak kunci jam loceng dah hanya berharap pada alarm enpon. Menyesalnya tak suruh ma kejutkan. Adehhhh... 2 kali berturut2 tu tak bangun.. isk. Apadaa..

Ari tu, lepas sahur aku tepon uyi, dia baru siap mandi.

'Ni uyi dah pakai baju ke belum ni'

'Dok agi'

'Eeee.. tak malu ehh telanjang bulat ehh'

'Hekhekhek.. bakpo telanje bulatnyo, buke telanjang pat segi ko, petok ko..'

Hehehe.. pekat sungguh loghat kelate budak ni. Tapi best. Ceyyhh... (anak aku, best ajer ek.. muahahaha..)

Opss.. pagi esok aku mesti bangun sahur. Janji. Aku nak kunci jam loceng betul2. Kena testing betul2, bunyi ke tidak. Kalau takut gak tak sedar dengan kata lain tido mati, terpaksa la kitorang bergilir2 tido dan jaga untuk memastikan jam 4 nanti kitorang betul2 bangun untuk sahur. Bleh ker?? Hehe.

Cerita pemerah bibirku

Kalau tengah bersiap, benda last aku apply kat muka selain moisturizer dan bedak adalah lipstik. Thanx God aku tak pakai maskara. Compact powder pon dah lama aku tak pakai sebab aku dah bosan. Yeah, aku dah bosan. Bosan nak menepek bedak padat tu kat muka. At the end of the day, kotor sangat rasa muka aku ni. Oily. Lagipon, aku dah insaf dah. Dah tobat sejak muka aku diserang jerawat walaupon bukan akibat pemakaian benda alah tuh, tapi sebagai pencegahan la konon. Dan thanx to Melilea.

Aku start pakai lipstik lepas SPM. Masa tu aku keje kat kedai gambar kat Sungai Besi. Orang lain kerja, aku pon nak keje gak. Waktu tu aku pakai lipstik sape kasi ntah. Huhh.. first time pakai terasa amatlah bangga dan maturednya dan anggunnya. Malu pon ada. Hehe, maklumlah.. waktu tu masih suci murni dan naif lagi dengan life kat KL ni.

Lipstik pertama aku beli masa kat ITM, kaler merah lagi.

Aku nak citer kat sini yang lipstik aku dah habis sebenarnya. Tapi aku rasa amat puas sekali. Kenapa ek? Sebab inilah kali pertama aku betul2 pakai lipstik tu sampai habis. Sampai takde dah. Sampai kena guna jari dan calitkan kat bibir kalau nak pakai gak.

Sebelum ni lipstik yang aku beli mesti tak habis pakai. Dan aku tak pernah dapat lipstik yang aku betul2 puas hati. Yang boleh buat aku setia. Yang boleh buat aku senang, tiap kali nak pegi beli terus amik dan bayar. Sebab aku tak pernah puas hati dengan kaler dia bila dah apply kat bibir aku ni. Ye la, tengok Fasha Sandha pakai lain apasal aku pakai tak sama cam dia pakai haaa...????????

Lagi satu aku cepat bosan ngan kaler dia. Fuh, nasib baik la lipstik aku ni bukan lah mahal dan aku bukan jenis 'janguk' (melawa). Ada sekali tu aku bosan pakai lipstik dan cuma pakai gloss ajer sampai kena tegur ngan colleague, nampak macam orang dalam pantanglah, macam mayatlah. Cehh.

Terima kasih pada lipstik Silky Girl code 18 sebab menyenangkan kerja aku. Lepas ni pegi Watson ke, Guardian ke tak payah nak try2 lipstik lain. Bosan tul pilih barang yang ada banyak pilihan ni. Skang dah senang terus amik, bayar, chow!

Thursday, September 27, 2007

Barang yang lepas akan aku kenang.

Menyesal rasanya bakar diary2 aku dulu.

Rugi plak rasa.

Patutnya aku simpan. Tu dah jadi sejarah dan khazanah berharga. Mana nak refer lagi?

Surat2 yang aku simpan start darjah 3 sampai la aku kat itm pun aku dah bakar. Seingat aku, aku cuma simpan surat dari seorang abang yg merupakan cinta pertama dan jugak pandang pertama. Pehhhh... luv at first sight tuu. Nanti balik kampung aku nak selongkar carik balik, ada ke tak.

*sementara nak tunggu jam 5...

Persiapan raya yang lom siap

Dah sampai ke pertengahan puasa dah.

Baju raya aku tak siap lagi. Ok, memang dah cakap 2-3 ari sebelum balik kampung baru aku amik kat kakak tukang jahit tu.

Kasut? Kasut raya ada masa kecik2 dulu jer. Dah besar ni mana ada dah. Kasut keje ada lah.

Baju raya uyi pon lom siap lagi. Dan lom bli lagi. Nenet uyi dah buat sepasang baju kurung warna hijau. Aku tempahkan uyi sepasang kurung purple(peberet kaler dia selain dr pink...iskk). Tu baju kebangsaan. Baju kasual lom usha lagi. Gaun wajib ada.

Kasut..? Alamakk.. kasut uyi yang aku lemah ni. Awal2 lagi dia dah berkenan kat sepasang kasut warna pink bertumit tinggi dan bermuncung tajam. Hah..? Dah le kaler pink, high heel pulak, dah tu siap ader muncung. Aku sendiri memang tak minat kasut pesen tuh. Tapi, kasut yg dia suka tu memang cantik. Kiut sangat. Dan harganya pon bleh tahan kuitt. (Aku jeles tengok deena pakai converse...grrr..bravo nadia&yatt!)

Langsir maintain kaler hijau tahun lepas punyer. Tak payah membazir tukar, lagipon masih cantik dan masih baru lagi.

Kuih? Huh... dah baper tahun ntah aku tak buat kuih raya. Takpe, pegi je beraya makan kuih puas2 kat rumah orang.

Hermm.. aku belum rasa bahang nak raya.

Entry ni takde tajuk

Pagi tadi tiba2 terlintas kat kepala otak aku rasa nak jadi lelaki.

Macam best jadi lelaki.

Boleh ngorat awek. Takde rasa segan2. Boleh kenyit mata kat perempuan lawa.

Kalau aku lelaki, aku nak jadi driver. Driver kepada seorang datuk yang kaya. Dan tak kedekut.

Bagi aku elaun itu ini. Pegi travel sana sini. Bawak kete besar dan mewah.

Punyalah pemurah datuk tu, setiapkali dia shoping dia belikan sama untuk aku. Tak kira baju ke, seluar ke, minyak rambut ke hatta spender pon dia belikan. Duit gaji, aku simpan tak usik sikit pon. Huh..

Kaya la aku camtuu....

Dan tetiba.... opss teksi aku dah sampai. Terus hilang perasaan nak jadi lelaki. Si driver apek tua tersengih, 'mana mau pigi...?'

Wednesday, September 26, 2007

Akujanji

Jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri.

Kalau diri sendiri kuat, tak kira datang citer apa sekali pon pasti cool ajer macam takde apa berlaku.

Ok, agaknya kebelakangan ni diserang angin senggugut emosional, tu yang jiwengss asyik nak berbicara soal hati perasaan. Hehe.

Alahh.. mat rock pon kadang jiwang gakkk.... inikan pulak aku yang ... err...eh aku pon rawk gak..!! Tapi jiwa I lembut tau ..awww...!! Muahahahahaaa...

My heart will go on..and ...onnnnnn

Apa rasanya bila orang yang kita suka, yang masih kita simpan harapan dan perasaan dalam diam, tiba2 ada seseorang...?

Arhhh.. rasa macam putus cinta!

Tuii..tuii..!


Takpe, lepas ni aku nak delete nombor dia!

Aku nak delete nama dia!

Delete sumer mesej yang disimpan.

Delete sumer2 yang berkaitan dengan dia.

Buang alamat rumah kat kampung atau kat kl yang terconteng kat mana2 kertas atau buku 555.

Koyak tarikh lahir dia yang tertulis dalam diari aku.

Buang dalam bakul sampah apa2 barang yang ada bekas tangan dia.

Lagi apa......? apa lagi aku nak buang......?? Apa benda lagi yang berkaitan dengan dia? Yang kalau aku tengok boleh menerbangkan ingatan aku kat dia?

Aku nak buang semua. Aku nak campak jauh2. Aku taknak tengok lagi. Aku takmo kenangkan lagi. Aku tak sangup teringat lagi. Aku tak mahu buang karan lagi fikirkan dia.

Memang aku nak buang semua. Menyakitkan hati ajer simpan semua kenangan itu tak kira dalam bentuk apa sekalipon. Buang lagi bagus. Tak memenatkan hati dan perasaan aku.

Tapi.........

Ini bukan kali pertama aku buat begini. Aku pernah buang semua tu dulu, tapi aku kutip balik. Aku pernah delete semua tu, tapi kemudian aku akan save balik. Dan jugak aku pernah cuba nak pergi pelan2 dan senyap2 dulu tapi yang parahnya aku akan berlari patah balik! Berlari..! Cehhh... cisss... ajaib sungguh perasaan ini. Pelik. Dan sungguh aku tak faham. Dan sungguh aku terasa letih. Tapi aku tak penat. Atau mungkin aku tak sedar2 diri lagi yang aku sebenarnya dah lelah.
Dan yang paling sukar sebenarnya membuang ingatan yang dah melekat dalam kepala otak ni... Aku tau tu.

Agak2 adakah dia tahu apa yang aku rasa? Adakah dia rasa apa yang aku rasa?

Kenapa aku tak benarkan dia tahu apa yang aku rasa? Entah... Mungkin keadaan tak mengizinkan..kot.

Sampai bile aku nak jadi perindu? Opss.. bukan. Aku bukan lagi perindu. Bukan lagi pungguk yang rindukan bulan. Tidak.

Habis... kalau bukan perindu, apa? Penunggu? Penunggu yang setia? Atau pencinta? Ehh..

* rasa nak salahkan al malek riduan yang jadik CNN.

Tuesday, September 25, 2007

Tiba-tiba aku rasa sedang ingin bercinta

Tapi... tapi takde apa yang boleh buat aku rasa nak bercinta. Sigh..?

Jacques Farel



Ini jam tangan aku.

Semalam tali dia putus masa aku main2 bukak tutup bukak tutup klip dia tu sementara tunggu train dan berbual ngan amoi yang sama2 tunggu train gak.

Tengah sedap2 main bukak tutup klip dia tu tetiba jam aku terus terjatuh ke lantai. Alamak......

Tali dia dah putus.

Aku sayang jam ni. Aku pakai jam ni sebelum aku kawin. Sebelum ada uyi. Dah dekat 10 tahun dia jadi kawan aku. Aku suka jam ni walapun aku dah tak suka orang yang hadiahkannya. Itu citer lain. Jam ni tak bersalah apa2.

Aku ingatkan aku dah tak boleh pakai jam ni lagi lepas ni. Tapi pagi tadi bile aku try balik, ehh boleh. Memang le tali besi dia tu dah putus sebab skru dia dah hilang agaknya, tapi klip dia tu yang menyelamatkan dan menghubungkan antara dua tali tu. So, sekali klip dia dah bersambung balik. Ohh.. Tuhan tau aku masih sayangkan jam ni lagi..

First aku dapat jam masa darjah 3. Abah hadiahkan jam tangan Citizen. Lepas jam tu rosak abah belikan lagi. 2 kali kot abah belikan.

Masa aku sekolah menengah aku lupe aku ada jam sendiri ke tak. Atau lebih tepat aku ada pakai jam tangan tak. Lupe.. kalau ada pon agaknya aku pinjam2 jam adik aku je. Takkan la masa peksa aku tak pakai jam tangan ek walaupon ada jam dinding tergantung kat dalam kelas. Entah, lupe.

Waktu sessi pandang2 jeling2 ngan x-husband aku dia hadiahkan jam tangan ni. Dan jam inilah yang aku pakai sampai skang. Lama gak tuh. Idup lagi..

Aku tak pernah beli jam tangan. Sama la macam enpon. Aku tak pernah beli enpon sendiri. First pakai enpon bapak mertua aku bagi. Enpon stok baling anjing punyer, besar gedabak! Lepas tu kakak ipar aku bagi yang lain. Ada sekali enpon aku ilang, kawan aku pulak hadiahkan. Bile enpon aku tu rosak, kakak ipar aku kasi lagi. (iskk..baik ati sungguh dia)

Beruntung gak aku time tu ek. Dapat kakak ipar yang baik, prihatin dan kaya.

Tahun lepas enpon Samsung aku ilang kat opis dicuri dek budak India 2 orang. Belum sempat aku nak beli enpon sendiri Liza suh pakai enpon dia sebab dia nak beli baru. Aku cume bayar Rm80. Upah kedai setkan balik enpon tu sebab sim kad lain takleh pakai unless sim kad Liza.

Lepas ni kalau jam tangan aku ni dah tak boleh pakai lagi atau hilang, agak2 ader tak orang nak sponsor? Ngeh ngeh ngeh..

Friday, September 21, 2007

Opss, hari ini aku pakai sepasang baju kurung raya.

Raya tahun ni baju kurung aku ader 4.

Sepasang aku dah tempah awal2, so dah siap dah minggu lepas. Aku dah amik dah.

Aku ingatkan nak simpan nak pakai time raya. 4 hari berturut2 pakai baju kurung. (ceh.. padahal sebelom ni raya ketiga aku dah tibai kain batik dah)

Tapi pagi tadi aku rasa tak tahan. Grrrr... keinginan membuak2. Di tambah dengan hari ke 5 dalam seminggu memang pintu almari akan dibuka luas2 kasi ternganga mencari baju kurung, atau paling tidak baju labuh2, atau senang citer baju sopan sket lah. Haa.

Alahhh...apa barang nak tunggu sampai raya baru pakai. Bukannya budak2 lagi nak simpan2 baju. Pakai je lah.

Yang best kalau aku pakai baju kurung ni, aku rasa cam cikgu2 plak. Hehe. Tak dapat jadi cikgu, amik feel pon jadik la.

Selain jadi cikgu, rasa cam kakitangan kerajaan pon ader. Sebab tadi sumer adik2 aku pon berbaju kurung. Jalan sama2. Hehe.

Arkk, baju raya dah kurang 1. Takpe, biarkan. Tak boleh buat apa2. Takyah tambah apa2, ganti apa2. Raya aku cuma nak makan, lepak ngan famili.

Lagipon.... aku pokai sampai pertengahan tahun depan. Belanjawan 2008 dah kuwar beb! Sadis.

awek berbikini

Hehe.. sajer aku letak title tuh.

Actually, sebelum kuwar gi bank tadi aku call uyi.

Soalan lazim di bulan ramadan, 'Uyi poser ari ni?''Takk.. uyi tak tahan laaa. Uyi poser sehari demam 3 hari..'

Ulpp..! Parah anak aku ni. Tak tahan langsung. Seingat aku, waktu aku darjah satu aku pose. Nak tunjuk eksen, memang aku rasa cukup aku poser sebulan. Hehe. Tapi tak berapa ingat la jugak, cuma yang pasti aku poser!

Dan masih terbayang jelas lagi betapa lembiknya badan aku ni cam agar2 bile dah masuk kol 4-5pm. Meniarap kat atas kusyen dengan kaki terjuntai ke lantai. Lentok beb wa cakap lu! Memang tak tahan giler. Letih. Lembik. Rasa nak pitam, nak pengsan nak mati pon ada! Time tu lah kan. Tapi aku tahan. Nak gak abiskan poser. Kire bersemangat waja gitu. Tapi anak aku ni... isk.. kater keturunan pahlawan Bugis.

Tengah rancak berciter, tetiba uyi cakap;

'eee.. uyi risau laa ibu.'

'Naper?'

'Uyi risau kot ader bertanding baju swimming cantik nanti... ibu.. nanti ibu bawak balik deh baju swimming uyi.'

'Haaa.. uyi nak wat aper..? Nak bertanding baju swimming apanyer, kot bertanding baju kurung cantik ke, baju gaun cantik ke ader la. Ni baju swimming plak... Isk maner ader orang buat. Ader lak uyi ni, tak malu ehh nak bawak baju swimming kat skolah...? Amboiiii... gelenya tehhh...bla bla bla....'

Terkekeh2 uyi gelak bila aku sakat camtu. Iskk budak ni, ader hati nak tunjuk swimming suit dia kat kawan2. Isk. Isk. Dah le ari tu bawak gambar dia kat skolah, pastu seronok dia bila kawan2 dia cakap 'pheewiitt'. Ceyyyyh... suka menunjuk betul anakku itu.

Bertanding swimming suit saper paling cantik..? Huh, terbayang cam Miss World plak. Hey budak2 zaman skang ni, macam2. Zaman aku dulu maner reti benda2 camni. Yang jadi swimming suit kalau mandi kat sungai, tak seluar pendek ngan t-shirt, kain batik pon jadilah! Haaa pastu terkial2 la sorang2 pasal nak kontrol kain tak kasi tercabut.

Opss.. lupe nak tanyer uyi bisnes angpow dia... :p

al-fatehah..

Actually aku nak tulis entry ni dari semalam lagi tapi kesibukan kat opis yang amat terpaksa aku delay.

Apapun, aku nak baca al-fatehah untuk mangsa korban perbuatan manusia yang tak layak dilahirkan sebagai manusia.
al-fatehah.......
.
.
.

Bila dengar berita kematian Nurin, aku terkedu. Apa lagi dengan cara kematian dia. Meremang rasanya bulu tengkuk aku. Seram. Sebak. Ya Allah, lindungi kami dari bencana ini.

Kalau dapat ditangkap penjahat tu, kasi kerat anu dia sebelom tumbuk lumat dengan lesung batu. Yark! Lempar bagi makan kat anjing. Seksa dia pelan2 sebelom dia mati. Setan punya manusia. Eh, kao tak layak digelar manusia.


Apapon, semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini...amiin...

Tuesday, September 18, 2007

Cepatlah bergerak wahai jam dinding

Aku rasa seolah-olah ader sebiji batu besar lepak kat dalam kepala aku ni. Berat sangat.

Apa nak buat ni.... lambatnya kol 5. Aku takde selera nak buat keje dah. Sib baik bos takde. Dia tak masuk. Takut la tuh. Cehh.. haprak betul. Dan2 takmo masuk lepas aku tanyer balance gaji budak opis untuk bulan ni.

Arhhh... selepas 2 tahun aku keje sini, ni le first time gaji lambat teramat. Dulu before 28 dah dapat. Cepat ajer, mengalahkan orang keje kerajaan. Skang..? Dah la bulan poser, pastu nak raya. Buatnya nak raya nanti dia wat hal lagi tak ke haru? Aduhh, makin bertembah sakit kepala aku ni.

Hopefully situasi ni tak lama. Tempat aku carik makan beb, mesti la goyang gak. Aku malas nak apply keje lain. Nak interbiu lagi, isi2 form, malehhh.

Bakul sampah aku dah penuh ngan tisu paper. Lap benda alah yang tak renti2 kuwar sampai pedih idung aku. Air mata aku pon mengalir. Pedih. Panas.

Aku rasa nak terbaring. Aku tak larat.

Ari ni aku demam

Sakit kepala. Berat. Selsema lagi. Dah 2 ari. Adehhh.

Friday, September 14, 2007

Perasaan ke perasan?

Waktu sekolah dulu, kalau tengah jalan kat tepi kelas atau kat koridor pastu kena usik2 ngan boys, mulalah tarik muke patbelas. Konon marah. Tak suka diusik. Tapi dalam hati... hi hi hi best jugak sesekali kena ngorat! Ehh.. bukan aku, orang lain!

Aku nak buat pengakuan. Aku dah lama tak kena ngorat.

Alah.. zaman ngorat2 ni bagi aku dah lama berlalu. Well, i'm a mother of 1 kid, tak reti bersosial, my life is just pegi keje balik keje sbb nak carik duit, pegi carefour beli barang dapur, nak berhibur pegi karaoke ladies night, kadang2 tengok wayang kat mines or jusco balakong, abis2 happening pon jalan2 malam minggu area hartamas atau bukit bintang. Tengok live band free. Takpon ada kawan baik hati ajak tengok show kat Planet Hollywood. Wah, tu memang paling best le dapat pegi.

Ofis plak, ciner2 mata sepet je. Tak hensem plak tu. Keliling ofis, kilang2. Bangla, Indon, Myanmar banyak la.

Abis, biler masa pakwe2 nak ngorat aku..?? Diorang tak perasan kewujudan aku! Ngeh ngeh ngeh!!

Tapi.... tapi... dalam minggu lepas aku perasan seakan ader seseorang nak tackle aku. Aku berperasaan, bukan perasan. I feel something. Tak tau la nak tackle sebab apa. Ntah2 sebab nak ngorat adik aku sebenarnya, so kena la tackle akak dulu, ek.

Aku bukan teruja beb. Isk! Rasa malu je lah kalau kena ngorat skang ni. Tak sesuaiii gitu.

Tapi syok gak. Huhu. Bukan sebab perasan, tapi kelakar. Sebab tak sangka dia cenggitu. Aku rasa dia tak tau umur aku, apalagi status aku. Eniwei, aku layan gak sms dia. Memang syok jugak kena ngorat ngan sang playboy. Susun kata yang berhati2. Bait2 ayat yang memikat. Sah! Ko memang banyak makwe. Mulut manis bagai ditabur gula. Tapi aku taknak jadi semutnya. Daripada aku jadi semut, baik aku kutip gula tu buat teh o.

Hari ni tak tau balik keje kol baper. Smalam aku bukak pintu umah je terus azan. Huh. Sib baik Alin dah prepare sumer. Cume buah kurma je takde. Arhhh... apa pasal pasar ramadan kat sini takde jual kurma??? Heran betul. Apadaa...

Tak tau la uyi dapat poser ke tak ari ni. Smalam, balik skolah je terus dia bukak peti sejuk minum milo ais. Tak tahan dia cakap. Haus. Dia rasa tak selesa sebab takde air dalam mulut. Hah, air liur kan ada! Geram tul aku. Tak kuat langsung lah uyi ni. Ibu dulu darjah satu dah poser tau.

Waktu sahur dia bangun. Siap mandi lagi. Dia tak sambung tidur tapi tengok tv sampai kol 7, then pegi skolah. Aduhhhh.... geram nak gigit telinger uyi.

Thursday, September 13, 2007

Dia yang bernama.........

Dia datang opis aku kelmarin. Heh. Surprise. Memang surprise.

Datang sekejap aje. Sebab... esok pagi dia dah nak ke Terengganu. Transfer ke sana untuk beberapa bulan lagi kot. Aku tak tanyer.

Dan, dia nampak macam dulu. Macam mula2 aku kenal dia dulu. Sudah kembali tak berapa berisi. Kemas. Cute. Hehe. Dan, satu yang tak boleh dinafikan.. aku suke personaliti dia. Aku suka karektor dia. Selepas dia, aku rasa aku belum jumpa lagi lelaki yang seperti dia.

Ohh.. dia bukan la hensem sangat. Tak jugak kacak. Tapi dia cute. Menarik. Unik. Agaknyer.. orang yang berseni ni memang menarik kot. A'ah. Sebab tu aku agak tertarik ngan kalangan orang2 seni ni. Errk...

Aku borak ngan dia tak lama. Kejap je. 15 minit.

Tapi .. last last conversation .. aku macam terdengar ... 'aku ni setia...hehe'.

Aku sengih jerk. Aku rasa aku dengar. Agak jelas. Tapi takde pulak aku respon apa2. Aku senyum je. Itu yang aku suka pasal dia! Aku tau dia bergurau, atau mungkin tidak. Tapi takde paksaan. Aku dan dia saling respect. Sama2 memahami. Sama2 tau where we belong. Sama2 rasa.

Hemm.. rasa macam baru semalam berkenalan..

Ramadan Datang Lagi

Alhamdulillah... dan InsyaAllah dapat aku berpuasa lagi untuk tahun ke 31 kehidupan aku ni. Hopefully dapat puasa sampai abis sebulan unless sebab2 yg tak dapat dielakkan.

Aku dah tempah baju raya 4 pasang. Hehe. Raya sakan gak ek. Biasa aku buat sepasang je. Abis kuat pon 2 pasang. Tahun ni aku bersemangat lebih. Ohhh... aku nak buat baju keje nanti. Nak pakai pegi opis. Nak banyakkan baju kurung. Memang aku ada niat nak banyak pakai baju kurung tahun depan. So bukan lah satu pembaziran aku tempah baju tu.

Aku rasa aku kena ubah style dressing aku. Dah masuk 30an ni rasa segan lak nak pakai baju yang err.. baby size nikh. Nak menutup lemak yang tersengih. Ekekekeke. Lagipon nampak sikit maturity aku kalau berbaju kurung. Nampak sopan. Awww.
.
.
.
.
.
.
.
.


Arhh.. aku penat nak type lagi. Sikit masa tadi punyerlah berjela aku taip dengan syok dan penuh perasaan citer pasal raya, pasal baju raya aku yang sedondon ngan uyi, pasal uyi yang ligat ngan bisnes angpow dibulan poser dan takut nak kentut sbb dia ingatkan bleh membatalkan poser.... tup2.... ntah salah kat maner dan salah siapa tetiba hilang! Entah aku terklik kat mana aku pon tak pasti. Cehhh. Tak pernah pulak sepanjang aku berblogging ni menda yang aku taip ilang cenggitu jerk. Tak pernah plak tersalah teknik. Menyumpah seposen. Ohhh.. dugaan. Sabar. Ni baru first poser. Tu baru sikit je. Oklah.. aku senyum jer.

Nak try perah balik otak mengingat apa yg ditaip secara spontan tadi memanglah tersangatlah sukarnya. Naik mual urat perut aku. Biarlah.

Salam Ramadan.(Aku baru je baca satu blog tu, katanyer ni ler ejaan yang betul untuk Ramadan. Bukan 'Ramadhan'. Tambahnya lagi, tak cayer kalu, try cek kat Dewan Bahasa. Aku tak cek pon. Cehh. Aku eja 'Ramadan' ni sebab aku tak penah eja camni. Sebelom ni aku eja 'Ramadhan'. Sajer.)

Tuesday, September 04, 2007

Aku Suka Dengan Perasaan Ini

Semalam... aku tepon dia. Kali ni aku rasa aku tepon dia dengan bermaruah. Hehe. Sebab ader point. Ader perkara yang jelas ingin aku tanyakan. Bukan sekadar bertanya khabar. Sekurangnya dia tak fikir yang ingatan aku masih ada padanya. Normal. Sifar. Neutral.

Dan perbualan itu penuh dengan isi dan intipati. Bukan kosong semata. Aku rasa puas. Lega. Dan... aku rasa rindu! Tapi terubat dan segera aku padamkan. Buang jauh2. Habis.

Aku tersenyum. Hati aku rasa berbunga. Kembang sekuntum. Ceria. Agaknya sebab aku pon boleh merawat hati yang duka dan menerima segala yang ada.

Seronoknya sebab sesekali dapat berinteraksi terasa lebih mesra dan rapat.

Aku rasa lega. Aku rasa suka dengan perasaan ini.

Yeiiiihaaaa..!!

Akhirnya.... setelah bermandi hujan selama 2 hari berturut2 sampai sakit kepala aku ni dan termiss Manjalara, aku berjaya dengan cemerlang dalan test JPJ last week. Hehe. Aku dah ada lesen P!!! Yeye...

Takde la seronok sangat pon memandangkan masa umur aku 26 tahun aku dah penah pegang L (laa L ke bukan P ehh??) tapi tak penah amik test sampai abis. Sebabnya... arhhh masa tu aku keje tanam anggur. Anggur Malaysia tak laku beb. Mana nak ader wang. Lainlah kalau masa tu aku kenal lelaki berwang (bukan beruang), dah tentu bleh sapot. Ngeh ngeh ngeh. Citt..!

So aku biarkan je la L aku tu sampai expired. Takde selera aku nak habiskan lesen tuh. Lara betul. Semangat yang hilang. Alahh.. nak LRT pon orait apa...

Sampai la... ermmm.. aku kena ader kete. Aku kena ada harta, at least. Umah takde takpe sebab aku cadang nak lepak kampung je habiskan sisa2 tua. Sayang la buat umah cantik2 besar2 kat kampung tapi takde sape nak duduk. Huhu.

Lagipon, senang aku nak hantar uyi ke sekolah. Ermmm. Senang aku nak bawak uyi jalan2. Pegi carrefour. Pegi Mines Wonderland. Pegi Desa Water Park. Atau pegi joging petang2 keliling tasik permaisuri... atau usha brader ensem itu ari kat Bukit Jalil. Hek!

Uyi cakap ari tu nak kete yang boleh bukak bumbung. Errr, kite beli kete yang boleh bukak tingkap je la uyi... ekk??

Asam Garam Rumahtangga

Kawan masa keje kat 4WheelDrive dulu hubungi aku semalam tapi tak sempat nak jawab. So, bila setel sumer keje kat ofis awal pagi tadi aku amik masa sket call dia. Lagipon, dah lama tak dengar citer dia. Rasanya last week ader nombor dia tertera kat skrin handphone..missed call. Hmm.

Borak punyer borak rupanya dia ada krisis sket ngan wife dia. Puncanya? Haaa.. wife dia dapat tau dia ader skandal ngan pompuan lain kat luar.

Dia mengaku memang salah dia. Terbabas sikit.

Tapi, ada sebabnya. Cehh lelaki... adaaa je alasan dia.

Sebabnya, lately memang hubungan diorang dingin sket. Tak tau la dingin malam ke dingin siang. Tak perlulah aku tanya. Aku kan pendengar yang setia, jadi aku ambik pendekatan mendengar segala curahan rasa terlebih dahulu.

Salah satu sebab ialah anak. Memang diorang ni dah lama kawin tapi takde anak lagi. Masalah jugak tu. Nak kater tak subur, dua2 dah di check doktor. Belum rezeki la kot.

Pastu yang aku tau, wife dia ni kaki kontrol sket. Cam kuasa veto tu lebih kat wife dia. Dia banyak mengalah. Memang sepanjang aku kenal kawan aku ni, dia memang baik. Very tolerant.

Agaknya bila masing2 sibuk ngan kerja dan tak banyak masa diluangkan bersama, kemesraan tu pudar sikit. Tak banyak, sikit je. Tapi itulah kesannya. Sedar tak sedar dah macam orang asing dalam umah sendiri. Anak pulak takde. Ditambah lak ngan masalah keluarga kedua2 belah pihak. Macam2 masalah sampai ader yang buat dia rasa kecik ati. So, kawan aku ni ....alahhh biasalah..orang lelaki. Nakkan tempat mengadu la konon2. Tempat yang boleh dia luahkan isi hati dia.

Nak jadi citer lak, awek yang jadi tempat luahan perasaan tu syok gak kat dia. Tak kisah walaupon dia dah kawin. Boleh terima. Sayang. Pandai pulak bagi nasihat dan perangsang dengan kata2 pembakar perasaan. Huh. Memang bagai orang ngantuk disorong bantal siap ngan selimut skali lah. Lama2 timbul perasaan sayang. Diorang ni macam baru nak melangkah masuk ke alam percintaan.

Dipendekkan citer, wife dia bagi kata dua. Pilih salah satu. Dan kawan aku ni of course la pilih wife dia.

Tapi dia cakap memang berat sebab dia dah start sayang awek tu. Aduhhh..

Nak buat camner ek, kena la korbankan salah satu. Takkan nak korbankan perkahwinan dia kot semata2 awek yang baru kenal tu? Gila lah.

Menyesal tak sudah dia sebab tergelincir sikit. Dia pon tak tau camner hati dia boleh terpaut kat awek tu. Tak pasal2 rumahtangga dia bergoyang.

Ala, soal perasaan tak boleh nak salahkan sesaper. Dia datang pon kite tak tau bile, camner, dalam bentuk apa. Aku tak salahkan kawan aku tu 100% (walaupon lelaki ni cepat sangat nak carik kaunselor). Tapi ... itulah realiti kehidupan dalam sebuah perkahwinan. Suami isteri ni kalau takde masalah memang ajaib la.

Kadang aku rasa lega. Aku tak terlibat dalam masalah itu!

Monday, August 27, 2007

Best sangat ker nasi kandar nie...?

Malam tadi aku ajak abang helmi kuwar. Opss bukan ngedate. Aku ajak dia kuwar sebab nak pinjam kete buat blajar parking (sampai zura tersyasyul sebut 'faking' sebab terlalu banyak menyebut parking masa nak ngajor). Kitorang pegi kat area One Utama. Ada satu tempat parking kat dewan sukan, kot?

Lepas dah nak muntah buat parking, abang helmi ajak pekena nasi kandar kat ss2. Ari tu aku ader tanyer dia sedap sangat ke nasi kandar tu pasal aku tak penah makan. Bukan apa, aku kalau kari2 ni kureng sket. Rasa cam muak lah. Dengan kari yang pekat dan lauk pauk dia macam terlalu masak kot. Sampai naik lunyai daging. Aku rasalah. Melalui.....errr pemantauan aku kot? Huhu. Aku rasa lah. Takpon, instinct aku memang rasa camtuh.

Entah apalah yang mendorong aku nak try nasi kandar ni aku pon tak pasti. Walhal kari2 camtu memang jarang membangkitkan nafsu selera aku ni.

So, smalam kitorang makan kat restoran ...alahai lupe nama dia..Nasi kandar kayu kot, kat ss2. Abg helmi cakap tempat tu femes. Huh..memang femes. Yang menarik tu ramai cina makan kat situ. Tahan perut diorang ngan kari2 tu ek. Aku cam biasa la amik ayam goreng part peha ngan daging lembu. Pastu... ooo kuah2 dia tu main2 campur gitu. Gaul sumer sebati....bedal lah!

Suapan pertama, ermmm memang enak nasinya sebab dikukus. Suapan kedua, ketiga, keempat dan kelima... hermmm....ooooo gini rasanya. Sedap. Memang sedap.

Tak pasti suapan keberapa ntah, aku dah tak rasa kesedapan yang serupa cam mula2 tadi. Biasa ajer.

Tapi at the end, memang kenyang giler. Walaupun nasik dia sikit (sbb mula2 aku tengok mamak tu bubuh sikittt je cam tak cukup), tapi sebab lauk dan kari dia yang bercampur2 buat rasa kenyang.... dan sedikit mual. Aku rasa kalo tambah lagi sikit memang aku takleh abiskan. Burrrppp...!

Dah. Abis dah ngidam. Hehe. Sedap memang sedap, tapi tak le sampai jatuh cinta cam sizzling yee mee.

Tapi....... ehhhh.. apasal tetiba aku terbayang nasi kandar smalam...? Huk ala....

Thursday, August 23, 2007

a shoulder to cry on

Waktu sekolah dulu, kalau kite admire kat orang tapi ader gak orang lain yang tak kurang giler babas admire kat dia, tetiba rasa cam tak best. (erm kecuali abang alid).

Sama la cam penyanyi atau pelakon. Kalau boleh nak minat yang bukan jadi pujaan kebanyakan orang. Taknak sama ngan taste member baik. Apa kelasss nak share ek.

Macam jugak dalam persahabatan. Kalau tetiba kawan yang memang kite anggap kawan nak expect more than that, mesti rasa lain. Tetiba rasa cam tak reti nak borak camner. (lagipon taknak jadik Rosli part II).

Bila nama kawan tu appear kat skrin handphone, nak jawab pon dah tak se'excited' dulu. 'Alamakk....emm'.

Boring la pulak bila jadi camtu.

Kan best kalau ader seorang kawan baik, yang kite anggap lebih dari sekadar kawan tapi tak lebih dari tu. Hermmm.

Thursday, August 16, 2007

Mata aku pedih weiss..

Nyenyak betul aku tido smalam. Sedar2 jer dah dekat kol 8am! Aiii.. biler masa lak aku tutup jam loceng yang aku kunci kol 4.30 pagi tadi?? Betul2 tak sedar. Macam tido mati. Iskkk... sib baik tak mati lagi. Fuhhh.

Ini hari last aku poser ganti. Esok raya la weh. Tapi hari ni betul2 aku letih sangat. Huarghhhh..!

Masa kat kampung itu hari, one day aku tak kasi uyi pegi sekolah. Huhu. Sajer. Tak puas peluk dia.

'Uyi toksah gi skolah aaa ari ni'. Hehe sajer menyakat dia. Nak tengok dia malas ke rajin pegi skolah.

Uyi sengih jerk.

'Uyiiiiiii, takyah gi ehhh, meh teman ibu kat umah meh' aku tarik dan peluk uyi. Cium dia. 'Uyi nak gi gak ke?' Aku buat2 manja cam kucing siam. Ni kalo Pajeen waktu kecik2 dulu sah2 tak pegi skolah. Sakit perut la, sakit kepala la.

'Emmhh, uyi nok gi'. Alahai manjanyer sore uyi.

'Ala uyi, ibu baru je balik uyi nak tinggal ibu dah... cian kat ibu, hukhuk'. Eh apa punye mak daaa aku ni. Hikhik! Aku sajer je test uyi, tapi kalo dia tak pegi skolah lagi best hihi.

'Ibu tinggal uyi tuh lagi lama. Uyi gi kejap aah skolah, buke uyi balik esok'.
.
.
.

Terdiam aku kejap. Dengan alunan sore dia yang lembut dan berbaur memujuk buat aku terkedu. Nak nangis, terharu, bersalah, sedih, kesian etc. Dengan muke yang manja dan penuh kasih sayang, dia lak pujuk aku supaya sabar tunggu dia balik skolah. Sigh. Tak tunggu lama, terus aku dukung dia bawak pegi bilik air.
Mandikan dia. Siapkan dia. Oh, rambut uyi dah pendek jadi senang nak uruskan. Tak perlu tunggu lama nak kering dan tak perlu diikat tocang.

Aku hantar uyi pegi sekolah. Takpe, aku tunggu dia balik tengahari nanti. Gosh.. betul2 terkena batang hidung aku apa yang dia cakap pagi tadi. Arhh!

I really miss her!

Wednesday, August 15, 2007

Patutnya aku bawak balik lori...

Yeah.... musim buah kat kampung seronok betul. Banyak sangat buah. Tak termakan. Tak terhabis. Nak makan dah tak larat, nak kasi kat orang sumer pon ader dusun sendiri. Ada pokok sendiri. Koman2 pon pokok rambutan. Jual la kot. Durian sekilo 40sen je. Dapat la sikit, at least. Kalo kat KL, mau dah beratus2 hengget untung.

Kat kebun abah, aku rasa cam fairytale. Seronok betul tengok buah rambutan yang masak ranum dengan kaler merah cantik, tumbuh lebat kat setiap pokok. Macam lukisan! Macam lukisan dalam buku citer dongeng, kisah tukang kebun dengan buah-buahan. Hehe. Really! Betul la gambaran pelukis tu, ingatkan bohong dan khayalan semata, rupenyer betul, memang pokok rambutan tumbuh cantik dengan buah yang banyak. Merah meriah.

Kalo kampung aku tu sekitar Selangor ke, Melaka ke atau N9 ke, mesti lagi best. Leh la kawan2 aku datang menghabiskan buah2 tu. Tak pon jual kat coket. Masyukkk. Tempoyak kat kampung tu aku ingat dah berbekas2 mak aku buat.

Nak balik kl ari tu tak leh bawak banyak buah. Ye la, kulit durian aje dah baper kilo. Keropok lagi. Duku, dokong, rambutan dan salak pon ader. Tempoyak tidak dilupakan. Budu ajer tertinggal. Ekekekeke. Betapa beratnya beban Satria tu nak tanggung. Terhenjut2 sepanjang perjalanan ke kl. Kesian betul kete tuh. Kalo dia leh cakap mesti dah lama dia mintak tolong.

Tapi aku takde pokok manggis. Hukkk...

Tugas Belia 4B

Masa balik kampung itu hari, Tariq tukar drive ngan aku kat Machang. Aku drive sepanjang highway tu sampai le masuk ke jalan kecil kampung aku.

Agak2 tak sampai 2km nak ke umah aku, dari jauh si Dik Jarr nampak cahaye lip lap berwarna biru bersama beberapa barisan kon tersusun kat jalan raya. Apa lagi, 'weii kak ina, polis tu.. polis..'. Hahh..?? Biar betul. Ader roadblock ke kat kampung ni? Tak penah2 pon ader, kalo kat KL tu biasa aa.

Aku yang rabun dan takde lesen yang sah ni dah tentu la panik. Beberapa meter sebelom roadblock tu ader satu jalan kecik belah kiri. Aah memang cantik sangat, tak sempat aku nak pikir2 lagi, terus aku buat libasan korner ala maut. Fuhhh sib baik tak masuk paya je, wa cakap lu. Huhu. Tau2 ler camner orang yang 'expert' bawak kete dengan keadaan gabra dan sedikit gangguan mental takut kena saman dan baru nak amik lesen P ni buat korner. Siap bunyi eiiyyyttttt lagi.............. cehhh!!!

Terdiam. 'Eh... camner nikh.. polis ke tadi tuh? Eh tapi apa hal tetiba plak dia wat roadblock. Ader apa ek? Tak penah2 pon.'

'Hahhh, apa hal apa, cepat aa tukar seat tuh!'

Ohh rupanya bukan polis atau JPJ. Bukan jugak JPN. Tapi Rukun Tetangga kot. Yang boringnyer lepas sorang sorang datang tanyer bende sama. 'Nok gi mano nih male2 buto nih?' ' Maghi mano nih?' 'Pah tu bakpo gi kona kok nu sakni?'

Nasib baik kitorang ada jawapan yang munasabah. 'Err kawan saya ni bawak kete tadi, kitorang sumer tido dia lak lupe kat mana umah, tu yang tersalah masuk ke sana tuh'. Huuu alasan yang logik. 'Aaarrrr....' Diorang mengangguk.

'Mintak IC eh'. Dia mintak IC Tariq. Bla bla bla. 'Errr.. mitok IC semuo buleh dok, meta deh'.

Lepas tu ader satu keta datang. Driver dia gemuk2. Aduhhh, diorang panggil saper lak ni. Takkan la salah masuk jalan tadi diorang dah suspek macam2. Agaknyer mencurigakan la kot. Uhhh.

Lelaki gemuk tu datang kat kitorang. 'Ni nok gi mano ni?' 'Kitorang nak balik umah encik, tu je kat depan sana je kat Batu Jong.' 'Oooo, anok sapo ni?' ' Anok Mukhtar...Mukhtar koko.' ' Oooo ... belako?' Sambil dia jeling kat Tariq. 'Hooo, blako, hok ni kawan kitorang. Anak kawan abah'.

Lepas tu datang pulak satu kete lagi. Aduhhhhhhh saper lagi ni. Sekali kuwar nampak cam someone. Terus dia datang kat kitorang. Tanyer bende yang sama. Naik berbuih mulut ni menjawab. Dia ni nampak cam orang berpangkat gak la. Rupenya dia ni adik ADUN kat situ. Dia kenal abah. 'Oooo anok Mukhtar belako ni. Maah la deh kito kena ikut prosedur pasa baru2 ni ado keh penculike... bla bla bla......'. Hmmm no wonder la sampai camni skali kitorang jadi suspek, ader kes rupenyer.

Sib baik bukan polis. Bukan JPJ. Sib baik Belia 4B jer. Patut le dia tak mintak lesen, just mintak IC. Aku rasa kalo tak tuko driver tadi pon ok. Takde la banyak soal camni. Takde la aku hampir nak masuk paya. Takde la diorang syak kitorang. Takde la dari nak sampai umah lagi 5 minit je jadi 20 minit. Tapi mana la tau, ingtkan abang polis......

Lagi satu, IC aku bagi tu sebenarnya bukan aku punye. Uyo punya! Huhhh, sib baik diorang tak perasan. Yang si Uyo ni pulak, selamba je dok kat Jengka sana takde IC. Iskkkk... Lupa la tu nak amik masa dia suruh aku simpankan. Aku lak, dah ader IC dalam purse aku, takkan nak cek2 lagi, dah tentu la aku punyer. Hmmm sib baik, kalo tak... 'Ni.... IC sapo nih...???????'

Sebelum beredar, si adik Adun tu sempat pesan, 'Ghoyak ko Pok Tar tu, mitok maah la, ghoyak Pok tehe anok dia deh'.

Huhu, tak pasal2 sebab curiga tengok kitorang, sorang sorang dipanggil. Bukan takat AJK je, naib setiausaha, pengerusi sumernya datang. Yang diorang lak datang le dengan baju komot2, ader yang berkain pelikat tak sempat nak salin la agaknya. Muka masing2 cam taugeh je. Ye la tengah syok tido sekali kena kejutan sebab ingatkan ader penyamun tarbus. Hehe. Ampehhh.

Dan sehari lepas tu, masa abah pegi kenduri diorang saje2 usik abah. 'Tengok hok ni..binti Mukhtar, pahtu binti Mukhtar lagi.. ado 4 binti Mukhtar. So jah hok buke bin Mukhtar'.
Hehehe, baru tau ke abah ada ramai anak pompuan...??